Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit Dr Fahmi Ngah memberi penerangan berkaitan Smart Selangor Command Centre di Plaza Perangsang Shah Alam pada 16 Oktober 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
SHAH ALAM, 7 FEB: Sebahagian intipati Belanjawan Selangor 2021 disegerakan melalui Pakej Kita Selangor bagi merancakkan usaha pendigitalan seterusnya mencipta peluang pekerjaan dan melahirkan usahawan.
Usaha memerangi Covid-19 turut dipergiat manakala aspek kebajikan rakyat tidak dilupakan.
Dua tema pakej itu disiar minggu lalu, kali ini ringkasan strategi yang dipercepat:
Merangsang Ekonomi
Peniaga menyiapkan tempahan makanan yang dibuat melalui Plats dan Grab di e-dapur Bandar Utama, Damansara pada 4 Mei 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Bantu usahawan, penjaja dan peniaga kecil
Program e-Dapur Selangor bagi membantu 1,000 penjaja kecil makanan dan minuman
Peruntukan RM10 juta yang dijayakan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah)
Peserta mendapat skim pinjaman mikrokredit untuk menampung kos operasi dan mengadaptasi perniagaan ke platform e-dagang seperti Grab serta Foodpanda
Inisiatif e-Pembekalan Peruncit dan Mikro
Dilaksanakan dengan peruntukan RM5 juta
Membantu 1,000 peruncit kecil mendapat bekalan pada harga lebih murah, mudah dan cepat melalui platform digital
Mendapat kemudahan pinjaman mikro (mikrokredit) untuk menampung kos bekalan, operasi dan adaptasi kaedah perolehan secara digital
Peserta menghadiri sesi temu duga secara maya ketika Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Dewan MDKS Saujana Utama, Sungai Buloh pada 22 November 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Selangor Freelance
Peruntukan RM10 juta
Mewujudkan peluang pekerjaan berpanjangan
Kerjasama dengan platform pekerja bebas (freelancers) bagi mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan melalui ekonomi sampingan
Melibatkan kemahiran
Lebih 1,000 peluang pekerjaan sampingan dicipta
Rakan Digital Selangor
Peruntukan RM3 juta
Melantik 1,000 individu untuk membimbing peniaga, warga emas, mahasiswa mengguna pakai aplikasi digital
Skim Niaga Darul Ehsan (NaDi)
Diperluas untuk usahawan wanita
3,000 peserta berniaga menggunakan permit sementara daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)
Pelan pinjaman antara RM1,000 hingga RM3,000
Tiada syarat pemilikan premis dan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan membincangkan gerak kerja pengurusan Covid-19 pada 2 Februari 2021. Foto Facebook Amirudin Shari
Bilik Gerakan Covid-19 Negeri Selangor
Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) beroperasi 24 jam
Merencana pengurusan bantuan, menyokong operasi kawalan bersama agensi persekutuan termasuk pemantauan berpusat kes Covid-19 secara waktu nyata
Dilengkapi jaringan internet 3 Gbps, pusat data hidbrid, sistem komunikasi berpusat dan Smart Data Platform
Tabung Bantuan Menangani Covid-19
Diaktifkan semula sejak ditubuh semasa pengumuman pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin fasa dua
RM9.3 juta diterima sepanjang 2020 untuk petugas hadapan dan aspek perubatan
Pemotongan gaji Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri dan pegawai tinggi
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyumbang sebulan gaji
SHAH ALAM, 20 JAN: Beberapa inisiatif Belanjawan Selangor 2021 disegerakan bagi memacu perkembangan ekonomi dan membantu rakyat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dato’ Menteri Besar berkata antara strategi utama belanjawan meliputi program pendigitalan dengan perbelanjaan RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat.
“Pelaksanaan PKP bermula 13 Januari menuntut beberapa inisiatif ini dipercepatkan atas keperluan membantu peniaga kecil, usahawan, penjaja yang terjejas dan memacu agenda pendigitalan Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika pengumuman khas Pakej Kita Selangor hari ini.
Antara inisiatif yang disegerakan ialah:
Selangor e-Dapur
-Dilaksanakan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) dalam masa terdekat bagi membantu 1,000 penjaja kecil makanan dan minuman untuk berniaga secara dalam talian dengan peruntukan RM10 juta
– Peserta yang memohon akan mendapat skim pinjaman mikrokredit untuk menampung kos operasi dan mengadaptasi perniagaan ke platform e-dagang
e-Pembekalan Peruncit dan Mikro
– Bantu 1,000 peruncit kecil dan mikro mendapatkan bekalan pada harga lebih rendah, mudah serta cepat melalui platform digital yang diuruskan Hijrah dengan peruntukan RM5 juta
Selangor Freelance
– RM10 juta diperuntuk dengan anggaran lebih 1,000 peluang pekerjaan melalui ekonomi gig menerusi kerjasama beberapa platform pekerja bebas
– Pekerjaan gig melibatkan kerja-kerja kolar biru dan kemahiran tinggi seperti perkhidmatan pemasaran digital, perakaunan, pengatur-caraan serta pengurusan akaun media sosial
Rakan Digital Selangor
– RM3 juta diperuntuk dengan pelantikan 1,000 individu untuk membimbing rakyat menggunakan aplikasi digital khasnya golongan peniaga, warga emas dan mahasiswa
Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI)
– Diperluaskan untuk usahawan wanita dengan peruntukan awalan RM10 juta
– 3,000 peserta boleh terus berniaga dengan lesen penjaja sementara daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan akan mendapat pelan pinjaman minimum RM1,000 serta RM3,000 maksimum
– Dana boleh dipohon tanpa perlu mempunyai premis dan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Bilik Gerakan Covid-19
– Mula beroperasi di Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) secara 24 jam sehari
– Berperanan merencana pengurusan bantuan, menyokong pengurusan operasi kawalan bersama agensi persekutuan termasuk pemantauan berpusat kes Covid-19 secara waktu nyata
– Dilengkapi jaringan internet 3 Gbps, pusat data hybrid, sistem komunikasi berpusat dan Smart Data Platform
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan pada program serahan DUN Sungai Tua dan Hijrah Selangor di Masjid An Nur, Kampung Wira Damai, Batu Caves pada 13 Disember 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Selain peruntukan pengurusan dan pembangunan, Belanjawan Selangor 2021 menumpu segenap usaha bagi menjana ekonomi rakyat.
Bertema ‘Melakar Realiti Baharu: Memperkasa Ekonomi Bermaruah Paksi Kecekalan Rakyat’, belanjawan ini merangka usaha untuk mencipta peluang pekerjaan dan menggiatkan lagi program keusahawanan.
Belanjawan ini juga bersifat penyelesaian masalah yang dihadapi rakyat, dari isu pencemaran air, banjir kilat dan jaminan bekalan makanan.
