Categories
NASIONAL

CGT langkah terbaik ganti GST, kurang beban golongan miskin

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 12 NOV : Pelaksanaan cukai keuntungan modal (CGT) adalah langkah terbaik bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan, pada 1 April 2015.

Penganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata CGT yang dikenakan ke atas keuntungan jualan aset seperti jualan saham, bon, hartanah dan emas akan membolehkan kerajaan memperoleh pendapatan RM8 bilion hingga RM10 bilion setahun.

Katanya, pendekatan itu akan dapat mengurangkan beban rakyat miskin daripada terus dihimpit dengan pelaksanaan GST yang disifatkan lebih memberi manfaat kepada golongan berada.

azrul_bimb“Kalau boleh kita memang mahu CGT dilaksanakan, tetapi nampaknya tidak akan dilaksanakan. Permulaan CGT jika dilaksanakan lagi mudah kerana mengikut kiraan secara rawak dengan mengambil kira beberapa perkara dan kerajaan boleh meraih pendapatan RM8 hingga 10 bilion,” katanya kepada portal Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad, berkata kerajaan boleh melaksanakan sumber lain seperti CGT sebelum GST dilaksanakan.

“Kita katakan bahawa ada lagi sumber lain seperti CGT seperti cukai ke atas keuntungan aset kewangan. Ambil daripada orang kaya dulu, gunakan sumber lain berbanding menekan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

Beliau berkata, pengambilan cukai GST daripada golongan miskin adalah satu perbuatan yang songsang dari sudut agama Islam.

“Dari sudut Islam juga, cukai perlu diambil daripada golongan kaya bukannya miskin. Itu adalah perbuatan tidak betul dari segi moral dan etika, bahkan pelaksanaan GST akan menyebabkan harga lebih 2,000 barangan serta perkhidmatan dinaikkan,” katanya.

Setakat ini, kerajaan hanya mengenakan CGT ke atas keuntungan jualan hartanah yang dipanggil Kenaikan Kadar Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT).

-NFN-

Categories
NASIONAL

GST : Ekonomi Malaysia dijangka meleset 2016

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 11 NOV : Malaysia berkemungkinan mengalami kemelesetan ekonomi selepas Cukai Barangan dan Perkidmatan (GST) dilaksanakan, pada 2016.

Penganalisa ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata kemelesatan itu dijangka berlaku berdasarkan Teori Kitaran Niaga sejak akhir-akhir ini.

Katanya, pelaksanaan GST bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya ‘double whammy’ berdasarkan perbelanjaan isi rumah.

azrul_bimb“Teori kitaran niaga menjadi pendek kerana dulu ia berlangsung selama 10 tahun tetapi sejak akhir-akhir ini menjadi tujuh tahun.

“Kali terakhir berlaku kepada Malaysia pada tahun 2009, jadi kemungkinan kemelesetan berlaku pada 2016. Proses ini hanya mengambil masa setahun selepas GST dilaksanakan bermula 1 April 2015,” katanya ketika ditemui portal Selangor Kini selepas seminar umum yang bertajuk pengurusan kewangan berhemah di Karangkraf, di sini, hari ini.

Azrul berkata, trend teori kitaran niaga terbabit menjadi lebih singkat berdasarkan perubahan faktor dalam sistem ekonomi, kewangan negara dan kemajuan teknologi.

“Kita tidak dapat memastikan bila perkara ini akan pulih kerana bergantung kepada penerimaan orang ramai terhadap GST. Namun, GST boleh dikawal jika gaji dinaikkan setara dengan perlaksanaannya bagi mengelak kadar hutang isi rumah terus meningkat,” katanya.

Beliau yang juga Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi dan Kewangan Pejabat Menteri Besar Selangor, berkata kerajaan disaran melaksanakan Capital Gains Tax (CGT) bagi mengelakkan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat.

“Cukai ini kita ambil atas keuntungan bukan modal. Dalam kiraan saya, kerajaan boleh meraih pendapatan RM8 bilion hingga 10 billion setahun,” katanya.

-NFN-

 

Categories
SELANGOR

Siaran langsung forum Laporan Audit Negara: Kepincangan Urus tadbir, Ketirisan dan Rasuah

audit

PETALING JAYA 11 OKT: Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung forum bertajuk Laporan Audit Negara: Kepincangan Urus tadbir, Ketirisan dan Rasuah yang dijadual berlangsung malam ini.

Antara panel ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin dan Pengarah Pilihan raya DAP, Ong Kian Ming.

Program anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dengan kerjasama Institut Rakyat, Anwar Ibrahim Club (AIC) dan beberapa pihak lain dijadual berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Acara dijadual bermula jam 8.30 malam tetapi ia tertaktuk kepada pindaan di lokasi program.

Untuk menonton, klik petak hitam bahagian atas sebelah kanan tertulis TV Selangor Live.