PKNS rai 32 kanak kanak, remaja sempena Tahun Baru Cina

SINOPSIS :

Seramai 32 orang kanak-kanak dan remaja dari Good Samaritan Home, dekat sini, menerima kunjungan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang esok.

Kunjungan julung kali yang diadakan di pusat jagaan itu adalah bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS melalui program Jalinan Kasih.

Pengurus Perhubungan Awamnya, Ishak Hashim, berkata program itu bertujuan membantu meringankan beban dalam usaha menggembirakan penghuni rumah kebajikan berkenaan yang kebanyakannya hidup tanpa kasih sayang daripada ibu bapa sejak kecil.

Kolam Air Panas Kerling dinaiktaraf jadi tarikan baru pelancongan

SINOPSIS :

Kolam Air Panas Sungai kerling bakal menjadi salah satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negara dengan proses naik taraf kawasan itu daripada Kerajaan Selangor berjumlah RM40,000.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata ia selaras dengan hasrat menjadikan kawasan itu sebagai eco-pelancongan, agar lebih cantik dan bersih.

Beliau berkata, para pelancong tidak perlu khuatir dengan keselamatan mereka dan juga kenderaan kerana tempat ini turut menyediakan khidmat pengawal keselamatan.

Pemilik premis Kampung Lembah Kinrara setuju roboh binaan

SINOPSIS :

Operasi Perobohan Struktur dan Aktiviti Pembuangan Sampah di rizab sungai Klang, Kampung Lembah Kinrara ditangguhkan apabila pemilik premis berkenaan bersetuju untuk merobohkan sendiri binaan berkenaan dalam tempoh sebulan. Keputusan itu dicapai selepas pemilik premis berbincang bersama Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Petaling dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Zhe Han.

Taklimat kedua penstrukturan air selangor

SINOPSIS :

Dalam usaha memberi penerangan berhubung pelan penstrukturan semula industri air di Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempengerusikan sendiri sesi taklimat pertama, di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Abdul Khalid antara lain menegaskan bahawa kerajaan negeri bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan projek HORAS (Hybrid Off River Augmentation System) yang dijangka mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 juta liter sehari.

Katanya, HORAS juga bertindak sebagai jaminan bekalan air berterusan sementara menunggu Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) bertujuan menyusun semula industri perkhidmatan air di Selangor.

MB turunkan tol sebagai langkah keselamatan di jalanraya sempena Tahun Baru Cina

SINOPSIS :

Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor untuk mengatasi kerosakan jalan raya berlubang dan berlopak yang boleh menyebabkan kemalangan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata masalah jalan raya berlubang adakalanya tidak boleh dielakkan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Katanya lebih RM100 juta telah diperuntukkan sehingga tahun 2013 untuk kerja-kerja menaiktaraf jalan raya dan lebuh raya yang selamat bagi keselesaan pengguna.

http://www.selangorku.com

Lebih 7,000 Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Selangor

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor tahun 1435 Hijrah/2014 Masihi yang bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” disambut meriah di Stadium Malawati, Seksyen 13 di sini dengan kehadiran lebih 7,000 orang dari setiap pelusuk negeri.

Giat Mara Selayang perlu pembaikan struktur

Pusat Giat MARA Selayang perlu memperbaiki struktur bangunannya dalam masa setahun dan boleh beroperasi seperti biasa sekiranya mempunyai dana mencukupi untuk operasi pusat itu.

Akta WSIA : Selangor kawal harga, air percuma diteruskan

Kerajaan Selangor telah memberikan sepenuh komitmen dimana sejak 2009 perbincangan berterusan bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta agensi yang berkaitan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah dilakukan.

Bola sepak: Selangor sasar menang 2 piala

Layari http://www.tv.selangorku.com

Angkat sumpah Penasihat Undang-undang dan Pengarah JAIS baru

Layari http://www.tv.selangorku.com

JAIS perlu dapatkan pengesahan KDN

Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jais untuk mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) jika kitab-kitab yang diambil daripada Persatuan Bible Malaysia memenuhi Resolusi 10 Perkara isu kalimah “Allah” yang ditetapkan oleh Kabinet.

Berakhirnya era penswastaan air di Selangor

Kerajaan Pusat bersetuju memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Negeri dengan mengguna pakai Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) bersama syarat lain.