Categories
AGENDA NASIONAL

Gangguan bekalan air 13 lokasi di KL pulih esok pagi

SHAH ALAM, 15 JULAI: Gangguan bekalan air di 13 kawasan di Kuala Lumpur sejak jam 7 malam tadi akan pulih secara berperingkat mulai jam 7 pagi esok.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata bekalan akan mula disalurkan selepas kerja membaiki paip pecah di Jalan Kuari Bukit A, Kuala Lumpur siap.

Elina Baseri berkata kawasan terbabit dengan gangguan bekalan air tidak berjadual itu adalah seperti berikut:

1. Kampung Padang Cheras
2. Pandan Mewah
3. Taman Muda
4. Taman Bukit Permai
5. Taman Bukit Pandan
6. Taman Mawar
7. Taman Seraya
8. Taman Mega
9. Taman Bukit Teratai
10.Taman Melur
11.Taman Saga
12.Taman Putra
13.Taman Mestik

“Air Selangor sedang menggerakkan lori ke tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal,” katanya.

Pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor, laman sesawang www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Penggantian injap paip, 27 kawasan alami gangguan air

SHAH ALAM, 16 NOV: Sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 24 dan 25 November.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berkata gangguan bermula jam 9 malam dan dijangka pulih 5.30 petang keesokan hari.

“Gangguan bekalan disebabkan penggantian injap paip agihan di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama bagi memastikan semua peralatan berkaitan dalam keadaan baik dan optimum.

“Usaha tambah baik infrastruktur injap juga antara inisiatif Air Selangor untuk meningkatkan mutu perkhidmatan demi keselesaan pengguna pada masa depan,” kata Elina Baseri.

Beliau berkata tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan berbeza mengikut kawasan bergantung jarak lokasi premis pengguna dengan tekanan air sistem agihan.

“Pengguna boleh melayari Air Selangor di www.airselangor.com serta merujuk saluran komunikasi rasmi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 untuk maklumat lanjut,” katanya.

Kawasan terlibat gangguan bekalan air berjadual ialah:

Kuala Langat
– Kampung Kundang
– Kuarters Estate Gadong
– Kampung Batu Untung
– Tanjung Sepat New Village
– Kampung Batu Laut
– Taman Batu Untung
– Taman Pelangi
– Ladang Batu
– Taman Tanjung
– Taman Tanjung Sepat Indah
– Kampung Orang Asli Tanjung Sepat
– Taman Mutiara
– Ladang Bedford
– Kampung Tanjung Sepat Darat
– Kampung Tumbuk
– Kampung Tanjung Layang
– Berek Polis Tanjung Sepat
– Taman Kanchong Laut

Sepang
– Kampung Bukit Bangkong
– Kampung Hulu Teris
– Kampung Ulu Chuchoh
– Kampung Orang Asli Bukit Bangkong
– Tanjung Rhu
– Pekan Sungai Pelek
– Kem PKLS Hazliza Ulu Teris
– Taman Seri Sungai Pelek
– Kampung Baru Sungai Pelek

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Kerja pembaikan paip pecah siap awal, bekalan air pulih

SHAH ALAM, 13 OKT: Gangguan bekalan bekalan air tidak berjadual membabitkan enam kawasan di sini dijangka pulih sepenuhnya jam 9 pagi ini, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata pengguna terjejas menerima air lebih awal berikutan kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 24  selesai jam 12.35 tengah malam tadi.

“Bekalan air telah disalurkan semula ke semua kawasan terlibat dan pengguna terjejas dijangka terima sepenuhnya 9 pagi ini,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Bekalan air di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 ditutup jam 9 malam tadi susulan paip pecah yang berpunca daripada pihak ketiga.

Agensi itu menjangkakan kerja pembaikan paip selesai jam 9 pagi ini dan pengguna menerima bekalan air sepenuhnya pada 3 petang ini.

Categories
AGENSI SELANGOR

Air Selangor agih 23,000 botol air, hantar lori tangki ke premis kritikal

SHAH ALAM, 3 SEPT: Sebanyak 23,000 botol air minuman diagihkan kepada penduduk rumah unit bertingkat di tujuh wilayah yang terjejas gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pencemaran Sungai Selangor hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata lori tangki air juga digerakkan ke premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan bantuan bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat yang disediakan,” kata Elina Baseri dalam kenyataan petang ini.

Menurut Elina lagi, setakat jam 6.30 petang Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi.

“Pencemaran masih dikesan di muka sauk loji pada tahap tiga ton. Susulan itu, air sebanyak 2,700 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada 1,292 kawasan tidak dapat dibekalkan,” katanya.

LRA Rantau Panjang dihenti tugas jam 7.15 pagi manakala LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) pada 9 pagi.

Siasatan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mendapati pencemaran berpunca daripada kilang menyelenggara mesin dan jentera di Sungai Gongyang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat.

Ekoran itu, bekalan air 1.2 juta pemegang akaun wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terjejas.

Categories
AGENSI SELANGOR

Paip pecah: Gombak alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 26 JULAI: Sebanyak 16 lokasi di Gombak mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah di Rumah Pam Melawati, dekat sini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata susulan itu, sistem rumah pam tersebut terpaksa dihentikan pada jam 8.30 pagi tadi.

