Categories
NASIONAL SELANGOR

Khalid Ibrahim Akan Kembalikan Pelabuhan Klang Kepada Rakyat

ceramah klang faekah 01

KLANG, 22 APR : Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pastinya akan membawa kerusi DUN Pelabuhan Klang kembali ke pangkuan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 pada 5 Mei nanti.

Ianya merupakan satu amanah yang perlu digalasnya setelah calon yang beliau ketengahkan pada tahun 2008 akhirnya lompat parti dan mengkhianati rakyat, jelas setiausaha politiknya Abdul Khalid, Faekah Husin.

“Untuk memastikan rakyat tidak tertipu lagi, maka kita lantik Menteri Besar untuk turun bertanding di sini.

“Parti tidak memilih saya atau calon lain untuk bertanding di sini.

?Tetapi memilih orang yang cadangkan dan ketengahkan calon katak pada PRU lepas untuk menebus balik kesalahan pada tahun 2008,” ujarnya dalam satu ceramah bertempat di Kampung Nelayan, Pulau Indah di sini malam tadi.

Turut hadir memberi ceramah ialah calon DUN Sekinchan, Ng Suee Lim, calon Parlimen Klang, Charles Santiago dan juga Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, yang juga merupakan bekas Adun DAP bagi DUN Pandamaran bagi penggal lepas.

Pada PRU 12 yang lalu, kerusi Pelabuhan Klang dimenangi calon PKR ketika itu, Badrul Hisham Abdullah yang menewaskan calon BN, Roselinda Abdul Jamil dan calon bebas Nazir Mansor dengan majoriti 4,440 undi.

Beliau kemudian mengisytiharkan keluar PKR pada September 2009 dan menyertai Umno enam bulan selepas itu.

“Jangan risau semua di Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid akan tebus N46 ini untuk rakyat, ini iltizamnya,” tegas Faekah mengakhiri ucapannya yang mewakili Menteri Besar.

Untuk PRU13 ini, Abdul Khalid akan berhadapan calon BN, Datuk Nasaruddin M. Zin yang juga merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Klang.

Nasib kedua-dua calon ini bakal ditentukan oleh 39,972 pengundi Pelabuhan Klang.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Khalid Ibrahim Mahu Selamatkan Pelabuhan Klang “Yang Terabai”

khalid ibrahim calon BN 01

KLANG, 20 APRIL : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin mampu menawan hati pengundi di Pelabuhan Klang berdasarkan pengalamannya selama lima tahun mentadbir Kerajaan Selangor sebelum ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertembungannya satu lawan satu dengan calon BN, Datuk Nassaruddin M Zin.

“Saya berjanji dengan kemenangan ini nanti, saya harap dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan membawa lebih banyak perubahan dan pembangunan di Pelabuhan Klang,” katanya.

Beliau ditemui selepas penamaan calon Parlimen Klang di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang.

Dun Pelabuhan Klang merupakan kerusi panas memandangkan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah, satu-satunya wakil rakyat PKR yang melompat parti di Selangor.

Pada penggal yang lalu, Abdul Khalid merupakan Adun Ijok.

Abdul Khalid menambah PR mempunyai strategi untuk menawan kembali kerusi Dun itu berdasarkan suara hati pengundi yang ingin kebajikan mereka terbela.

“Mereka memang ada rancangan supaya mendapat calon yang mereka inginkan. Mereka ingin saya mengetuai Pelabuhan Klang yang mana mereka rasa terabai apabila wakil mereka sebelum ini terabai.

“Terima kasih kepada rakan pemimpin yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya.

“Saya harap pilihanraya kali ini menjadi pilihanraya bersih dan beradab dan terima kasih kerana saya mendapat kemudahan di Pelabuhan Klang seperti mana yang saya sediakan di Ijok sebelum ini, ” katanya.

Dalam satu kenyataan media, Abdul Khalid yakin rakyat Selangor cukup matang dalam melalui proses pilihan raya dan mengelak terlibat dalam insiden-insiden yang boleh menjejaskan perjalanan pilihan raya yang aman.

?Pilihan raya umum kali ini sangat penting kerana proses mewujudkan dua sistem parti semakin nampak jelas dan rakyat diberi hak mutlak dalam menentukan masa depan pentadbiran ekonomi dan sosial Negeri Selangor,? kata Abdul Khalid.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PRU-13 : 12 Muka Baru, 2 Digugurkan Di Selangor – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 15042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan senarai calon penuh PKR yang bakal bertanding di peringkat Parlimen dan DUN di Selangor pada PRU-13 nanti.

2. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap pencalonnya di kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai peluang untuk beliau menebus “kesilapan” lima tahun dahulu.

Ini kerana penyandang kerusi Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah sebelum ini dipilih oleh Abdul Khalid sendiri.

3. Kerajaan Negeri menubuhkan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) supaya dapat membela nasib Sekolah Agama Rakyat (SAR), Maahad Tahfiz dan sekolah pondok di seluruh Selangor yang diabaikan oleh Kerajaan Umno-BN sebelum 2008.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Abdul Khalid Tanding Pelabuhan Klang, Mahu Tebus Kesilapan

mb khalid pelabuhan klang calon 02

PELABUHAN KLANG 14 APRIL : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap pencalonnya di kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai peluang untuk beliau menebus ?kesilapan? lima tahun dahulu.

Ini kerana menurut setiausaha politiknya Faekah Husin, penyandang kerusi Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah,  dipilih oleh Abdul Khalid sendiri.

Pada pilihanraya ke-12, pada Mac 2008, Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang dengan majoriti 4,407 di bawah tiket PKR.

Pada Oktober 2009, Badrul meletak jawatan dalam PKR dan ishtiyar bahawa beliau telah keluar parti dan mengumumkan dirinya sebagai Adun mb khalid pelabuhan klang calon 03Bebas.

Di dalam ucapannya, Abdul Khalid mengakui kesilapannya dahulu dalam memilih Badrul Hisham dan berkata ketika itu beliau ditemui oleh Yang dipertua Pas Pelabuhan Klang Ismail Arshad.

?Dia cakap Badrul ni tak betul, orang Pas tak setuju dengan dia … Jadi saya kena cari orang nak ganti, dia kata orang pas ada ganti.

?Saya kata tunggu dulu sebab saya perbetulkan masalah ni. Saya ntah macam mana, tak boleh buat apa. Saya pilih Badrul ni. Saya pun tak tahu macam mana nak buat.

?Itulah pengajaran pada saya, orang yang kita pilih mungkin tak kena,? kata Abdul Khalid di dalam satu majlis sepetang bersama Menteri Besar di Pandamaran Jaya di sini semalam.

Sekiranya dipilih rakyat, Abdul Khalid berjanji akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah kawasan tersebut yang lima tahun diabaikan oleh Badrul Hisham.

?Banyak masalah di Pelabuhan Klang yang tiada orang berani selesaikan. Saya jadi Adun saya selesaikan. Masalah seperti kilang dan pemilikan tanah, kita akan selesaikan.

?Boleh jadi masalah (projek terbengkalai) PKFZ saya boleh selesaikan,? ujar Abdul Khalid yang disambut laungan daripada 300 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir pada satu majlis di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya di sini semalam.

Abdul Khalid akan meninggalkan kerusi Dun Ijok yang akan dipertandingkan oleh Ketua PKR Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad.

Turut hadir di majlis tersebut MP Klang Charles Santiago dan bekas Adun Pandamaran Ronnie Liu.