Categories
NASIONAL

1MDB: “Mana satu betul, siasatan selesai atau belum?”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 OKT: Status siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengelirukan apabila agensi terlibat didapati mengeluarkan kenyataan berbeza antara satu sama lain.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata kekeliruan itu mula dikesan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak ‘mengganggu’ siasatan dengan menukar beberapa individu terlibat dalam peringkat awal siasatan lagi.

“Semasa Peguam Negara baru dilantik gantikan Tan Sri Abdul Gani Patail, dia kata siasatan ditutup tetapi polis pula kata siasatan belum ditutup seolah-olah tidak ada siasatan, kejap dah ditutup kejap belum tutup, tak konsisten.

“Adakah tiada siasatan bersungguh-sungguh? Kita pelik Bank Negara Malaysia (BNM) dah serahkan penemuan mereka kepada Peguam Negara tetapi Peguam Negara kata siasatan BNM itu tak lengkap dan pada masa sama polis dan SPRM kata siasatan belum selesai. Siapa yang betul pun kita tak tahu.

“Rakyat tidak yakin apa yang berlaku, sungguh pun siasatan mengesahkan ada penyelewengan dan unsur salah guna kuasa tetapi Peguam Negara seolah-olah langsung tidak ambil peduli untuk meneliti semua keputusan siasatan ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Tian Chua berkata, tindakan undang-undang sukar diambil terhadap pihak bertanggungjawab berikutan pendirian Peguam Negara yang tidak neutral dalam menjalankan siasatan.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara sekali lagi menegaskan bahawa 1MDB tidak harus dipersalahkan dalam skandal yang mengakibatkan negara terpaksa menanggung hutang hampir RM43 bilion.

Bagaimanapun, dalam kenyataan media berasingan pula menjelaskan, Peguam Negara sentiasa memantau siasatan yang masih dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Peguam Negara sentiasa memantau dan memberi arahan kepada agensi berkenaan setiap kali siasatan dirujuk kepada Peguam Negara, termasuk arahan mempercepatkan siasatan.

“Sehingga hari ini, PDRM dan SPRM belum melengkapkan siasatan kerana keterangan beberapa saksi belum direkodkan,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara itu.

-NR-

Categories
NASIONAL

Raja-raja Melayu mahu siasatan 1MDB selesai secepat mungkin

SHAH ALAM, 7 OKT : Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan siasatan isu secepat mungkin dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

“Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara semalam.

Ia berkata “Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

“Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.”

Menurut kenyataan itu, Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.

Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

“Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.

“Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.

Raja-Raja juga mahukan para pemimpin sentiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.

“Raja-Raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing,” menurut kenyataan itu lagi.

Baginda sekalian mengingatkan hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini telah berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur.

Oleh itu, hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.

“Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni,” kata kenyataan itu.

Categories
NASIONAL

1MDB: MB ‘salute’ pegawai polis enggan ‘dibekukan’ di JPM

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 OGOS: Penjawat awam harus berani untuk bangkit dengan menegur sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana kuasa eksekutif negara ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata keberanian penjawat awam diperlukan bagi memastikan sistem pentadbiran kerajaan berjalan lancar tanpa menyorokkan sebarang penyelewengan.

azmin sidang“Saya bersyukur kerana belum pernah berlaku dalam sejarah ada pegawai kerajaan yang berani bangkit dan menegur kepincangan Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Kita lihat semalam Timbalan Pengarah Cawangan Khas kena tukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pejabat JPM sekarang menjadi stor pegawai yang berani untuk dibekukan.

“Saya ‘salute’ pegawai kanan polis kerana apa dia kata? Dia kata kalau nak tukarkan saya lebih baik letak jawatan dalam polis.

“Kita kena hormat pegawai kerajaan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul supaya kuasa, martabat dan kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan kamar Peguam Negara dilindungi.

Usul itu dibentangkan oleh Adun Sekinchan, Ng Sue Lim (DAP) pada hari ke-4, Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Selangor (DNS) Ke-13, di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri turut mengiktiraf peranan penting yang dijalankan penjawat awam dalam mengejar pembangunan Selangor.

Ini bertentangan dengan amalan di era pentadbiran BN yang menghina penjawat awam dengan menghadiahkan penyapu.

Bagi menghargai usaha gigih penjawat awam , Kerajaan Negeri turut memberikan insentif seperti bonus sebulan gaji kepada mereka.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Belanjawan 2016 perlu fokus isu rumah, sara diri rakyat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 OGOS: Usaha memartabat taraf hidup rakyat daripada segi pembangunan ekonomi dan sosial diharap terus menjadi fokus Kerajaan negeri dalam Belanjawan 2016.

respon org ramaiUsahawan, Shahrulnizam Shaharani, 31, menggesa golongan berpendapatan rendah diberi inisiatif bagi mendapatkan rumah kediaman yang disifatkan paling penting untuk setiap rakyat.

Katanya, Kerajaan Selangor perlu ‘campur tangan’ ekoran syarat Bank Negara yang ketat bagi mendapatkan pinjaman dan nilai rumah yang semakin tidak masuk akal.

“Mungkin dengan jumlah rizab yang tinggi, sejumlah peruntukan boleh disalurkan bagi memberi kemudahan pinjaman kepada mereka yang layak.

“Saya pasti Kerajaan Selangor dapat memikirkan mekanisme terbaik dalam melaksanakan bantuan bagi membolehkan rakyat mendapatkan perumahan selain pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik yang diusahakan sebelum ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Eksekutif Teknologi Maklumat, Muhammad Rayyan Mohamad Rasid, 26, pula berharap bantuan perniagaan dapat disalurkan kepada golongan belia yang menceburi bidang itu.

“Dengan kos hidup semakin tinggi, rasanya galakan kepada bidang perniagaan perlu diperluas dan dipromosikan lagi.

“Pada masa sama, diharap Kerajaan Selangor dapat memikirkan kaedah mengawal peniaga asing yang semakin banyak mengganggu hak rakyat tempatan.” katanya merujuk kepada situasi peniaga asing tanpa izin sekitar Sungai Buloh.

Pekerja kilang, Fuad Hendra Abu Bakar, 29, berharap segala perancangan belanjawan dilaksanakan secara telus tanpa menipu rakyat dengan janji bulan dan bintang.

“Perbanyakkan lagi program bantuan kebajikan termasuk sara diri pada golongan kurang bernasib baik, kelainan upaya termasuk ibu tunggal.

“Jangan ada usaha seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Selangor kerana kita tak mahu rakyat terus tertindas kerana kepentingan peribadi pihak tertentu.

“Kerajaan Selangor sejak 2008 menjadi harapan dan contoh kepada rakyat, bukan sahaja di negeri ini tetapi seluruh Malaysia. Jangan musnahkan itu,” katanya.

-NFN-

Rafizi : Najib tahu setiap urusniaga dan kelulusan 1MDB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak patut diheret disiasat dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa terlibat secara langsung dalam pembuatan keputusan itu.

Categories
NASIONAL

Kenalan terajui 1MDB, Rafizi tak tergugat teruskan pendedahan

SHAH ALAM, 6 JAN: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak akan menahan serangan untuk meneliti lebih mendalam isu berbangkit membabitkan badan pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Katanya,siri pendedahan terbabit tidak akan berubah walaupun kenalannya, Arul Kanda Kandasamy akan menerajui syarikat yang sedang dikritik hebat itu.

1MDB“Sebenarnya, saya baru sahaja habis mesyuarat berkenaan 1MDB, kita akan sambut dia dengan lebih banyak pendedahan,” katanya yang dipetik dari Malaysia Kini.

Rafizi berkata, beliau dan Arul Kanda, 39, menyambung pelajaran ke United Kingdom, pada masa yang sama sebelum ini.

Arul Kanda menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman yang meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif 1MDB, semalam.

RafiziDalam satu kenyataan, Pengerusi 1MDB Datuk  Lodin Wok Kamaruddin berkata, Arul, dilantik sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan berkuatkuasa serta-merta.

Arul Kanda berkata, keutamaannya adalah melakukan semakan strategik terhadap operasi syarikat milik Kementerian IKewangan itu.

Beliau pernah menyertai Bank Perdagangan Abu Dhabi sebagai naib presiden eksekutif dan ketua pelaburan perbankan.

Categories
NASIONAL

1MDB: Tak hormat dewan, Rafizi minta Ahmad Maslan dirujuk PSC

SHAH ALAM, 12 NOV: Jawapan ‘flip flop’ yang dberikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkenaan isu surat sokongan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat tidak menghormati Parlimen.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, tindakan Ahmad itu yang asalnya tidak menafikan bahawa terdapat surat sokongan dikeluarkan dan kemudian mengatakan ia wujud jelas mengelirukan Dewan Rakyat.

