Had kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti dinaik

Hadiah Anak Masuk Universiti di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor memberikan hadiah RM1,000 kepada anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Sempena Belanjawan Selangor 2014, Kerajaan Negeri telah menaikkan had kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 sebulan kepada RM3,000 sebulan. Makanya, anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh mmohon untuk program ini.

Categories
SELANGOR

Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat puji Belanjawan Selangor

SHAH ALAM 21 NOV : Belanjawan Selangor 2014 disifatkan sebagai prihatin apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan peruntukan RM5.5 juta untuk pemuliharaan alam sekitar dan sumber alam.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar, berkata peruntukan itu tidak termasuk peruntukan RM45 juta secara keseluruhan bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor yang turut menjalankan program yang menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang mengutamakan alam sekitar dalam belanjawan yang dibentangkan khususnya kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily, semalam.

Zulkefly Mohamad Bin Haji OmarZulkifli berkata, perkara itu berbeza dengan Bajet 2014 kerajaan pusat yang tidak mesra alam sekitar.

“Hak rakyat untuk dapat air yang bersih tidak ada dan ia amat mengecewakan kerana bajet itu tidak mesra alam sekitar dan tidak memikirkan generasi akan datang.

“Kita banyak sumber air tetapi masih ada masalah dalam bekalan air sebab penyelenggaraan yang tidak cekap,” katanya.

Beliau berkata, bencana banjir kilat di Lembah Bertam Cameron Highlands akhir bulan lalu bukti kerajaan tidak menitik beratkan keselamatan alam sekitar.

“Kes empangan di Cameron Highlands belum ada penyelesaian. Sungai tidak di perdalamkan dan pembuangan sisa, penerokaan bukit, pokok ditebang sesuka hati menyebabkan perkara ini memerlukan pemerhatian kerajaan,” katanya.

Abdul Khalid turut mengumumkan jumlah itu termasuk RM21.2 juta bagi pengurusan banjir, RM4.45 juta (pengurusan lembangan), RM2.49 juta (pengurusan saliran mesra alam), RM2.15 juta (pengurusan pantai) dan RM1.4 juta (pengurusan sumber air dan hidrologi).

-NFN-

Anwar Ibrahim puji Belanjawan Selangor 2014

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Anwar Ibrahim puji Belanjawan Selangor 2014

2. Amalan belanja berhemah kekalkan belanja tidak defisit

3. Hasil pelaburan di Selangor cipta 27.2% peluang pekerjaan

4. Ekonomi Selangor berkembang 6.1 % tahun depan

5. RM1 juta untuk rumah mampu milik, RM34 juta pendidikan

6. Mahfuz : Pengerusi baru BSN ‘kambing hitam’ kabinet

7. Mahfuz : Rosmah tidak layak guna jet peribadi kerajaan

8. JAIS kaji langkah baru bendung fahaman Syiah

Categories
SELANGOR

Rakyat tolak tuduhan konon Belanjawan Selangor ‘menghukum’

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 20 NOV : Tuduhan sesetengah pihak, kononnya Belanjawan Selangor 2014 yang dibentang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, tidak memberi manfaat dan bersifat menghukum, ditolak pelbagai lapisan rakyat.

Sebaliknya, orang ramai menganggap kerana belanjawan sangat baik lantaran ia memberi peruntukan kepada semua peringkat golongan dengan menumpukan aspek kebajikan rakyat.

Pandangan rakyat pelbagai lapisan itu berlawanan dengan laporan media arus perdana kononnya belanjawan bertema ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak, Maslahat Rakyat’ itu tidak memberi manfaat dan bersifat menghukum rakyat.

lalala1Norhesni-Ismail40Malah, Norhesni Ismail, 40, berkata belanjawan itu dianggap sebagai terbaik berbanding kerana turut mengiktiraf golongan wanita dan keluarga dengan peruntukan yang besar.

Katanya, penggunaan rizab negeri RM430 juta pula dibuat pada  masa tepat kerana ia terus membantu pelbagai golongan masyarakat.

“Ia membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berusaha membantu rakyat, di samping mempertingkat sumber pendapatan dan hasil negeri serta pada masa sama membelanjakannya untuk pembangunan ekonomi.

“RM30 juta yang diperuntuk untuk wanita sangat diharapkan bagi memperkasakan golongan ini di Selangor dalam pelbagai program,” katanya ketika ditemui Selangor Kini, di sini, hari ini.

nananaS-Rosanty46S Rosanty, 46, pula berkata Belanjawan 2014 Selangor berbeza dengan belanjawan yang dibentang Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan negeri menekankan kebajikan rakyat.

