Hadi : Pertahan tahaluf dalam Pakatan Rakyat

Abdul Hadi dalam ucaptama beliau menggesa semua pihak agar mempertahankan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid hargai sokongan Presiden PAS kekal jawatan MB

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepadanya untuk terus menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor hingga akhir penggal.

Beliau dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya berkata, sokongan itu amat bermakna kerana Selangor selaku negeri maju memerlukan suasana politik yang stabil untuk memastikan urus tadbir berjalan lancar.

“Saya bersama barisan Exco juga akan memastikan slogan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) iaitu meneruskan kecemerlangan terus diterjemahkan dalam bentuk tindakan,” katanya.

MBAbdul Khalid berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Abdul Hadi yang mempertahankannya sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Terdahulu, Abdul Hadi berkata, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Haji Abdul Hadi AwangKatanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat, pada 23 Julai lalu, menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Abdul Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat dalam masalah besar.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Abdul Hadi : Zaman Firaun Pun “Ada BR1M”

hadi awang konvesyen PR 2013 01

Pemberian ?one-off? seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Umno-BN akan melahirkan budaya mengemis dan mengajar rakyat untuk patuh kepada pemimpin walaupun mereka zalim dan menekan rakyat.

Malah, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ?pemberian BR1M? juga dijalankan pada zaman dahulu ketika pemerintahan Firaun yang zalim dan ditentang Nabi Musa.

Abdul Hadi berkata program bantuan kerajaan persekutuan itu sepatutnya mencerdikkan rakyat, sebaliknya, rakyat didakwa menjadi pengemis walaupun bantuan itu adalah wang rakyat sendiri.

?Zaman Firaun dulu pun ada BR1M,? kata Abdul Hadi, sambil senyum.

?Firaun memberi duit tapi menyekat rakyat. Dia kerahkan kaumnya dan dikumpulkan di satu tempat.

?Kemudian dia memberi ucapan bahawa projek yang disalurkan kepada rakyat adalah projeknya. Firaun menjadikan rakyat ringan akal,? kata Abdul Hadi di dalam ucapannya di konvesyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Abdul Hadi menjelaskan konsep dasar PR adalah untuk mengangkat martabat rakyat supaya boleh berdikari dan berdaya-saing. Bukan seperti Umno-BN yang mahu rakyat mengemis.

?Kita mahu ajar rakyat agar dimampukan dan bukan rakyat jadi pengemis. Maka dengan Buku Jingga kita mampu laksanakan konsep rakyat dimampukan.?

Abdul Hadi turut menasihati rakyat agar tidak mengundi BN, walaupun menerima BR1M.

“Kamu (rakyat) bukan ayam, itik, tapi kamu manusia. Jika diberi dedak atau hampas kelapa kita (rakyat) beri makan ayam. Lepas itu kita makan ayam itu balik,” katanya.

Isu PM: Tiada Masalah, Boleh Bincang, kata Anwar

SHAH ALAM, 18 NOV – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah berhubung kenyataan Perwakilan Dewan Ulama PAS yang mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Putrajaya.

Katanya, perkara tersebut boleh dibincangkan dengan baik tanpa sebarang masalah.

“No problem (tiada masalah), tak ada apa. Kita boleh bincang dengan baik,” katanya ringkas

Beliau berkata demikian semasa di temui wartawan ketika menghadiri Konvensyen anjuran Yayasan Selangor di Unisel pagi tadi.

Pada sesi perbahasan Muktamar PAS kali ke-58 yang berlangsung di Kota Bharu semalam, Perwakilan Dewan Ulama, Hairun Nizam Mat Husin menegaskan, Abdul Hadi lebih layak untuk jawatan tersebut berbanding Anwar.

Katanya, Ahli PAS sepatutnya berkempen untuk presiden parti dan bukannya pemimpin parti kompenan PR.

Sementara itu, Abdul Hadi dalam sidang media semalam menyatakan beliau tidak pernah berhajat untuk menjadi perdana menteri.

Beliau turut mengingatkan semula kenyataan sebelum ini mengenai kesanggupannya untuk turun semula ke laut, menjadi nelayan jika meninggalkan politik.

Categories
NASIONAL

PAS Tetap Dengan Pendirian Pakatan Rakyat, Buku Jingga

PETALING JAYA, 14 MEI: PAS akan terus mempertahankan resolusi yang telah disepakati DAP dan PKR meskipun terdapat percanggahan dalam beberapa perkara.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, fokus utama yang perlu diberikan perhatian adalah melaksanakan tuntutan Bersih 3.0 demi memastikan pilihanraya dapat dijalankan secara adil.

Katanya, Pas akan terus dengan pendirian untuk bersama dan menghormati dasar Pakatan manakala segala percanggahan pendapat akan diselesaikan secara dalaman dan bukannya melalui media.

“Kita akan bincang secara dalaman dan kita akan utamakan isu Bersih dahulu untuk kita memerintah. BN menyembunyikan isu Bersih,” katanya di dalam sidang media di ibupejabat PKR di sini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Abdul Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tegas untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dimaklumkan dalam Buku Jingga.

Katanya, serangan terhadap Pakatan melalui media pro Umno-BN tidak akan menggugat kesepakatan bersama yang telah dipersetujui selama ini.

Kit Siang dalam sidang media sama membacakan semula ikrar yang telah dipersetujui bersama yang dimuatkan dalam Buku Jingga.

“Semangat dan keutuhan Pakatan tidak sedikit pun terjejas dengan liputan yang dikira negatif dalam keadaan sekarang.

“Kenyataan ketiga-tiga parti untuk kekal dengan Pakatan Rakyat sekarang, semasa pilihan raya dan selepas membentuk kerajaan insyaAllah.

“Tuan Guru (Hadi Awang) berkata kita masih terikat dengan kesepakatan yang telah ditandatangani bersama.

“Yang menyatakan segala perubahan yang dibuat terikat dengan dasar kesepakatan bersama, Perlembagaan Persekutuan, Buku Jingga.  Itu cukup jelas,” Lim berkata.

Sementara itu, Anwar memaklumkan, pimpinan sedang menumpukan perhatian terhadap menyiapkan manifesto pilihanraya dan akan mengadakan beberapa siri rapat rakyat bagi menjelaskannya.