“Ahmad Maslan ketika ditanya dalam Parlimen menafikan sekeras-kerasnya terdapat surat sokongan itu.

1MDB“Bagaimanapun ketika ditanya media, beliau mengakui surat sokongan itu ada,” katanya yang dipetik dari The Malaysian Insider, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, beliau menghantar surat kepada speaker untuk merujuk Ahmad kepada Jawatankuasa Khas Parlimen selepas melihat daripada tindakan Timbalan Menteri Kewangan itu yang jelas mengelirukan dewan.

“Kerana penafian Ahmad Maslan di Parlimen yang sudah dirakam dalam hansard, ada rekod dan bukti menunjukkan beliau mengelirukan dewan.

“Dan kita pagi ini sudah hantar kepada speaker surat berkenaan hal terbabit,” katanya.

Categories
NASIONAL

Hutang 1MDB bakal meningkat, aliran kewangan makin menekan

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 29 APRIL: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar lonjakan empat kali ganda hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB )yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada RM8.4 bilion pada tahun 2012 kepada RM42 bilion pada tahun 2013.

Katanya, walaupun jumlah aset untuk tahun 2013 bertambah kepada RM44.6 bilion, namun 1MDB perlu menanggung bayaran tahunan RM1.6 bilion disebabkan jumlah pinjaman RM36 bilion.

Tegasnya, 1MDB bakal berhadapan krisis kewangan di masa hadapan berdasarkan kepada laporan kekangan aliran kewangan yang dihadapi kini jika keadaan itu terus berlaku.

anwar3“Memetik laporan The Edge Weekly pada 28 April lalu bertajuk “Edge Weekly unearths questionable deals of 1MDB, urges fund to bring home RM18b”, lonjakan pendapatan bersih pada tahun 2013 RM0.78 bilion berbanding RM0.045 bilion pada tahun 2012 hanya disebabkan aset nilaian hartanah.

“Tanpa nilai tanah yang bernilai RM2.7 bilion, maka 1MDB akan mencatat kerugian RM1.8 bilion,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

NEWSAhli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjangkakan 1MDB bakal mengambil lebih banyak hutang pada masa hadapan untuk membiayai kos projek mega 1MDB iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia yang dianggarkan sekitar RM45 bilion kini.

“Negara perlu mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dan bukannya terus berhutang demi mengaut keuntungan jangka pendek yang bakal membebankan ganerasi akan datang,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL SELANGOR

Kerajaan Selangor jadikan PJ dan Klang Bandar bertaraf dunia

MBI-01

KENYATAAN MEDIA

Kerajaan Negeri Selangor sedang merancang untuk menubuhkan sebuah dana kekayaan negara – ?sovereign wealth fund? (SWF ) di bawah Menteri Besar Incorporated ( MBI ) untuk membuka nilai aset di Petaling Jaya dan Klang bagi tujuan pembangunan semula dan pembangunan baru.

Dana ini buat sementara waktu dinamakan Selangor Urban Development Fund atau SUDF, dijangka mempunyai saiz dana permulaan sebanyak RM1 bilion yang akan diperoleh daripada sumbangan pihak-pihak berkepentingan sektor swasta dalam industri pembangunan hartanah dan infrastruktur termasuk pemaju dan syarikat-syarikat pembinaan.

Di samping itu, kerajaan negeri bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan akan memperuntukkan peratusan tertentu daripada rizab tunai atau lebihan belanjawan untuk dana tersebut.

Rancangan itu didedahkan semalam oleh Dato? Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato? Seri Abdul Khalid bin Ibrahim ketika membentangkan kertas kerja dalam The Future Of Urban Living Conference di Iskandar, Johor.

“Menyedari terdapat beberapa kekangan kewangan terutama kekangan kewangan yang bersifat semulajadi, kerajaan negeri akan membuka nilai aset asas dalam bidang hartanah tertentu yang dimiliki oleh negeri, melalui kaedah konfigurasi atau memanfaatkan aset itu sendiri sebagai sumber pembiayaan utama.