Selepas ringkasan strategi pertama dan kedua disiar pada minggu lalu, intipati strategi ketiga, keempat dan kelima pula seperti berikut:
Strategi Ketiga: Memacu penciptaan nilai dan pembangunan modal insan
Program keusahawanan
– Klinik Usahawan Selangor sebagai pusat sehenti untuk usahawan mendapatkan bimbingan dan kaunseling
– Program Promosi Usahawan bagi membantu memasarkan produk dan perkhidmatan usahawan
– Program Dana Usahawan Mikro Selangor bertujuan menawar bantuan berbentuk peralatan bagi memenuhi pengkomersilan produk
– Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan untuk membantu warga miskin dari kalangan penjaja, peniaga dan mereka yang bekerja sendiri
– Program Pembinaan Usahawan India menyediakan latihan keusahawanan, kursus kemahiran pembuatan, pemberian geran peralatan dan program ‘Grow’ berteras konsep bimbingan
Skim pinjaman Zero to Hero mendapat sambutan ramai didorong faktor pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang memberi tekanan ekonomi terhadap banyak pihak terutama golongan berpendapatan rendah
Niaga Darul Ehsan (NaDi)
– Pemohon perlu memohon lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalankan perniagaan tanpa sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
– Boleh memohon pinjaman serendah RM1,000 hingga RM3,000 tanpa perlu ada premis tetap
Skim pinjaman Zero To Hero
– Ditawar kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan tetapi tiada lesen niaga dan sijil SSM
– Terbuka kepada penduduk Selangor
– Had umur 18 tahun hingga 60 tahun
Hijrah Selangor
– Peruntukan RM15 juta untuk pinjaman perniagaan
– Sehingga 30 Oktober, seramai 53,958 usahawan dibantu
Pinjaman Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
– Peruntukan RM35 juta
– Memastikan fungsi Unisel dan Kuis diteruskan dengan lancar
– Membantu Unisel dan Kuis merancang semula urusan komersial bagi meningkatkan hasil dan potensi kewangan
Bantuan Yuran Asas Universiti (Bayu)
– Pelepasan yuran asas kepada siswa Unisel dan Kuis yang layak
– Peruntukan RM4 juta
Kursi Menteri Besar Selangor
– Kerjasama antara Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM)
– RM5 juta diperuntuk
– Memperkasa kajian dan penyelidikan dalam bidang ekonomi, kewangan dan keusahawanan seterusnya memacu ekonomi negeri
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
– RM8 juta disediakan
– Kemudahan moratorium secara automatik kepada peminjam
– Moratorium bermula April hingga September 2020
– Memanfaat 3,991 peminjam dengan jumlah pinjaman RM6 juta
Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
– Diteruskan dengan peruntukan RM13 juta
– Kaedah pembelajaran dalam talian dilaksanakan
– Bimbingan guru dalam talian diterap agar lebih efektif
Peserta menghadiri sesi temu duga secara maya ketika Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Dewan MDKS Saujana Utama, Sungai Buloh pada 22 November 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Kerjaya Selangor
– Menyediakan platform untuk anak muda memperoleh pekerjaan
– Kerjasama dengan Jobs Malaysia
– Mengurangkan kadar pengangguran
– Memenuhi keperluan tenaga kerja syarikat
– Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing
Program IKTISASS
– Peruntukan RM15 juta
– Melahirkan sumber tenaga berdisiplin dan berdaya saing
– Latihan memenuhi keperluan industri dan peluang pekerjaan baru
– Mewujudkan kerjasama melalui perjanjian usahasama industri antarabangsa
– Memastikan bidang latihan memenuhi piawai antarabangsa melalui penyediaan pusat latihan di rantau Asia Tenggara
– Bersifat menyeluruh melalui penglibatan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) bagi melengkapkan ekosistem TVET
– Peserta mempelajari kemahiran, menjalani latihan serta memperoleh peluang pekerjaan untuk melengkapkan kitaran
Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE)
– Peruntukan RM2 juta
– Bertujuan membantu 3,000 anak muda mencari pendapatan atau kerjaya baharu dalam e-panggilan
Tangani penyalahgunaan dadah
– Peruntukan RM1 juta
– Melibatkan tiga kawasan rintis
– Melaksanakan Kawalan Penguatkuasaan Komuniti Menyeluruh (TECC) di kawasan tumpuan termasuk Desa Mentari dan program kesedaran peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT)
– TECC akan dilanjutkan ke 13 kawasan panas yang dikenal pasti
– Meningkatkan program sokongan ke arah membanteras penyalahgunaan dadah
Pembangunan generasi muda dan sukan
– Peruntukan RM34.9 juta
– Memastikan agenda pembangunan generasi muda dan sukan terlaksana secara progresif
– Membentuk Dasar Belia Selangor 2020 yang menjadi hala tuju pembangunan generasi muda dalam 10 tahun
Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
– Peruntukan RM2.83 juta sebagai ejen penggerak pembangunan negeri
– Menambah baik Garis Panduan Penggerak Belia Tempatan yang dijadikan asas gerak kerja
Atlet wushu sanda menjalani latihan bagi persiapan SUKMA di Pusat Latihan Kelab Wushu KK Chia, Selayang pada 5 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Program pembangunan sukan
– Peruntukan RM27.9 juta
– Mengekalkan kecemerlangan kontinjen Selangor menjelang Sukan Malaysia (SUKMA)
– Meneruskan projek baik pulih dan menaik taraf prasarana melalui peruntukan RM2.24 juta
– Mencungkil bakat baharu secara menyeluruh
Bola sepak
– Peruntukan RM20 juta
– RM10 juta daripada Kerajaan Negeri dan RM10 juta sumbangan MBI dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Pelancongan
– Peruntukan RM5.85 juta
– Bertujuan merancakkan kembali industri pelancongan
– Tourism Selangor mempergiatkan kempen pelancongan berimpak tinggi bagi mengembalikan momentum
– Menganjurkan kempen ‘Nak Cuti? Pusing Selangor Dulu’
– Memanfaat pelancongan kreatif
Industri kreatif
– Pengurangan kadar duti hiburan daripada 25 kepada 15 peratus bagi penganjuran kesenian atau pementasan bertiket artis tempatan
– Membantu penggiat seni meningkatkan produktiviti, kualiti dan daya saing mengatasi artis luar negara
– Pemerkasaan Yayasan Seni Selangor melalui kerjasama pintar dengan agensi lain
Bakat Muda Selangor
– Peruntukan RM1 juta untuk program merangkumi seni lukis, muzik dan sastera
Strategi Keempat: Memperkasa Alam Sekitar, Sumber dan Rantaian Bekalan Makanan
Penyelesaian isu pencemaran air
– Melaksanakan pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 untuk meningkatkan jumlah denda bagi kesalahan mencemar sumber air
– Menguatkuasakan pelaksanaan pelepasan sisa buangan berdasarkan keupayaan kapasiti sungai di kawasan yang ditetapkan
– Projek Perintis Rawatan Biologikal/Bio-Remediation bagi memulihara kualiti air Sungai Gong menggunakan kaedah kombinasi biologi dengan meletakkan bahan nanoteknologi (aquaritin)
Kontraktor panel pembersihan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menjalankan kerja pembersihan di alur Sungai Balak pada 28 Oktober 2020. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor
– Projek dijalankan di Sungai Sembah, Sungai Beranang, dan Sungai Buah yang menjadi punca utama pencemaran Sungai Selangor dan Sungai Langat
– Pemantauan dan pengawasan melalui Skuad Pantas
– Pemantauan 24 jam di kawasan sensitif sumber air di Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat
– Menambah bilangan telemetri kualiti air sebagai sistem amaran awal di hulu muka sauk yang berisiko
– Melaksanakan projek pengepaman air mentah dari kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor dan Kolam Takungan (kolam) di Sungai Semenyih
– Empat projek dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. Peruntukan RM200 juta akan diberikan
– Mengurangkan sehingga 90 peratus risiko henti tugas Loji Rawatan Air SSP1, 2, 3, LRA Rantau Panjang dan LRA Semenyih 1 dan 2
– Memastikan rumah-rumah, kilang-kilang terutamanya kilang haram berhampiran tebing sungai diroboh
– Penubuhan Jawatankuasa Khas bagi memastikan air sungai tidak dicemari dengan bahan kimia atau sampah sarap
– Menyegerakan cadangan pembangunan air mentah Sungai Rasau sebagai sumber air baharu
– Insentif khas dan pertambahan jumlah jawatan bagi Lembaga Urus Air Selangor (Luas) untuk rondaan 24 jam
Friend of River (FoR)
– 44 FoR ditubuhkan
– Tumpu usaha memelihara dan memulihara sungai melalui kerjasama masyarakat setempat (community empowerment).
