JURNAL BERITA: Najib tambah cabutan khas judi untuk jana hasil negara?

1- Hannah : KDN perlu beri peluang koperasi tubuh syarikat keselamatan

2- Daroyah nafi wujud 80 pusat judi internet di Sementa menubuhkan syarikat pengawal keselamatan

3- DAP selar tindakan kerajaan pusat lulus 22 permit cabutan khas 4D

4- GERAMM sedia disiasat kerana anjur perhimpunan

5- ‘Profesor kangkung’ dijangkiti ‘sindrom bebalisme’ putar belit sejarah negara

6- Anwar: Harussani cela himpunan, diam saat rakyat ditindas

7- Mahkamah Rayuan putus Bersih 3.0 tidak haram

8- PKR Selangor: Hati-hati buat kenyataan isu ‘Allah’ elak dieksplotasi

9- FOMCA: Kawal orang tengah, elak harga ikan naik

10-Perbalahan agama perlu selesai cara ilmiah

11-SPRM dicabar dedah peruntukan yang perlu diperbaiki di Parlimen

Categories
NASIONAL

Mahkamah Rayuan putus Bersih 3.0 tidak haram

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 6 JAN: Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Linton Albert, hari ini sebulat suara memutuskan arahan yang dikeluarkan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ) cacat kerana tidak menepati perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Keputusan itu memberikan kesan kepada pendakwaan terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin di Mahkamah Tinggi sebelum ini dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram.

azmin-pc-DNS-01Mohamed Azmin berkata, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, peguam yang mewakili ketiga-tiga tertuduh akan mengemukakan permohonan bahawa pendakwaan yang dikenakan terhadap kmereka sebelum ini terbatal dengan sendirinya di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

“Ini keputusan penting kerana ia memberi kesan terhadap pendakwaan saya, Datuk Seri Anwar dan Badrul Hisham, yang mana pertuduhan itu juga dikeluarkan Majistret berkenaan.

“Jadi, dengan keputusan mahkamah rayuan hari ini membuktikan perintah Majistret itu salah. Peguam akan kembali semula ke Mahkamah Tinggi untuk memohon semua pertuduhan ke atas kami itu dengan sendirinya terbatal,” kata Azmin ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Azmin berkata, Hakim Mahkamah Rayuan turut menegur polis kerana membuat permohonan menghalang perhimpunan pada saat akhir sehingga tidak memberi peluang kepada penganjur untuk mempertahankan diri.

anwar-gst“Keduanya, sebelum polis membuat permohonan, mereka perlu beri jaminan kepada mahkamah bahawa perhimpunan itu boleh mencetuskan suasana tidak tenteram tetapi mereka gagal kemukakan.

“Majistret juga dalam penghujahan peguam bela gagal melihat perkara ini secara perundangan tetapi hanya berdasarkan spekulasi bahawa kononnya akan wujud kekacauan atau huru-hara,” katanya.

Katanya, polis juga disaran supaya mengambil pengajaran dengan menghormati serta mematuhi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak untuk rakyat berhimpun secara aman.

“Keputusan undang-undang tidak boleh dibuat berdasarkan spekulasi tetapi mesti mengikut Perlembagaan Persekutan dan undang-undang yang ada.

“Apa yang berlaku harus menjadi pengajaran kepada polis supaya menghormati perlembagaan dan sedar perhimpunan adalah dibenarkan serta dijamin dalam perlembagaan, selain tidak berdasarkan spekulasi bagi kepentingan parti pemerintah,” katanya.

Sebelum ini, Azmin dan Badrul Hisham memfailkan rayuan untuk mengetepikan pendakwaan terhadap mereka di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 atas alasan arahan Zaki mengharamkan perhimpunan itu sebagai bertentangan dengan PPA.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

PKNS diminta ambil tindakan atasi masalah sistem pepejal – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 18102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diminta mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah sistem pepejal yang dihadapi penduduk Pangsapuri PKNS di PJS 6, Petaling Jaya.

2. Pakatan Rakyat menggesa Kerajaan Pusat menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun hadapan bagi memperbaiki matlamat asal program itu.

3. Kerajaan tidak menyebut tentang perhimpunan BERSIH 3.0 atau serangan ke atas wartawan yang berlaku semasa perhimpunan itu dalam laporan hak asasinya kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (HRC) lapor portal Malaysiakini.

Categories
NASIONAL

Kepada Polis dan Tentera : Ingkar Perintah Zalim, Selamatkan Negara

PUCHONG 22 AUG : Menjelang musim Hari Raya sebuah risalah khas untuk anggota polis dan tentera negara telah diterbitkan dengan pesanan supaya mereka berpihak pada rakyat, menolak arahan zalim dan menuntuk hak mengundi mcreka.

Risalah yang bertajuk ?Pesanan Tulus Ikhlas Kepada Anggota Keselamatan Negara? itu diterbitkan oleh gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU).

Ia merupakan antara dua risalah dan beberapa pelekat yang dicetak dengan harapan ia diedarkan di kawasan-kawasan luar bandar oleh penyokong mereka semasa musim balik kampung ini.

Risalah kepada anggota tentera dan polis itu dilihat sebagai usaha merapatkan jurang pemahaman antara aktivis demokrasi dan anggota keselamatan yang sering dituduh diperalatkan oleh pentadbiran Umno-BN untuk menekan masyarakat sivil.

Risalah satu muka surat itu memuatkan gambar-gambar dari peristiwa kebangkitan rakyat Mesir menentang rejim bekas presiden Hosni Mubarak pada awal 2011.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan anggota tentera Mesir yang ingkar arahan dari orang atasan untuk menembak rakyat Mesir yang sedang berdemonstrasi menentang rejim Mubarak.

Situasi itu dibandingkan dengan anggota polis Malaysia yang bertugas semasa himpunan Bersih 2.0 pada July 2011 dan Bersih 3.0 pada April lepas.

Renungan terhadap perbandingan itu dikuatkan dengan potongan Ayat 75 Surah An-Nisaa’ dari Al-Quran.

Ayat itu menyebut :

?Dan apakah menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah SWT (untuk menegakkan Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari golongan lelaki, perempuan dan kanak-kanak; iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata : Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang pendudukkannya zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami dari (ancaman musuh).?

Risalah itu berakhir dengan empat seruan kepada anggota keselamatan agar:

1) menyokong usaha untuk menegakkan keadilan dan ?menolong untuk memperbaiki keadaan semasa?.

2) membantah pemalsuan undi pos mereka.

3) mengingati rakyat apabila mereka dikerahkan di dalam kekecohan yang bakal berlaku jika Umno-BN ditumbangkan dalam pilihanraya ke-13.

4) mengingkari arahan yang menzalimi rakyat.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Ugutan MTPKL: JK BERSIH 3.0 Bersidang Malam Ini

SHAH ALAM 13 OGOS : Jawatankuasa Bersih akan membincangkan ugutan Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH.

Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk A Samad Said ketika dihubungi TVSelangor memberitahu satu mesyuarat akan diadakan malam ini.

“Asalnya kita hanya menganjurkan majlis berbuka puasa namun apabila perkara ini dibesar-besarkan maka kita akan berbincang lanjut mengenainya.

“Selepas perbincangan tersebut, saya yakin kita akan mencapai kata putus mengenai tindakan selanjutnya berhubung ugutan tersebut,” jelas beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad.

Tambahnya, sebarang keputusan yang dicapai akan diumumkan oleh Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga kelak.

Sebelum ini, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengumumkan akan menganjurkan ?Himpunan Janji BERSIH? sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada tahun ini.

MTPKL bagaimanapun meminta gabungan NGO pimpinan Sasterawan Negara itu untuk menimbang semula cadangan mengadakan perhimpunan tersebut bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Beri Pampasan Seumur Hidup Mangsa Keganasan Polis Di Perhimpunan Bersih

SHAH ALAM 26 JULAI :  Kerajaan digesa agar memberi pampasan seumur hidup kepada  seorang jurutera mekanikal, Asrul Wadi Ahmad,27, sebagai token kebertanggungjawaban dan penyesalan di atas insiden kekejaman polis pada perhimpunan aman Bersih 3.0,tegas Lim Kit Siang.

Kit Siang merupakan Ketua Parlimen DAP berkata, Asrul ditembak dengan kanister gas pemedih mata pada 28 April yang telah mengakibatkan Asrul “buta” dalam diagnosis klinikalnya dan tidak boleh diambil bekerja.