“Sehingga jam 1 petang ini, Air Selangor sedang giat melaksanakan kerja pembaikan paip pecah dan membaik pulih sistem rumah pam tersebut.

“Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan terjejas sedang digerakkan bagi membantu pengguna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikut ialah kawasan yang terjejas:

1. Taman Melawati
2. Kemensah Residensi
3. Saujana Melawati
4. Sunway Kayangan
5. Sunway Melawati
6. Tiara Kemensah
7. Tropika Kemensah
8. Twin Palm Kemensah
9. Ukay Prima
10. Bukit Melawati
11. Nadayu Melawati
12. Amber Hill
13. Kampung Klang Gate
14. 203 Melawati
15. Zoo Negara
16. Kemensah Heights

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Bekalan air di Klang, Kuala Langat pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 23 JULAI: Gangguan bekalan air di Klang dan lapan kawasan di Kuala Langat pulih sepenuhnya kira-kira jam 7 pagi ini.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berkata pihaknya berterima kasih atas kesabaran pengguna selepas kerja pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang siap semalam.

“Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih di atas kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pada 21 Julai lalu akibat paip pecah di lokasi tanah mendap di tapak kerja Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) GS10.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Paip pecah, Kuala Langat dan Klang alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 11 JUN: Beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Langat.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata insiden itu berlaku ekoran kerja-kerja pengorekan oleh pihak ketiga di lokasi terbabit semalam.

“Kerja pembaikan paip pecah tidak dapat siap seperti dijadualkan 10 pagi ini disebabkan kedalaman paip pecah melebihi dua meter di dalam tanah dan memerlukan pengukuhan ruang pembaikan terlebih dahulu.

“Selain itu, kerja pengalihan kabel oleh syarikat utiliti lain juga perlu dilakukan di tapak. Kerja pembaikan kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap  4 petang ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bekalan air dijangka akan disalurkan 2 pagi esok selepas kerja pembaikan siap namun bantuan melalui lori tangki sedang digerakkan ke kawasan terjejas.

Air Selangor terus menyalurkan status terkini kepada pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di www.airselangor.com .

Senarai kawasan terlibat gangguan bekalan air seperti berikut :

Klang

-Bandar Bistari
-Bt 5 dan Bt 6 di Jalan Langat

Kuala Langat

-Batu 7 hingga Batu 9 Sijangkang
-Jalan Sijangkang Utama
-Taman Medan
-Taman Perwira
-Taman Sijangkang Jaya
-Batu 9 Kebun Baru
-Eco Santuary
-Tropicana Aman
-Sekitar Bt 9, Kg Medan

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Air Selangor laksana garis panduan baharu mulai 1 Jun

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan melaksanakan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa pada Jun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Air Selangor memaklumkan berdasarkan garis panduan SPAN, bacaan penggunaan air sebenar pada bulan setelah pembacaan meter sebenar di premis pengguna akan di pro rata kepada bulan-bulan di mana bil air adalah dicaj secara anggaran.

“Bil sebenar yang telah dikeluarkan sebelum garis panduan SPAN dilaksanakan akan diselaraskan dalam bil air pengguna pada bulan berikutnya.

“Air Selangor menjangkakan bahawa pelarasan ini akan selesai disempurnakan pada Julai 2020 kerana kitaran bil lengkap akan mengambil masa selama sebulan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Air Selangor turut memaklumkan pengguna yang mendapati bil yang dikeluarkan sebelum ini terlebih caj dan pembayaran telah dibuat ke atas bil tersebut, maka jumlah terlebih bayar tersebut akan direkodkan dalam akaun pelanggan.

Air Selangor juga akan mengemas kini semua bahan infografik yang dikongsi di laman sosialnya kepada mekanisme pengiraan bil yang baharu untuk maklumat yang lebih jelas.

Sebarang pertanyaan mengenai bil tinggi, pengguna boleh terus hubungi Air Selangor di talian 15300, WhatsApp ke 019-2800919 atau 019-2816793, media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram), Aplikasi Air Selangor serta e-mel Air Selangor ([email protected]).

– BERNAMA

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Lapan kawasan di Hulu Selangor alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 28 MEI: Lapan kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisik, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berkata sehingga jam 7 malam tadi LRA Sungai Selisik masih tidak beroperasi kerana pencemaran diesel masih dikesan pada sumber air mentah.

“Kawasan terjejas adalah Kampung Sungai Nilam atau Kampung Seri Pagi, Kampung Lalang Sungai Selisek, Rumah Murah Pkt 2 dan Kampung Serigala, Kampung Orang Asli Serigala, Kampung Bahom, Kampung Sekolah dan Kuarters Klinik serta Kampung Gesir Tengah.

“Air Selangor mula menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan terlibat bagi mengagihkan bantuan bekalan air kecemasan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Elina berkata Air Selangor akan mengemas kini maklumat pemulihan bekalan air ke kawasan terjejas kepada pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

“Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air,” katanya.

