Categories
SELANGOR

Bazar HIJRAH diperkemas: Lebih menarik, harga murah

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Negeri berhasrat melebarkan sayap Bazar HIJRAH dengan lebih meluas dengan menyelaraskan bersama program lain.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, ia termasuk kerjasama dengan produk berasaskan agro tani di bawah portfolio pertanian dan pasar malam di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita mahu Bazar HIJRAH menjadi contoh program penjaja yang lebih menarik dengan harga murah sebagaimana yang orang ramai boleh dapati di pasar malam.

AMIR“Ini termasuk menjenamakan semula program sedia ada dan dinamakan dengan HIJRAH.

“Bagaimanapun, ia hanya boleh dicapai andai mendapat kerjasama baik daripada pihak berkenaan termasuk PBT,” katanya.

Pada 2 Oktober lalu, Bazar HIJRAH memulakan operasi sulungnya di Ampang Jaya melibatkan lebih 100 gerai.

Amirudin berkata, HIJRAH menerima sambutan amat baik dalam kalangan peserta HIJRAH mahupun peniaga atau penjaja.

“Kita mengambil maklum respon positif dan akan menyusun perancangan lebih baik agar Bazar HIJRAH menjadi jenama yang boleh dibanggakan di Selangor,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Adik jual nasi lemak dapat perhatian HIJRAH

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 19 OKT: Kesungguhan gadis belasan tahun membantu keluarganya yang susah dengan menjual nasi lemak di kaki lima Maybank Ampang, mendapat perhatian Hijrah Selangor (HIJRAH).

Pengurus Bahagian Khidmat Profesional HIJRAH, Nur Siti Hazliana Mat Hashim berkata, pihaknya menawarkan satu lot tapak di Bazaar HIJRAH Bandar Baru Ampang bagi membolehkan adik tersebut meraih pendapatan yang lebih tinggi.

“Kebetulan Bazar HIJRAH pertama di Selangor baru beroperasi tidah jauh dari kediamannya. Eksekutif Unit Khidmat Profesional (BKP), Nur Arifah Asuan Kailani, berjaya menjejaki waris adik itu dan bapanya, Ahmad Sanusi, 43 yang kini terlantar sakit membenarkan anaknya berniaga di situ setiap hujung minggu.

“Inisiatif ini ternyata berhasil apabila jualan nasi lemaknya meningkat sekali ganda. Kebiasaannya adik ini mampu menjual 60 bungkus sehari di kaki lima, tetapi di Bazar Hijrah hampir 100 bungkus mampu terjual dalam masa kurang 2 jam,” katanya kepada Selangor Kini.

b0c18f2b-cc93-4091-8257-37a4b600c69dKecekalan gadis berusia 12 tahun itu mula viral di laman sosial apabila gambarnya sedang duduk dikerusi menanti nasi lemaknya terjual dimuat naik dengan sebahagian besar netizen kagum dan mendoakan keluarga itu dimurahkan rezeki.

Anak kedua daripada lima beradik itu mula berniaga di kaki lima sejak dua bulan lalu bagi membantu meringgankan beban keluarga setelah bapanya tidak lagi mampu bekerja ekoran derita jantung tersumbat.

Sementara, ibunya kini bekerja di pasaraya bagi menampung keperluan anak-anak berumur 15, 12, 11, 7 dan 3 tahun.

“HIJRAH serta ahli majlis dan Ahli Dewan Negeri (ADN) di kawasan tersebut dalam perancangan lanjut berkenaan lesen berniaga,modal modal perniagaan jika bapanya mampu menjalankan perniagaan dan juga peluang-peluang lain dapat dibantu,” katanya.

bazar-hijrahSebelum ini, HIJRAH memperkenalkan Bazar HIJRAH dengan menawarkan tapak niaga sebagai landasan perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana di Selangor.

Pada 2 Oktober lalu, HIJRAH merasmikan Bazar HIJRAH pertama di Bandar Baru Ampang (BBA) membabitkan lebih 100 tapak perniagaan disediakan dengan 60 peratus daripadanya menjual barang keperluan dapur (basah).

Pengerusi Eksekutif HIJRAH, Datuk Mansor Othman berkata, Bazar Hijrah bakal diperluas ke seluruh Selangor dari semasa ke semasa dan penyertaan tidak terhad kepada peserta Hijrah sebaliknya terbuka kepada semua usahawan berminat.

