Bantu Niaga

[vc_row][vc_column][vc_video link=”https://youtu.be/ImWuHlNjGA4″ css_animation=”none”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][penci_text_block block_title_align=”style-title-left”]Pengenalan

Kempen Bantu Niaga merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada Media Selangor Sdn Bhd dengan memberikan ruang iklan secara PERCUMA kepada usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Dalam usaha menyokong agenda Digitalisasi dalam bidang pemasaran dan perniagaan seperti yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor, iklan berbentuk hebahan akan diterbitkan di media sosial iaitu Facebook, Instagram, Twitter Media Selangor. Bagi meluaskan lagi capaian audiens, hebahan juga akan dibuat di akhbar SelangorKini.

Kriteria Penyertaan
1. Usahawan dalam kategori Industri Kecil & Sederhana (IKS)
2. Menjalankan perniagaan di negeri Selangor
3. Perniagaan terjejas berikutan pelaksanaan PKP / pandemik
4. Mempunyai akaun sosial media – Facebook, Instagram & Twitter (jika ada)

Terma & Syarat | BANTU NIAGA

1. Bantu Niaga merupakan program sokongan usahawan anjuran Media Selangor Sdn Bhd (Penganjur).

2. Program ini terbuka kepada usahawan yang menjalankan perniagaan di negeri Selangor sahaja. Keutamaan akan diberi kepada usahawan yang terjejas akibat perlaksanaan PKP dan/atau pandemik Covid-19.

3. Peserta perlu mengisi borang seperti disediakan sebelum tarikh tutup penyertaan.

4. Penganjur akan menghubungi peserta yang menepati kriteria untuk mendapatkan slot iklan secara percuma di platform media sosial Media Selangor. Slot adalah terhad.

5. Peserta yang terpilih perlu menghantar minimum 6 keping foto, video berdurasi minimum 60 saat (memaparkan perkhidmatan / produk anda) untuk dimuatnaik ke media sosial.

6. Segala keputusan Penganjur adalah muktamad. Penganjur berhak untuk meminda segala Terma & Syarat dari masa ke masa.

SOALAN YANG SERING DITANYA (FAQ)

1. Apa itu Bantu Niaga?
Bantu Niaga adalah inisiatif Media Selangor Sdn Bhd bagi membantu para peniaga industri kecil dan sederhana yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 dengan menyediakan peluang hebahan di media sosial secara PERCUMA.

2. Bagaimanakah cara untuk menyertai Bantu Niaga?
Untuk menyertai, anda perlu mengisi borang melalui Google Form yang disediakan di laman web selangorkini.my.

3. Siapakah yang layak menyertai Bantu Niaga?
Anda layak menyertai Bantu Niaga sekiranya menjalankan perniagaan di Selangor dan perniagaan anda terjejas akibat PKP & pandemik Covid-19.

4. Bolehkah saya menyertai Bantu Niaga sekiranya saya menjalankan perniagaan dari rumah?
Ya, boleh. Anda boleh menyertai Bantu Niaga walaupun menjalankan perniagaan dari rumah selagi ia terletak di Selangor.

5. Adakah saya akan dihubungi selepas menghantar borang penyertaan?
Tidak semestinya. Hanya peserta yang terpilih sahaja akan dihubungi oleh Media Selangor Sdn Bhd.

6. Bagaimanakah saya akan dihubungi sekiranya terpilih?
Peserta yang terpilih akan dihubungi sama ada melalui e-mel, panggilan telefon atau aplikasi Whatsapp.

7. Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran untuk menyertai Bantu Niaga?
Tidak. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyertai Bantu Niaga.

8. Adakah saya akan dikenakan bayaran sekiranya terpilih untuk hebahan?
Tidak. Hebahan yang diberikan adalah PERCUMA kepada semua peserta yang terpilih.

9. Apakah platform hebahan yang ditawarkan oleh penganjur?
Platform hebahan sama ada di Facebook, Instagram, Twitter Media Selangor Sdn Bhd atau juga ruangan di akhbar SelangorKini.

10. Adakah hebahan perniagaan saya akan muncul di kesemua platform seperti di atas?
Tidak semestinya. Penganjur akan memilih platform yang sesuai untuk perniagaan anda.

Borang Penyertaan[/penci_text_block][vc_btn title=”Klik di sini” style=”custom” custom_background=”#dd3333″ custom_text=”#ffffff” size=”lg” link=”url:https%3A%2F%2Fforms.gle%2FwWrBLhGAiFpY2cMF6|target:_blank”][/vc_column][/vc_row]