Categories
BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

MB: Isi rumah RM3,000 sebulan dapat bantuan kesihatan

SHAH ALAM, 19 FEB: Bantuan Sihat Selangor kini dibuka kepada penduduk berpendapatan isi rumah RM3,000 sebulan ke bawah serta pemastautin tinggal lebih 10 tahun di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif itu menawarkan bantuan kewangan dialisis buah pinggang, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu, peralatan dan rawatan lain di hospital kerajaan.

“Orang ramai boleh membuat permohonan online di http://bantuansihat.selangor.gov.my sebelum 30 September 2020,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Sementara itu EXCO Kesihatan, Dr Siti Mariah Mahmud berkata sebanyak RM5 juta diperuntukkan menerusi bantuan itu pada tahun ini.

Katanya bagi pesakit dialisis, penerima perlu membuat rawatan terlebih dahulu dan kemudiannya membuat tuntutan setelah menerima bil daripada institusi perubatan.

“Pada kali ini, kita turut memperuntukkan khusus buat pesakit barah, ini kerana kerajaan prihatin terhadap masalah rakyat terutama berkaitan kesihatan,” katanya.

Categories
SELANGOR

RM5 juta diperuntuk Bantuan Sihat Selangor khas buat pesakit kanser

OLEH SHEEDA FATHIL

AMPANG JAYA, 10 FEB: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta menerusi Bantuan Sihat Selangor khusus buat pesakit kanser.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, bantuan itu pernah diadakan namun tidak spesifik.

“Sebelum ini, Bantuan Sihat Selangor sudah dibuka kepada pesakit kanser tetapi di bawah kategori ‘lain-lain’ dan kali ini kita bukakan secara spesifik.

“Objektif supaya ramai yang akan nampak dan sedar bahawa Kerajaan Negeri prihatin terhadap masalah rakyat terutama berkaitan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Karnival Wellness, Welfare, Women (3W) di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari yang turut dihadiri EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar merangkap Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Haniza Talha serta Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shaari.

Pada masa sama, Dr Siti Mariah berkata, sejumlah RM5,000 diperuntukkan kepada setiap seorang pesakit kanser yang memohon dana Bantuan Sihat Selangor itu.

“Kerajaan Negeri menyediakan dana ini bagi memudahkan pesakit kanser membuat rawatan susulan terutama kepada mereka yang tidak mempunyai dana akibat kesempitan hidup.

“Oleh itu, saya menyeru pesakit kanser terutama di Selangor untuk berani tampil melakukan pemeriksaan sekali gus memanfaatkan peluang yang diberikan Kerajaan Negeri melalui Bantuan Sihat Selangor ini,” katanya.

Categories
SELANGOR

Lebih 90 peratus pemohon terima manfaat ‘Bantuan Sihat Selangor’

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 MAC : Lebih 90 peratus pemohon Program Bantuan Sihat Selangor menerima manfaat program itu sejak ia dilaksanakan pada 2009 bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata jumlah itu merangkumi pemohonan dari seluruh Selangor meliputi semua bentuk kes bantuan yang termaktub di bawah program berkenaan.

Dr Daroyah“Berdasarkan anggarannya lebih 90 peratus pemohon menerima manfaat bantuan.

“Bagaimanapun selebihnya kemungkinan permohonan ditolak mungkin kerana tidak mengikut syarat atau borang permohonan mereka tidak lengkap dan tidak boleh diproses,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program I-Care, Prihatin dan Penyayang di Dewan Masjid Puncak Alam di sini, semalam.

Skim bantuan itu menetapkan beberapa prasyarat utama kelulusan sebelum bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar berkelayakan.

Antaranya, pemohon mestilah rakyat negeri Selangor dengan pendapatan RM3,000 ke bawah dan tidak terikat dengan sebarang bantuan lain.

Di bawah Bantuan Sihat Selangor, terdapat beberapa jenis bantuan diberikan antaranya Pembedahan Kecil, Katarak Mata, Dialisis Buah Pinggang, Kaki Palsu dan lain-lain permohonan.

EZY

Categories
SELANGOR

Bantuan Sihat Selangor prihatin nasib rakyat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 MAC : Komitmen Kerajaan Negeri membantu rakyat kurang berkemampuan diteruskan melalui peruntukan dana Bantuan Sihat Selangor yang ditubuhkan sejak 2009.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata bantuan itu meliputi kes dialisis buah pinggang, pembedahan kecil, katarak mata dan sebagainya.

Karnival Sihat“Pemohon perlu mematuhi beberapa syarat permohonan ditetapkan untuk Program Bantuan Sihat Selangor,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Antara prasyarat itu, pemohon mesti rakyat Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

Namun katanya, pemohon mesti tidak terikat dengan sebarang bantuan lain selain pemohon mesti mempunyai tanggungan, ketua keluarga meninggal atau ahli keluarga orang kelainan upaya (OKU).

“Rawatan bagi katarak mata, pembedahan kecil dan lain-lain rawatan perubatan pula hanya dilaksanakan di hospital kerajaan dengan mengemukakan borang permohonan sebulan lebih awal,” katanya.

Borang permohonan boleh didapatkan di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat setiap DUN, Pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) atau di Bangunan SUK.

EZY