Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk perbelanjaan sebanyak RM2.34 bilion dengan RM1.12 bilion daripadanya dikhaskan untuk pembangunan.
Dibentang 26 November lalu, ia dirangka dengan lima teras utama termasuk memacu ekonomi selepas terjejas akibat wabak Covid-19 dan mengukuhkan lagi kesejahteraan masyarakat.
Bahagian pertama, Selangorkini menyiarkan intipati teras satu dan dua: Perkuat ekonomi, bangun masyarakat penyayang
Teras satu dirangka untuk memacu pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi, manakala teras dua bertujuan membangunkan masyarakat penyayang.
Belanjawan ini memberi manfaat kepada semua golongan termasuk wanita, golongan berpendapatan rendah, pelajar, orang kelainan upaya, usahawan dan petani. Ia meliputi pelbagai aspek seperti kesihatan, pendidikan, industri, perniagaan, pelancongan dan pertanian.
Bertema Kita Selangor: Negeri Tahan Uji, Mengangkat Martabat Insani, belanjawan ini dijangka diperhalusi semula susulan bencana banjir yang melanda lapan daerah hujung tahun lalu.
Ringkasan program utama ini disediakan oleh NADIAH ZAMLUS.
TERAS 3: MENGUKUHKAN AGENDA KESIHATAN AWAM SELANGOR
Penubuhan Majlis Kesihatan Awam Negeri Selangor (SelPHAC)
- menambahbaik pengurusan kesihatan awam
- badan pemikir Kerajaan Negeri bagi merangka dasar dan program kesihatan awam
- pastikan pengurusan dan kesiapsiagaan Kerajaan Negeri teratur dan cekap mendepani penularan wabak penyakit
Iltizam Selangor Sihat
- gantikan Program Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS)
- peruntukan tahunan RM46 juta
- manfaat kepada 90,000 penerima
- keutamaan kepada pesakit kronik dan terlantar
- Penjawat awam Gred 44 ke bawah turut peroleh manfaat menerusi Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam dengan peruntukan RM1juta
Skim Rawatan Jantung
- khidmat rawatan jantung percuma
- peruntukan tahunan RM5 juta melalui pembiayaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Rawatan Tuberculosis (TIBI)
- peruntukkan sebanyak RM800,000 untuk merawat batuk kering
Pengurusan Covid-19
- RM500,000 persediaan menghadapi kemungkinan penularan wabak
- tambah pelbagai program advokasi berkaitan pematuhan SOP
- menambah baik sistem sokongan kepada pesakit Covid-19
Ujian Saringan Kanser (CanSEL)
- peruntukkan RM1 juta
- saringan bagi ujian mammogram, serviks, kolorektal dan prostat sehingga ke tahap pengesanan penyakit

Program Saringan Kesihatan Percuma (Saring Selangor)
- peruntukan berjumlah RM1.5 juta untuk 5,000 rakyat negeri
Slim Selangor
- mengaktifkan semula Program Slim Selangor
- peruntukan berjumlah RM300,000
Bantuan Sihat Selangor
- peruntukan sebanyak RM5 juta untuk 4,000 penerima
- meluaskan bantuan pesakit talasemia, kanser serta penyakit kronik
- bantuan belanja pengangkutan dan makanan tambahan
- kekalkan bantuan sedia ada seperti dialisis buah pinggang, pembedahan katarak mata, pembedahan kecil mahupun bantuan alatan perubatan
Pencegahan dan Kawalan Denggi
- peruntukan sebanyak RM5 juta
- pemantauan lokaliti wabak menggunakan dron dan membangunkan aplikasi pengesanan lokaliti hotspot yang boleh diakses masyarakat awam

