Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Bina asrama pekerja asing, atasi isu penempatan tidak tersusun

MERU, 14 DIS: Bangunan asrama pekerja warga asing bakal dibina di lokasi sekitar Meru bagi menjaga keselesaan penduduk tempatan, kata wakil rakyatnya.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata perbincangan bersama beberapa pengusaha antaranya Top Glove Sdn Bhd (Top Glove) sudah dilakukan dan dipersetujui.

“Meru berdepan masalah kebanjiran warga asing dan penempatan tidak tersusun memandangkan sudah jadi kawasan industri. Keadaan ini menyebabkan penduduk tempatan kurang selesa.

“Jadi kita syorkan syarikat besar bina penempatan khusus. Hasilnya beberapa lokasi sudah dikenal pasti dan pembinaan bermula tidak lama lagi. Langkah ini juga boleh atasi penyakit berjangkit yang boleh merebak penduduk setempat,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada 49 mangsa ribut di sini.

Mohd Fakhrulrazi berkata beliau akan memastikan perniagaan kedai runcit atau restoran yang ada dalam asrama itu dikendalikan penduduk setempat.

Pada 30 Ogos EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim ketika sidang Dewan Negeri Selangor memaklumkan inisiatif bakal diperkenal di kawasan perindustrian baharu bagi membolehkan pelabur dan pengilang mengurus kebajikan pekerja dengan lebih sistematik.

Beliau berkata antaranya kebenaran membina asrama setempat yang bertujuan memusatkan semua pekerja kilang dalam kawasan industri itu.

Categories
PBT SELANGOR

MPK terima 200 permohonan sijil layak duduki bangunan

KLANG, 22 OKT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerima 200 permohonan Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CCC) daripada pemilik kilang sejak Mac lalu.

Timbalan Yang Dipertua Elya Marini Darmin berkata permohonan sijil itu berdasarkan garis panduan Perancangan Penginapan Pekerja Jangka Pendek (TLQ) dan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ).

“Jumlah ini menunjukkan majikan mempunyai inisiatif untuk menjadikan asrama pekerja lebih kondusif dan selesa.

“Malah statistik ini juga bukti majikan sudah mula ada kesedaran untuk menjaga kebajikan pekerja masing-masing terutama melibatkan pekerja asing,” katanya pada operasi di kilang perabot di Jalan Korporat Taman Perindustrian Meru di sini semalam.

Elya Marini turut mengingatkan majikan yang mengupah ejen menguruskan penginapan majikan supaya mereka mengaplikasikannya dalam pengurusan pekerja.

“Kegagalan majikan mengikut garis panduan berdepan tindakan sekatan pemberian lesen jika pematuhan syarat asrama tidak dipatuhi.

“Majikan yang inginkan maklumat atau garis panduan boleh layari laman sesawang MPK atau hadir ke Jabatan Perancang yang akan beri nasihat sewajarnya,” katanya.

Garis panduan TLQ dan CLQ diasaskan daripada dua garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Mac dan Julai.

Kedua-dua garis panduan ini digabung dan digarap untuk disesuaikan penggunaan di bawah kawasan MPK sejak dua bulan lalu.

Categories
PBT SELANGOR

Kilang perabot di Klang diarah mohon sijil layak duduki bangunan

KLANG, 22 OKT: Sebuah kilang perabot di Jalan Korporat Taman Perindustrian Meru di sini diminta segera mendapatkan Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CCC) untuk pekerjanya.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Elya Marini Darmin berkata pemilik ada membuat permohonan tetapi ditolak kerana gagal mematuhi syarat teknikal.

“Antara syarat teknikal gagal dipatuhi ialah kemudahan katil, elektrik, kapasiti ruang pekerja, tandas, air dan dapur. Ini adalah syarat utama yang perlu dipatuhi semua majikan.

“Bagaimanapun untuk hari ini (semalam) kita tidak mengenakan kompaun kerana majikan mempunyai inisiatif memohon CCC dan mempunyai peluang untuk perbaiki,” katanya pada operasi di kilang perabot tersebut semalam.

Sementara itu Elya Marini berkata pihaknya memberi tempoh enam bulan kepada pemilik kilang untuk mendapatkan sijil tersebut.

“Permohonan CCC mestilah mengikut garis panduan ditetapkan dan tujuan kita mengadakan operasi adalah untuk memberi khidmat nasihat.

“Kita mahu kilang-kilang ini menjadikan asrama pekerja atau penginapan yang selesa diduduki,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Asrama pekerja sesak, majikan tapak binaan dikenakan tindakan undang-undang

SHAH ALAM, 27 MAC: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan sebuah tapak pembinaan di Sepang semalam kerana tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di bawah Ordinan Darurat pindaan 2021.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan tersebut dibuat susulan operasi bersepadu, Op Pindah yang dijalankan JTK Selangor bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di tapak berkenaan.

Menurut kenyataan itu, hasil siasatan pihaknya mendapati tapak pembinaan berkenaan menggajikan 343 pekerja asing dikategorikan sebagai person under investigation (PUI), yang dibiarkan mendiami penginapan sesak tanpa kemudahan asas disediakan kepada pekerja.

“Selain itu, penginapan yang disediakan tidak mendapat sebarang perakuan penginapan dari JTK dan sehingga kini mereka gagal membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan tersebut.

“Tindakan undang-undang melalui Akta 446 di bawah Ordinan Darurat pindaan 2021 telah diambil terhadap majikan terlibat bagi memastikan usaha kerajaan membendung penularan Covid-19 dapat dijayakan selain memastikan pematuhan kepada akta ini yang telah dikuatkuasakan,” menurut kenyataan tersebut.

JTK juga mengeluarkan arahan Ketua Pengarah Tenaga Kerja iaitu mengarahkan majikan berkenaan memindahkan pekerja ke penginapan sementara yang bersesuaian dalam tempoh 48 jam dari tarikh dan masa arahan itu dikeluarkan.

“Majikan telah memberikan kerjasama yang baik dengan melakukan pemindahan serta-merta pekerja mereka ke penginapan sementara yang dipilih sendiri oleh majikan atas kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui PKD Sepang,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

PKPD asrama Top Glove Klang libatkan 5,700 pekerja

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari yang dikuatkuasakan di asrama pekerja asing Top Glove Corp Bhd di Meru, Klang, mulai hari ini, melibatkan 5,700 pekerja dan bukannya 13,190 seperti yang dilaporkan, kata syarikat itu.

Dalam satu kenyataan, pengeluar sarung tangan getah itu berkata pekerja yang terjejas mewakili kira-kira 27 peratus daripada jumlah pekerjanya yang seramai 21,000.

“Kilang-kilang kami di Meru terus beroperasi dengan kapasiti yang rendah dan pekerja yang tidak berada di bawah PKPD bekerja di bawah tatacara operasi piawai (SOP) ketat selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan.

“Sebahagian besar pekerja yang terjejas tidak bergejala dan tidak ada simptom seperti demam atau sebarang sakit lain,” jelas Top Glove.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata 13,190 pekerja yang menginap di asrama syarikat itu di Klang, serta hampir 1,200 penduduk di kawasan sekitarnya, akan ditempatkan di bawah PKPD sehingga 30 November 2020.

-BERNAMA