– RM1 juta disediakan
Penggunaan teknologi dalam pertanian
– Fokus penggunaan teknologi untuk menghasilkan pulangan tinggi di kawasan terhad seperti fertigasi, hidroponik, teknik filem nutrien (NFT), kilang tanaman, teknologi persekitaran terkawal dan akuaponik
– Menitik berat penggunaan internet segalanya (IoT)
– RM26.4 juta untuk menjaya inisiatif tersebut
Pertanian Komuniti
– Menggalakkan masyarakat tempatan terlibat supaya jaminan bekalan makanan negeri terpelihara
– RM500,000 untuk pertanian secara komuniti
Strategi Kelima: Merancakkan Pemulihan Ekonomi dan Pembangunan Industri
Selangor Business Hub
– Gerbang perniagaan maya alternatif bagi promosi pelaburan dan perindustrian
– Merangkumi empat komponen utama iaitu promosi portal, mesyuarat dan sesi padanan perniagaan bersama pelabur berpotensi melalui dalam talian
– Menubuh Selangor Halal Business Hub sebagai platform maklumat industri halal. Dibangunkan melalui Pelan Tindakan Halal Selangor yang membantu usahawan mendapatkan sijil untuk produk mereka
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap secara maya ketika Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 14 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Selangor International Business Summit (SIBS)
– Menganjurkan sidang kemuncak antarabangsa SIBS 2021 dengan peruntukan RM11 juta
– Mempromosi dan mengukuhkan negeri sebagai hab perdagangan
Business Aviation dan General Aviation
– Diperkenal selaras Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor
– Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan di Subang
– Mendapat permintaan ekoran pandemik yang membataskan penerbangan komersial.
– Peruntukan RM2 juta
– Menyediakan platform bagi syarikat tempatan dan SME mempromosi produk dan perkhidmatan serta meneroka peluang pelaburan
Bas Smart Selangor
– Peruntukan RM25 juta untuk meneruskan perkhidmatan membabitkan 11 pihak berkuasa tempatan
– RM5 juta ditampung PBT sebagai perkongsian kos. PBT yang ada lebihan rizab tunai menanggung kos pada masa depan
Tap to Ride
– Dilancarkan pada Disember tahun lalu, warga asing dikenakan caj 90 sen
– Kutipan caj untuk menampung kos penyelenggaraan bas, menambah baik kualiti, penambahan bilangan dan laluan pada masa depan
Projek jalan raya
– Merapatkan jurang pembangunan antara daerah dan meningkatkan jaringan jalan raya yang lebih meluas
– Menyediakan RM170 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pelaksanaan projek jalan raya
Projek pengurusan sumber air, pembangunan tebatan banjir dan pembangunan sistem saliran
– RM78 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor
– RM46.750 juta untuk projek tebatan banjir demi memastikan keberkesanan dalam pengurusan pembangunan tebatan banjir
– Peruntukan RM12.51 juta bagi pembangunan sistem saliran bersepadu dan komprehensif
– Peruntukan RM2.64 juta bagi pelaksanaan projek naik taraf benteng pantai di kawasan terjejas
Pembinaan Rumah Selangorku menjadi keutamaan Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat di negeri ini berpeluang memiliki kediaman sendiri. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Projek naik taraf kemudahan asas dan prasarana
– RM2.5 juta disalur bagi menaik taraf kemudahan asas dan infrastruktur PBT
– Melaksanakan projek meremajakan bandar di kawasan berpotensi tinggi tetapi lusuh dimamah usia
– Dicadang di perkarangan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 dengan nilai anggaran GDV bernilai RM8 bilion
– Mengadakan kerjasama strategik bersama swasta
Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik
– Menambah stok Rumah Selangorku dengan sasaran tambahan sehingga 60,000 unit melalui konsep Rumah Selangorku Idaman dan Rumah Selangorku Harapan
Skim Smart Sewa
– Membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) menyewa pada kadar berpatutan
– RM20 juta bagi pelaksanaan yang menggunakan peruntukan Tabung Amanah Pengecualian Syarat Kuota Bumiputera
Skim Smart Sewa to Ownership (2STAY)
– Membantu golongan B40 khususnya yang sukar memperoleh pembiayaan untuk memiliki rumah pertama
– Sebanyak 2,674 unit Rumah Selangorku diluluskan melalui 2STAY
– Sasaran 3,000 unit melalui program Rumah Selangorku Idaman dan Rumah Selangorku Harapan dengan nilai hartanah lebih RM750 juta secara percuma sehingga 2023
Program pemberdayaan komuniti
– RM15.3 juta bagi manfaat 30 projek
– Pecahan peruntukan merangkumi program Ceria (RM10 juta), pemberdayaan komuniti lain (RM1 juta) dan baik pulih projek perumahan rakyat (RM4.3 juta)
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di Dewan Negeri Selangor pada 30 Oktober 2020. Foto HAFIZ OTHMAN /SELANGORKINI
SHAH ALAM, 8 JAN: Kerajaan Negeri memperuntuk anggaran perbelanjaan RM2.32 bilion dalam Belanjawan Selangor 2021 dengan RM1.103 juta atau 47 peratus untuk pembangunan.
Namun, pandemik Covid-19 yang bermula tahun lepas telah menyebabkan banyak aktiviti dan perancangan terpaksa dihenti, tergendala atau disemak semula. Kegiatan perdagangan, pertandingan sukan, sesi persekolahan hatta percutian dan perkahwinan terjejas akibat wabak.
