Apa Kata Rakyat: Apa Jaminan Kerajaan Cameron Highlands Selamat

Krew Selangorku.com bergegas ke Cameron Highlands untuk mendengar sendiri keluhan mangsa kejadian banjir baru-baru ini.

Apa Kata Rakyat Mengenai Zon Bebas Motor


 

Sinopsis:

Setiap hari ada sahaja laporan jenayah seperti ragut, samun, rogol dan pembunuhan.

Rancangan mewujudkan zon bebas motorsikal di kawasan-kawasan tertentu dalam bandar-bandar besar disebut sebagai tujahan untuk membanteras kegiatan jenayah yang semakin meruncing.

Bolehkah langkah ini mengekalkan keamanan, atau manifestasi prejudis golongan elit terhadap golongan kurang berkemampuan?

Wartawan kami, Anna Farina dan jurukamera Muhammad Hurzaid turun padang mendengar suara orang kita.

Categories
NASIONAL

Apa Kata Rakyat Mengenai Rumah Mampu Milik Selangor?


 

Sinopsis

Apa kata rakyat mengenai Rumah Mampu Milik yang ditawarkan Pakatan Rakyat Selangor?

Pasca 2008 menyaksikan persaingan antara dua gagasan parti politik untuk memenangi hati rakyat. Jika demokrasi dapat dilestarikan dengan lebih sihat dan membina, pasti yang paling untung adalah rakyat jua.

Krew TVSelangor, Anna Farina dan Khairuddin Jamaluddin, turun ke jalanan mendapatkan respon orang kita.

Categories
NASIONAL

Apa Kata Rakyat Mengenai Status Pengundi Meragukan?


 

Sinopsis:

Sehingga kini SPR masih belum membersihkan senarai pengundi meragukan atau lebih dikenali sebagai pengundi hantu.

Menerusi Projek Pendemokrasian anjuran Kerajaan Selangor, mendapati sekurang-kurangnya hampir 135 ribu pengundi meragukan dikesan menjalar diserata Selangor.

Sebagai rekod, DUN Serdang mencatat bilangan penambahan tertinggi iaitu lebih 9,000, diikuti Subang Jaya 8,000, Hulu Klang 6,000 dan Sri Muda hampir 5,000 pengundi meragukan dikenal pasti.

TVSelangor turun ke jalanan mendapatkan respon orang kita.

Categories
NASIONAL

Apa Kata Rakyat Mengenai Minyak dan Tol


 

Sinopsis:

Apa kata rakyat dengan dakwaan negara akan muflis jika harga minyak diturunkan dan tol di bandar-bandar utama dihapuskan?

Berapa banyak pula yang orang kita belanjakan hanya untuk tol dan minyak?

TVSelangor, turun ke jalanan mendapatkan respon orang kita.

Apa Kata Rakyat Mengenai Pemberian Permit Teksi Bersyarat Oleh PM?


 

Sinopsis

Apa kata rakyat mengenai pemberian permit teksi bersyarat oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak baru-baru ini?

Kerajaan memberikan 1000 permit teksi persendirian secara terus, dimulai dengan 200 penerima di satu majlis di Putrajaya baru-baru ini.

Penerima bagaimanapun hanya boleh menggunakan permit tersebut jika mereka membeli kereta Proton Exora.

Penerima juga diberikan geran RM5,000 untuk pembelian itu.

Krew TVSelangor turun ke jalanan mendapatkan respon orang kita.

Categories
NASIONAL

Apa Kata Rakyat Mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)?


Sinopsis:

Menurut kerajaan, bantuan RM500 yang sebelum ini dibelikan harus dibahagikan kepada 12 bulan, untuk membeli keperluan asas seperti beras dan minyak masak.

Menurut Perdana Menteri Najib Abdul Razak, sebanyak RM1000 pula akan diberikan jika BN diberi mandat dalam pilihanraya akan datang.

TVSelangor turun ke jalanraya untuk mendengar pendapat orang kita.