Categories
SELANGOR

Pakir dibahu jalan sesuka hati, punca trafik sesak

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 JAN: Perbincangan sudah dijalankan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa lain bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Jalan Batu Caves berhampiran Kampung Simpang Tiga, Gombak.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan, berkata satu mesyuarat sudah diadakan bagi membincangkannya dan tindakan susulan akan diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

hasbullah gombak setia 16 mei 01“Tindakan jangka pendek dilakukan adalah kita meminta JKR dan semua pihak berkaitan mengambil tindakan bersesuaian dengan peranan masing-masing.

“Antaranya JKR diminta melihat kedudukan lampu isyarat di sepanjang jalan di kawasan itu yang mana ia perlu kepada kajian semula supaya dapat diselaraskan,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Kesesakan berlaku di kawasan itu ekoran tumpuan orang ramai ke premis perniagaan terutamanya beberapa restoran yang beroperasi 24 jam.

SIMPANG SESAKBeliau berkata, masalah kesesakan lalu lintas berlaku di kawasan itu akibat sikap pemandu memarkir kenderaan sesuka hati dan tidak pada tempatnya terutama pada waktu puncak.

Katanya, ia ditambah pula dengan kedudukan lampu isyarat tidak selaras antara satu sama lain menyebabkan jalan raya menjadi sempit.

“Keadaan ini mengakibatkan kenderaan yang datang dari pelbagai arah dan lorong menjurus kepada satu lorong hingga berlaku kesesakan,” katanya.

Katanya, kawasan di bahu jalan itu semenangnya tidak disediakan ruang parkir kenderaan dan penyediaan ruang terbabit boleh dibuat sekiranya bersesuaian.

-nR-

Categories
SELANGOR

Aktiviti YB: ADUN Gombak Setia turun padang hari terbuka penduduk

SHAH ALAM, 17 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menyertai Hari Terbuka dan Sukan Rakyat Penduduk Taman Selaseh serta Taman Samudera di padang permainan Taman Selaseh, di sini, pada 13 April lalu.

Hasbullah sempat membuat gimik sepakan dalam salah satu acara yang dipertandingkan dalam sukan rakyat terbabit

10152037_625596207524983_107641603995672079_nPelbagai acara turut diadakan antaranya sepak raga, timbang bola, bola sepak kain pelikat, kapal terbang kertas dan wau dalam usaha mengeratkan hubungan antara penduduk dua taman berkenaan.

Hasbullah berkata, harapan besar terhadap program itu supaya masyarakat komuniti melihat akan keberadaan dan fungsi setiap organisasi yang mewakili setiap penduduk.

“Hal ini adalah demi memperjuangkan keselesaan hidup dan kesenangan komuniti setempat. Saya juga berterima kasih atas penganjuran program yang baik ini kerana dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Aktiviti YB : ADUN Gombak Setia serah sumbangan RM31,300

GOMBAK, 20 MAC: Satu majlis penyerahan sumbangan kemasyarakatan diadakan di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di Taman Berjaya, di sini, pada 18 Mac lalu.

Sumbangan berbentuk ‘mock cheque’ yang bernilai RM31,300 itu diserahkan kepada 14 badan bukan kerajaan (NGO) dan ketua masyarakat yang disampaikan ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan.

Hasbullah berkata, pihak pusat khidmat mengalu-alukan pelbagai pihak tanpa mengira latar belakang politik untuk memohon sumbangan aktiviti kemasyarakatan dan berfaedah demi kepentingan penduduk serta masyarakat.

DSC_0011“Peruntukan kewangan juga sudah dipecahkan kepada beberapa sektor antaranya infrastruktur, kebajikan, keselamatan, pelajaran dan keagamaan sebagai pemangkin semangat untuk penganjur terus mendidik masyarakat dalam aktiviti berfaedah,” katanya.

Antara wakil yang hadir menerima sumbangan adalah daripada JMB Sunway Batu Caves, Persatuan Ibu Tunggal Gombak, Kelab TRW Gombak, Flat Taman Samudra, Sekolah Kebangsaan Gombak Utara, Nisa’ Gombak, Pasti Al-Qamar, Kafa Jabal Nur, JKK Gombak Utara, Kelab Remaja Masjid Rahimah dan Kelab Enginius UIA.

