Categories
SELANGOR

Azmin teruskan dasar pro-rakyat legasi Abdul Khalid

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 23 SEPT: Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menganggap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya meninggalkan satu asas yang baik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Justeru itu, kata Mohamed Azmin, menjadi tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar baru meneruskan dasar dan program diasaskan Abdul Khalid demi kepentingan rakyat.

mbbaru3“Saya terlibat secara langsung ketika pentadbiran Tan Sri Khalid dan beliau meletakkan asas yang baik dalam mentadbir sebuah kerajaan negeri.

“Sudah tentulah tanggungjawab saya meneruskan dasar demi rakyat memberikan penekanan kepada soal pentadbiran adil dan memastikan kerajaan negeri ini bersih dan bertanggungjawab menjaga rakyat negeri Selangor,” kata Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin berkata demikian dalam sidang medianya sejurus mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Balai Tengah Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun akan mengkaji semua perjanjian dan keputusan yang dibuat pentadbiran terdahulu termasuk perjanjian air dan kedudukan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Azmin berkata, beliau juga akan memastikan kesinambungan pembangunan di negeri terkaya itu terus berjalan disamping usaha mengekang peningkatan kadar jenayah di negeri itu.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

Abdul Khalid akan terus mewarnai politik Malaysia

Pertama kali saya mendengar pidato Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah ketika kempen pilihan raya umum ke 12 pada 2008, di Bandar Tun Razak dan saya dapati ucapan beliau membosankan.

Ramai yang datang tetapi seolah tidak diperdulikan sangat apabila beliau seolah tergagap dan sukar difahami maksud ucapan beliau.

Saya ketika itu membuat tugasan sebagai pelajar kolej meminta untuk memubual beliau selama lima minit, dan reaksi awal saya terus berubah.

Walaupun saya telah lupa apa isi temubual itu, namun saya ingat jawapan beliau satu persatu jauh lebih baik dan meyakinkan berbanding ketika berucap di hadapan ratusan hadirin di atas pentas.

Sebulan kemudian, beliau dilantik menjadi menteri besar Selangor dan saya meneruskan pengajian.

Hampir dua tahun selepas itu, saya terjun ke dunia kewartawanan dan ditugaskan membuat liputan aktiviti kerajaan negeri Selangor.

tunggu MB di SUK (7)Hari ini merupakan hari terakhir Khalid bertugas sebagai menteri besar dan pastinya satu perubahan dirasakan khususnya bagi warga media di sini.

Khalid sebelum ini pernah menyatakan betapa beliau mahu meninggalkan legasi pentadbirannya sebelum turun dari kerusi menteri besar.

Selepas menandatangani perjanjian induk yang membawa kembali syarikat pembekalan air kepada negeri Selangor, Khalid dilihat menghabiskan hari-harinya dalam kerja-kerja “santai”.

Tanpa protokol, karenah

Beliau turut kelihatan lebih ceria selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada sultan Selangor dua minggu lalu.

Sabtu lalu, Khalid menghadiri acara perayaan pesta menuai Jepun, “Bon Odori” terakhir beliau sebagai menteri besar di Stadium Panasonic, Shah Alam dan beliau tetap seperti kali pertama pada 2008 – acara yang diakui beliau sebagai sentiasa membuatnya tersenyum dan ceria.

Beliau turun di tengah-tengah bersama menari mengelilingi bulatan dengan senyuman lebar tanpa sebarang kawalan keselamatan, sesuatu yang dilakukan saban tahun setiap kali perayaan ini tiba.

Khalid merupakan sosok yang amat berbeza sekiranya dikenali dengan rapat dan secara peribadi, bukan daripada pandangan politik.

Malah wartawan khususnya dari biro Shah Alam dan Selangor mendapati beliau mudah mesra dan sentiasa bersedia bertemu dan menjawab setiap persoalan yang ditujukan tanpa kerenah keselamatan dan protokol yang ketat.

Beliau yang sering dilihat bersama kakitangan pejabat menteri besar dan seorang “bodyguard” yang mesra tidak menghalang langsung ketika melihat media menuju ke arahnya, kecuali bulan lalu, tatkala krisis ini memuncak.

Saya melihat ramai wartawan yang mengenali Khalid berasa sedih dan marah apabila beliau dipecat dan dikritik hebat oleh pimpinan PKR sepanjang Ogos lalu.

Beberapa wartawan meluahkan kebimbangan pentadbiran Selangor bakal berubah berikutan ketidakyakinan kepada pengganti beliau, baik dari PKR atau PAS.

‘Umpama dua sahabat’

Semalam, beliau mengiringi Sultan Sharafuddin Idris Shah ke kejohanan golf Selangor Masters dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Selepas menyampaikan hadiah, sultan dan Khalid, berbual panjang di sudut khemah jamuan, dengan perbualan yang agak peribadi, dan amat santai sekali. Mereka kelihatan umpama dua sahabat yang berbual di kedai makan selepas penat bekerja.

Khalid dilihat agak jauh dari PKR namun sepanjang enam tahun pentadbirannya, beliau dihormati mereka yang pernah bekerja dengannya.

Jolokan “kedekut” sinonim dengan beliau oleh kedua pengkritik dan pemujinya. Dari satu sudut, beliau dilihat amat berhati-hati dalam membelanjakan wang negeri, dan dari satu sudut lagi, beliau dilihat seperti tidak mahu membantu mengembangkan agenda pimpinan tertinggi parti.

Namun beberapa orang-orang beliau, sama ada baru atau sudah lama bekerja dengannya, mampu memberi kerjasama dan mempertahankan beliau.

Beberapa bulan lalu, seorang pengerusi GLC Selangor yang bukan berlatar belakangkan politik, meluahkan kebimbangan kepada saya terhadap perkembangan yang berlaku ketika itu.

Menurut beliau cara kerja Khalid yang teliti tidak pernah diterima beliau dari seorang ahli politik sepanjang lebih 20 tahun pengalamannya.

Penampilan serabut

Walaupun terkenal sebagai tokoh koporat yang mewah, penampilan Khalid dilihat berbeza dengan rakan kontemporarinya.

Adalah menjadi perkara biasa apabila Khalid keluar dari bilik mesyuarat, beliau dikepung media dengan rambut dan pakaian yang kurang kemas. Bagaimanapun penampilan “serabut’ Khalid itu nampaknya menjadikan beliau seorang pemimpin yang mudah didekati rakyat.

Saya masih ingat lagi seorang makcik yang terkesima apabila melihat Khalid bersahaja membeli stokin di pasaraya Giant sewaktu acara pemberian baucer “Jom Shopping” warga emas tahun lalu.

Makcik tersebut yang kebetulan berdiri di sebelah saya, secara spontan melahirkan kekaguman kerana seorang Tan Sri yang membeli pakaian di tempat yang sama dengan beliau.

Dan ini bukanlah gimik politik kerana beliau memang begitu. Namun yang kurang diketahui umum ialah minat Khalid dengan karya sastera khususnya sajak.

Pada tahun 2012, ketika majlis menganugerahkan pengikritafan kepada Datuk A. Samad Said sebagai “Sasterawan Tamu” negeri Selangor, Khalid membaca ucapan yang amat panjang diselang-selikan dengan petikan-petikan sajak.

Walaupun agak lambat dan kurang lancar, kesungguhan beliau membaca menimbulkan kelucuan dan kekaguman mengenali sudut itu.

Masalah Khalid

Bagaimanapun tidak dapat dinafikan beberapa polisi Khalid tetap menjadi kritikan orang ramai khususnya dalam menangani infrasturktur asas seperti jalan raya dan masalah kutipan sampah.

Beliau turut dikritik kerana didakwa terlalu lambat bertindak dalam beberapa isu dan kerenah birokrasi yang keterlaluan, khususnya dalam pemberian dana Selangorku.

Malah cara beliau meminggirkan ketuanya dalam bidang politik, dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat sendiri dan sudah dijangka bakal menjurus Khalid ke laluan sukar seperti yang berlaku sekarang.

Dan ia turut membuka jalan kepada sebuah politik nilai, daripada politik kelompok, yang hanya setia kepada sosok tertentu dalam aliran politik.

Pemergian Khalid tidak bermakna beliau akan terus hilang dari mewarnai politik Malaysia. Beliau kini merupakan seorang ADUN dan ahli Parlimen Bebas. Selamat jalan Tan Sri.

Dipetik: Malaysiakini

Categories
SELANGOR

Isu MB: Abdul Khalid ucap terima kasih kepada Hadi atas kepercayaan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 SEPT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berterima kasih kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mencadangkan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sebagai jalan penyelesaian kemelut politik Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata kuasa lantikan Menteri Besar adalah dibawah kuasa DYMM Sultan Selangor.

MB“Saya berterima kasih kepada Presiden PAS, tetapi saya minta maaf..Perkara lantikan Menteri Besar adalah dibuat di bawah kuasa sultan,” katanya kepada pemberita.

Abdul Khalid berkata demikian selepas merasmikan program Multaqa Imam-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Guru Kafa dan Guru Takmir peringkat negeri Selangor di Masjid Negeri di Shah Alam.

Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pemangku Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Hata Ahmad.

Ketika ditanya adakah beliau akan mengekalkan jawatan Menteri Besar di atas tiket Bebas, Abdul Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak akan buat sebarang komen mengenai perkara itu,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mencadangkan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sebagai jalan penyelesaian kemelut politik Selangor.

Pada pertemuan itu, katanya, Hadi menyatakan prestasi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar akan dipantau beliau.

EZY

 

Categories
NASIONAL

Tinjauan: 84.22% setuju Abdul Khalid layak pulihkan MAS

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 SEPT: Seramai 1,719 iaitu 84.22 peratus pembaca portal Astro Awani memilih Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai individu yang layak memulihkan Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Setakat jam 3 petang, tinjauan menunjukkan seramai 1,719 memilih Abdul khalid, 162 iaitu 7.94 peratus berpendapat ‘mungkin’ dan 160 iaitu 7.84 peratus mengatakan tidak bagi soalan ‘Adakah anda fikir MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mampu memulihkan MAS?’.

Vote MASUndian berkenaan adalah tinjauan umum dijalankan selepas penganalisis penganalisis politik dari Univerisiti Malaya (UM), Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan Abdul Khalid merupakan calon terbaik untuk menerajui MAS bagi memulihkan prestasi syarikat penerbangan itu.

Sebelum ini, ‘polling’ itu meningkat daripada 840 pengundi kepada lebih 1,600 dalam dua jam menunjukkan peningkatan sokongan terhadap Abdul Khalid.

Semalam, Tawfik berkata perlantikan Abdul Khalid dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan serta imej syarikat penerbangan terulung di Malaysia berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan beliau.

Mohamad Tawfik turut memetik kejayaan Abdul Khalid selama menjadi Menteri Besar yang antaranya pengambilalihan Guthrie Bhd oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 bilion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri.

EZY

JURNAL BERITA: Sultan perkenan tangguh peletakan jawatan Abdul Khalid

1. Sultan perkenan tangguh peletakan jawatan Abdul Khalid

2. Sultan Selangor titah lebih dua nama dari PR untuk jawatan MB

3. Abdul Khalid: Lebih satu nama calon MB dicadang pada 2008, 2013

4. Isu MB: Abdul Khalid serah kepada kebijaksanaan Sultan Selangor

5. Abdul Khalid terus tugas Adun Pelabuhan Klang

6. MB: “Hendak jadi kepala, buang perangai yang cela”

7. Selangor anjur sambutan merdeka, rumah terbuka dan Hari Belia serentak 30 Ogos

8. Dakwaan Singapura masuk Malaysia cubaan perbodoh minda Melayu kedudukan Menteri Besar

9. PAS Selangor junjung kasih titah Sultan kedudukan MB

10.Rakyat Palestin rai kemenangan perang 51 hari ke atas Zionis

11.Nik Aziz: “Semoga keputusan Istana Selangor memberi manfaat semua”

12.Himpunan hentikan dagang Malaysia-Israel 29 Ogos di MITI

13.Selangor lulus pinjaman mudah RM48.5 juta mantapkan KUIS

14.BERSIH 2.0: Akta Hasutan musuh kebebasan suara rakyat

15.RM50,000 menanti kaki pancing 1 Sept di Tasik Kota Puteri

16.300 semarak Hari Merdeka berbasikal keliling Shah Alam 26km

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid terus tugas Adun Pelabuhan Klang

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 OGOS : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan hasratnya untuk terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang sehingga keputusan baru berhubung jawatan Menteri Besar diputuskan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata tiada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu, sebaliknya memaklumkan akan menjalankan tugas seperti biasa seperti yang diarahkan Tuanku Sultan.