Katanya, rizab negeri yang dibelanjakan dengan baik kerana ia  wang yang diterima daripada pembayar cukai dan perlu dikembalikan semula.

“Belanjawan kerajaan negeri lebih mengutamakan rakyat dan tidak mementingkan kroni atau yang seangkatan dengan aliran pemikiran politik sahaja,” katanya.

Aktivis NGO, Maria Kamel, 35, berkata, belanjawan itu seimbang yang menumpukan daripada segi pertumbuhan ekonomi dan insfraktruktur dalam memenuhi keperluan rakyat.

Katanya, ia turut memberi tumpuan kepada pengupayaan dan pembangunan insan supaya masyarakat turut diberdaya pemikiran serta kemahiran secara individu juga keluarga.

“Akhirnya belanjawan itu mampu berperanan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara umum, tahniah kerajaan Selangor,” katanya.

– NFN FZL

Categories
SELANGOR

Anwar Ibrahim puji Belanjawan Selangor 2014

 

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 20 NOV : Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Belanjawan Selangor 2014 yang dibentang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkannya sebagai belanjawan berhemah dan prihatin.

Anwar Ibrahim Konvensyen Days Saing Komoditi 01Beliau menyatakan demikian melalui akaun Twitternya sebagai mengulas tweet pengikutnya mengenai Belanjawan Selangor 2014 yang dibentang pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, semalam.

Sebelum ini, sesetengah media tempatan membuat tafsiran terhadap kenyataan Anwar pada satu forum kononnya Ketua Umum PKR itu menegur cara Abdul Khalid mengurus  kewangan.

anuSelangor yang ditadbir Pakatan Rakyat buat penggal kedua, memperuntuk RM1.85 bilion iaitu perbelanjaan terbesar dalam sejarah Selangor membabitkan Belanjawan Berimbang 2014 bertemakan ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’.

Belanjawan itu berpaksikan kepada lima teras utama iaitu memperkasa pengurusan fiskal yang pragmatik; berhemat dan berdaya maju; memperkukuh keberkesanan serta kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta.

Ia turut memperteguh dasar pro-pertumbuhan pesat; mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan mutu kehidupan bertaraf dunia selain memastikan pembangunan mampan dan inklusif.

khalid-dun-51Abdul Khalid juga mengumumkan rancangan penggunaan rizab negeri berjumlah RM430 juta bagi membiayai pembangunan enam inisiatif.

Ia meliputi RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Klang, RM100 juta (rumah mampu milik), RM50 juta (bangunan sekolah), RM50 juta (usahawan dan pemerkasaan belia), RM50 juta (pembangunan desa) dan RM30 juta (pemberdayaan wanita).

Kerajaan negeri turut membelanjakan RM1.055 bilion bagi pembangunan atau 46.3 peratus daripada jumlah keseluruhan  untuk 2014 dan RM1.225 bilion atau 53.7 peratus lagi untuk perbelanjaan mengurus menjadikan jumlah perbelanjaan keseluruhan RM2.28 bilion.

NFN FZL

Categories
SELANGOR

Walaupun suara serak, MB tetap jawab soalan Dewan

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 20 NOV: Sekalipun hampir hilang suara dan bernada serak, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BN termasuk dari BN-Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

pc khalid dun“Tidak boleh cakap panjang tetapi Insya Allah saya tetap akan jawab. Saya akan terangkan kelemahan sebelum ini ialah tidak meninjau kelemahan belanjawan secara total,” katanya menceriakan Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Memberi jawapan kepada soalan Sulaiman berkaitan rizab simpanan , beliau berkata, kerajaan negeri bercadang memberi latihan pengurusan kewangan kepada semua ADUN Selangor bagi meningkatkan keupayaan mereka mengawal kewangan.

Abdul Khalid yang juga ADUN (PKR-Pelabuhan Klang) berkata, latihan itu penting bagi memastikan dana rakyat dibelanja dengan betul dan lebih mudah untuk mengesan kesilapan dalam pengurusan kewangan.

Semalam, beliau mengambil masa hampir dua jam bagi membentang Belanjawan Selangor 2014 iaitu belanjawan keenam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Belanjawan yang dijadual selesai sebelum jam 1 tengah hari itu terpaksa dilanjutkan sehingga jam 1.30 tengah hari.