“Dengan model ini, kerajaan negeri ( dan pihak berkuasa tempatan ) akan menjadi penggerak atau pemangkin kepada pembangunan bandar dengan satu pelan induk komprehensif dan menyeluruh, manakala pemain sektor swasta hanya akan menjadi pelaksana rancangan yang digariskan oleh kerajaan negeri,” kata Dato? Menteri Besar yang juga merupakan Felo Eisenhower.

Beliau berkata satu pasukan petugas akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk menyelesaikan semua butir-butir yang berkaitan termasuk perancangan & reka bentuk umum, peratusan rizab tunai untuk diasingkan oleh kerajaan negeri, jumlah sumbangan oleh pihak-pihak swasta, profil risiko-pulangan, prosedur standard untuk operasi ( SOP ), tahap pendedahan atau mana-mana spesifikasi lain.

SUDF bertujuan untuk menjadikan Petaling Jaya dan Klang sebagai bandar-bandar bertaraf dunia berdasarkan konsep “kondusif, mapan dan kehidupan bandar bestari” dengan mengintegrasikan semua aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar selaras dengan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Jika berjaya, SUDF akan menjadi SWF Malaysia kedua selepas Terengganu Investment Authority ( TIA ), yang kemudiannya ditukar menjadi 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB ).

Persidangan tiga hari itu dianjurkan bersama oleh Eisenhower Fellowship, organisasi dari Malaysia dan Singapura. Pada hari Khamis sebelum itu, Dato? Menteri Besar telah membentangkan kertas kerja bertajuk “How To Make World-Class City: The Shah Alam Experience”.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Bonus : Kerajaan Tidak Tepati Janji Pada Guru Sandaran – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 11072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak memperjelaskan dana awam sebanyak RM12 bilion yang digunakan untuk membeli penjana kuasa bebas(IPP) menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

2. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa berdolak dalih berhubung gangguan polis terhadap orang-ramai yang mahu memfailkan laporan polis berkenaan skandal dakwat kekal.

3. Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa gagal menunaikan janji memberi imbuhan sebanyak setengah bulan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan termasuk guru sandaran.

4. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memuji Mufti Selangor Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid, Majlis Agama Islam Selangor dan jawatankuasa-jawatankuasa pengimarahan masjid kerana memulihkan kembali fungsi masjid sebagai tempat bermasyarakat.

Categories
NASIONAL

Mengapa 1MDB Beli IPP?

nga kor ming web 01

KUALA LUMPUR 11 JULAI : Kerajaan Persekutuan harus memperjelaskan mengapa dana awam sebanyak RM 12 bilion digunakan untuk membeli penjana kuasa bebas (IPP) menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini berbeza dengan matlamat 1MDB yang bertujuan menjadi pemangkin kepada idea-idea baru dan pemacu pembangunan ekonomi jangka panjang negara.

MP Taiping, Nga Kor Ming mempersoalkan mengapa Kerajaan Persekutuan membeli IPP biarpun mengetahui sesetengah syarikat IPP masih di bawah kajian semula dan bakal menamatkan perjanjian konsesi tidak lama lagi.

Jelasnya, keputusan itu juga meragukan kerana 1MDB dikhuatiri tidak memiliki pengalaman, kepakaran dan teknologi lengkap untuk mengendalikan loji tenaga elektrik di negara ini.

“Sumber tenaga merupakan sumber utama kepada perkembangan ekonomi dan manusia. Tiada siapa boleh ambil sambil lewa ketika mengendalikannya,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, 1MDB didakwa membeli Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd yang dimiliki jutawan Tan Sri Ananda Krishnan dengan nilai RM 8.5 bilion.

Paling mengejutkan, 1MDB didakwa menawarkan RM 1.2 bilion untuk membeli Jimah Teknik & Jimah O&M yang mempunyai rezab negatif berjumlah RM 367 juta.

“Ini bermakna jumlah liabiliti yang dimiliki mereka (Jimah Teknik & Jimah O&M) adalah lebih daripada jumlah aset,” ujar Kor Ming.

1MDB turut membeli Genting Sanyen dengan nilai RM 2.3 billion yang menyebabkan syarikat berkenaan meraih keuntungan luar biasa sebanyak RM 1.9 billion.

Sehingga tahun lalu, Kor Ming mendakwa 1MDB menjadi salah satu pengeluar utama tenaga di negara yang ternyata berbeza daripada matlamat asal penubuhannya untuk mencari sumber kepada perkembangan ekonomi di Malaysia.