Categories
AGENDA BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN

MB mahu usaha banteras kilang haram diteruskan, puji tindakan MPHS

SHAH ALAM, 16 NOV: Dato’ Menteri Besar memuji tindakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita sebuah kilang yang beroperasi tanpa lesen di Kawasan Perindustrian Sungai Choh, Serendah.

Dato’ Seri Amirudin Shari mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) meneruskan usaha membanteras aktiviti kilang haram.

“Syabas MPHS di atas tindakan penguatkuasaan ini. Teruskan usaha membanteras kilang haram,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau mengulas laporan Selangorkini mengenai tindakan MPHS menyita sebuah kilang yang beroperasi tanpa lesen dan merampas 56 jongkong aluminium bernilai RM300,000 dalam operasi pada 9 November.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri mempergiat usaha membanteras aktiviti kilang haram sejak awal tahun ini.

“Usaha perobohan dan kompaun telah ditingkatkan di semua daerah dan kawasan bagi memastikan aktiviti kilang haram dapat dibasmi,” katanya.

Dalam operasi itu, premis terbabit dikenakan tindakan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil 3 dan 38 Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007.

Selain aluminium, turut disita lapan tong gas lima forklift, masing-masing empat unit monitor, papan kekunci, komputer, tiga mesin cetak dan seunit penimbang digital.

Operasi itu turut membawa kepada penahanan dua pekerja warga China ekoran gagal menunjukkan dokumen sah.

 

Categories
SELANGOR

Amirudin Shari tunai manifesto Sungai Tua

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 10 MEI: Selepas diberi mandat menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Amirudin Shari berkata tumpuannya kini terarah kepada inisiatif melaksanakan manifesto yang pernah dijanjikannya kepada pengundinya.

Katanya, beliau tidak memerlukan tempoh yang lama sehingga lima tahu melaksanakan manifesto yang mefokuskan kepada lima teras pembangunan infrastruktur Sungai Tua.

“Saya tidak perlukan tempoh lima tahun untuk melaksanakan manifesto itu.

“Ia boleh dilaksanakan segera, dalam tempoh sebelum itu kerana sebahagian intipati manifesto itu sudah dilaksanakan di peringkat asas fasiliti Sungai Tua,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui Beliau hadir di Pusat Penjumlahan Undi Pilihan Raya Umum (PRU14) Parlimen Gombak, di SMK Sungai Pusu, awal pagi ini.

Terdahulu, manifesto Amirudin untukmenjadikan kawasan itu sebagai penempatan sihat dan selamat untuk warga dan komunitinya.

“Saya komited untuk memperbanyakkan program kekeluargaan dan kesihatan yang memfokuskan seisi keluarga dengan lebih banyak peruntukkan kepada persatuan komuniti.

“Ia boleh disalurkan bagi menjayakan program kekeluargaan dan kesihatan yang memfokuskan seisi keluarga dengan lebih banyak peruntukan kepada persatuan komuniti untuk menjayakan program.

“Tidak dilupakan untuk saya membawa isu pendatang asing sekitar Sungai Tua agar Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan lebih tuntas dalam mengawal kebanjiran mereka serta menjamin keselesaan warganegara,” katanya.

=EZY=

 

Categories
SELANGOR

Sukan lasak dimajukan, aktiviti sihat belia dipertingkatkan

Oleh: Naeem Raffi

PETALING JAYA, 1 NOV : Kerajaan Selangor diharap tidak terlepas membangunkan kemudahan sukan lasak yang ada di negeri itu seiring dengan pembangunan sukan yang lain.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata kewajaran memartabatkan aktiviti sukan lasak itu ada kerana ia merangkumi pembangunan jati diri, pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat khususnya golongan belia.

Sukan lasak“Golongan belia perlu diisi dengan aktiviti sihat seperti sukan lasak ini kerana ia antara cabang yang dilihat mampu membentuk belia sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat kemudahan sukan di Pusat Rakan Muda, Kompleks Arena Petaling Jaya di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Belia Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Sayuti Basiron.

“Malam ini, kita datang melihat salah satu kemudahan sukan lasak yang ada di Selangor dan ada keperluan untuk menaik taraf kemudahan ini sesuai dengan permintaan semasa.

