Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Adun Sekinchan edar 700 bubur lambuk

Oleh: NORHAYATI UMOR

SEKINCHAN, 10 JULAI: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkesempatan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Bazar Ramadan DUN berkenaan, baru-baru ini.

Suee Lim berkata, sebanyak 700 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai dan turut mengedarkan buah kurma.

photo 3“Ia sebahagian daripada program amal yang dilakukan sebagai wakil rakyat bagi mengimarahkan bulan Ramadan,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, program edaran bubur lambuk itu walaupun ringkas namun menjadi bukti kesungguhan wakil rakyat menjalinkan ikatan silaturrahim dengan orang awam.

Beliau turut memberikan sumbangan bekas makanan kepada peniaga.

“Saya mengucapkan selamat berpuasa dan turut bersama menghayati kedatangan bulan ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Pondok berbumbung permudah masyarakat ziarah tanah perkuburan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 29 JUN: Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi menyumbangkan pondok berbumbung bergerak di setiap tanah perkuburan di DUN itu ekoran cuaca panas terik selain memudahkan masyarakat membaca tahlil dan membersihkan pusara.

“Ramadan tiba, tanah perkuburan mula menerima tetamu yang datang untuk bertahlil, membersihkan pusara dan membaca al-Quran.

“Panas terik menghalang mereka untuk berbuat demikian, jadi kita serahkan wakaf kubur membabitkan pondok berbumbung bergerak di setiap lapan tanah perkuburan di DUN ini,” katanya kepada Selangor Kini.

WAKAF KUBURBudiman berkata, pihaknya turut melaksanakan agihan sumbangan raya kepada 1,500 fakir dan miskin, ibu tunggal dan warga emas.

Selain itu, kira-kira 10,000 bungkus bubur lambuk disediakan untuk disumbang kepada masyarakat sepanjang Ramadan di sembilan bazar di DUn Sungai Panjang.

Sementara di DUN Semenyih, program sama turut dianjurkan membabitkan hampir 12,000 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan secara berperingkat di beberapa lokasi tumpuan ramai.

johan buburAdunnya, Datuk Johan Abdul Aziz, berkata pihaknya memfokuskan program mengimarah masjid dan surau bagi menghidupkan madrasah Ramadan.

“Kita sudah selesai program khatam al-Quran yang membabitkan 60 penyertaan. Kita juga menganjurkan majlis berbuka puasa di 30 surau DUN ini,” katanya.

Johan juga mengerakkan program Singgah Sahur dengan menjejaki polis, bomba dan peronda lebuh raya bagi menyampaikan pek makanan sahur.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Adun Sekinchan agih 500 pati ayam sempena hari bapa

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 JUN: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mengagihkan 500 botol Pati Ayam Brand kepada golongan bapa sekitar DUN berkenaan sempena hari bapa, baru-baru ini.

Suee Lim mengedarkan minuman pati ayam itu di perkarangan pasar awam sebagai tanda menghargai peranan bapa dalam masyarakat.

“Kasih seorang bapa sebenarnya terlalu banyak. Pengorbanan mereka bekerja tanpa kenal erti penat dan tidak mengira wang ringgit harus dihargai.

150620 hari bapa-02“Walaupun pemberian ini tidak seberapa tetapi menjadi tanda ingatan kepada semua bapa bahawa jasa dan peranan mendidik serta membesarkan anak sangat penting,” katanya kepada Selangor Kini.

Suee Lim mengingatkan semua anak supaya tidak lupa untuk memberikan ucapan atau hadiah sebagai tanda terima kasih.

“Pada zaman teknologi ini, kita tahu semakin kurang komunikasi antara anak dan bapa. Namun, sebagai anak tidak sewajarnya melupakan pengorbanan bapa.

“Setidaknya, mereka memberikan ucapan dan hadiah sebagai tanda terima kasih. Walaupun sebenarnya setiap hari bapa perlu dihargai,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Adun Tanjung Sepat sampai bantuan ‘Back To School’

Oleh: HAFIZAN TAIB

TANJUNG SEPAT, 13 JAN: Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan menyampaikan bantuan ‘Back To School’ di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Tumbuk, di sini, semalam.

haslin03Sumbangan Kerajaan Negeri itu disampaikan Mohd Haslin kepada kumpulan pelajar sekolah terbabit yang layak.

Mohd Haslin turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terdapat di sekolah berkenaan.

Turut hadir, Ketua Komuniti Kampung Baharu Tanjung Sepat, Tai; Ketua Komuniti Kampung Batu Unting, Mani dan Ahli Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Jalaraman.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Kursus membuat Roti anjuran PWB Gombak Setia

GOMBAK, 16 DIS: Wanita memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ekonomi negara dan juga institusi kekeluargaan.

Menyedari kepentingan wanita, Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Gombak Setia diwujudkan bagi membantu meningkatkan penyertaan wanita dalam semua sektor bagi meningkatkan produktivi wanita khususnya di kawasan Dun Gombak Setia.

Aktiviti YBLanjutan itu PWB Gombak Setia yang dipengerusikan isteri Adun Gombak Setia, Ruhaiza Muhamed mengadakan Kursus Membuat Roti bersama Chef Ain Kamaludin dengan mempelajari cara membuat pelbagai jenis roti di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia.

Program PWB dengan kerjasama PKM Gombak Setia yang turut dihadiri Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan turut serta bersama peserta kursus membuat roti sebagai simbolik perasmian.

Seramai 20 orang peserta untuk kelas pertama membuat roti dan akan dipertingkan dari masa ke semasa.

Fazilah Hasan, 29 tahun salah seorang peserta berkata, program seumpana ini sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan sampingan keluarga beliau ketika pelbagai kenaikan harga barang dan GST.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai PWB DUN Gombak Setia, layari https://www.facebook.com/PWBDunGombakSetia.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Program Daurah Remaja DUN Gombak Setia banyak beri manfaat

GOMBAK, 15 DIS: Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, merasmikan Majlis Penutup Program Daurah Remaja Islam anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Surau Al Ikhwan Taman Samudera Batu Caves.

Dalam ucapan perasmian, Hasbullah mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas menjayakan program yang bermanfaat.

Aktiviti YB Gombak SetiaBeliau juga mengharapkan program seumpama ini dapat mendidik anak remaja kita ke arah lebih baik dan secara tidak langsung dapat mengelak anak remaja dari terjebak dari aktiviti yang tidak sihat.

Edrus, 14 tahun, salah seorang peserta berkata, beliau banyak belajar pelbagai perkara selama dua minggu program itu berjalan dan berharap dapat menyertainya lagi tahun hadapan.

Seramai 150 peserta dari kawasan berdekatan dari umur 12 hingga 18 tahun menyertai program itu.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 100 bersama-sama gotong-royong cegah Denggi di Taman Sentosa

KLANG 10 NOV: Adun Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar merasmikan kempen cegah denggi dan turut bersama-sama bergotong royong bersama-sama hampir 100 orang penduduk membersihkan kawasan sekitar Jalan Dato’ Dagang Taman Sentosa.

Kempen itiu dianjurkan bersama Rotary Club Klang Central dan Majlis Perbandaran Klang.

Aktiviti YBSelepas satu sesi taklimat berkaitan pencegahan denggi diadakan, ubat mencegah pembiakan denggi diagihkan kepada orang ramai dan gotong-royong diadakan.

Dr. Xavier berkata orang ramai diminta supaya sentiasa menjaga kebersihan sekitar dan memastikan tiada tempat takungan yang membolehkan nyamuk aedes membiak.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: “Forest for us”

BANGI: Tanggungjawab menjaga sekitaran Bangi agar kekal sebagai tempat yang kondusif untuk di diami bukan semata-mata terletak pada bahu pihak berkuasa tempatan (PBT).

Orang ramai terutama penduduk Bangi haruslah memainkan peranan bersama menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Shafie Ngah, berkata kecaknaan Hitachi Electronic Malaysia, sebuah kilang bertaraf multi nasional untuk tampil bersama-sama melaksanakan tanggung jawab sosial mereka bergotong royong menanam pokok dan membersih longkang di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi sewajarnya dicontohi oleh semua pihak.

20140927_095109Selain dari kilang Hitachi yang diterajui Tokinori Furuichi, Pengarah Urusan mereka dan Pejabat ADUN Bangi program tersebut turut disertai Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Persatuan Landskap Malaysia dan MPKj.

Seramai 150 peserta yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mula bergotong royong seawal jam 8 pagi.

Sebanyak 50 anak pokok Janda Kaya @ Kelompang Burung (Sterculia parviflora) dan Rambai Istana (Lepisanthes alata) telah di tanam di kawasan rekreasi Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

 

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Kemelut MB tidak halang ziarah raya DUN Gombak Setia

Oleh: LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 28 OGOS: Kemelut menteri besar yang melanda Selangor bukan alasan untuk wakil rakyat negeri itu menangguhkan tugasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, berkata rakyat tidak seharusnya menjadi mangsa pergolakan parti politik.

Baginya, aktiviti dan program dirancang pusat khidmatnya terus berjalan seperti dirancang termasuk siri Ziarah Kebajikan sempena Raya 2014.

DSC_0021“Walaupun Selangor dilanda kemelut, namun tugas sebagai wakil rakyat tidak dilupakan dan saya akan terus berkhidmat untuk rakyat.

“Program ziarah ini adalah tahun kedua selepas tahun lepas berjaya diadakan,” katanya yang ditemui selepas menziarahi ahli PAS, Taufiq di Taman Gombak, di sini.

Taufiq yang mengalami masalah kesihatan adalah ahli PAS sejak tahun 1975 dan dikenali sebagai individu aktif di peringkat cawangan dan kawasan.

Pada masa sama, Hasbullah turut berkesempatan menyampaikan sumbangan hamper dan wang bantuan bagi meringankan beban Taufiq.

“Saya harap Taufiq diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur untuk terus beribadat kepada Allah,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 500 peserta meriahkan Jom Shopping Aidilfitri DUN Dusun Tua

Oleh: HAFIZAN TAIB

HULU LANGAT, 23 JULAI: Seramai 500 peserta memeriahkan program Jom Shopping Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Dusun Tua di Pasaraya Giants, Batu 9, Cheras di sini mulai Isnin hingga hari ini.

Program dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari itu mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan masyarakat di DUN Dusun Tua terutama golongan sasaran dengan mencatat penambahan 200 peserta berbanding program sama tahun lalu.

dt001ADUN Dusun Tua, Razaly Hassan berkata, semua peserta itu terdiri dari kalangan warga emas, ibu tunggal, fakir miskin, kurang berkemampuan dan yang lain dikenal pasti di kawasan DUN berkenaan.

Katanya, setiap peserta menerima baucer RM100 seorang dari PKM DUN Dusun Tua selain turut diagihkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Program Jom Shopping Aidilfitri kali ini ternyata menarik minat masyarakat di sini untuk turut serta kerana menyedari perancangan Kerajaan Negeri adalah demi menjaga kebajikan rakyat di Selangor.

“Tambahan jumlah peserta membuktikan program ini berjaya mencapai matlamatnya bersesuaian dengan agenda Kerajan Negeri bagi Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri tahun ini,” katanya kepada SelangorKini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.

Razaly berkata, program Jom Shopping perayaan adalah acara istimewa diadakan saban tahun bagi memeriahkan sambutan perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Katanya, PKM DUN Dusun Tua mendapat kerjasama daripada pengurusan Pasaraya Giants bagi menjalankan program Jom Shopping Aidilfitri itu.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Kumpulan Perangsang & Gombak Setia edar 2,500 bubur lambuk

GOMBAK, 21 JULAI: Kumpulan Perangsang Selangor Berhad bersama ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan dan Ketua-ketua Kampung Dun Gombak Setia mengadakan edaran bubur lambuk kepada Bazar Ramadhan Batu 8, Balai Polis Gombak, Perkampungan Orang Asal Gombak, penduduk, surau, masjid sekitar Dun Gombak Setia.

Sebanyak 2, 500 bekas bubur lambuk diedarkan untuk berkongsi keuntungan syarikat, di samping beramah mesra dengan masyarakat khususnya yang beragama Islam dalam menjalani ibadat puasa.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAKetua Pegawai Eksekutif Bahagian Agama Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Ustaz Zaharudin Muhamad berkata, program itu sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Program ini adalah program merapatkan ukhwah antara masyarakat melalui kampung-kampung dan memperkenalkan syarikat Kerajaan Negeri kepada masyarakat melalui CSR” kata beliau semasa Program Gotong Royong Memasak dan Edaran Bubur Lambuk dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Perangsang semalam.

Program yang diadakan di Dataran Sg. Chincin Gombak berjaya mengumpulkan tujuh buah kampung untuk sama-sama bergotong royong menyediakan tujuh buah kawah bubur lambuk.

Tujuh kampung tradisi yang terlibat, Kampung Changkat, Kampung Kerdas, Kampung Simpang 3, Kampung Sg. Chincnin, Kampung Sg. Pusu, Kg. Tengah dan Kampung Gombak Utara. Tidak melepaskan peluang, anggota Balai Polis Gombak untuk turut serta dalam program.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan berterima kasih kepada Kumpulan Perangsang Selangor yang sudi untuk memilih Gombak Setia sebagai tempat mengadakan program bubur lambuk dan inilah kami pertama berjaya mengumpulkan 7 buah kampung tradisi untuk sama-sama bergotong royong.

Pada petangnya, turut disampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri seramai 200 orang penerima asnaf dan orang tidak berkemampuan sekitar DUN Gombak Setia.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 81 pelajar dirai anugerah kecemerlangan DUN Gombak

GOMBAK, 22 JUN: Seramai 81 pelajar dirai dalam Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Cemerlang Peringkat DUN Gombak Setia bagi Tahun 2014 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Gombak Setia dengan kerjasama Lujnah Pendidikan PAS kawasan Gombak.

Penghargaan itu telah disampaikan oleh Adun Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan.

Dr HasbullahPenyampaian sijil penghargaan dan wang saguhati itu sebagai tanda mengiktiraf usaha dan kejayaan yang telah dikecapi oleh pelajar-pelajar di DUN Gombak Setia terutama dalam keputusan peperiksaan PMR, SPM, STAM dan STPM pada tahun 2013.

Dalam pada itu, Hasbullah Ridzwan berkata, kejayaan pelajar adalah bukan sahaja usaha pelajar tetapi juga ibubapa.

“Kejayaan pelajar-pelajar bukan sahaja datang daripada usaha keras guru ataupun pelajar, tetapi juga sokongan dan komitmen ibu bapa serta doa yang tidak putus-putus memastikan kejayaan anak-anak mereka,” katanya.

Majlis itu bukan sahaja mengiktiraf pelajar yang mendapat keputusan cemerlang namun secara tidak langsung menyuntik semangat pelajar lain untuk terus berusaha mendapat keputusan yang cemerlang kelak.

Hasbullah juga menggesa semua pelajar supaya meneruskan lagi kejayaan dalam pelajaran dan bidang yang akan diceburi dalam masa akan datang dan kejayaan itu tidak terhenti setakat itu sahaja.

Hadir sama ketua kampung dan ahli majlis untuk memeriahkan majlis.