KLANG 3 MEI : Seramai 571 pengundi ragu dari Sabah dikenal pasti didaftarkan di bawah kawasan Parlimen Klang.
Menurut penyandangnya, Charles Santiago, jumlah itu merupakan tertinggi di Selangor diikuti dengan 352 pengundi di kawasan parlimen Kota Raja dan 249 pengundi di Kuala Langat.
” Nama-nama itu dibentangkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
” Kebanyakkan nama-nama daripada pengundi itu adalah keturunan Bugis dan Sulu,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Parlimen Klang, di sini.
Charles menambah pihaknya akan memastikan mereka yang di dalam senarai itu tidak dibenarkan mengundi.
Sehubungan itu, Charles akan mengerahkan Agen tempat mengundi untuk tidak membenarkan nama-nama yang diragui itu mengundi semasa hari mengundi.
” Kita akan hantar surat ke Suruhanjaya Piliharanraya (SPR) untuk meminta mereka ini tidak mengundi.
Difahamkan PACA (Agen tempat mengundi dan agen mengira undi) boleh membuat bantahan jika berlaku kes meragukan.
” Sebelum ini, ada kes dimana pengundi ini yang tinggal di Luar Negara didaftarkan tanpa pengetahuannya. Selepas saya berjumpa dengan Pengarah SPR negeri, Dzulkifli Ab Rahman beliau mengatakan bantahan boleh dibuat,” katanya.
Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mensahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa terdapat penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung.
Bernama melaporkan, Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh ?rakan-rakan BN.?