Bagi mendepani cabaran ekonomi semasa, Kerajaan Negeri mengekalkan momentum kedudukan kewangan yang kukuh dan berdaya tahan, lengkap dengan analisis serta perkiraan menyeluruh dengan mengambil kira kebaikan kepada tiga perkara utama iaitu rakyat, komuniti perniagaan dan pembangunan ekonomi.
Bertema “Melakar Realiti Baharu: Memperkasa Ekonomi Bermaruah Paksi Kecekalan Rakyat”, Belanjawan Selangor 2021 menggariskan lima strategi. Tiga daripadanya akan diterbitkan minggu depan, strategi satu dan dua seperti berikut:
Strategi 1: Agenda Digitalisasi Selangor Pemangkin Negeri Pintar Ulung
Pendigitalan
RM369 juta diperuntuk dari dana Kerajaan Negeri, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), anak-anak syarikat Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjayakan agenda Negeri Pintar Ulung
Bertujuan menggerakkan ekonomi secara menyeluruh menerusi transformasi sistem perkhidmatan, sosial, perniagaan dan keusahawanan, penciptaan nilai serta bidang seni kreatif
Agenda digitalisasi Selangor akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat menerusi program padanan bakat. Ia menjadi kunci bagi mendepani cabaran pengangguran akibat Covid-19
Ia juga sebahagian agenda mencipta sumber pendapatan baharu untuk Kerajaan Negeri berlandas prinsip ‘tiada siapa tercicir’ (no one will be left behind)
Inisiatif Smart Selangor (Smart State)
Jawatankuasa Tetap (Standco) Smart Selangor yang dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar dibentuk bagi memastikan pelaksanaan inisiatif secara lebih menyeluruh dengan penglibatan semua agensi
Pusat kawalan Smart Selangor C5i Centre ataupun ara-han (command), kawalan (control), komunikasi (communications), komputer, Collaborative and Intelligence Centre dalam peringkat akhir pembinaan di Dewan Jubli Perak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Pusat ini akan menjadi infrastruktur utama berasaskan jaringan internet Gigabit dan Tier-4 ready Cloud Data Centre yang akan memaparkan jaringan kamera litar tertutup (CCTV) baru Kerajaan Negeri, papan pemuka (dashboard) operasi Smart Selangor dan juga akan mengupayakan operasi pemusatan data, operasi kawal dan perintah (Command and Control) di antara agensi negeri, PBT dan agensi-agensi lain
Dianggar 2,000 unit CCTV dipasang di seluruh negeri dengan projek rintis 100 unit di pusat bandar Shah Alam untuk mewujudkan konsep Bandar Selamat
Kerajaan Pintar (Smart Government)
Inisiatif Digital Government Approval atau pendigitalan operasi akan diperkenal
RM2 juta untuk pembangunan Pendigitalan operasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) bagi mengurangkan tempoh penghantaran dokumen pindah milik dan pembangunan pusat pemulihan data
‘Smartbox’ yang ditambah baik daripada ‘Dropbox’ mencatat kutipan RM2.8 juta bersamaan lebih 12,000 transaksi hingga 24 Ogos 2020
Kakitangan kerajaan Nur Hidayah Mohd Hanib melakukan demonstrasi pada perasmian sistem ‘Smartbox PTGS’ di Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 24 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
SmartSel akan melaksanakan projek rintis 5G di Bangunan SUK 1 bersama Bahagian Pengurusan Maklumat dengan peruntukan RM3 juta
Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja (PRODUTK)
Pelaksanaan PRODUTK membantu mengurangkan kos syarikat industri kecil sederhana (IKS) menuju ke arah pendigitalan dan Revolusi Industri 4.0 menerusi urus tadbir tenaga kerja
Syarikat penyedia perkhidmatan secara percuma kepada syarikat PKS yang mendaftar bermula pada 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020
Syarikat PKS boleh memilih untuk meneruskan penggunaan sistem tersebut dengan kadar ditetapkan syarikat pemberi perkhidmatan selepas tiga bulan
Dana Inovasi Selangor
Dana awal RM100 juta bagi menyokong perkembangan syarikat pemula yang strategik dan berpotensi untuk diberi pelaburan modal teroka (venture capital)
Inisiatif ini berpotensi sebagai pendukung kepada pakej rangsangan ekonomi ketiga
Akan melengkapkan inisiatif latihan usahawan oleh Majlis Teknologi Makkumat dan E-Dagang Selangor (Sitec) di bawah program Brand 100 yang melahirkan hampir 500 startups sehingga kini
Selangor Advance
Tambahan RM30 juta menjadikan dana keseluruhan berjumlah RM130 juta
Dilaksanakan dengan modal awalan RM100 juta semasa pakej rangsangan ekonomi ketiga yang diumum pada 13 Julai 2020
Hampir RM75 juta dicairkan bagi membiaya usahawan, pembekal serta kontraktor pelbagai peringkat
Selangor Kerjaya
Menyediakan 10,000 peluang pekerjaan melalui kaedah membina kemahiran baharu, peningkatan kemahiran dan kemahiran semula (new skill, upskilling dan reskilling)
Sasar penglibatan graduan lepasan institusi pengajian tinggi, lepasan sekolah termasuk vokasional dan tenaga kerja yang diberhenti
Selangor Kerjaya dengan latihan kemahiran baharu (new skill), tingkat kemahiran (upskilling) dan pulih kemahiran (reskilling) merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri mengurangkan pengangguran sekali gus membasmi kemiskinan. Foto ARKIB SELANGORKINI
Sistem profail dan pangkalan data pengurusan bakat serta tenaga kerja dapat menyelesaikan isu ketidakseimbangan kemahiran dan ketidakpadanan pekerjaan pasaran buruh
Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 menerima 9,969 permohonan sejak pendaftaran dibuka pada 15 September membabitkan 105 majikan
Sehingga 9 Disember 2020, seramai 111 calon mendapat kerja manakala 642 lagi dipanggil temu duga kali kedua
Lokasi jelajah meliputi Kuala Selangor, Gombak, Sungai Buloh, Hulu Langat dan Shah Alam
Selangor Automotif TVET
Cadangan padanan kerja antara 3,000 graduan TVET teknologi automotif dan bengkel automotif sekitar negeri
Graduan yang mengikuti bengkel menerima bantuan dalam bentuk caruman majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama setahun
Akan dikendalikan Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC)
Rakan Digital Selangor
Melantik 1,000 duta untuk membiasakan rakyat kepada aplikasi digital
Membantu lebih ramai peniaga mikro dan PKS, warga emas dan belia berpendapatan rendah (B40) mengamalkan pendigitalan untuk meningkatkan pendapatan
Selangor Freelancers
RM76 juta diperuntuk MBI dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan jangkaan penciptaan 15,000 peluang pekerjaan
Bertujuan membina kesedaran dan insentif untuk rakyat menggunakan kemahiran untuk menjana pendapatan melalui perkhidmatan sambilan (freelancing)
