Categories
SELANGOR

Program latihan sambil kerja jana pendapatan RM1,500

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 3 MAC: Golongan belia Selangor yang terpilih menyertai program latihan sambil bekerja anjuran kerajaan negeri akan menerima pendapatan minima RM1,500 sebulan.

Program yang dimulakan dengan sesi pembelajaran secara teori dan amali di beberapa kolej turut membabitkan latihan sambil kerja di pangsapuri yang diuruskan syarikat milik kerajaan negeri itu antaranya program latihan sebagai juruteknik paip, juruteknik elektrik dan ‘Chargeman’ untuk kerja menyelenggara serta membaiki lif.

MB sateMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata latihan itu adalah sebahagian daripada program pembangunan desa dan bandar yang dilancarkan kerajaan negeri pada hujung tahun lalu dengan peruntukan RM50 juta.

“Kerajaan negeri bercadang tiga atau empat juruteknik yang akan menolong menyelenggara pangsapuri terdiri daripada mereka yang dilatih sebagai jurupaip, juruelektrik dan ‘chargeman’ untuk selenggara lift.

“Kita berikan latihan selama enam bulan di kolej dan kemudian dihantar ke pangsapuri untuk menjalani latihan sambil kerja. Ada banyak kolej yang sedia menawarkan tempat untuk peserta ini seperti Kolej Antarabangsa Inpens (Industri Pendidikan Negeri Selangor),” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas merasmikan Perhimpunan Perdana Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Anugerah Komuniti Bestari ‘K-Star’ Pangsapuri Selangor 2013, di sini, semalam.

Pangsapuri Ceria 01Sebelum itu, Abdul Khalid mengingatkan tanggungjawab pihak pengurusan yang bukan sahaja mengutip yuran penyelengaraan tetapi harus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penduduk pangsapuri masing-masing ketika merasmikan majlis yang dihadiri kira-kira 200 hadirin terdiri daripada jawatankuasa pengurusan JMB dan MC pangsapuri di Selangor.

Dalam majlis penyampaian anugerah itu, Pangsapuri Tun Teja, Rawang dipilih sebagai pemenang pertama bagi kategori ‘K-Star’ dan diikuti pemenang bersama tempat kedua, Pangsapuri Anggerik dan Pangsapuri Nusa Kurnia.

Sementara itu, Pangsapuri Pendamar, Klang dipilih pemenang bagi kategori ceria dan diikuti Pangsapuri Kenanga, Kajang di tempat kedua, manakala Pangsapuri Sri Melewar pula dipilih sebagai pemenang anugerah khas juri ‘K-Star’.

-NFN-

Categories
WANITA & KEBAJIKAN

Perkahwinan mahal vs perkahwinan ‘lambak’

Oleh Lizawati Madfa
Gambar Remy Arifin

RAMAI anak-anak muda yang mahu mendirikan rumah tangga tetapi tidak berkemampuan dari segi kewangan, lebih-lebih lagi ketika kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini.

Mana tidaknya, kos menjayakan sesuatu majlis bukan murah, sekurang-kurangnya RM20,000 perlu ada dalam tangan terutama bagi yang tinggal di bandar.

Bagi yang berselera tinggi pula, silap-silap terpaksa membuat pinjaman bank demi merealisasi sebuah perkahwinan impian.

Ada pula pasangan yang sekadar mahu majlis pernikahan ala kadar tetapi terpaksa melayan karenah dan kehendak ibu bapa.

“Saya dan kekasih memang memilih untuk bernikah sahaja disusuli kenduri kesyukuran sikit, tetapi ibu bapa pula mahu majlis perkahwinan besar-besaran.

“Mereka malu jika jiran serta saudara mara bertanya serta takut orang lain salah anggap kami sudah terlanjur,” luah seorang remaja yang enggan namanya didedah.

15

Itulah antara masalah yang kedengaran dalam tinjauan Selangor Kini di Majlis Perkahwinan Perdana Belia Selangor di perkarangan Stadium Shah Alam, bulan lalu.

Dalam majlis yang disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu, seramai 45 pasangan pengantin dirai dengan lima daripada mereka diijab kabul di pentas.

“Untuk menyertai majlis inipun, saya dan kekasih tidak dibenarkan
keluarga kerana malu jika orang beranggapan kami tidak berkemampuan hingga terpaksa nikah secara ‘berlambak’.

