Categories
SELANGOR

Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabak Bernam malam ini

SHAH ALAM, 2 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri termasuk Selangor sehingga 10 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan daerah di negeri ini yang diramal berdepan dengan cuaca itu ialah di Sabak Bernam.

Selain Selangor, Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Amaran sama turut dikeluarkan di Johor (Batu Pahat dan Pontian), Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Saratok dan Kabong) dan Sarikei (Pakan) serta Sabah: Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Sandakan).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.