Program Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA)
- peruntukan RM1.5 juta
- pasukan sukarelawan kesihatan komuniti digerakkan di 56 DUN di Selangor
- bertanggungjawab melaksanakan program berkaitan kesihatan awam
- meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan
- menjadi duta rasmi Kerajaan Negeri
Nutrisi Makanan Kanak-kanak (Anak Selangor Anak Sihat)
- Anak Selangor Anak Sihat (Asas) dilaksana dengan peruntukan RM1 juta
- beri manfaat sehingga 700 kanak-kanak bagi tempoh
10 bulan - cegah masalah bantut disebabkan pengambilan makanan yang tidak mencukupi
Pemeriksaan Kesihatan Mata
- permohonan kaca mata kepada Pusat Khidmat di DUN semakin meningkat
- justeru, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 200,000 bagi pemeriksaan kesihatan mata anak-anak
Cakna Kesihatan Mental (SEhat & SELangkah)
- menerusi aplikasi SELangkah
- ujian saringan awal secara kendiri untuk mengetahui tahap kesihatan mental
- RM1 juta telah diperuntukkan
TERAS 4: MEWUJUDKAN PERSEKITARAN HIJAU DAN MELUASKAN PEMBANGUNAN LESTARI
Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Bekalan Air
- sebanyak RM100 juta diperuntukkan
- bangunkan Loji Rawatan Air Labohan Dagang Fasa 2 serta Loji Rawatan Air Sungai Rasau untuk meningkatkan margin bekalan air sebanyak 15 peratus menjelang 2030
- penggantian paip utama sepanjang 6,000 km di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Peningkatan Kualiti Air bagi Lembangan Sungai Utama
- bangunkan kaedah kawalan pencemaran secara fizikal di lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang
- meningkatkan kualiti air
- menguatkuasakan caj pemulangan air dengan mengambil kira nilai ekonomi bagi mencapai Polisi Pelepasan Sifar ataupun Zero Discharge Policy
Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik
- berhasrat menjadi negeri peneraju dalam penggunaan kenderaan elektronik (EV)
- bayaran letak kereta di bawah pentadbiran PBT percuma kepada pengguna EV pada tahun ini
- sebanyak 10,000 pengecas EV akan dipasang sebelum 2025
- 1,000 pengecas dipasang tahun ini dengan kerjasama swasta melibatkan pelaburan RM10 juta
Pembangunan Kejiranan Hijau
- RM600,000 bagi tujuan Pemasangan Produk Teknologi Hijau dan Pembangunan Kejiranan Hijau
Pembangunan Tebatan Banjir
- RM9.25 juta diperuntukkan untuk tebatan di Sungai Langat, lembangan Sungai Klang dan lembangan Sungai Selangor
Pembangunan Sistem Saliran
- Jabatan Pengairan dan Saliran memperuntukkan sebanyak RM9.2 juta
- menambahbaik sistem saliran di kawasan yang dikenalpasti

Pembangunan Lembangan Sungai
- peruntukan RM15.6 juta
- menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam pengurusan sungai
- memastikan pemeliharaan kualiti dan kuantiti sumber air
Pengurusan Saliran Mesra Alam
- menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA)
- melibatkan kawasan Sungai Besar di Sabak Bernam
- Kolam Takungan Banjir di Rawang Integrated bagi mengatasi masalah banjir di Sungai Gong, daerah Gombak dengan kos bernilai RM15 juta serta Kolam Takungan Banjir di Kampung Budiman dengan kos RM20 juta
Pembangunan Pesisir Pantai
- benteng di pesisir pantai terutama di Sabak Bernam dan Kuala Selangor
- Jabatan Pengairan dan Saliran memohon RM5.2 juta

Program Penanaman Pokok
- RM800,000 untuk semua Dewan Undangan Negeri
- pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 juta pokok (2021- 2025)
Pemulihan Hutan Rosot
- memulihkan hutan rosot terutama di Kuala Langat disebabkan kebakaran dan pencerobohan
- babit 500 hektar di Kuala Langat dengan menanam semula pokok
- RM10 juta akan diperuntukkan
Kempen Kesedaran Pengguna
- kempen bebas plastik dan polisterina
- kempen kutipan minyak masak terpakai dan bebas straw plastik
- giatkan lagi kempen ini, sejumlah RM880,000 diperuntukkan
Pusat Kitar Semula KDEB Waste
- mewujudkan dua pusat kitar semula sebagai Material Recovery Facility (MRF) di Jalan Korporat, Meru, Klang, dan Bukit Puchong, Subang Jaya
- mengurus 20 tan barang kitar semula sehari
Pembangunan Pesisir Sungai – Selangor Maritime Gateway
- usaha pemuliharaan Sungai Klang
- babit lokasi bekas tapak pelupusan Telok Kapas, salah satu penyumbang pencemaran di Sungai Klang
- Kerajaan Negeri percaya Sungai Klang berpotensi dijadikan sebagai sumber alternatif air mentah untuk kegunaan rakyat
Program Selangor AgroEhsan
- peluang perniagaan pertanian dan pekerjaan bagi terkesan pandemik Covid-19
- tawar harga borong bagi produk pertanian dan penternakan PKPS
Selangor Smart Agropark (SSAP)
- Program Keselamatan Bekalan Makanan di Changkat Menteri, Sabak Bernam akan dimulakan pada suku pertama 2022
- memastikan keselamatan makanan negeri sentiasa berada pada tahap optimum
TERAS 5: MENGUKUHKAN TEKNOLOGI PINTAR DAN DIGITALISASI
Selangor e-Wallet
- dilaksana melalui aplikasi SELangkah
- perkhidmatan urusan Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor
- dikawal selia oleh CEPAT(Citizen E-Payment) milik Smart Selangor Delivery Unit (SSDU)
- pembayaran cukai dan hasil kerajaan tempatan, pembayaran tanpa tunai parkir juga boleh dilaksanakan melalui platform tersebut

Aplikasi Go Selangor
- pendigitalan pelancongan bagi membantu operator pelancongan Selangor beranjak ke dalam talian
- membantu 100,000 PKS di Selangor
- memudahkan tempahan hotel, pemindahan lapangan terbang, tiket tarikan, baucar spa, baucar makanan, lawatan sehari dan menyesuaikan lawatan peribadi
Selangor Advance
- memulihkan aliran tunai dan menjamin kelestarian ekonomi negeri dengan pinjaman dana RM300 juta
- membuat kitaran jumlah pembiayaan kepada industri kecil dan sederhana sehingga RM1 billion
- menyelamatkan 150,000 peluang pekerjaan dan 5,000 PKS
Data Raya Selangor
- merealisasikan aspirasi Negeri Pintar Unggul di rantau Asia Tenggara menjelang 2025
- dibangunkan dengan anggaran kos sebanyak RM2 juta
- tingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan

Rakan Digital dan Platform Selangor (PLATS)
- peruntukan tambahan RM6 juta
- hasil sumbangan Permodalan Negeri Selangor Berhad
- bantu pengusaha perusahaan kecil, sederhana dan mikro mengadaptasi pendigitalan dalam perniagaan
Unit Keselamatan Siber Selangor
- memastikan keselamatan data sentiasa terjamin
- RM1 juta akan diperuntukkan
Smart CCTV
- keselamatan awam melalui penambahan bilangan Smart CCTV
- 2,000 unit CCTV akan dipasang dan beroperasi secara penuh menjelang 2025
- sebanyak 200 unit lagi akan ditambah menerusi inisiatif Smart Selangor dan kos sebanyak RM5 juta

Selangor State Data Exchange (SELGDX)
- pembangunan SELGDX antara 2021 hingga 2023
- peruntukan sebanyak RM2 juta
- tawar perkhidmatan broker data (data brokerage)
- terdiri daripada himpunan piawaian, peralatan, penyimpanan dan daftar maklumat membolehkan perkongsian data merentas agensi dalam Selangor
- kurangkan pertindihan pembangunan dan kos penyelenggaraan infrastruktur agensi
- mengukuhkan peranan agensi dalam menjalankan tanggungjawabnya