_MG_1854 copy“Saya tidak akan membuat keputusan apa-apa sehingga keputusan baru dibuat Tuanku tetapi dalam keadaan ini saya bercadang untuk meneruskan tugas sebagai Adun Pelabuhan Klang,” katanya dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), petang tadi.

Sehingga keputusan baru dibuat, Abdul Khalid berkata beliau akan meneruskan pentadbiran negeri bersama empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga perjumpaan baru bersama pihak Istana diadakan.

Katanya sekiranya nama baru sudah dilantik, maka barisan kepimpinan sedia ada akan memberi jalan kepada Menteri Besar yang baru.

Ketika ditanya pemberita mengenai keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid dengan tenang berkata ia dilakukan berikutan khidmatnya sudah tidak diperlukan di Selangor.

“Mereka sudah tidak mahu saya,” katanya ringkas.

EZY

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid terima keputusan PAS, terus tadbir hingga keputusan Sultan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Se-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Dengan perkembangan terbaru itu, beliau akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shahu ntuk memberi nasihat berkenaan langkah seterusnya.

sultanAbdul Khalid berkata, beliau akan meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri bersama empat ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik berkenaan sehingga DYMM Sultan Selangor membuat keputusan muktamad.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di negeri ini.

“Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul serta berasaskan undang-undang.

mb salam sultan a“Insya Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

PAS dalam satu sidang media mengumumkan dua nama daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggantikan Abdul Khalid iaitu presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali, hari ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Rakyat mahu isu MB tak jejas kemajuan Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 OGOS: Rakyat mahu isu Menteri Besar Selangor tidak menjejaskan kemajuan negeri termaju Malaysia itu demi kepentingan rakyat.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Besar.

sukPekerja swasta, Nasharudin Yusuf, 41, yakin perkenan yang diberikan Sultan Selangor itu merupakan langkah yang tepat demi kebaikan rakyat.

“Tuanku Sultan Selangor pula sudah tentu memikirkan kesejahteraan rakyatnya di bawah pentadbiran Menteri Besar yang ada sekarang dan peruntukan undang-undang yang ada,” kata Nasharuddin kepada Selangor Kini di sini.

Nasharuddin juga menyifatkan perkembangan mukhtahir ini membuktikan kebijaksanaan politik rakyat memberikan sokongan kepada pemimpin berdasarkan integriti seseorang pemimpin politik dan tidak lagi berdasarkan parti politik semata-mata.

Ahli perniagaan Fatima Wati Ahmad, 41, berharap Abdul Khalid dapat meneruskan kecemerlangannya pentadbiran Kerajaan Selangor yang ada.

“Sebelum ni berdebar tapi sekarang lega bila Tuanku Sultan perkenan Tan Sri terus mentadbir dan berharap beliau membuktikan bersih daripada tohmahan dilemparkan kepadanya,” katanya.

Sementara itu kakitangan awam, Jamal Sulong, 31, berkata perkembangan terkini melegakan tapi mungkin hanya sementara.

“Saya hormati dan kagum dengan keputusan Tan Sri kerana pendirian dan gaya urus tadbir beliau di mata rakyat amat terpuji,” katanya.

EZY

JURNAL BERITA: Sultan Sharafuddin perkenan Abdul Khalid kekal Menteri Besar

1. Sultan Sharafuddin perkenan Abdul Khalid kekal Menteri Besar

2. Alasan tidak tepat, nota 91 halaman terbukti hilang kredibiliti

3. Tawaran kepada semua syarikat konsesi air adil

4. PASMEB: “Ini bukan demokrasi tapi diktator”

5. Eco World diberi tender Rumah Selangorku kerana kepakaran tinggi

6. Abdul Khalid tak terbabit pemilihan tender projek Canal City

7. Sultan: Bakal haji perlu jaga akhlak, belanja secara berhemah

Categories
BERITA UTAMA

Apa salahnya Abdul Khalid kekal sebagai MB Selangor

Oleh: Kolar Putih

Persoalan utama dalam agenda terancang untuk menukarkan Menteri Besar Selangor bukanlah ‘layakkah Dr. Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor?’ kerana persoalan itu adalah perkara kedua. Persoalan utama adalah ‘Apa Salahnya Abdul Khalid Kekal Sebagai Menteri Besar Selangor?’.

