Categories
NASIONAL

Anwar jadi ‘orang tengah’, Khalid & Saifuddin selesai luar mahkamah

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 OGOS: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menarik balik saman terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Perbincangan luar mahkamah selama dua jam bermula 9 pagi itu menyaksikan permohonan maaf dari kedua-dua pihak.

Perbincangan tertutup antara Khalid dan Saifuddin itu juga dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘orang tengah’.

anwarKhalid diwakili Edmund Bon, manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Saifuddin.

Hadir sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos 2014 berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR menjatuhkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan penyelesaian hutang Bank Islam.

Pada 9 Januari lalu, Saifuddin yang kini Pengarah Pilihan Raya PKR memfailkan permohonan bagi mendapatkan daripada Abdul Khalid beberapa dokumen berkenaan penyelesaian hutang di luar mahkamah antara Abdul Khalid dan Bank Islam atas alasan dokumen itu penting untuk menyokong kes saman terhadap beliau.

Mahkamah pada 18 Februari lalu bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mendapati permohonan yang difailkan Saifuddin tidak mempunyai merit.

Khalid diminta meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pampasan bekas kakitangan Abdul Khalid, MBI bakal putus tindakan lanjut

Oleh: AFIX REDZUAN

KLANG, 6 DIS: Tindakan memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat isu bayaran pampasan lapan bekas kakitangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya akan diputuskan pengurusan baru Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu juga membabitkan syor yang dibawa Jawatankuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

logo SPRMBeliau berkata, pengurusan MBI yang baru sudah memulakan tugas pada 1 Disember lalu dan kini sedang meneliti laporan audit yang dibentangkan pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), baru-baru ini.

“Saya serahkan kepada DNS menentukan untuk memanggil SPRM. Pengurusan baru MBI sudah meneliti laporan audit yang dikemukakan dan mereka akan kemukakan cadangan tindakan yang perlu diambil.

“Pada masa sama, DNS akan menentukan untuk mengadakan pendengaran awam Selcat dan perkara ini akan diputuskan dalam masa terdekat. Keputusannya, saya ingat lebih baik kita serahkan kepada DNS untuk menentukan bentuk tindakan yang perlu diambil,”

azminMenyentuh soal sama ada wang pampasan itu perlu diserahkan semula atau tidak, ia bergantung kepada keputusan pendengaran Selcat.

Laporan audit ke atas bayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta kepada bekas kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim itu dibentangkan di DNS, pada 3 Disember lalu.

Hasil semakan mendapati wujud kesalahan dari segi tatacara dan prosedur bagi pembayaran pampasan itu dan terdapat lebihan pembayaran kepada dua bekas kakitangan Abdul Khalid iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Politik, Mustapha Mohd Talib.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Belanjawan defisit, Mohamed Azmin bidas Abdul Khalid

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sekali lagi menegaskan pentadbiran Kerajaan Negeri sebelum ini membentangkan bajet defisit.

Mohamed Azmin berkata, belanjawan yang dibentangkan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama ini bukan belanjawan berimbang seperti didakwanya dan beliau menasihati Abdul Khalid untuk bercakap berdasarkan fakta yang benar.

“Kalau bandingkan anggaran perbelanjaan dengan rezab memang ada lebihan. Jika bentangkan belanjawan, kamu kena bandingkan anggaran perbelanjaan dengan hasil.

dun14“Jadi, kalau hasil lebih besar daripada perbelanjaan bolehlah dipanggil lebihan bajet tetapi jika hasil lebih rendah daripada perbelanjaan keseluruhan bajet, maka itu adalah bajet defisit.

“Kamu tidak boleh bandingkan dengan jumlah rezab, tetapi bandingkan dengan perbelanjaan,” katanya di lobi Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa Kerajaan Negeri di bawah pentadbirannya sebelum ini tidak pernah membentangkan bajet defisit, semalam.

Pada 24 November lalu, Mohamed Azmin sewaktu pembentangan bajet pertamanya mendakwa pembentangan bajet defisit adalah sama dengan amalan pentadbiran sebelum ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid beredar sebelum MB bentang belanjawan

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 24 NOV: Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat meninggalkan Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

dun1Tindakan Abdul Khalid itu berlaku sebelum Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memulakan sesi pembentangan Belanjawan Selangor 2015.

Terdahulu, Mohamed Azmin dilihat mengunjungi dan bersalaman dengan Abdul Khalid yang memakai sut hitam sebelum sidang DNS bermula.

Abdul Khalid juga dilihat mengambil tempat di kerusi yang sebelum ini diduduki ADUN Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersebelahan ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak dan ADUN Bangi, Shafie Ngah.

 

 

Categories
SELANGOR

Pegawai nafi Abdul Khalid mahu lepaskan jawatan Adun

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 OKT: Dakwaan Tan Sri Abdul Khalid mahu mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang adalah tidak benar.