Menyasarkan graduan lepasan institut pengajian tinggi, tenaga kerja yang diberhenti kerja dan suri rumah
WiFi & Data Internet Selangor
Memperkenalkan inisiatif Data Internet Selangor dan meneruskan program WiFi Smart Selangor melalui peruntukan RM17.5 juta
Hampir 54,000 pengguna menerima manfaat dengan keutamaan kepada mahasiswa, ibu tunggal, dan golongan B40
Orang ramai mencuba perkhidmatan Wi-Fi Smart Selangor. Foto SELANGORKINI
Menyediakan sambungan internet mudah alih mampu milik yang dipakej dengan pembelajaran dan keusahawanan
Tahap perkhidmatan dinaik taraf meningkatkan keberkesanan WiFi
Menyusun semula penempatan WiFi kepada kluster yang lebih memerlukan seperti perumahan, institusi pendidikan, kesihatan, pusat komuniti, pengangkutan, sukan dan rekreasi
Terdapat lebih 3,600 WiFi Access Point (AP) Smart Selangor ditempatkan di lokasi strategik sejak awal 2020
Selangor e-Dapur 2.0
Program diperluas selepas mencatat kejayaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac 2020
e-Pembekalan Peruncit Mikro dan Kecil
Bertujuan membantu peruncit mikro dan kecil meluaskan perniagaan dengan peruntukan RM15 juta melalui pinjaman Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah)
Sasar membantu 1,000 peruncit kecil menerusi pinjaman mikro kredit untuk membeli stok (bekalan) dan menggunakan kaedah digital untuk percepat proses pesanan serta bayaran
Selangor e-Sukan
RM3 juta diperuntuk bagi mengembangkan bidang e-sukan dengan sasaran golongan anak muda
Memangkin ekosistem e-sukan dengan penganjuran acara kejohanan amatur, latihan dan bimbingan
Selangor muncul negeri pertama menganjurkan Permainan Siber Selangor (SCG) versi Duduk Di Rumah ketika PKP dan menerima sambutan hangat
Strategi 2 : Selangor Sentosa, Ummah Sejahtera
Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
Diteruskan dengan peruntukan RM62 juta
Pemberian RM200 sebulan selama setahun untuk golongan ibu dari kumpulan B40 membeli barangan keperluan asas
Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT)
Membantu ibu tunggal pelbagai kaum yang terjejas akibat Covid-19 berikutan penamatan kontrak, penutupan perniagaan atau mendapat cuti tanpa gaji
Sebanyak 5,000 penerima disediakan
Sukarelawan: Jiran Baik, Jiran Yang Peduli
Program dimulakan dalam talian semasa PKP bagi mengatasi keciciran bantuan akibat ketidakupayaan umpamanya warga emas yang tinggal bersendirian
RM300,000 bagi menambah baik dan memperluas program kepada warga emas, wanita dan kanak-kanak
Ketua Komuniti India (KKI)
Perkhidmatan KKI ditambah, daripada 48 kepada 62 orang. Mereka menerima elaun bulanan dan peruntukan program
Pembangunan Orang Asli
RM500,000 bagi menaik taraf kediaman dan menyediakan kemudahan prasarana di perkampungan
RM500,000 bagi melaksanakan pewartaan ke atas tanah-tanah perkampungan Orang Asli
Kesihatan
RM56.5 juta diperuntuk secara keseluruhan, meningkat 23 peratus berbanding RM46 juta pada 2020
Komitmen Kerajaan Negeri memperkasa sektor kesihatan awam dan mewujudkan Selangor yang sihat serta sejahtera Kesihatan Awam
RM1.5 juta bagi aktiviti dan promosi gaya hidup sihat bagi mengatasi tiga risiko utama penyakit kardiovaskular iaitu kencing manis, hipertensi dan kadar kolesterol tinggi
RM1 juta bagi meneruskan program Insentif Rawatan Tibi dengan sasaran 2,500 pesakit
PBT dianjur untuk bersama-sama dalam usaha pencegahan dengan mengembangkan fungsi Unit Kesihatan sedia ada menjadi Unit Kesihatan Awam
Mengawal pandemik
RM5 juta bagi usaha kawalan dan pencegahan denggi
Skim Insurans Peduli Sihat
RM42.5 juta bagi memberi manfaat kepada 85,000 pemegang polisi
Merangkumi kombinasi rawatan pesakit luar dan manfaat insurans asas
Membantu golongan berpendapatan rendah mendapat rawatan terbaik
Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Skim Insuran Peduli Rakyat kepada penerima selepas sidang media di Dewan Annex, Shah Alam pada 15 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Kemudahan insurans asas meliputi perlindungan disebabkan kematian, penyakit kronik, khairat kematian dan hilang upaya kekal di samping kemudahan rawatan pesakit luar di klinik swasta
RM1 juta bagi program Peduli Sihat Penjawat Awam yang memanfaat penjawat awam Gred 44 dan ke bawah
RM5 juta untuk Bantuan Sihat Selangor (BSS) membantu golongan B40 mendapatkan bantuan seperti dialisis buah pinggang, pembedahan katarak mata, pembedahan kecil atau alat-alat perubatan
Dasar Mesra OKU
Peranan Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS) dipertingkat ke arah mencapai sasaran Selangor negeri mesra OKU
RM3.25 juta bagi keseluruhan program dan pemberdayaan OKU meliputi inisiatif berikut: *Bantuan Anak Istimewa Selangor (AnIS): pembelian alatan sokongan, ubat-ubatan dan nutrisi tambahan *Didik AnIS: insentif terapi pemulihan anak-anak istimewa *Cikgu AnIS: kursus latihan asuhan anak-anak istimewa *Kelas AnIS: seminar kesedaran untuk kumpulan sokongan ibu bapa anak istimewa
Program Bank Makanan (Food Bank)
RM6 juta untuk program Bank Makanan ke seluruh 56 DUN
RM1 juta untuk Bank Makanan Kanak-Kanak yang menyasarkan kanak-kanak bawah enam tahun keluarga B40
Kediaman Komuniti Emas
Kediaman komuniti bersepadu untuk warga emas yang digabung dengan ruang jagaan kanak-kanak
Selgate Healthcare bekerjasama dengan Medivoque untuk mengubah suai Hotel De Palma, Ampang bagi menawarkan kediaman “independent and assisted living” yang lengkap prasarana kesihatan beserta akses penjagaan dan pemantauan sekeluarga
Inisiatif ini memberi banyak faedah kesihatan kepada pesakit alzheimer Skim Mesra Usia Emas 2.0 (SMUE 2.0)
Bantuan khairat kematian kepada waris warga emas yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) diwujudkan semula dengan nilai RM500
Peruntukan Jom Shopping SMUE ditambah RM7.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM27.5 juta
Wanita dan keluarga
Sebanyak RM71.3 juta bagi meneruskan agenda memperkasa wanita dan keluarga
Pengarusperdanaan gender
RM1.8 juta bagi menggiatkan program peringkat ne-geri menerusi Institut Wanita Berdaya (IWB)
Peserta bergambar ketika Majlis Pelancaran dan Penyerahan Watikah Lantikan Pengarusperdanaan Gender (GM) Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 10 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
Majlis Wanita Selangor (ManiS)
Ditubuh bagi yang menghimpunkan semua agensi pembangunan wanita dan badan bukan kerajaan untuk mengkaji serta merangka dasar pemberdayaan wanita dari segi ekonomi, sosial, politik dan budaya
Hab Wanita Berdaya
