Categories
AGENDA NASIONAL

Pas perjalanan tanpa had RM50 untuk pengguna bas, rel di Lembah Klang

SHAH ALAM, 29 OKT: Sejumlah RM115 juta disedia bagi inisiatif pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga RM50 sebulan untuk pengguna terutama di Lembah Klang, kata menteri kewangan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata RM80 juta diperuntukkan sebagai dana bantuan sementara bas henti-henti untuk manfaat pengendali bas henti-henti.

“Kerajaan juga meneruskan pemberian subsidi bagi menampung sebahagian kos operasi perkhidmatan tren kurang ekonomik di luar bandar terutamanya di wilayah timur dan meneruskan inisiatif Pas MyRail5 untuk manfaat murid sekolah.

“Selain itu, kerajaan akan terus memberikan subsidi sebanyak RM209 juta bagi perkhidmatan pengangkutan udara untuk manfaat penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen hari ini.