Categories
PBT SELANGOR

Jom meriahkan Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang 18-19 Ogos

OLEH AFIX REDZUAN

CYBERJAYA, 30 JUL: Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang yang bakal dianjurkan selama dua hari pada 18 dan 19 Ogos hadapan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Muhammad Hafiz Shaari berkata, pesata itu akan bermula pada jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam di sekitar Pantai Bagan Lalang.

“Pada 2018, Bahagian Kebudayaan, Kesenian, Sosial dan Pelancongan telah menetapkan sasaran untuk melaksanakan Pesta Pantai @ Bagan Lalang di bawah Teras 3- Pembangunan Mampan dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

“Jabatan turut menggabungkan teras terdapat di dalam sasaran sebagai aktiviti semasa pelaksanaan program ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis MPSepang Bil7/2018 di Bilik Semarak, Ibu Pejabat MPSepang, Cyberjaya.

Beliau berkata, Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang ini telah dijadikan acara tahunan sejak dimulakan pada 2016 serta mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung, penduduk serta peniaga tempatan.

Di samping itu, MPSepang turut menganjurkan Program Menyelusuri Sungai Sepang Besar bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hutan paya bakau terhadap ekosistem dan alam sekitar sekaligus dalam usaha menjadikan ia sebagai produk pelancongan di Daerah Sepang.

Dua lagi MITS siap 2018, menempatkan 600 pelajar


Pembinaan dua Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi (MITS) di Pandan dan Bagan Lalang, Selangor dijangka siap sepenuhnya pada 2018.