RM3 juta kepada Pusat Wanita Berdaya Selangor (PWB) bagi melaksanakan pembangunan ekonomi khusus untuk wanita berpendapatan rendah dan ibu tunggal pada peringkat daerah
Hab ini dibangunkan dengan kerjasama pelbagai agensi dan badan kerajaan
Kerja dari rumah, Tanjung Suri dan Ekspo HaSSel
RM200,000 untuk golongan wanita mengikuti program khusus iaitu ‘Work From Home’ yang berjaya melancarkan satu produk khusus pada Mac 2020 iaitu Tanjung Suri
RM300 diperuntuk untuk penganjuran Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) 2.0 selepas kejayaan penganjuran yang menarik lebih 5,000 pengunjung, 62 reruai pameran dan 100 produk
Bantuan Pengusaha dan Guru-Guru Tadika
RM2 juta untuk inisiatif Bantuan Pengusaha dan Guru-Guru Tadika
Data persatuan tadika di seluruh negeri menunjukkan 2,039 tadika terjejas kerana tidak dapat beroperasi dalam tempoh pandemik Covid-19
Pemantapan Institusi Agama Islam
RM377.77 juta untuk memantapkan kemajuan insitutisi agama Islam demi kesejahteraan ummah
Peruntukan termasuk inisiatif caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), peruntukan mengurus Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), peruntukan pembangunan Jais, peruntukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan membaik pulih masjid dan surau di seluruh negeri
Caruman Perkeso Guru Kafa
RM1.1 juta sebagai caruman majikan kepada 4,200 guru
Sebahagian guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di Selangor. Foto SELANGORKINI
Pembinaan Masjid
Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jais dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memantau pelaksanaan pembinaan masjid dan memastikan ia disiapkan dalam tempoh sepatutnya
Sebanyak sembilan masjid dijangka siap pada 2021 iaitu: i. Masjid Setia Alam ii. Masjid Ar-Rahmah, Kuala Langat iii. Masjid Putra Height, Subang Jaya iv. Masjid Klang Gate, Gombak v. Masjid Taman Alam Jaya, Kuala Selangor vi. Masjid As-Solihin, Sungai Burong, Kuala Selangor vii. Masjid Seksyen 24, Shah Alam viii. Masjid Al-Ikhlas, Taman Bukit Belimbing, Hulu Langat ix. Masjid Seksyen 13, Shah Alam
Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)
Beberapa SRA, MITS dan kompleks Islam dijangka siap pada 2021 iaitu: *SRA Denai Alam *SRA Ehyaul Falah, Sabak Bernam *MITS Pandan Indah, Hulu Langat *MITS Bagan Lalang, Sepang *Kompleks Islam Daerah Kuala Langat *Akademi Syahadah Tahfiz Al Faizin, Kuala Selangor
RM7 juta bagi pembangunan Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi, Pandan Indah, Hulu Langat
RM5 juta bagi pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi, Bagan Lalang
Program Fast Track Pelajar Tahfiz
RM2 juta bagi menaja yuran pengajian dan penginapan dengan sasaran 200 pelajar tahfiz di Selangor untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar mereka dapat menceburi bidang profesional dan teknikal
Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Pusat Pembanguan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor dan Universiti Selangor
Program Tahfiz TVET/ IKTISASS
RM2 juta bagi membiayai latihan jangka pendek dan jangka panjang untuk melahirkan golongan tahfiz yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi
Kerajaan Negeri menyediakan ekosistem dan struktur pembelajaran teknikal yang bersilibus dan memberi pengiktirafan sijil profesional kepada pelajar tahfiz
Amirudin Shari menampal pelekat Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) pada motosikal penerima inisiatif dalam majlis penyerahan yang berlangsung di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 14 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
SHAH ALAM, 25 DIS: Selangor terus memberi dan berkongsi kekayaan negeri untuk semua rakyat terutama golongan memerlukan, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
Dato’ Menteri Besar berkata kepimpinannya juga berikrar untuk memastikan setiap individu tidak tercicir dalam kemakmuran dikecapi ketika ini.
“Ternyata kepayahan dan kesukaran dihadapi rakyat amat berat terutama ancaman wabak Covid-19 yang melanda.
“Justeru, Kerajaan Negeri menerusi Belanjawan Selangor 2021 telah menyediakan pelbagai inisiatif sebagai usaha membantu mereka yang terkesan dan memerlukan,” katanya menerusi Perutusan Hari Natal.
Menurutnya, Kerajaan Selangor juga giat bertindak agresif bagi menggalakkan pengusaha dan usahawan mewujudkan peluang pekerjaan.
Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) pada majlis penyerahan yang berlangsung di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 14 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
“Antara yang utama adalah inisiatif Niaga Darul Ehsan (NaDi) yang memberi pinjaman serendah RM1,000 untuk rakyat Selangor memulakan perniagaan selain program kerjaya,” katanya.
Dalam Belanjawan Selangor 2021, antara langkah membantu golongan sasar adalah program Inisiatif Data Internet Selangor berjumlah RM17.5 juta, Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dengan peruntukan RM62 juta, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2.0 yang memberi bantuan khairat kematian RM500 serta sejumlah RM3.25 juta bagi golongan kelainan upaya (OKU).
Amirudin berkata Kerajaan Selangor terus menjaga kebajikan rakyat yang menjadi mangsa selepas pelbagai insiden berlaku tahun ini hingga menyebabkan kemerosotan ekonomi.
“Kita semua seolah-olah hilang kompas moral. Oleh itu agenda reformasi digenggam selama ini akan diteruskan.
“Keutuhan Kerajaan Negeri mewujudkan permuafakatan, ketelusan, kebertanggungjawaban, integriti serta pentadbiran yang baik dan rakyat akan menikmati kemakmuran bersama,” katanya.
Penghantar barangan Seldec menunjukkan isyarat bagus ketika menunggu giliran mendapatkan inisiatif RiDE oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 14 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
SHAH ALAM, 14 DIS: Kerajaan Negeri bersedia memberi bantuan modal dan bimbingan kepada belia yang mahu membuka perniagaan e-panggilan.
EXCO pembangunan generasi muda berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan dalam kalangan golongan tersebut yang minat menceburi sektor ekonomi sampingan.
“Mungkin ada kumpulan belia yang minat memulakan perniagaan, mereka boleh berpakat serta sediakan kertas cadangan, kemudian kita akan pertimbangan.
“Perkhidmatan e-panggilan dengan cara menjual perkhidmatan kepada orang lain sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa semakin berkembang, jadi orang muda wajar merebut peluang ini,” katanya.