-nR-

Categories
SELANGOR

Bazar Hijrah Shah Alam bakal dibuka

OLEH LIZAWATI MADFA

AMPANG JAYA, 2 OKT: Warga Shah Alam berpeluang membeli belah di Bazar Hijrah apabila ia bakal dibuka di Seksyen 7, Shah Alam hujung Oktober nanti .

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Noryzal Zainal Abidin berkata, lokasinya adalah di tapak pasar malam yang setakat ini hanya diguna pakai pada setiap Rabu.

“Perkara ini sudah dibincangkan di dalam mesyuarat penuh MBSA dan kelulusan sudah diperolehi.

“Sekarang kita cuma sedang mengikuti segala prosedur sebelum ia beroperasi,” katanya kepada Selangor Kini.img_9716

Beliau ditemui di Bazar Hijrah di Bandar Baru Ampang (BBA) di sini, pagi ini.

Noryzal berkata, persatuan penduduk di sekitar Seksyen 7 sebelum ini turut menyuarakan hasrat keperluan tapak berniaga.

“Jadi, saya percaya kewujudan Bazar Hijrah nanti bakal memberi manfaat kepada usahawan kecil dan sederhana sekitar Shah Alam.

“Pada masa sama, penduduk juga mempunyai lebih pilihan bagi mendapatkan barang keperluan,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Berniaga di Bazar Hijrah peluang keemasan

OLEH LIZAWATI MADFA

AMPANG JAYA, 2 OKT: Berniaga di Bazar Hijrah merupakan peluang keemasan bagi peniaga menambah pendapatan.

Ibu kepada tiga anak, Herlina Mahnep, 27, berkata, ia memberikan landasan lain kepadanya yang sebelum ini tertumpu di pasar malam.

“Saya berpeluang untuk tambah pelanggan baru seterusnya menambah pendapatan sedia ada.

“Saya juga percaya, Hijrah Selangor akan menggandakan promosi menarik lebih ramai pengunjung di sini,” katanya yang berniaga murtabak dan roti canai kepada Selangor Kini.

img_9715Pandangan sama turut dikongsi peserta Hijrah, Hassan Basri, 25 yang menjual jagung rebus.

“Sebelum ini saya diberikan pinjaman RM3,000 bagi kelangsungan perniagaan kecil-kecilan ini.

“Sekarang Hijrah sediakan pula peluang berniaga di sini untuk kami. Terima kasih Hijrah,” katanya.

img_9721Sementara itu, S. Bhudan, 43, memuji usaha Hijrah yang tidak mengamalkan birokrasi dalam pemilihan peserta bazar.

“Dengan menyertai bazar ini, saya juga secara tidak langsung mengenali skim pinjaman Hijrah.

“Melihatkan kepada segala peluang ini, saya kini dalam pertimbangan untuk memohon skim di bawah Kerajaan Negeri ini,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Bazar Hijrah diperluas, landasan usahawan lebar perniagaan

OLEH LIZAWATI MADFA

AMPANG JAYA, 2 OKT: Bazar Hijrah bakal diperluas ke seluruh Selangor dari semasa ke semasa, kata Pengerusi Eksekutif HIJRAH, Datuk Mansor Othman.

Beliau berkata, bazar berkenaan berfungsi sebagai landasan perniagaan terutama kepada usahawan kecil dan sederhana di Selangor.

Katanya, ia dijadual mula beroperasi jam 7 pagi hingga 2 petang pada setiap hujung minggu.

“Bazar Hijrah tidak terhad kepada peserta Hijrah semata-mata tetapi terbuka kepada semua usahawan yang berminat.

“Bilangan gerai ditawar bagaimanapun bergantung kepada keluasan tapak yang kita dapat, anggaran maksimum 200 gerai,” katanya kepada Selangor Kini.

img_9584Terdahulu, beliau melawat Bazar Hijrah Bandar Baru Ampang (BBA) yang mula beroperasi secara rasmi pada 2 Oktober 2016 (hari ini).

Mansor berkata, terdapat lebih 100 gerai di bazar Hijrah di BBA dengan 60 peratus daripadanya menjual barang keperluan dapur (basah).

“Kita dapat lihat sambutan daripada pengunjung juga baik dan diharap semakin bertambah pada masa akan datang,” katanya.

-nR-