DSC_0017Pengerusi Kelab Remaja Masjid Rahimah, Mohd Iqman Ibrahim, 29 tahun, berkata dia berterima kasih atas sumbangan yang diterima itu kerana boleh membantu aktiviti yang dijalankan.

“Saya mewakili Kelab Remaja Rahimah berterima kasih kepada ADUN yang memberi sumbangan dan berharap lebih ramai yang sudi menyumbangkan dana bagi aktiviti remaja,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

Mangsa kebakaran terharu terima bantuan

GOMBAK, 30 NOV : Tiga buah keluarga mangsa kebakaran di India Settlement di Gombak Utara terharu menerima bantuan daripada ADUN Gombak Setia baru-baru ini.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menyampaikan sumbangan duit dan keperluan asas kepada mangsa dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga atas ujian yang menimpa.

OLYMPUS DIGITAL CAMERABeliau juga akan cuba untuk berbincang dengan kerajaan negeri untuk membantu membina kediaman baru bagi ketiga-tiga mangsa kebakaran tersebut.

Salah seorang mangsa kebakaran, Raymond, 30 tahun, berkata kejadian kebakaran yang berlaku pada 23 November baru-baru ini pada jam 7 pagi yang melibatkan 3 buah rumah terbakar hangus.

Menurut beliau lagi, rumah beliau dan jirannya hangus seratus peratus dan sebuah rumah lagi hangus dalam 50 peratus dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM 100,000 untuk ketiga-tiga buah rumah itu.

“Saya dan ahli keluarga terkejut kerana ketika itu saya, dan keluarga pergi membeli sarapan di luar. Kemudian, dimaklumkan oleh jiran, rumah kami sudah hangus terbakar” kata beliau dengan perasaan sedih.

Raymond yang berkerja sebagai driver van berkata, selepas kejadian beliau dan dua buah keluarga terpaksa menumpang di rumah jiran.

Mererka terpaksa berharap belas kasihan dari pihak berwajib untuk menghulurkan bantuan dan membina rumah untuk mereka kerana 3 buah keluarga tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Mahar Del, 50, yang turut terlibat dalam kebakaran berterima kasih dan terharu atas sumbangan pertama yang disampaikan.

“Saya sangat berterima kasih atas bantuan Adun dan ahli majlis kerana inilah sumbangan pertama yang kami terima dan masih menunggu bantuan dari JKM.

“Dengan sumbangan diberikan oleh Adun sedikit sebanyak membantu saya membeli barang keperluan anak-anak” jelas beliau.

Turut hadir dalam majlis sumbangan yang dilakukan di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, Zailah Kamaludin, Ahli Majlis MPS Zon 6 dan Mariyppan A/L Narayanasamy, Ketua Kampung India Settlement. Ahli Majlis tersebut turut menyumbangkan sumbangan wang.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Mansuh subsidi hukuman berat kepada rakyat

Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia 1

GOMBAK 31 OKT : Tindakan kerajaan pusat memansuhkan subsidi barangan keperluan rakyat pada pembentangan Bajet 2014 adalah satu ‘hukuman berat’ kepada rakyat sedangkan pentadbiran kerajaan tidak mengamalkan cara berhemah berbelanja sehingga menyebabkan berbilion wang rakyat.

Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia 3

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, berkata golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan terus dihimpit dengan kekangan ekonomi hasil daripada tindakan pemansuhan subsidi itu.

“Kita melihat ini sebagai satu bencana kepada rakyat apabila bajet baru-baru ini menarik beberapa subsidi barang keperluan rakyat seperti gula apatah lagi bila menjelang perayaan,” kata beliau kepada TV Selangor.

Hasbullah berkata, kerajaan pusat perlu mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah dan mencari jalan mengatasi defisit negara.

“Kerajaan perlu memikirkan langkah mencari alternatif lain untuk mengurangkan defisit dan kelemahan mereka dalam mentadbir.

“Tapi janganlah rakyat yang sudah sedia mengalami kenaikan harga barang ini dihukum lagi dalam bajet,” kata Hasbullah.

