Categories
NASIONAL

Belanjawan Pakatan: Cukai CGT patut dilaksanakan ganti GST

KUALA LUMPUR 10 OKT: Kerajaan Pusat dicadangkan menggunakan sistem Cukai Keuntungan Modal (CGT) bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada April 2015.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata cukai CGT itu diumumkan pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2015 yang menyasarkan sejumlah RM3 bilion pendapatan cukai tambahan.

Pakatan_Rakyat_Belanjawan_2015-BM-1 copy“Belanjawan Pakatan Rakyat menggunakan cara lain yang tidak membebankan rakyat dengan menggunakan sistem cukai lain seperti CGT.

“Pakatan Rakyat hendak melaksanakan perkara -perkara yang dicadangkan dengan cara lain tidak mebebankan rakyat,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam sidang media di parlimen, semalam.

Menurut Rafizi, perlaksanaan GST yang dikuatkasakan pada April 2015 akan mengenakan cukai kepada semua pihak termasuk rakyat yang berpendapatan rendah.

Justeru katanya, CGT pula merupakan cukai progresif yang hanya dikenakan kepada golongan kaya, syarikat besar dan tidak dikenakan kepada rakyat berpendapatan rendah.

“Cukai CGT diperkenalkan untuk mencukai keuntungan melibatkan urusniaga saham, bon dan termasuk opsyen saham seperti ESOS,” katanya.