Categories
NASIONAL SELANGOR

Pakatan Terima Keputusan PRU-13, Tolak Penyelewengan Pengendalian PRU

Rafizi Ramli Konvensyen Pendidikan Unisel 2013

KUALA LUMPUR, 25 JUN : Walaupun Pakatan Rakyat (PR) menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei lalu, gagasan itu tetap membantah penyelewengan dan kepincangan yang didakwa berlaku di dalam sistem pilihan raya.

Malah bukan sahaja Pakatan yang memfailkan petisyen mahkamah terhadap keputusan pilhanraya, Umno-BN juga telah memfailkan petisyen terhadap keputusan di dalam 21 kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

MP Pandan, Rafizi Ramli berkata, Pakatan sentiasa menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka, namun ia tidak bermakna gabungan itu perlu berdiam diri dan akur sepenuhnya terhadap pengendalian sistem pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR menegaskan, tindakan memfailkan petisyen yang dilakukan Pakatan pada awal Jun lalu bagi memastikan sistem pilihan raya tidak akan terjejas di masa akan datang.

“Menerima keputusan PRU tidak bermakna kita mengabaikan dan menutup sepenuhnya bab pilihan raya ini tetapi pendedahan mengenai penyelewengan sistem PRU harus diteruskan.

“Ini bukan sahaja mengenai PRU yang lalu, tetapi mengenai integriti sistem pilihan raya di masa akan datang.

Kami akan bekerja keras untuk memastikan penyelewengan dan ketirisan tidak lagi berlaku,” katanya.

Beliau mengulas titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena upcara perasmian Persidangan Dewan Rakyat Penggal ke-13, di sini hari ini.

Di dalam titahnya, Yang di-Pertuan Agong menyeru kepada semua Ahli Parlimen agar menerima keputusan PRU-13.

Sentimen tersebut turut diakui MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang menjelaskan Pakatan menghormati keputusan pilihan raya yang lalu, namun menegaskan undang-undang membenarkan pihak yang bertanding untuk mengemukakan bantahan.

Katanya, akur terhadap keputusan PRU tidak semestinya menghalang Pakatan untuk membuat teguran terhadap kepincangan sistem pilihan raya yang berlaku.

“Undang-undang memberi ruang kepada kita untuk mereformasikan sistem pilihan raya yang tidak sempurna.

“Teguran yang kita berikan itu walaupun kedengaran lantang, tetapi ia adalah untuk kebaikan negara. Teguran yang bertujuan membina itu seringkali diabaikan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Pakatan telah memfailkan 34 petisyen di mana membabitkan 24 kerusi Parlimen PRU-13 sementara 10 lagi petisyen adalah merujuk kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen itu, 19 daripadanya adalah daripada PKR dan baki masing-masing empat bagi PAS dan dua bagi DAP.

Umno-BN pula memutuskan untuk memfailkan 21 petisyen.

Categories
NASIONAL

Tiga Taktik Kotor Umno-BN Menang PRU-13

Lim Kit Siang

PETALING JAYA, 24 MEI : Umno-BN didakwa menggunapakai tiga taktik kotor semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, tiga taktik kotor itu merujuk kepada politik wang untuk membeli undi, pembohongan yang mendakwa konon wujudnya dominan kaum antara PAS dan DAP serta menakut-nakutkan rakyat mengenai peristiwa 13 Mei yang akan berulang jika Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negara.

“Mereka (Umno-BN) menggunakan wang untuk membeli undi rakyat dengan memberi pelbagai manfaat yang bukan sahaja dibuat semasa tempoh berkempen, tetapi lebih awal sebelum itu.

“Taktik kedua iaitu berbohong di mana mereka kata PR tidak boleh menang kerana walaupun rakyat undi DAP tetapi PAS akan jadi parti dominan dan sebaliknya. Mereka juga dakwa PAS dan PKR hanyalah boneka sahaja.

“Taktik ketiga iaitu menakut-nakutkan rakyat dengan mengatakan malapetaka, huru-hara serta peristiwa 13 Mei akan berulang jika PR menang,” katanya di hadapan lebih 3,000 penyokong sempena Himpunan Kesyukuran PR di padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Tambahnya, biarpun hasrat PR untuk menawan Putrajaya dalam PRU lalu tidak berhasil, namun beliau menggesa rakyat supaya tidak berputus asa dan terus berjuang menuntut pilihan raya yang bersih.

Katanya, penambahan tujuh kerusi Parlimen PR kepada 89 juga adalah bukti kebangkitan rakyat yang mula menolak politik kotor dan semakin bersedia membuat perubahan.

“Kita tidak berjaya ubah kerajaan di Putrajaya, tetapi ada kemajuan (penambahan kerusi) hingga Perdana Menteri kata keputusan PRU adalah tsunami Cina, tetapi ini adalah tsunami rakyat Malaysia.

“Sungguhpun ada percubaan untuk melaga-lagakan Cina dengan Melayu, tetapi itu tidak akan menjadi halangan untuk kita mengerakkan politik yang memperjuangkan hak rakyat tanpa ada korupsi,” jelasnya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

6 MEI CUTI UMUM DI SELANGOR

pakatan selangor

SHAH ALAM 03 MEI : Isnin 6 Mei telah diumumkan sebagai hari pelepasan am di Selangor bagi memudahkan rakyat Selangor mengundi pada Ahad, 5 Mei.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berharap hari tersebut digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja.

?Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

?Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang. Undilah dengan bijak,? kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini.