Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Rombongan Johor lihat best practises Smart Selangor Command Centre

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 FEB: Rombongan Angkatan Pertahanan Awam Johor dan SUK Johor ke Smart Selangor Command Centre (SSCC) memberi peluang pihak terbabit melihat sendiri ‘best practises’ di dalam pengurusan bencana yang diamalkan Selangor.

Rombongan itu disambut Ketua Penolong Setiausaha, Unit Pengurusan Bencana (UPB) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof.

Ahmad Fairuz menyifatkan lawatan itu penting bagi membincangkan sebarang kolaborasi atau kerjasama yang boleh dijalin untuk menyelaraskan pentadbiran berkenaan pengurusan bencana.

“Lawatan ini juga bertujuan untuk mengenali dengan lebih lanjut operasi dan mempelajari kaedah pengurusan bencana, di pusat itu.

“SSCC digunakan khususnya SSDU untuk memantau dan mengumpul data Bas Smart Selangor, pengurusan sisa pejal, laporan lubang jalan, WiFi Smart Selangor dan beberapa inisiatif lain,” katanya.

Selain memberi penerangan berhubung Smart Disaster Management iaitu salah satu daripada 12 domain Smart Selangor, Ahmad Fairuz juga sempat memberi penerangan berhubung inisiatif Smart Selangor yang bakal dilaksanakan pada tahun ini antaranya e-wallet dan smart parking.

SSCC yang beroperasi sejak Ogos tahun lalu digunakan UPB untuk memantau data seperti aras sungai, radar cuaca seperti banjir, banjir kilat, kebakaran berskala besar dan indeks kualiti udara, di seluruh Selangor.

“Melalui pemantauan data ini, UPB dapat memberi amaran banjir sebelum sungai melimpah serta membuat pelan tindakan monsun timur laut.

“Sebahagian operasi UPB juga membabitkan penggunaan drone yang digunakan untuk memudahkan operasi pemantauan Unit Pengurusan Bencana di SSCC melalui ‘live feed’ rakaman yang diambil contohnya dalam usaha pencarian dan penyelamatan mangsa lemas, di Paya Jaras, baru-baru ini,” katanya.

Categories
SELANGOR

Lebih 100 rumah rosak di Bukit Jelutong akibat ribut

SHAH ALAM, 30 SEPT: Lebih 100 rumah rosak dengan atap genting diterbangkan serta beberapa kereta turut dihempap pokok tumbang berikutan kejadian ribut kuat yang melanda sekitar bandar raya ini Isnin petang.

bk4Laluan masuk ke kawasan perumahan yang terletak di Jalan Arca, Bukit Jelutong TimurĀ terpaksa ditutup sementara waktu untuk operasi pembersihan apabila pokok-pokok di tepi jalan tumbang sehingga menutup laluan.

Seorang pengawal keselamatan dari sekitar kawasan perumahan itu yang enggan mahu dikenali ketika ditemui pemberita berkata kejadian ribut disedari berlaku kira-kira pukul 2.10 petang ketika beliau berada di pos pengawal.

bk5“Hujan lebat terbentuk seperti satu puting beliung yang datang dari arah tepi pos pengawal sebelum bergerak ke kawasan perumahan itu dan menyebabkan atap genting tercabut dan pokok tumbang,” katanya.

Menurut seorang pemilik rumah dari Bukit Jelutong Muhammad Farid Abgani, 40, rumahnya dibanjiri air selepas atap genting tercabut ekoran ribut tersebut.

seksyenU2 ttdi“Pokok di depan rumah saya tumbang, tetapi bernasib baik ia tumbang ke arah jalan raya dan bukan ke arah rumah saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penolong Pengarah Bomba (Operasi) Selangor, Mohd Sani Harul berkata sebanyak 15 anggota dari Balai Bomba Shah Alam dan Sungai Buloh dihantar ke enam lokasi berbeza di sekitar Persiaran Tebar Layar akibat pokok tumbang dan menghalang laluan.

bk6Katanya, sebuah kereta jenis Proton Wira dinaiki dua orang turut dihempap pokok, namun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba.

bukitjelutong1-seksyen U8Majlis Bandaraya Shah Alam pula dalam satu kenyataan berkata ia telah menghantar unit pasukan pantas mereka ke lokasi pokok tumbang termasuk di Seksyen U8, Seksyen U2, Seksyen 8 dan Seksyen 9. – BERNAMA

HM