Asrul, dalam keterangannya dalam siasatan SUHAKAM berhubung dengan keganasan dalam perhimpunan Bersih, telah berkongsi kisah dan pengalaman beliau yang menyayat hati apabila terkena tembakan kanister gas pemedih mata semasadalam perhimpunan aman Bersih 3.0.

Sebelum insiden tersebut, penglihatan Asrul sempurna 20/20 tetapi kini tahap penglihatan dalam mata kanannya hanyalah 15 peratus.

Akibatnya, beliau mungkin tidak boleh diambil bekerja sebagai jurutera mekanikal walaupun mendapat ijazah dalam kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Tun Hussein Onn dalam bulan Februari.

“Asrul telah berunding dengan dua hospital swasta serta tiga hospital kerajaan dan malangnya telah diberitahu bahawa kecederaan yang dialami pada mata kanannya agak teruk dan penglihatannya tidak dapat dipulihkan semula dengan menggunakan prosedur perubatan,” kata Kit Siang dalam kenyataan medianya.

Menurut beliau ,sekiranya kerajaan tidak bersedia untuk mengambil inisiatif untuk memberi pampasan kepada Asrul, satu kempen di seluruh negara akan dilancarkan

“Ia untuk menuntut Hishammuddin dan kerajaan bertanggungjawab di atas kecederaan kepada mata Asrul dan untuk bertanggungjawab memberi pampasan seumur hidup kepada Asrul,” katanya.

Categories
NASIONAL

Kerajaan Tak Laksana Pilihan Raya Bersih, Dorong Rakyat Turun Berdemonstrasi

SHAH ALAM, 20 JUN: Keluhan yang tidak ditangani dengan serius akhirnya mendorong rakyat turun ke jalan raya bagi melahirkan bantahan mereka terhadap kerajaan dan pengendali pilihan raya di negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata keputusan untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu dibuat apabila suara rakyat tidak dipedulikan oleh kerajaan Umno-BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Umno-BN menolak lapan cadangan yang dibawa pegerakan BERSIH 3.0 bagi penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini.

“Selama 54 tahun kita mintak satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi kita tak capai lagi.

“Dalam forum, dalam seminar, dalam perbincangan yang subur, dalam jawatankuasa terpilih, PAC (jawatankuasa kira-kira am) dan macam-macam lagi.

?Kita dah mintak secara lembut akan lapan tuntutan kita.

“Jadi sekali-sekali eloklah kita adakan protes jalanan yang sihat. Suara rakyat haruslah didengari,” ujar Salahuddin dalam Debat Sinar yang di adakan di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini malam tadi.

Debat yang bertajuk ‘Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi’ di antara Salahuddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Ia dipengerusikan pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Debat itu dihadiri kira-kira 400 penyokong kedua-dua pihak, dan disiarkan secara langsung menerusi saluran TVSelangor, MobTV dan Astro Awani.

Salahuddin menambah kerajaan yang takut menghadapi demontrasi adalah kerajaan yang tidak memiliki sistem demokrasi yang kukuh, tadbir urus yang baik dan korup.

“Seperti di Amerika Syarikat, sistem mereka telah kukuh, ‘good gonernance’, ‘seperation of power’ wujud.

?Tidak korup menyebabkan kerajaan mereka tidak jatuh disebabkan demontrasi walaupun sejuta yang turun di jalan raya,” kata beliau.

Salahuddin turut mempertikaikan tindakan kerajaan mengketepikan hak rakyat negara ini untuk berhimpun, berpersatuan, berhimpun seperti yang termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Negara.

“Datuk Saifuddin menyebut hak perlu dihormati, tetapi perlu diingat dalam falsafah undang-undang, ?the small print? tak boleh lawan ?the big print?.

?Tetapi di negara ini the ?small print?, perintah Majistreet yang arah kepong satu tempat takkanlah boleh melawan artikel 10,” ujarnya lagi.

Salahuddin turut menyanggah dakwaan Saifuddin bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan ruang secukupnya kepada semua rakyat untuk mengamalkan sistem demokrasi yang berwibawa.

“Kita sedang menuju sebuah negara demokrasi yang falsafahnya mungkin autokrasi ataupun ‘partial’ demokrasi.

“Saya cakap begitu kalau kita diberi cukup ruang taklah perlu kita buat demontrasi.

“Kalau kita diberi cukup ruang taklah perlu saya dan YB Datuk Saifuddin kena tunggu sampai jam 1.00 petang untuk mendapat kelulusan untuk siaran langsung disiarkan malam ini.

“Bagi negara yang menolak demokrasi atau cuba-cuba untuk berpura-pura dengan demokrasi atau cuba menyembunyikan keadilan dalam demokrasi, demontrasi jalanan akan melahirkan demokrasi,” beritahu Salahuddin.

Categories
NASIONAL

BERSIH 3.0: TERAS Gesa KDN Dan PDRM Bertanggungjawab

SHAH ALAM, 11 MEI : Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa segera bertanggungjawab terhadap keganasan pihak polis mengawal Himpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu yang dihadiri lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum.

Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Azmi Hamid berkata, tindakan pihak polis menggunakan kekerasan melampau kepada peserta himpunan Bersih 3.0 adalah sebagai suatu tindakan tidak bermoral dan di luar tamadun kemanusiaan.

“Saya minta KDN dan PDRM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keganasan dilakukan oleh polis sewaktu himpunan Bersih lalu,” katanya ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Katanya, pihak polis mengambil jalan mudah dengan melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air kimia kepada peserta Bersih 3.0 yang juga dihadiri oleh warga tua dan wanita.

“TERAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak polis ke atas orang awam termasuk petugas media dan ternyata mereka gagal mengawal keadaan himpunan yang berlangsung secara aman pada mulanya.

” Himpunan BERSIH 3.0 adalah himpunan aman yang sengaja dicemari bagi menghalalkan penangkapan dan meletakkan segala kesalahan kepada rakyat dan bukan kepada pihak polis,” jelasnya.

Sabtu lalu, keadaan himpunan BERSIH 3.0 terkawal sehingga dicemari provokasi pihak polis berpakaian biasa serta insiden ganas pihak polis memukul petugas media dan orang awam.

Walaupun media milik kerajaan cuba menyalahkan orang ramai namun pelbagai saluran media alternatif serta internet turut memaparkan pelbagai keganasan yang dilakukan pihak polis.

Selain itu, TERAS mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) meletakkan jawatan kerana matlamat yang dibawa Bersih 3.0 gagal diambil tindakan sewajarnya oleh SPR.

“Mereka ini adalah orang yang diberi amanah untuk memastikan perjalanan pilihanraya berlaku secara adil dan bersih namun tidak mustahil SPR gagal berfungsi membersih daftar pemilih disebabkan mereka ini adalah ahli Umno sebagaimana didedahkan sebelum ini.

“TERAS juga menggesa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan kerana terbukti jahil berkaitan isu senarai nama pengundi yang meragukan Ssehingga menyebabkan rakyat terpaksa berhimpun memprotes sebagaimana himpunan BERSIH lalu,” katanya lagi.

Categories
NASIONAL

Tangguh Tayang Video BERSIH 3.0 Bukti KDN Hilang Punca

SHAH ALAM, 8 JUN : Kegagalan Kementerian Dalam Negeri(KDN) menyiarkan kompilasi video kononnya berlaku keganasan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 membuktikan KDN ada menyembunyikan sesuatu daripada masyarakat.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan yang menyifatkan usaha penyiaran video itu semakin tidak relevan kerana dua bulan kejadian itu berlalu.

Katanya, video itu mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan dan berkemungkinan terdapat unsur-unsur suntingan untuk meletakkan kesalahan di sebelah pihak sahaja.

“Lebih malang apabila desakan SAMM sebelum ini berkenaan rusuhan polis langsung tidak diberi perhatian seolah-olah aksi memukul demonstran itu adalah ‘SOP’ yang betul.

“Rakyat menunggu dengan sabar apakah klip keganasan polis akan dimuatkan dalam siaran tersebut ataupun tidak. Namun sehingga hari ini ‘suntingan’ masih tidak siap dan ia jelas membuktikan KDN hilang punca,” katanya.

Berbanding KDN, katanya, SAMM lebih komited memberi gambaran sebenar terhadap insiden yang berlaku semasa BERSIH 3.0 apabila hanya mengambil masa seminggu untuk menerbitkan dokumentari berdurasi 49 minit.

Jelasnya, dokumentari yang dihasilkan dalam bentuk DVD itu lengkap merangkumi peristiwa BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0, selain memberi fokus kepada tuntutan perhimpunan itu.