“Saya akan bawa perkara ini ke pengetahuan Kerajaan Negeri bagi memastikan kemudahan ini terpelihara dan dapat digunakan sebaik mungkin,” katanya.

Amiruddin Sukan LasakDalam lawatan tersebut, Amirudin sempat mendampingi sekumpulan pengiat sukan papan luncur, ‘inline skating’ dan BMX yang berada disitu.

Beliau turut menunjukkan bakat menunggang basikal BMX dengan meluncur di dataran itu.

“Kesempatan berbual dengan mereka tadi, saya difahamkan aktiviti mereka terhad pada sebelah malam kerana tiada kemudahan bumbung untuk mereka berteduh dari panas dan hujan. Jadi saya akan usaha mendapatkan bumbung seperti yang mereka inginkan.

“Mereka juga minta sedikit peruntukan untuk mengubah beberapa struktur rekabentuk kemudahan sukan di sini untuk lebih kontemporari kerana kemudahan sedia ada sudah ketinggalan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Semarakkan seni & budaya, peruntukan naik 3 kali ganda

Oleh: LIZAWATI MADFA

KLANG, 18 OKT: Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperbanyak program serta aktiviti seni dan budaya di Selangor dengan menyediakan peruntukan tiga kali ganda lebih banyak berbanding tahun lepas.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata aktiviti itu akan digembeleng bermula di peringkat akar umbi dan bawahan.

AmirKatanya, usaha itu bagi memastikan seni dan budaya terus subur untuk mengisi ruang dan jiwa masyarakat berbilang kaum di Selangor.

“Ada banyak perancangan yang kita cuba aturkan termasuk memberikan anugerah, menggerakkan festival seni di samping menghidupkan dan menggerakkan aktivis-aktivis seni tempatan.

“Tahun depan lebih banyak dan lebih hebat lagi aktiviti-aktiviti yang kita taja dan yang kita anjurkan sendiri di bawah jawtankuan tetap,” katanya.

Lenggokan suara Ismas Saring, Buddhi Hekayat dan Erma Fatima antara yang bergema di Dataran Seni Klang di sini malam tadi sempena Malam Santai Seni.

Amirudin berkata program itu merupakan selingan daripada lawatan Dato’ Menteri Besar ke Daerah Klang semalam.

ErmaKatanya, Malam Santai Seni merupakan antara banyak lagi program yang akan dilaksanakan bagi merancakkan aktiviti seni budaya di Selangor.

“Selaku Exco, saya cuba aturkan program-program giliran, minggu lepas ketika beliau turun ke Kuala Langat, kita aturkan program dengan anak-anak muda dan penggiat sukan.

“Jadi untuk daerah Klang ini, kita cuba untuk aturkan program seni dan budaya dengan memanggil beberapa orang-orang tempatan dan penggiat seni untuk kita aturkan program seni budaya di sini,” katanya kepada Selangor Kini.

Selain persembahan nyanyian dan puisi, Amirudin turut menyampaikan sumbangan insentif perkahwinan kepada 20 pasangan pengantin baru yang menerima RM 500 setiap orang.

Sementara itu, aktivis seni dan penulis, Buddi Hekayat melahirkan keterujaan apabila diberi kesempatan Kerajaan Negeri untuk menyemarakkan Malam Santai Seni.

“Saya sering baca puisi juga tetapi sudah lama tidak baca puisi.

“Jadi bila bila Exco undang, saya rasa gembira kerana dapat baca puisi di Selangor ini, saya rasa luar biasa,” ucapnya yang sempat membacakan beberapa puisi, antaranya, ‘Sebenarnya’ oleh Goenawan Mohamad.

Sebelum ini, Buddhi Hekayat atau nama penanya, Hasmi Hashim pernah memenangi Juara Lagu apabila lagu Awan Nano nyanyian Hafiz diangkat menjuarai acara terbesar anjuran TV3 itu.

Buddhi merupakan penulis lirik kepada lagu berkenaan sementara lagunya dicipta M. Nasir.

