Categories
NASIONAL

Kabinet gantung sementara Akta Hasutan 1948

OLEH AFIX REDZUAN

SUNGAI BESI, 11 OKT: Kabinet memutuskan untuk menggantung sementara tindakan, di bawah Akta Hasutan 1948.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mingguan Kabinet, semalam.

“Oleh kerana akta itu akan dimansuhkan, maka keputusan dibuat bahawa tindakan di bawah akta itu harus digantung buat sementara waktu.

“Keputusan Kabinet itu akan disampaikan kepada Peguam Negara dan terpulang kepada beliau untuk mengambil langkah susulan,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Sidang Kemuncak Keusahawanan e-dagang anjuran Malaysiakini, di Royal Ballroom, Palace of The Golden Horses.

Gobind melalui Twitternya sebelum ini berkata, beliau akan mengusulkan moratorium (penggantungan sementara) ke atas Akta Hasutan 1948 dalam mesyuarat Kabinet.

Categories
NASIONAL

GHAH kecewa Akta Hasutan diguna kerajaan sewenang-wenang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 OKT: Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan kekecewaan terhadap Akta Hasutan 1948 yang didakwa digunakan kerajaan sewenang-wenangnya untuk menahan pihak tidak sehaluan dan pengkritiknya.

Jurucakap GHAH, Yap Swee Seng, berkata penahanan aktivis Khalid Ismath tidak boleh dibuat di bawah akta itu kerana apa dizahirkan beliau melalui laman sosial tidak berbaur hasutan.

GHAH“GHAH mendesak agar Khalid dibebaskan segera kerana reman dibuat bermula 7 Oktober selama dua hari dan lanjutan empat hari selepas itu adalah tidak wajar.

“Jika tujuannya hanya kerana ingin menyiasat satu kenyataan di media sosial, polis tidak seharusnya menghabiskan masa menyiasat perkara remeh ini sedangkan jenayah meningkat saban hari yang memerlukan lebih banyak tumpuan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya dengan tegas mendesak supaya kerajaan berhenti menggunakan akta drakonian serta menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji dibuat pada 2012 untuk memansuhkan akta zalim itu bagi menjaga diversiti dan menghormati kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

Katanya, GHAH juga mengulangi tuntutan dibuat sebelum ini iaitu memansuhkan Akta Hasutan 1948, gugurkan semua pertuduhan dan bebaskan semua tahanan di bawah akta berkenaan serta tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim.

Khlalid ditahan berikutan tulis di laman sosial twitter pada 6 Oktober lalu menyebut “Jangan kita lupa, ada 2 orang yang sedang ditahan dipenjara sebelum dibuktikan bersalah. 1) Kamal Hisham 2) Khairuddin – mereka berdua melawan berhala”.

Pada 6 Oktober lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Akta Hasutan 1948 adalah sebuah undang-undang yang sah dan mengikut Perlembagaan dan menolak permohonan Prof Madya, Dr Azmi Sharom terhadap akta era kolonial itu.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang membacakan keputusan itu, berkata akta berkaitan tidak bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, seperti dicabar Azmi.

ends

Categories
NASIONAL SELANGOR

SPR Pilih Syarikat Lemah Untuk Bekal Peralatan Pilihanraya – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 18072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak memahami prosedur dan mekanisme berkaitan sebelum sesuatu akta dimansuhkan terutama Akta Hasutan 1948.

2. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengulangi dakwaan pembekal dakwat kekal PRU13 mempunyai hubungan rapat dengan pegawai atasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di luar kekebalan Dewan Rakyat.

3. Nash Ventures Sdn Bhd, yang disahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, mendapat kontrak perbekalan topi dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk PRU13 secara runding terus didakwa memiliki rekod kewangan meragukan berdasarkan penyata akaun 2009.

4. Mantan Senator Sabah Dr Chong Eng Keong mendakwa satu jawatankuasa bertindak Umno dikepalai Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dibentuk pada 1991 untuk memburu dan mendaftarkan pendatang asing sebagai anggota Umno dan pengundi Barisan Nasional.

Perlantikan Exco Selangor : Empat Muka Baru, Speaker Wanita Pertama Malaysia – BULETIN 13


Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 30052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada barisan Exco kerajaan negeri bagi penggal 2013-2018 yang selesai mengangkat sumpah pagi ini.

2. Pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadap seorang pemimpin Pakatan Rakyat dan empat aktivis semalam adalah zalim kerana akta tersebut berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

3. Suara Rakyat Malaysia, menyambut baik cadangan penambahan lokap bersepadu dan pemasangan kamera litar tertutup di lokap tahanan bagi menangani kes kematian dalam tahanan.

Namun, Suaram mahu mengingatkan polis bahawa banyak dakwaan tahanan didera atau dipukul sehingga mati menuding jari kepada tindak-tanduk anggota mereka di bilik soal-siasat.

4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low melahirkan rasa kesal usaha dari pihak JPM untuk membantu keluarga mendiang telah disalahertikan.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Majistret Bebaskan Tian, Haris dan Tamrin

tian pix

SHAH ALAM, 24 MEI : Mahkamah Majistret hari ini menetapkan untuk membebaskan Naib Presiden PKR, Tian Chua bersama dua aktivis politik, Haris Ibrahim dan Datuk Tamrin Abdul Ghafar daripada tahanan polis.

Ia susulan tindakan Majistret Norashikin Sahat menolak permohonan polis untuk menahan mereka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Perkara itu disahkan peguam, R.Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang ketika dihubungi TV Selangor.

“Benar ketiga-tiga mereka dibebaskan apabila Majistret mendapati tiada asas atau bukti kukuh berhubung permohonan reman oleh pihak polis.

“Polis memohon untuk menahan mereka selama tujuh hari bagi tujuan siasatan, akhirnya lepas mendengar hujahan daripada peguam, mahkamah mendapati ia tidak berasas (penahan) dan membebaskan mereka serta-merta,” katanya.

Ketiga-tiga mereka dibebaskan daripada tahanan polis kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Berita pembebasan mereka juga turut tersebar luas di laman media sosial.

Ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 semalam di tiga lokasi berasingan sebelum dimasukkan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur Balai Polis Jinjang sekitar jam 5 petang.

Tian Chua telah ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tengah hari semalam semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu.

Sementara Haris, aktivis pergerakan Asal Bukan Umno (ABU) ditahan pada waktu sama semasa sedang makan tengahari di Segambut sejurus memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.

Manakala anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin ditahan ketika sedang makan di Bangsar.