“Sebenarnya kami ada wang simpanan tetapi rasanya tidak mencukupi untuk menganjurkan majlis sepertimana keinginan keluarga.

“Tidak pula tahu bila betul-betul berkemampuan kerana saya hanya
juruteknik kilang elektronik sementara kekasih pula pembantu jurujual sebuah pusat membeli belah,” kata seorang mempelai berusia 26 tahun.

10

Masalah sedemikian bukan dihadapi pasangan itu sahaja tetapi ramai lagi yang terbeban dan tertekan untuk mendirikan masjid.

Seharusnya setiap orang bersikap lebih terbuka selaras dengan ajaran Islam yang menganjurkan saranan supaya tidak bermewah-mewah dalam melangsungkan perkahwinan.

Ada hadis sahih menyebut: “Wanita yang paling banyak mendapat
kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.”

11Jelas,  perkahwinan harus dirai secara sederhana, bukan sahaja lebih
mudah, kos rendah, malah mendapat keredhaan-Nya.

“Dahulu, majlis perkahwinan saya dan bekas suami dirai meriah dengan hampir RM70, 000 dihabiskan, kononnya sekali seumur hidup.

“Terus terang, sejurus selesai kami termenung mengenangkan duit terbang dalam masa begitu singkat. Malah, terpaksa pula bersusah payah kumpul wang semula untuk kehidupan lepas berkahwin.

“Lebih malang lagi, perkahwinan mahal itu berakhir dengan talak satu selepas setahun kami bersama,” kata seorang pengunjung, Sarimah Adnan.

Beliau menasihati orang ramai untuk tidak menjejaki langkahnya,
sebaliknya menganjurkan majlis perkahwinan sederhana dan menggunakan wang simpanan untuk masa hadapan.

“Ataupun boleh sahaja menyertai majlis anjuran Kerajaan Selangor kerana yang penting akad nikahnya.

“Kalau perlu, boleh adakan kenduri kecil-kecilan di rumah untuk sahabat dan sanak saudara. Cara ini rasanya lebih baik.

“Tidak perlu fikir pandangan orang kerana percayalah – walau beratus ribu habis pun orang akan tetap mencari kesalahan dan kekurangan untuk mengata,” katanya yang berasal daripada Johor.

9

Ketika Majlis Perkahwinan Perdana Belia Selangor berakhir tetapi masih diperkatakan,  berlangsung perkahwinan antara artis, Rozita Che Wan dengan pasangannya, juga seorang artis, Zain Saidin dengan tajaan mencecah RM13 juta.

Bayangkan, tajaan sebanyak itu digunakan majlis akad nikah belia yang mahu mendirikan rumah tangga, mungkin beribu-ribu pasangan dapat disatukan secara sah.

“Alangkah bagusnya jika tajaan itu digunakan bagi menganjurkan
program seperti anjuran Kerajaan Selangor kerana kami belia sangat mengalu-alukannya.

“Ini dapat mengurangkan kadar masalah sosial dan pergaulan bebas di kalangan muda-mudi,” kata Hakeemullah Ismail 23, dari Meru, Klang.

Beliau dan pasangannya, Nurul Izzari Anuar antara lima pasangan yang dinikah dalam Majlis Perkahwinan Perdana Belia yang turut menyediakan insentif RM500.

Namun, bukan mudah mengubah mentaliti masyarakat yang galak menjadikan proses perkahwinan sebegitu rumit sedangkan dalam Islam, perkahwinan mudah dan langsung tidak membebankan.

Selain kepuasan diri, sebahagian masyarakat juga sibuk mengejar puji-pujian tetamu hingga terlupa, sesungguhnya hati manusia tidak pernah puas.

Untuk apa berkejar-kejaran mendapatkan redha manusia sedangkan redha Allah itulah yang paling utama.

* Lizawati Madfa ialah wartawan Selangor Kini

Selangor anjur program latih belia baik pulih kapal terbang – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 14102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Bersempena sambutan Aidiladha pada masa akan datang,beberapa bentuk sumbangan sedang dipertimbang Kerajaan Selangor bagi membantu masyarakat Islam yang memerlukan.

2. Kerajaan Negeri akan menganjurkan program latihan penyelengaraan dan baik pulih peralatan mekanikal kapal terbang kepada golongan belia di luar bandar.

3. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memantau peningkatan wabak denggi yang semakin meningkat di Selangor.