Pegawai khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah Husin berkata majikannya tidak pernah menyatakan hasrat meletak jawatan.

“Tan Sri tidak pernah menyatakan hasrat letak jawatan,” katanya menerusi sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada Selangor Kini.

Speaker Dun Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh juga menafikan menerima notis perletakkan jawatan itu.

“Saya tidak dengar apa-apa pun, saya juga tidak terima apa-apa notis,” katanya.

Reaksi mereka diperoleh sebagai respon kepada khabar angin mantan Menteri Besar itu mahu melepaskan jawatan sebagai Adun Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

HM

Categories
SELANGOR

MB: Pembekuan akaun SMUE ikut amalan sedia-ada zaman Khalid

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 OKT: Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata pembekuan akaun Skim Mesra Usia Emas bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang dilakukan mengikut amalan sedia-ada zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menegaskan bahawa beliau tiada sebab untuk membalas dendam, Azmin menyifatkan Khalid sebagai sahabat beliau.

_MG_7328“Itu memang dasar yang diguna pakai oleh Tan Sri sendiri (dimana) pada 2008 ADUN kita di Pelabuhan Klang keluar parti, itu yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid.

“Semasa Exco dipecat enam orang itu juga dilakukan Tan Sri Khalid dan saya tidak tahu menahu perkara itu tetapi diuruskan pihak pentadbiran,” kata Mohamed Azmin sejurus selesai menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.

Bagaimanapun jelas beliau, peruntukkan bagi program di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu masih diteruskan untuk penduduk di dua kawasan terlibat.

Semalam, Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin menyifatkan tindakan membekukan akaun SMUE di dua kawasan itu sebagai tindakan membalas dendam terhadap Abdul Khalid.

HM

Categories
SELANGOR

Isu peruntukan SMUE, bekas setpol sanggah Faekah

Bekas Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azman Bidin berkata akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang dibekukan kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan lagi ahli parti PKR.

Menyanggah dakwaan  Pegawai Khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah Hussin, Azman, yang juga Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, menjelaskan akaun bank program bantu rakyat itu hanya boleh diurus Adun dan Penyelaras DUN Pakatan Rakyat.

“Bendahari Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada wakil dari Parlimen Bandar Tun Razak bahawa memandangkan Tan Sri Khalid kini adalah Ahli Parlimen Bebas dan bukan dari Pakatan Rakyat maka beliau tidak layak memegang peruntukan Skim Mesra Usia Emas lagi,” jelas Azman dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.

“Peruntukan ini akan disalurkan melalui DUN Angkat yang akan dilantik oleh Kerajaan Negeri. DUN Angkat ini akan memegang peruntukan ini bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan bagi DUN Pelabuhan Klang peruntukan akan disereahkan kepada Penyelaras DUN yang akan dilantik oleh Menteri Besar dalam masa terdekat.”

Pada kenyataan media semalam, Faekah berkata Bendahari Negeri Selangor diarah membekukan akaun berkenaan pada 25 September lalu, selepas penukaran teraju pentadbiran negeri.

HM

Categories
SELANGOR

Anwar nafi arah, cuma minta penjelasan MB

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 SEPT: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau ‘mengarahkan’ Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengkaji semula kenaikan gaji wakil rakyat, pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX) dan perjanjian penstrukturan air.

Anwar menjelaskan beliau hanya meminta penjelasan samada perjanjian-perjanjian itu mengikut undang-undang atau sebaliknya.

Beliau juga menafikan menuduh mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengamalkan rasuah.

forumunisel1“Saya tidak tuduh rasuah, tapi tidak ada ketelusan,” tegas Anwar.

Berhubung isu air, Anwar melahirkan kekhuatiran diatas pemeteraian perjanjian air yang dibuat secara tergesa-gesa. Anwar juga persoal siapa yang mendapat kontrak dan keuntungan daripada perjanjian itu.

“Nak berebut luluskan kontrak air itu sebab apa?

“Siapa yang dapat kontrak dan berapa banyak keuntungan itu. Jika terlalu banyak untuk dua ke tiga orang atasan memperolehi kekayaan adakah itu akan jadi kesan dan beban kepada rakyat Selangor yang mesti membayar kadar air yang tinggi?,” soal beliau.

Manakala bagi isu Lebuhraya Kidex pula, Anwar menuntut semakan dibuat kerana mengundang bantahan daripada penduduk.

“Jadi saya nak tahu kepimpinan mana yang untung. Umno mana yang dapat? Peguam Umno mana yang terbabit? Kenapa kita negeri perlu tunduk kepada keputusan itu,” soal Anwar.

Anwar turut mempersoalkan pembangunan projek kediaman mampu milik ‘Rumah Selangorku’ di Sungai Sering.