EZY

Categories
SELANGOR

Peruntukan baik pulih kemudahan sukan naik 8 kali ganda

Oleh: Naeem Raffi

KLANG, 18 OKT: Peruntukan pembaikan kemudahan sukan negeri akan ditingkatkan sehingga lapan kali ganda berbanding peruntukan sebelum ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata peningkatan belanja pembangunan itu dilakukan bagi memenuhi keperluan setiap kompleks sukan milik negeri yang berada di setiap daerah.

Amiruddin“Tahun lepas peruntukan baikpulih sekitar RM800 ribu tetapi untuk tahun hadapan ia akan ditingkatkan. Saya tidak boleh umumkan berapa jumlahnya tetapi ia meningkat sehingga tujuh ke lapan kali ganda dari peruntukan sebelum ini,” katanya.

Amirudin berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Stadium Hoki Pandamaran, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Persatuan Hoki Selangor, Datuk Seri Subahan Kamal, Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Zamri Othman dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata pihaknya sedang memikirkan pendekatan untuk mengawal selia semua kemudahan sukan di Selangor.

“Sudah sampai masanya, Kerajaan Negeri memikirkan untuk menubuhkan satu urusetia atau perbadanan yang berperanan menguruskan semua aset sukan yang kita miliki.

“Dengan adanya perbadanan seumpama ini, soal penyelenggaraan kesemua kemudahan sukan dapat dikawal selia dengan cekap,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Polis Bantuan tetap perlu walaupun pasang 1,000 CCTV

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 DIS: ADUN Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengalu-alukan cadangan Polis untuk memasang kira-kira 1,000 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh negeri itu bagi membendung peningkatan kadar jenayah disamping mempertingkatan tahap keselamatan awam.

Adun Taman Medan, Haniza Talhanizaha, berkata beliau berharap pihak Kerajaan Pusat membenarkan penubuhan polis bantuan di pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, beberapa agensi swasta mudah untuk mendapatkan lesen perkhidmatan polis bantuan dan sepatutnya sebuah Kerajaan Negeri diberikan peluang sama dalam membantu mempertingkatkan keselamatan awam dari jenayah.

“Permohonan negeri untuk mengadakan polis bantuan perlu dipertimbangkan sebab Negeri Selangor sendiri sudah ada kemampuan untuk melaksanakan, hanya kelulusan Bukit Aman masih belum diperolehi.

“Kalau agensi swasta boleh diberikan kebenaran, kenapa sebuah kerajaan negeri nak mohon polis bantuan tidak diluluskan, apa alasannya?,” kata Haniza ketika dihubungi Selangor Kini.

Haniza berkata pemasanagn CCTV itu perkara ini baik untuk membendung kadar jenayah khususnya di negeri ini.

cctv mdkl2“Kalau pertambahan unit CCTV dipasang oleh pihak PDRM memandangkan memang pihak bertanggungjawab saya rasa itu akan membantu penurunan kadar jenayah di Negeri Selangor.

“Cuma kita nak tahu berapa lama tempoh pemasangan tersebut,” tambahnya lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan kepada media memaklumkan, polis akan memasang di antara 500 hingga 1,000 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh Selangor pada tahun depan.

Setakat ini, terdapat 666 CCTV sudah dipasang di lokasi strategik 15 daerah di negeri Selangor sejak tahun lalu.

yb-amiruddin-saaricroplg2Adun Batu Caves, Amirudin Shari, berkata CCTV merupakan satu keperluan di beberapa kawasan dan lokaliti yang kerap berlaku jenayah pada lewat waktu malam dan menyebabkan cermin kereta dipecahkan seperti di kawasan pasar borong.

“Saya ingat ia perlu diletakkan di tempat awam bagi memantau jenayah dalam Negeri Selangor terutama jenayah jalanan yang pengurangannya masih sedikit.

“Kita jua berharap tidak menghalang kebebasan rakyat seperti mana yang terdapat di dalam Perlembagaan.

“Saya harap ia digunakan dengan cara yang betul untuk pengesanan jenayah dan mereka-mereka yang menyusahkan serta membawa kerosakan kepada orang lain,” kata beliau.

EZY