MES :Program Mikrokredit Miskin Bandar ( MIMBAR )

Program Mikrokredit Miskin Bandar atau MiMBAR merupakan bantuan pinjaman mikrokredit TANPA FAEDAH dan bantuan niaga untuk peniaga kecil di bandar Selangor.

Merupakan salah satu program dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menambahkan pendapatan seisi keluarga bagi melepasi Paras Garis Kemiskinan serta berkongsi kekayaan kerajaan negeri kepada masyarakat miskin bandar yang memerlukan.

MES : OSCC (Pusat Khidmat Krisis Sehenti)

Kempen OSCC adalah salah satu agenda kerajaan Selangor untuk merakyatkan ekonomi negeri Selangor.

’One Stop Crisis Centre’ atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah diwujudkan bertujuan untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga

Skim Bantuan Asuhan Rakyat ( SI KEMBAR)

SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT atau SI KEMBAR dikhaskan untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah yang dihantar ke Taman Asuhan Kanak-kanak atau Nurseri di Selangor.

Ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA anak-anak mereka sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja. Skim ini terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun kebawah.

Had kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti dinaik

Hadiah Anak Masuk Universiti di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor memberikan hadiah RM1,000 kepada anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Sempena Belanjawan Selangor 2014, Kerajaan Negeri telah menaikkan had kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 sebulan kepada RM3,000 sebulan. Makanya, anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh mmohon untuk program ini.

Kapal terbang kawalan jauh @ SELANGORKU

Hobi bermain kapal terbang kawalan jauh sudah menjadi trend masa kini. Bermain di tanah lapang berkumpul bersama rakan-rakan mengisi masa lapang peminat kapal terbang kawalan jauh ini. Selangorku kali ini membawa anda untuk mengenali hobi yang dikatakan ‘hobi mewah’ ini

SKIMSEL: Dulu pemberi sedekah, sekarang usahawan Bundle

Minggu ini Selangorku membawa anda kepada seorang usahawan bundle yang berjaya. Terkenal dengan Bundle RM1, perusahaan beliau maju dan memiliki pelanggan bukan sahaja di Selangor malah luar dari Selangor. Ikuti perjalanan beliau sebagai orang asal yang berjaya dan juga merupakan Saddiq Skim Mikrokredit Selangor.

SELANGORKU – Pendidikan Yayasan Selangor

Rancangan Talkshow kali ini cuba mengupas isu berkaitan “Program Rancangan Khas

Pendidikan Yayasan Selangor” bagi sesi pendidikan tahun 2014. Fokus perbincangan

bersama tetamu di studio ini juga berkaitan penempatan dan penajaan pelajar-pelajar di

sekolah-sekolah terpilih yang tinggal di asrama atau berulang dari rumah. Sasaran utama

adalah pelajar Tingkatan Satu ( lepasan UPSR). Maklumat ini juga berkaitan pencapaian

cemerlang Yayasan Selangor bagi membantu pelajar miskin yang berpotensi di Selangor.

Maulidur Rasul dan anak muda

Layari http://tv.selangorku.com

SELANGORKU – MBSA : Misi Dan Visi

MBSA membuka tirai 2014 dengan pelbagai aktiviti dalam menjadikan Shah Alam sebagai bandaraya yang gemilang. Temubual bersama Timbalan Pengarah Korporat, Shahrin Ahmad menceritakan visi dan misi yang telah dirancangkan oleh MBSA untuk tahun 2014

SELANGORKU – Adun Muda dan misi kemanusiaan

Selangorku kali ini membawa anda menyelami aktiviti Program Adun Muda Selangor. Melalui program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini, belia-belia merasai sendiri tugas sebagai Adun ketika sidang dewan berlangsung.

Pesta Puisi Eksotika & Pesta Buku @PENTAS SELANGOR

Hujung tahun anda yang dipenuhi dengan cuti diisi dengan penuh manfaat dengan menghadiri pesta-pesta yang semestinya berfaedah dan best. Pesta Buku PTS untuk kanak-kanak dan Pesta Puisi Eksotika yang menghimpunkan belia-belia seronok untuk kita lihat. Pentas Selangor anjuran kerajaaan negeri tidak ketinggalan dalam mengembangkan kesenian di negeri Selangor.

Lejen Press @ SELANGORKU

Selangorku membawa anda untuk singgah ke satu syarikat penerbitan buku yang kaya dengan karya-karya penulisan indie iaitu Lejen Press yang bertapak di SS15 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Saksikan pelbagai buku indie yang pelik tapi menarik serta peluang anda untuk jadi penulis!