“Begitu juga 70 ekar tanah Sungai Sering kepada Tan Sri Rashid Manaf. Siapa yang tentukan harga?,” soal beliau.

Anwar berkata jika pentadbiran Abdul Khalid dianggap baik meskipun timbulnya persoalan-persoalan ini, maka rakyat Selangor mempunyai kefahaman tatakelola yang lemah.

Sebelum ini, Selangor Kini melaporkan pengambalian operasi dan aset air negeri kepada entiti milik rakyat Selangor iaitu Air Selangor Sdn Bhd.

Selangor Kini juga pernah melaporkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menolak permohonan untuk menggerakkan pembinaan lebuhraya Kidex sebanyak tiga kali selepas pemaju gagal menyerahkan laporan impak terkemaskini seperti yang diminta Kerajaan Negeri.

Manakala pemaju Rumah Selangorku di Sungai Sering, Ecoworld Development Group Berhad dikatakan layak kerana mempunyai kemahiran dan memenuhi syarat yang dikehendaki Jawatankuasa Khas Penilaian Kontrak Projek Rumah Selangorku Sungai Sering yang terdiri daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi Perumahan, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta pakar-pakar bidang pembinaan.

HM

JURNAL BERITA – “Itulah harga sebuah integriti”

1. Abdul Khalid: “Itulah harga sebuah integriti”

2. Exco: “Nak minta RM1 pun susah, MB cermat belanja wang rakyat”

3. 12 NGO pertahan Abdul Khalid kekal MB hingga penggal berakhir

4. Pecat Abdul Khalid, ROS panggil PKR

5. Jawatankuasa khas ditubuh perhalusi kenaikan elaun guru KAFA

6. ‘Dokumen Sulit Langkah Kajang’ rekaan Umno pecah belahkan PR

7. PKR: Penyebaran dokumen rahsia ‘Langkah Kajang’ palsu & fitnah

8. Tun M patut desak Najib letak jawatan bukan sekadar tegur

9. Adun Pengkalan Kubor meninggal dunia

10. MPSJ anjur program Sambutan Kemerdekaan tawar hadiah RM20,000

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid: “Itulah harga sebuah integriti”

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 19 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana terpaksa berdepan tempias krisis jawatan Menteri Besar Syang kini hangat diperkatakan baik di kalangan pemimpin juga media.

Abdul Khalid dalam nada tenang membuat ucapan maaf berkenaan di hadapan lebih 100 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

“Saya minta maaf terhadap perhatian yang terpaksa dihadapi oleh anda sekalian. Perkara ini menjadi kebiasaan bagi saya sebagai ahli politik, jadi saya terpaksa menghadapinya.

pk6“Saya minta maaf kerana anda datang ke sini bukan untuk terbabit dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Khalid turut memetik hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Bukhari berhubung soal amanah iaitu ‘di saat amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran dan jika sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran’.

Abdul Khalid juga terus menutup mulut ketika diekori sekumpulan besar wartawan bagi mendapatkan ulasan berhubung kemelut jawatan yang disandangnya.

Beliau tampil dalam acara itu selepas membatalkan dua acara rasmi iaitu pertemuan dengan penjawat awam negeri dan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Selangor, semalam.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Abdul Khalid kekal MB Selangor atas perkenan Sultan

Oleh: TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
Saya telah manghadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11 Ogos 2014, 9 pagi di Istana Alam Shah Klang untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pemecatan saya sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam pertemuan tersebut, saya telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa saya telah dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR.

Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin perkenan Abdul Khalid kekal Menteri Besar

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 OGOS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, beliau sudah memaklumkan kedudukan terkini selepas pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertemuan pagi tadi.

mb salam sultan aKatanya, Sultan Sharafuddin perkenan beliau meneruskan tugas sebgaai menteri besar selepas Abdul Khalid menjelaskan masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Menurut artikel 53 2 b undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kuranagnya empat hingga 10 ahli.

“Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco)akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.

“Oleh sebab itu, saya boleh meneruskan ketuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Pagi tadi, Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin dalam mesyuarat Majlis Dewan Penasihat Diraja Selangor di Istana Alam Shah, Klang.

PC MB di SUK 11.08.2014 (3) Mesyuarat itu bagi membincangkan kedudukan beliau sebagai menteri besar selepas PKR memecat keahliannya secara serta merta, pada 9 Ogos lalu.

Abdul Khalid berkata, beliau akur dan menerima keputusan PKR walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata, beliau akan bertemu wakil anggota Exco daripada PKR dan DAP untuk berbincang berkenaan kedudukan mereka dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
“Saya akan bertanyakan kesediaan mereka untuk bersama dalam kendalikan MMKN dan pentadbiran Selangor.
“Jika mereka rasa tidak boleh menjadi sebahagian pasukan menteri besar, lebih baik tidak teruskan menjadi exco,” katanya.

-NFN-