Mohd Khairuddin Othman ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Inisiatif RiDE kepada 100 peserta di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Pada 13 Oktober Dato’ Menteri Besar menggalakkan anak muda berdikari menjana pendapatan dalam ekonomi sampingan yang semakin berkembang.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk sejumlah RM17.5 juta bagi menjayakan inisiatif WiFi dan Data Internet Selangor bagi menyokong ekonomi sampingan dan perniagaan dalam talian.
Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan kepada penerima ketika Program Serahan Sumbangan DUN Sungai Tua dan HIJRAH Masjid An Nur, Kampung Wira Damai, Batu Caves pada 13 Disember 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
GOMBAK, 13 DIS: Kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri membolehkan usaha membantu golongan terjejas akibat Covid-19 berjalan lancar, kata Dato’ Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata berbeza dengan negeri lain, keutuhan serta muafakat dalam kalangan pemimpin di Selangor amat baik serta memudahkan perancangan pasca Covid-19.
“Kita tidak mahu kerajaan yang tidak stabil, sebab itu kita kena pertahankan mandat yang ada serta kukuhkan muafakat.
“Kerajaan yang tidak stabil menyebabkan wujudnya perasaan curiga antara satu sama lain, apabila tidak puas hati mula tukar kerajaan dan kita tidak mahu keadaan ini berlaku di Selangor,” katanya berucap pada Siri Jelajah DUN Sungai Tua hari ini.
Beliau turut berkongsi kejayaan Selangor sebagai negeri paling awal mengumumkan bantuan kepada golongan sasaran menerusi pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin berjumlah RM127.8 juta pada 20 Mac.
Pada 1 April Kerajaan Negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa kedua berjumlah RM272.5 juta diikuti pelan pemulihan ekonomi negeri jangka sederhana berjumlah RM260.14 juta pada 13 Julai yang memanfaatkan 3.5 juta rakyat di negeri ini.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan kunci van jenazah serta gimik penyerahan van ketika Program Serahan Sumbangan DUN Sungai Tua dan HIJRAH di Masjid An Nur, Kampung Wira Damai, Batu Caves pada 13 Disember 2020. Foto: REMY ARIFIN/SELANGORKINI
SHAH ALAM, 13 DIS: Sebanyak 15,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan di Selangor pada tahun depan menerusi pelbagai usaha menangani pengangguran, kata Dato’ Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut adalah melaksanakan Program Selangor Kerjaya, Jom Kerja, Inisiatif Selangor Automotif TVET dan Selangor Freelancers
“Selangor Kerjaya dan Jom Kerja menawarkan sekitar 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.
“Kerajaan Negeri juga membantu graduan teknologi automotif mendapat kerja menerusi program padanan kerja di bawah inisiatif Selangor Automotif TVET,” katanya ditemui pemberita selepas mengadakan Siri Jelajah DUN Sungai Tua hari ini.
Beliau berkata Kerajaan Negeri juga membantu graduan dan individu diberhenti kerja menjana pendapatan menerusi pelbagai platform.
Pada 30 Oktober Amirudin berkata sejumlah RM76 juta diperuntuk bagi bagi membantu rakyat yang hilang pekerjaan susulan penularan Covid-19.
SHAH ALAM, 5 DIS: Program Kursi Menteri Besar Incorporated (MBI) yang julung kali diperkenal menyediakan peluang kepada penjawat awam melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.
Penubuhannya bertujuan memperkasa pengajian tinggi dalam aspek kajian dan penyelidikan ekonomi, kewangan serta keusahawanan.
Seramai 10 penjawat awam yang terpilih diberi pengecualian yuran pengajian selama tiga semester di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) Universiti Putra Malaysia (UPM).
Naib Canselornya Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata jurusan yang ditawarkan adalah keusahawanan, ekonomi, kewangan atau pentadbiran perniagaan.
“Perbincangan sudah dilaksanakan dan kursi ini diberi nama Kursi Menteri Besar Incorporated. Kita berharap semua pihak yang terlibat akan mendapat timbal balik melalui ilmu dan pengalaman masing-masing melalui kursi ini,” katanya kepada SelangorKini baru-baru ini.
Justeru, beliau mengajak penjawat awam negeri dan kakitangan anak syarikat Kerajaan Selangor untuk merebut peluang yang diumumkan Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Belanjawan Selangor 2021.
Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman
“Saya harap kakitangan Kerajaan Negeri mengambil peluang ini untuk melanjutkan pengajian dalam program yang kami tawarkan di bawah SPE. Mereka bukan sahaja akan belajar di UPM tapi akan berkongsi pengalaman dan idea berhubung industri luar kepada kami terutamanya pelajar lain.
Mohd Roslan yakin penubuhan kursi ini membantu UPM melahirkan penyelidik yang mahir dalam bidang pentadbiran perniagaan, ekonomi dan keusahawanan.
“Kursi ini juga berupaya meningkatkan tahap kesejahteraan masyarakat dalam bidang berkaitan. Penubuhannya memperkasa pendidikan tinggi dan penyelidikan jangka panjang di Selangor,” katanya.
Untuk itu, seorang ahli akademik tersohor dalam bidang pentadbiran perniagaan, keusahawanan atau ekonomi dari institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara akan dilantik melalui kursi ini. Ia bertujuan membantu MBI dan SPE UPM dalam memperkasa ilmu melalui seminar serta bimbingan.
Individu yang memenuhi kriteria pelantikan, walau bukan dalam kalangan ahli akademik, juga boleh dilantik melalui perakuan Jawatankuasa Pemilihan (Profesor) UPM.
Selain itu, UPM juga akan menawarkan tenaga pengajar SPE untuk mengajar sambilan di Selangor Business School (SBS) bagi satu kursus setiap semester.
Ia turut membabitkan Kerjasama antara SPE UPM, MBI dan SBS melalui geran penyelidikan berkaitan bidang pentadbiran perniagaan, keusahawanan serta ekonomi.
Tambahan peruntukan Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dalam Belanjawan Negeri 2021 memungkinkan perkhidmatan percuma itu diperluas.
Sebelum ini RM10 juta, PTRS yang ditubuhkan pada 2009 bagi membantu pelajar dari keluarga berpendapatan bawah RM2,000 sebulan mengikuti tuisyen percuma kini menerima peruntukan RM13 juta.
Pengumuman itu dibuat Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang belanjawan demi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pendidikan sekalipun di tengah-tengah wabak Covid-19.
Penolong Setiausaha Pendidikan, Pengurusan Sumber Manusia Kerajaan Selangor Siti Syazwani Abdul Latif menyifatkan pertambahan peruntukan tentunya memberi banyak manfaat kepada pelajar.
“Setakat ini, kita ada rancangan tapi masih pada peringkat perbincangan. Antara yang akan kita lakukan adalah menerapkan konsep pembelajaran fizikal selepas virus Covid-19 berakhir,” katanya kepada SelangorKini.
Mereka juga sedang ligat mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah pelajar berpendapatan rendah (B40) yang berdepan kekangan capaian internet untuk mengikuti e-pembelajaran.