Benarlah kata pepatah ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Kini, apabila tiba masa hendak menukar MB Selangor, pelbagai dalih dicipta dan dijadikan alasan oleh politikus-politikus picisan. Dari sebesar-besar isu rampasan kitab bible oleh JAIS, hinggahlah ke isu-isu umum seperti jalan berlubang, pengurusan sampah dan kebersihan di Selangor.

10599559_620767668038125_1707896045879382277_n Kalau mengikut logik politikus-politikus picisan yang merencana ‘Langkah Kajang’, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri setiap negeri di dalam Malaysia ini perlu ditukar kerana negeri mana yang tiada jalan berlubang dan yang tiada masalah kebersihan langsung? Dari Perlis hinggalah ke Sabah, isu tersebut adalah bersifat umum dan menjadi cabaran kepada setiap Kerajaan Negeri dan PBT.

Inilah taraf pemikiran para politikus picisan sebenarnya dan asalnya bijak, tetapi oleh sebab terlalu terdesak untuk menyokong rampasan kuasa, bijak sudah bertukar menjadi jumud. Zaman membangkang dari longkang sudah berlalu, kini bukan sahaja jangan membangkang dari longkang malah menyokong juga janganlah menyokong dari longkang.

 Kejayaan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bukan satu berita baru. Bahkan ianya diiktiraf secara tidak langsung oleh Barisan Nasional (BN) sendiri apabila salah satu daripada manifesto BN Selangor pada PRU13 adalah meneruskan pemberian air percuma yang menjadi salah satu program MES.

mesKekayaan negeri Selangor kini tidak datang dengan bergolek. Ianya memerlukan disiplin pengurusan yang cekap dan berintegriti. Jika tidak mana mungkin Selangor mampu mencatat bajet berimbang dari 2009 sehingga 2013 dan meningkatkan rezab Kerajaan Negeri Selangor sehingga hampir RM3 bilion?

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Abdul Khalid dan barisan Exconya telah mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara atas pentadbiran dan pengurusan kewangan yang cekap.

Tidak cukup dengan itu, pada April 2014 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri telah memuji pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Abdul Khalid. Jika DYMM Sultan Selangor sendiri mengiktiraf dan memuji pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, mengapa para politikus picisan yang tidak berkaitan malah tidak disebut peranan mereka di dalam Undang-Undang Tubuh Selangor bersungguh-sungguh untuk menukarkan Abdul Khalid?

Pentadbiran Abdul Khalid dan barisan Exco juga sentiasa mengiktiraf penjawat awam Selangor apabila mengumumkan bonus raya yang lebih tinggi berbanding penjawab awam Persekutuan sendiri.

Sultan MBIni menunjukkan kemampuan dan keampuhan ekonomi Selangor sekaligus membuktikan ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ bukanlah sekadar slogan apabila hasil limpahan ekonomi Selangor dipulangkan kepada rakyat Selangor.

 

 

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid Ziarah Nik Aziz, Ahmad Yakob

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil kesempatan sempena Aidilfitri menziarahi mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

IMG_22532658855014Abdul Khalid melalui laman Facebook rasmi beliau mengucapkan terima kasih di atas kesudian dua tokoh dari Kelantan itu yanf sudi menerima kunjungan beliau.

“Walaupun beliau (Nik Aziz) uzur, namun masih gagah berbicara.

“Terima kasih atas kesudian menerim kunjungan,” katanya.

-NFN-.

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid hargai sokongan Presiden PAS kekal jawatan MB

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepadanya untuk terus menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor hingga akhir penggal.

Beliau dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya berkata, sokongan itu amat bermakna kerana Selangor selaku negeri maju memerlukan suasana politik yang stabil untuk memastikan urus tadbir berjalan lancar.

“Saya bersama barisan Exco juga akan memastikan slogan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) iaitu meneruskan kecemerlangan terus diterjemahkan dalam bentuk tindakan,” katanya.

MBAbdul Khalid berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Abdul Hadi yang mempertahankannya sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Terdahulu, Abdul Hadi berkata, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Haji Abdul Hadi AwangKatanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat, pada 23 Julai lalu, menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Abdul Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat dalam masalah besar.

-NFN-