Orang ramai beratur untuk membeli barang keperluan harian pada Program Jualan Prihatin Rakyat di Jalan Pandan 8, Pandan Jaya pada 12 Mac 2022. Program yang dilancarkan pada 27 Februari hingga menjelang Aidilfitri itu menjual barang keperluan dengan harga lebih murah terutama ayam, telur, daging dan ikan. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Author: Hafiz Othman
Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) meninjau kawasan insiden runtuhan tanah di Taman Bukit Permai 2, Ampang pada 11 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Seorang lelaki melintasi bendera Parti KEADILAN Rakyat ketika ceramah kelompok Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, Batu Pahat pada 10 Mac 2022.Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Pengasas Bell Popcorn Firzah Puasa (kanan) dan pegawai pemasaran Ira Nazira Mohd Lizam menunjukkan produk keluaran syarikat mereka pada Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 5 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Norsamsina Yeob,37 mencuba pakaian sekolah kepada anaknya Nurqaisya Qhadieja Mohd Azman, 10 selepas Program Jom Shopping Kembali ke Sekolah anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Mydin Mall Subang Jaya, Petaling Jaya pada 3 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Kumpulan muzik tradisional Kampung Hulu Chuchoh membuat persembahan ketika Majlis pelancaran video animasi myGap dan penyerahan bantuan input pascabanjir di Kampung Hulu Chuchoh, Sepang pada 1 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Pengurus Besar Perniagaan dan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Rosnani Abdul Malek (dua, kiri) dan Pengurus Pemasaran Md Saad Mahsah (kanan) menunjukkan ayam segar dan produk keluaran PKPS yang dijual dalam Program Jualan Prihatin Rakyat di Balai Rakyat Taman Berjaya, Sabak Bernam pada 27 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Borhan Aman Shah melihat trofi penerima Anugerah Kemerlangan pada majlis penyampaian sijil peserta Program Latihan Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi Negeri Selangor di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam pada 26 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama Kakitangan Air Selangor membuat pemantauan rutin dari pusat kawalan bagi menjaga kualiti air di Horas 600 Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 23 Februari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Sebahagian pemenang bergambar pada Majlis Sidang Media Penutupan Larian Virtual Ayuh Selangor 1.0 di Foyer SUK, Shah Alam pada 18 Februari 2022. Foto AHMADZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Imran Hakim Zaharin menunjukkan ayam segar yang dijual pada program jualan murah di Pangsapuri Sri Jati, Puchong Subang Jaya pada 17 Februari 2022. Orang ramai boleh mendapatkan ayam serendah RM8 sekilogram di bawah Program Intervensi Harga Ayam dan Telur melalui Lori Ehsan. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI