Categories
AGENDA NASIONAL

Aliran trafik lebuh raya utama bergerak perlahan petang ini

KUALA LUMPUR, 2 FEB: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pada petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik dari utara dilapor perlahan bermula dari Sungai Petani, Kedah ke Bertam, Pulau Pinang dan Juru ke Bukit Tambun.

“Keadaan trafik turut dilapor perlahan dari Bidor ke Sungkai, Tambun ke Gua Tempurung, dan Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban,” katanya.

Selain itu, aliran trafik juga didapati perlahan dari selatan melibatkan Yong Peng ke Pagoh, Bukit Gambir ke Tangkak dan Ayer Keroh menuju Port Dickson berikutan aliran trafik yang meningkat.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.

Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 didapati lancar di kedua-dua arah setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Tiada aliran trafik luar biasa keluar dari ibu negara

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Keadaan jalan-jalan utama menuju keluar daripada ibu kota dalam keadaan terkawal setakat tengah hari ini dan tiada aliran trafik luar biasa dikesan di lebuhraya-lebuhraya utama seluruh negara menjelang sambutan Aidiladha, esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata pihaknya berharap agar orang ramai akur dengan larangan merentas negeri dan daerah yang dikuatkuasakan kini agar kes jangkitan Covid-19 dapat dilandaikan.

“Kami berharap orang ramai untuk duduk di rumah dan tidak keluar jika tiada urusan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) sebagai kelulusan pergerakan sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini, untuk pergerakan rentas negeri susulan terdapat individu menyalahguna surat itu untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi terdapat Sekatan Jalan Raya yang didirikan polis.

“Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berlaku kesesakan biasa sepanjang 400 meter sebelum Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan susulan sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan di lokasi berkenaan.

“Keadaan trafik menghala ke Pantai Timur juga berada dalam keadaan terkawal yang mana kesesakan hanya berlaku di lokasi terdapat SJR, di Plaza Tol Bentong menghala ke pantai Timur dan di Plaza Tol Gombak menghala ke ibu kota dengan kesesakan dianggarkan sepanjang 200 meter,” katanya.

Menurut jurucakap itu, tiada kesesakan luar biasa dikesan sepanjang laluan Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke utara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Aliran trafik dijangka meningkat Ahad ini

KUALA LUMPUR 2 JAN: Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dijangka mengalami peningkatan pada Ahad ini berikutan orang ramai mula kembali ke ibu kota daripada bercuti dan pulang dari kampung halaman masing-masing.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata buat masa ini, aliran trafik di seluruh negara terkawal dan lancar.

“Aliran (trafik) ketika ini adalah lancar dan tiada halangan (terkawal).

“Kami menjangkakan pertambahan aliran pada 3 Jan ini dengan mengambil kira tarikh terakhir untuk kembali bertugas selepas cuti panjang,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar memastikan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan baik.

“Patuhi undang-undang lalu lintas (dan) buat perancangan pergerakan. Patuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan memandu serta menungganglah secara berhemah,” katanya.

Mohd Nadzri turut mengingatkan pemandu untuk memastikan mereka tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa bahan terlarang ketika memandu dan berhenti rehat sekiranya mengantuk.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Aliran trafik lebuh raya utama lancar pagi ini

KUALA LUMPUR, 26 DIS: Aliran trafik di lebuh raya utama negara setakat 11 pagi ini, bergerak lancar dan terkawal walaupun jumlah kenderaan meningkat berikutan cuti panjang sempena perayaan Krismas yang akan disusuli cuti umum tahun baharu, minggu depan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata aliran trafik di kedua-dua arah berjalan lancar dan terkawal.

“Kita menjangkakan aliran trafik akan meningkat esok berikutan orang ramai mula pulang ke rumah masing-masing untuk bekerja,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik ke arah timur negara juga bergerak lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikm atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik .

-BERNAMA

Sumber Grafik: LLM
Categories
AGENDA NASIONAL

Aliran trafik lancar di seluruh negara – Polis

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Aliran trafik di lebuh raya utama, jalan raya dan jalan raya utama di seluruh negara secara umumnya dilaporkan lancar dan terkawal hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, tiada kesesakan teruk dilaporkan.

“Aliran trafik dari Lembah Kelang ke arah utara, selatan dan timur dalam keadaan terkawal.

“Saya berpendapat, keghairahan orang ramai untuk balik ke kampung tidak seperti menjelang satu atau dua hari menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti kebiasaannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Perkara ini berlaku berikutan orang ramai bijak merancang waktu perjalanan ke destinasi masing-masing bagi mengelak kesesakan di jalan raya.

Namun begitu, katanya, pasukan seperti ‘Jammed Squad’ yang ditubuhkan agensi itu sentiasa bersiap sedia digerakkan jika terdapat kesesakan jalan raya di samping bekerjasama dengan pihak konsesi lebuh raya.

Terdahulu, wartawan Bernama turut menyertai Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemantauan udara pergerakan rentas negeri susulan pengumuman tiada lagi halangan pergerakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tinjauan yang dilakukan di sekitar bandaraya dan lebuh raya utama sejak pagi mendapati tiada kesesakan di jalan keluar utama termasuk di plaza tol utama.

Selain itu, tinjauan juga mendapati kebanyakan kawasan rehat dan rawat (RNR) tidak dipenuhi orang ramai atau kenderaan.

Komander operasi Superintendan Mohd Fairuz Jamil (Komander Operasi) memberitahu Bernama terdapat pertambahan kenderaan namun kelancaran pergerakan kenderaan di jalan raya masih seperti sedia kala.

“Tiada kesesakan di R&R dan sepanjang rondaan dapat dilihat kebanyakan kenderaan bergerak di sebelah utara dan selatan… menghala di sebelah timur pula nampak lengang.

“Mungkin ada yang sudah balik secara berperingkat atau memilih untuk balik kampung semasa sambutan Aidiladha nanti,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pengusaha stesen minyak di lebuh raya Pantai Timur (LPT) Datuk Khairul Amilia Kholi berkata orang ramai telah memulakan perjalanan balik kampung semalam (Jumaat).

Katanya, terdapat kesesakan di jalan raya sehingga subuh tadi dan pengguna jalan raya yang berhenti untuk berehat serta mengisi minyak dan menyebabkan kesesakan di stesen minyaknya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan orang ramai pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik menuju utara perlahan dari Slim River ke Sungkai, Bukit Tagar ke Lembah Beringin serta Tapah ke Gopeng berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

“Trafik menuju ke selatan pula perlahan dari Senai ke Sedenak serta Ayer Hitam ke Yong Peng,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik menuju ke pantai timur bergerak perlahan dari Plaza Tol Gombak sehingga ke Genting Sempah.

“Bagaimanapun, aliran trafik dilapor bergerak lancar di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2,” katanya.

Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter, www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Aliran trafik lancar di kebanyakan lebuh raya

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal, setakat pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, aliran trafik menuju ke utara dan selatan lancar berikutan orang ramai sudah tiba di kampung sempena sambutan perayaan Deepavali hari ini.

“Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang ini dengan kemungkinan ada daripada mereka mahu pulang awal.

“Jangkaan trafik diramal akan mula sesak esok (Isnin),” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilaporkan lancar setakat ini.

“Trafik di kebanyakan tol seluruh negara lancar namun trafik (dari arah pusat bandar) sebelum masuk Plaza Tol Gombak mula bergerak perlahan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama tengah hari ini

KUALA LUMPUR, 8 Jun : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat tengah hari ini apabila orang ramai bergerak meninggalkan kampung halaman sebelum berakhirnya cuti sekolah dan Aidilfitri.

Maklumat daripada PLUS Trafik menunjukkan trafik tengah hari ini perlahan dari Skudai ke Senai Utara; hentian Kulai (Utara) ke Sedenak; Sedenak ke Simpang Renggam dan terus ke Ayer Hitam; dan sesak di kedua-dua arah di Bangunan Sultan Iskandar.

Trafik turut dilaporkan perlahan dari Jelapang ke hentian Simpang Pulai (Selatan); serta Gopeng ke Tapah dan Bidor seterusnya ke Sungkai.

PLUS Trafik turut melaporkan trafik perlahan dari R&R Gunung Semanggol (Selatan) ke Taiping; hentian Taiping (Utara) ke Bukit Berapit; dan R&R Sungai Perak ke Terowong Menora.

Aliran trafik tinggi turut dikesan dari Senawang ke Port Dickson; Pedas Linggi ke hentian sebelah Senawang (Utara); serta Simpang Ampat ke hentian Pedas Linggi (Utara).

Maklumat daripada LLM Trafik pula menunjukkan bahawa trafik perlahan dari Karak ke Plaza Tol Bentong dan Lentang ke Bukit Tinggi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 5.50 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik bergerak perlahan susulan kesesakan lalu lintas dari Gurun ke Pendang, Sungai Petani ke Bertam, Sungai Dua ke Permatang Pauh seterusnya ke arah Perai.

“Trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Bukit Merah sehingga Taiping, Changkat Jering ke Bukit Berapit dan Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai, Tapah ke Gopeng seterusnya ke Bidor dan Sungkai.

“Bagi arah Selatan pula, trafik perlahan dari Hentian Senawang ke Port Dickson, Simpang Empat ke Pedas Linggi, Tangkak ke Jasin, Sedenak ke Kulai, Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura menuju ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari arah Bentong ke Bukit Tinggi dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 susur masuk ke Plaza Tol Kuala Terengganu.

“Aliran trafik di LPT 1 di kedua-dua arah setakat ini dilapor lancar dan trafik dijangka meningkat pada sebelah malam,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor lancar dan terkawal setakat 9.40 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik lancar sepanjang lebuh raya PLUS, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang.

Trafik bagaimanapun dilapor mulai perlahan sepanjang empat kilometer dari Tapah ke Gopeng berikutan kerja pengalihan kemalangan yang melibatkan sebuah lori trailer di Km313.3 arah Utara pada Rabu dan buat masa ini lorong kiri masih ditutup.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

Aliran trafik dijangka tinggi pada sebelah petang dari arah Pedas Linggi ke Seremban, Terowong Menora ke Kuala Kangsar, Kuala Kangsar ke Sungai Perak, kawasan mendaki Gua Tempurung dari Tapah ke Gopeng dan Sedenak ke Simpang Renggam susulan orang ramai beraya atau pulang ke bandar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama malam ini

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat pukul 8.30 malam ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, namun aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) (he) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

“Trafik hanya perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan sibuk sebelum keluar Plaza Tol Bentong arah timur,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini

KUALA LUMPUR, 2 FEB: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 3 petang ini berikutan cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina.​​​​​

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik perlahan di Juru menuju ke Perai, Seberang Jaya ke Perai, Rawang ke Sungai Buaya, Bukit Tagar ke Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai, Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Tapah ke Tapah sehingga Gopeng.

Katanya, trafik turut perlahan di Nilai menuju ke R&R Seremban, Port Dickson menuju ke Hentian Senawang dan Skudai ke Sedenak sehingga Simpang Renggam.

“Aliran trafik turut tinggi di Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, trafik perlahan dari Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah dan Lentang ke Bentong manakala di lokasi-lokasi lain masih lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik.

SUMBER: BERNAMA