Hasbullah sebelum itu menemani peserta Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia selain mengambil peluang beramah mesra dengan pengunjung lain di pusat membeli-belah Giant Batu Caves.

Seramai 300 orang peserta yang layak menerima baucar membeli belah sebanyak RM100.

Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia 2

-EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Hasbullah : Cari Rakyat Untuk Beri Bantuan

Hasbullah Cari Rakyat Untuk Beri Bantuan 01

GOMBAK 27 JULAI : Adalah menjadi peranan kerajaan dan pemimpin untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa menunggu mereka pergi bagi mendapatkan pertolongan.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 memberikan komitmen untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Adalah tugas kami sebagai pemimpin untuk mencari-cari mereka yang perlu dibantu dan yang perlu ditampung yang merupakan tanggungjawab kami.

Hasbullah Cari Rakyat Untuk Beri Bantuan 02

“Hari ini yang apa yang berlaku orang yang memerlukan terpaksa mencari-cari dan meminta-minta dan suasana ini tidak betul dan perlu diperbaiki,” kata beliau.

Hasbullah berkata demikian semasa menyampaikan sumbangan kepada 52 orang anak yatim yang diadakan di Masjid Zakaria Batu 8 1/2 Gombak pada Majlis Berbuka Puasa di sini.

Ujar beliau, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membantu masyarakat yang memerlukan bantuan sehingga ke peringkat akar umbi yang memerlukan bantuan.

“Sebab itu dalam beberapa program bantuan yang diperkenalkan kerajaan negeri melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) dan terbaru pada musim perayaan Aidilfitri Kerajaan Negeri memberikan kupon kepada 500 keluarga di setiap DUN.

“Dan saya sudah agih-agihkan kepada ketua kampung dan ahli majlis untuk mengenalpasti mereka yang perlu diberikan sumbangan,” kata beliau.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MBSA Perlu Perjelas Lulus Kompleks Hiburan Di Padang Jawa

SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini diminta menjelaskan mengapa permohonan IRDK Land untuk membina kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif  di Padang Jawa diluluskan sedangkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah bertitah agar tiada sebarang pusat hiburan dibina di Shah Alam.

Selain melanggar titah baginda sultan, Kompleks tersebut yang masih dalam pembinaan itu juga mendapat bantahan penduduk beberapa buah kampung di Padang Jawa.

Demikian menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini.

Menurut Abdul Khalid, sebelum ini beliau ada dimaklumkan oleh pegawai MBSA bahawa pihak istana telah memberikan lampu hijau terhadap kompleks hiburan tersebut.

“Walaupun sebelum ini saya diberitahu pegawai MBSA secara lisan yang pihak istana beri kebenaran, tetapi MBSA harus beri jawapan bertulis secara rasmi kerana tidak mustahil ada pihak sengaja dan sesuka hati menggunakan nama istana.

“Kalau benarpun pihak istana beri kebenaran, pandangan penduduk Padang Jawa masih perlu diambil kira,” ujar beliau.

Bagaimanapun beliau juga dimaklumkan bahawa pihak MBSA masih belum mengeluarkan lesen operasi perniagaan kepada syarikat terlibat.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut menyangkal dakwaan Adun Gombak Setia, Dr Hassan Ali dan pemimpin Umno-BN bahawa Shah Alam telah menjadi hub maksiat.

“Lesen perniagaan yang dikeluarkan dalam isu ini adalah spesifik seperti untuk tujuan perniagaan spa kecantikan dan urut refleksologi sahaja.

“Pemeriksaan di tempat pernigaan juga dijalankan dan syarat membaharui lesen juga dikenakan pemeriksaan, tetapi yang cuba jadikan Shah Alam pusat maksiat adalah Umno-BN sebab merekalah bina kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif di Padang Jawa,” ujar beliau lagi.

Menurut Abdul Khalid, syarikat IRDK Land yang memajukan projek kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif tersebut dimiliki oleh pemimpin MIC yang juga merupakan bekas calon Pilihan Raya Umum ke 12 lalu bagi Dun di Negeri Perak.