Kemalangan melibatkan lori tangki diesel dan van keselamatan di Kilometer 389.5 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) berhampiran Behrang semalam, menyebabkan tumpahan diesel mengalir ke Sungai Siah di Perak.

Ia menyebabkan LRA Sungai Selisik yang terletak pada jarak 2.7 kilometer di hilir sungai berkenaan terpaksa dihenti tugas.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Bekalan air di Petaling, Sepang pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 5 MEI: Gangguan bekalan air di Bandar Bukit Puchong 1 hingga 9 di Wilayah Petaling dan Bandar Bukit Puchong 10 hingga 17 di Wilayah Sepang pulih sepenuhnya hari ini, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Elina Baseri berkata kerja pembaikan bagi paip sambungan ke Pangsapuri Baiduri Court juga hampir siap sepenuhnya dan dijangka selesai jam 9 pagi ini.

“Namun penduduk sudah mendapat bekalan air alternatif melalui lori tangki terus ke tangki sedut.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama baik pengguna kepada semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengguna disaran untuk muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk maklumat bekalan air.

Untuk pertanyaan dan bantuan boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang di www.airselangor.com.

Categories
AGENSI SELANGOR

Air Selangor tubuh pasukan khas kongsi perkembangan Covid-19

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Satu pasukan khas telah dibentuk oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bertujuan berkongsi maklumat terkini Covid-19 dari semasa ke semasa bagi mencegah penularan baharu wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman dalam kenyataannya hari ini berkata pasukan khas di bawah Seksyen Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) Air Selangor ini merupakan satu daripada inisiatif untuk membendung wabak Covid-19, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan.

“Bilik Gerakan Covid-19 Air Selangor juga telah diaktifkan untuk sebarang pertanyaan berkenaan Covid-19. Waktu operasi adalah dari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Pasukan khas Seksyen HSE ini juga telah menjalankan proses pembasmian kuman di premis Air Selangor dalam usaha membendung warga kerja kami daripada ancaman wabak Covid-19,” katanya.

Suhaimi berkata inisiatif lain termasuk penutupan sementara semua Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 19 Mac hingga 31 Mac ini serta pemberhentian sementara perkhidmatan pembacaan meter dan permohonan baharu bekalan air oleh pihak pemaju, bermula pada tarikh yang sama.

Ini bagi mengurangkan risiko pendedahan terhadap warga kerjanya yang berada di lapangan. Dalam tempoh perintah ini, para pelanggan akan menerima bil anggaran.

Dalam pada itu, sebagai langkah pelaksanaan pelan kesinambungan perniagaan yang menyeluruh, Air Selangor melaksanakan polisi bekerja di rumah.

“Sehingga Isnin (23 Mac) hanya 42 peratus daripada warga kerja Air Selangor yang bekerja sama ada di pejabat atau di tapak kerja, dan penjarakan sosial adalah diwajibkan untuk mengurangkan kontak rapat antara individu.

“Para pelanggan turut dinasihatkan agar tidak panik dalam keadaan genting ini kerana Air Selangor akan memastikan bekalan air bersih tanpa gangguan untuk membantu pelanggan mengamalkan pengurusan kebersihan diri yang optimum,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Air Selangor kekal syarat, terma perjanjian

SHAH ALAM, 12 SEPT: Tiada perubahan dalam terma dan syarat perjanjian perkhidmatan bekalan air sedia ada di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya susulan penstrukturan semula industri bekalan air dan pengambilalihan semua syarikat konsesi milik pihak swasta seperti yang diumumkan Dato’ Menteri Besar Amirudin Shari, Selasa lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Suhaimi Kamaralzaman berkata, bermula esok, anak syarikat Kerajaan Negeri itu akan menjadi pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air di Lembah Klang.

“Mulai Jumaat ini (esok), Air Selangor akan melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan air kepada pengguna di kawasan berkenaan dan pengguna juga akan menerima bil air dari pihak kami selepas ini.

“Air Selangor akan menjadi pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan.

Suhaimi berkata, pihaknya turut memperkenalkan logo baharu yang melambangkan komitmen syarikat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Terdahulu, Air Selangor diumumkan secara rasmi akan menjadi pemegang lesen perkhidmatan bekalan air dan operator tunggal yang melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan air kepada pengguna di Lembah Klang.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, menerusi penstrukturan industri bekalan air dengan pengaktifan lesen tunggal itu, Air Selangor kini berjaya menyempurnakan pengambilalihan ke atas semua syarikat konsesi.

Katanya, kejayaan penstrukturan ini juga sekali gus memberi erti bahawa semua konsesi air akan ditamatkan.

“Kita berjaya merealisasikan hasrat ke arah pengurusan industri perkhidmatan air yang holistik di bawah satu operator yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri bagi peningkatan mutu dan kualiti perkhidmatan air yang lebih efisien, efektif, berdaya saing dan mampan.

“Dengan ini, kita berjaya memuktamadkan sepenuhnya penstrukturan industri bekalan air dan semua syarikat konsesi milik pihak swasta iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB Water), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS), Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB) serta Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) berjaya diambil alih,” katanya.