“Jika masih berlaku wabak, pelaksanaannya bakal dilakukan dalam talian. Tumpuan mengenai e-pembelajaran ini akan diberi kepada murid dari keluarga B40 di seluruh Selangor yang tidak memiliki akses atau capaian internet, yang ini kita sedang cari jalan penyelesaiannya,” katanya.
Kumpul data
PTRS juga giat mengumpulkan data untuk diserah kepada Kerajaan Negeri dalam masa terdekat bagi memberi gambaran lebih jelas berhubung perancangan selanjutnya.
“Pertemuan dijangka pada Disember atau Januari depan. Program ini juga akan diselaras dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,” kata Siti Syazwani.
PTRS diperkenal pada Januari 2009 melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) untuk membantu pelajar tingkatan lima dari keluarga berpendapatan rendah melalui tuisyen percuma untuk lima subjek teras iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, sejarah, matematik dan sains.
Langkah Kerajaan Negeri yang menitikberatkan aspek pendidikan pelajar mendapat pujian Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), lebih-lebih lagi inisiatif pembelajaran maya menyediakan alternatif baru susulan penutupan sekolah.
Naib presidennya, Radin Muhd Imaduddin, juga seorang guru, menyifatkan pembelajaran secara maya penting bagi memastikan pendidikan murid tidak terjejas akibat wabak sebaliknya terus menimba ilmu dalam norma baharu.
“Saya harap pendidikan secara bersemuka dikurangkan, banyakkan atas talian. Saya gembira kesungguhan serta kepekaan kerajaan bagi memutuskan rantaian dan memastikan pendidikan sentiasa berjalan,” katanya yang turut berharap sekolah agama dan tahfiz yang dimiliki swasta diberi perhatian.
SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM211.11 juta khusus untuk pendidikan Islam pada 2021, kata setiausaha sulit kepada Dato’ Menteri Besar.
Saifuddin Shafii Muhamad berkata peruntukan tersebut sebagai komitmen Kerajaan Negeri memartabatkan pendidikan Islam tanpa menjejaskan institusi pendidikan lain.
“Sumbangan untuk pendidikan Islam perlu dilihat secara holistik mengambil kira keseluruhan ekosistem persekolahan pelajar sehingga mereka menjadi sebahagian daripada tenaga kerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Peruntukan pendidikan Islam negeri ini meliputi:
-RM1.1 juta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 4,200 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).
-RM10 juta pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Denai Alam dijangka siap tahun hadapan.
-RM11 juta pembinaan SRA Ehyaul Falah, Sabak Bernam dijangka siap tahun hadapan.
-RM12 juta pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah, Hulu Langat dan MITS Bagan Lalang, Sepang dijangka siap tahun hadapan.
-RM5.6 juta pembinaan Akademi Syahadah Tahfiz Al Faizin, Kuala Selangor
-RM2 juta program ‘Fast Track’ Tahfiz bagi memberi peluang penajaan kepada pelajar tahfiz layak untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
-RM2 juta program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
-Pembinaan sembilan masjid dijangka siap tahun hadapan.
-Pembiayaan mengurus Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) .
-Peruntukan membaik pulih masjid dan surau seluruh negeri .
-Sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM200,000 dalam bentuk komputer riba kepada 42 SRA dan Kafa.
-Sumbangan Worldwide Holdings, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Lembaga Zakat -Selangor (LZS) dengan jumlah tertinggi disumbangkan LZS sebanyak RM2.2 juta untuk naik taraf karpet surau SRA .
Dalam kenyataan sama, beliau menyifatkan tohmahan dilemparkan berhubung agihan bantuan infrastruktur sekolah di seluruh negeri ini dengan peruntukan berjumlah RM22.473 juta sebagai prasangka jahat dan tersasar daripada realiti.
Katanya sumbangan yang begitu banyak untuk pendidikan dijadikan bahan politik sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.
“Diharapkan penjelasan ini membuka mata dan hati mereka yang terlibat agar tidak cuba mempolitikkan hal ehwal agama Islam dan pendidikan di Selangor,” katanya.
Majlis Konvokesyen Unisel ke-13 pada 27 Oktober 2018. Foto ARKIB SELANGORKINI
SHAH ALAM, 20 NOV: Program Bantuan Yuran Asas Universiti (Bayu) memberi manfaat kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).
Diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021, program itu memberi pelepasan yuran asas kepada siswa dua institusi berkenaan.
Rektor Kuis mengakui hampir 8,000 pelajar menerima manfaat. Bagaimanapun, pihaknya belum menetapkan jumlah dan kriteria untuk pelajar yang layak menerima inisiatif itu.
“Dari segi kriteria pelajar dan syarat ia masih dalam perbincangan. Namun kita harap semua pelajar akan dapat manfaat. Kuis akan usahakan sebaik-baiknya untuk mengurangkan beban pelajar akibat pandemik Covid-19,” kata Prof Dato’ Ab Halim Tamuri. Beliau juga akan berbincang dengan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat berhubung bentuk pelaksanaannya.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan skrol kepada pelajar sempena Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ke-22 di Bangi pada 7 September 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
Ab Halim juga menjelaskan hampir separuh pelajar baharu yang mendaftar untuk menyambung pengajian setiap kali semester berasal dari Selangor, selebihnya negeri lain.
Kuis menyepadukan kurikulum pengajian Islam dan bidang lain yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kuis juga memiliki persekitaran cantik dan menampilkan suasana berasaskan nilai-nilai Islam. Kemudahan asrama turut disediakan. Lokasinya berdekatan perkhidmatan komuter dan lapangan terbang selain kedai.
Suntikan RM600
Pengurusan Unisel pula menganggarkan sekitar RM600 bakal diterima oleh pelajar yang layak menerusi inisiatif tersebut. Untuk rekod, Unisel mempunyai lebih 10,000 orang pelajar.
Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata pihaknya bercadang manfaat itu dibahagi kepada tiga semester. Yuran bagi setiap semester tidak sama, tertakluk kepada pelbagai kriteria.
“Menerusi inisiatif Bayu, pihak universiti yakin pelajar dari kategori berpendapatan rendah (B40) secara khususnya akan menerima suntikan hampir RM600 untuk yuran asas pengajian pada tahun hadapan,” katanya.
Antara pelajar yang mendaftar di Unisel pada 26 Mei 2018. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Hasril juga menyifatkan inisiatif sedemikian meringankan beban pelajar dan keluarga yang terjejas akibat dampak Covid-19 hingga mengakibatkan sistem pembelajaran di dewan kuliah beralih kepada teknologi dalam talian.
Pengurusan Unisel juga akan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.
Kemasukan November 2020 masih dibuka. Bakal pelajar yang berminat boleh menghubungi talian 03-5522 3400 atau WhatsApp ke 018-571 4084 / 018-571 4087 atau layari www.unisel.edu.my
Insentif lain meliputi:
Program Tuisyen Rakyat Selangor RM13 juta
Fast Track Tahfiz RM2 juta
Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) RM15 juta