Abdul Khalid turut menjawab beberapa soalan berkenaan potfolionya dalam sesi soal jawab secara lisan, malah menjawabnya secara panjang lebar sekalipun mengalami sakit tekak.

NFN FZL

Categories
SELANGOR

Peruntukan pembangunan 2014 lebih besar

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 20 NOV: Peruntukan perbelanjaan pembangunan Selangor 2014 adalah tertinggi berbanding 2013, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, jumlah itu diperoleh apabila kerajaan negeri dalam belanjawan 2014 turut mengumumkan bakal mengguna wang rizab sebanyak RM430 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

azmin ali dun 2“Kali ini, kita lihat ada pengurangan daripada segi pembangunan tetapi pada masa sama kita lihat Belanjawan Selangor 2014 secara menyeluruh apabila kali pertama rizab kerajaan negeri diguna secara telus dan berhemah.

“Sebelum ini, Selangor ketika di bawah Barisan Nasional (BN) juga banyak rizab selepas menyerahkan Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi umum tidak tahu di mana mereka menggunakan rizab itu.

“Ini membabitkan rizab yang bukan sedikit daripada hasil bayaran dibuat kerajaan pusat tetapi kini Menteri Besar secara telus mahu RM430 juta itu digunakan untuk pembangunan sahaja,” katanya selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2014 di Dewan Negeri, di sini, semalam.

Terdahulu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan rancangan penggunaan Rizab Negeri berjumlah RM430 juta itu bagi membiayai pembangunan enam inisiatif.

Enam inisiatif terbabit adalah RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Klang, RM100 juta (rumah mampu milik), RM50 juta (bangunan sekolah), RM50 juta (usahawan dan pemerkasaan belia), RM50 juta (pembangunan desa) dan RM30 juta (pemberdayaan wanita).

Kerajaan negeri turut membelanjakan RM1.055 bilion bagi tujuan pembangunan atau 46.3 peratus daripada jumlah keseluruhan yang akan dibelanjakan untuk 2014 dan RM1.225 bilion atau 53.7 peratus lagi untuk perbelanjaan mengurus menjadikan jumlah perbelanjaan keseluruhan RM2.28 bilion.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Peruntukan RM5.5 juta untuk pemuliharaan alam sekitar

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 20 NOV : Kerajaan negeri memperuntukkan RM5.5 juta daripada belanjawan yang dibentang khusus untuk melaksanakan agenda pemuliharaan alam sekitar dan sumber alam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan itu tidak termasuk peruntukan RM45 juta secara keseluruhan bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor yang turut menjalankan program yang menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

khalid songkok dun-2Katanya, jumlah itu termasuk RM21.2 juta bagi pengurusan banjir, RM4.45 juta (pengurusan lembangan), RM2.49 juta (pengurusan saliran mesra alam), RM2.15 juta (pengurusan pantai) dan RM1.4 juta (pengurusan sumber air dan hidrologi).

“Dengan ini, Mahatma Gandhi pernah berkata berkenaan pentingnya alam sekitar sebagai aset paling berharga yang perlu dipelihara setiap masa. Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita.

“Sebaliknya, kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya”,” katanya.

Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM3.05 juta bagi program kebudayaan, kesenian dan warisan.

Peruntukan itu membabitkan RM 500,000 untuk aktiviti dan acara kebudayaan juga kesenian serta RM2.55 juta bagi Adat Melayu dan Warisan semua kaum di Selangor.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor tubuh tabung khas penyakit kritikal

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 20 NOV : Kerajaan negeri berhasrat menubuhkan Tabung Perubatan Khas Penyakit Kritikal khusus memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah seperti yang digariskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah yang menghidap penyakit kritikal mendapat khidmat penjagaan kesihatan berkualiti tinggi.

khalid songkok dun-2“Penilaian kelayakan akan dijalankan Jabatan Perkhidmatan Sosial (JPS) di hospital awam terpilih bagi mengelakkan pertindihan bantuan daripada agensi atau jabatan kerajaan lain dan memastikan hanya mereka yang layak sahaja menerima bantuan,” katanya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2014 di Dewan Negeri, di sini,  semalam.

Beliau berkata, bantuan kewangan juga akan disalurkan terus kepada hospital melalui JPS masing-masing untuk mengelakkan ketirisan dana awam bagi perbelanjaan yang tidak menepati tujuan asal.

“Ia juga bagi membolehkan audit dijalankan dalam kerangka belanjawan berhemat, telus dan bertanggungjawab,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

RM1 juta untuk rumah mampu milik, RM34 juta pendidikan

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 19 NOV : Belanjawan Selangor 2014 memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan dasar Perumahan Mampu Milik Berkualiti bagi memastikan rakyat negeri itu memiliki kediaman pada harga berpatutan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta turut diberikan bagi pelaksanaan projek Perumahan Rakyat, manakala RM2.4 juta untuk penyelenggaraan atau membaik pulih rumah awam kos rendah.

khalid songkok dun-2Katanya, peruntukan itu tidak termasuk peruntukan khas RM100 juta untuk pembinaan rumah mampu milik yang menggunakan dana rizab negeri.

“Usaha ini adalah bagi memastikan tiada rakyat Selangor yang ketinggalan dalam arus kemajuan pesat hingga terpaksa hidup merempat dan bergelandangan.

“Kerajaan negeri sangat serius dalam memastikan wujudnya tempat kediaman pada harga dan kadar sewa berpatutan seperti yang terkandung dalam manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’,” katanya dalam pembentangan belanjawan negeri 2014 di Dewan Negeri, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, sejumlah RM34 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi aspek pembangunan pendidikan, modal insan dan pusat latihan.

Abdul Khalid berkata, perbelanjaan pembangunan pendidikan merangkumi RM16 juta sebagai bantuan kepada sekolah agama, Cina dan Tamil, RM5 juta bagi program pendidikan secara umum, program Pendidikan Tinggi dan Kemahiran Teknikal (RM2 juta) dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang (RM1 juta).

“Peruntukan ini belum diambil kira RM50 juta yang diperuntukkan daripada rizab negeri bagi tahun 2014 untuk membina beberapa buah bangunan sekolah,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Majlis Pengangkutan Awam Selangor atasi kesesakan lalu lintas

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 19 NOV : Kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Pengangkutan Awam Selangor (Selangor Public Transport Council) dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasrat itu adalah bagi memastikan pelan tindakan negeri boleh dilaksanakan tanpa mendapat tentangan daripada kerajaan pusat.

khalid songkok dun-2Katanya, satu kaji selidik berkenaan corak penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja di kalangan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sudah dilaksanakan sebagai langkah awal, baru-baru ini.

“Sukacita saya maklumkan bahawa kerajaan negeri sedang memperhalusi cadangan memberi rebat atau sebarang insentif lain kepada kakitangan kerajaan yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke bangunan terbabithHasil kaji selidik ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2014 di Dewan Negeri, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, agensi negeri serta syarikat swasta lain disaran mempertimbangkan pemberian faedah yang sama kepada kakitangan masing-masing demi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan kesan karbon sejajar dengan matlamat memelihara alam sekitar.

Kerajaan negeri turut memperuntukkan RM121 juta kepada Jabatan Kerja Raya negeri bagi satu siri projek dan program termasuk pembinaan jalan baru, penaiktarafan jalan, pembinaan jambatan serta pelbagai rancangan lain.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tubuh JK bertindak berkuasa tinggi untuk perkasa GLC

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 19 NOV : Kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa bertindak berkuasa tinggi untuk memberi cadangan penambaikan dan pemerkasaan agensi negeri dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jawatankuasa itu akan diketuai beliau serta dianggotai Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat, ahli akademik, tokoh masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO).

khalid songkok dun-2Katanya, Sekretariat Jawatankuasa itu akan diletakkan di bawah seliaan Menteri Besar Incorporated (MBI), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbendaharaan Negeri Selangor.

“Antara lain, jawatankuasa ini akan menyemak semula segala aspek berkenaan proses, prosedur, sistem dan modal insan jentera pentadbiran awam, agensi dan GLC.

“Usaha ini bagi memastikan ia boleh diselaraskan dengan standard dan amalan terbaik antarabangsa,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2014 di Dewan Negeri, di sini, hari ini.

Katanya, jawatankuasa itu juga bertindak bagi memantau segala aspek pelaksanaan dasar dan strategi seperti yang diputuskan demi memastikan keberkesanan serta kecekapan penyampaian perkhidmatan awam juga swasta.

“Ia juga akan menggariskan mekanisme kerjasama antara kerajaan pusat, kerajaan negeri termasuk pentadbiran awam, agensi dan GLC negeri dan pihak swasta.

“Langkah ini bagi meningkatkan daya saing jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi mampan bagi Selangor,” katanya.

-NFN-