Beliau berkata, dokumentari bertajuk “Merdeka Rakyat” itu akan menjelaskan segala punca sehingga lahirnya perjuangan BERSIH sejak kali pertama ia dilancarkan pada 2006 sehingga 28 April 2012.

Tambahnya, tayangan video itu akan disiarkan pada malam Pidato Perdana Merdeka Rakyat peringkat Kelantan di Ketereh hari ini.

“Adalah menjadi peranan anak muda SAMM untuk berdepan dan memintas propaganda penuh helah oleh regim yang zalim. Selain itu, semua pihak juga perlu saling menyebarkan maklumat bagi mengambus penipuan,” ujarnya.

Categories
NASIONAL

LKS: Batal Panel Hanif, Beri SUHAKAM Siasat BERSIH

SHAH ALAM 29 MEI : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam) perlu diberikan sokongan penuh untuk menyiasat aksi keganasan semasa perhimpunan aman BERSIH 3.0 28 April lalu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berpendapat Suhakam lebih layak berbanding ‘Panel Penyiasatan Bebas’ yang dikepalai Tun Hanif Omar.

Katanya, panel penyiasat ini seharusnya bebas dari tangan-tangan yang tidak sepatutnya apalagi sebelum ini bekas Ketua Polis Negara itu dilihat keras mengutuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil itu.

“Panel tersebut perlu dibatalkan. Dalam tempoh sebulan yang lalu, kerajaan giat melancarkan kempen fitnah untuk mencerca Bersih 3.0 dan Pakatan Rakyat pula dikaitkan secara meluas dan langsung dalam kempen fitnah ini.

“Hanif pula bertindak memegang ?watak utama? dalam kempen fitnah ini dari awal lagi dengan sokongan membuta tuli terhadap dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Malah, lebih hina apabila Hanif berkata yang beliau dapat mengenalpasti individu-individu pro-komunis di Bersih 3.0 dan mendakwa kanak-kanak digunakan dalam Perhimpunan Bersih 3.0 sebagai ?taktik komunis?.

Dengan dakwaan liar yang dikeluarkan Hanif sebelum ini, Kit Siang mempersoalkan integriti Hanif dilantik sebagai pengerusi panel penyiasatan tersebut.

“Jika Hanif tidak mahu menarik balik kenyataan prasangka mengenai Bersih 3.0, beliau perlu menjadi ?saksi utama? dihadapan mana-mana penyiasatan Bersih dan bukan mempengerusikan panel tersebut.

“Jika tiada bukti yang didapati selepas penyiasatan dijalankan, adakah beliau bersedia untuk mengumumkan secara terbuka yang kedua-kedua Perdana Menteri dan diri beliau mengaku salah dalam dakwaan yang perhimpunan tersebut adalah satu percubaan pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan?” soal Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Sehubungan itu, Kit Siang berpendapat, Najib selaku Perdana Menteri seharusnya bertindak dengan lebih tegas dalam menuntut penyiasatan yang saksama dan komprehensif berhubung keganasan Bersih 3.0.

“Kerajaan harus membatalkan sahaja panel Hanif dan seterusnya memberi sokongan padu terhadap penyiasatan Suhakam dalam Bersih 3.0,” tegas Kit Siang lagi.

Sebelum ini, kerajaan menubuhkan panel penyiasatan bebas yang dipengerusikan oleh Hanif untuk menjalankan penyiasatan terhadap keganasan Bersih 3.0 walaupun tiada kredibiliti, sokongan, keyakinan dan kepercayaan orang awam.

Arab Saudi Naiktaraf Kediaman Sebab Jemaah Haji Dikurang

SHAH ALAM, 26 MEI: Kerajaan Arab Saudi dijangka terpaksa mengurangkan jemaah haji dari Malaysia dan negara-negara lain disebabkan kerja menaiktaraf kediaman jemaah dan tiada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 3.0 yang turut diadakan di negara itu.

Demikian menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik ketika dihubungi TVS hari ini.

“Memang begitulah, maklumat yang kita perolehi, akhbar-akhbar di Arab Saudi tak keluar kenyataan sebagaimana yang dinyatakan oleh akhbar arus perdana Malaysia.

“Cuma pengurangan itu memang ada berlaku tetapi disebabkan penempatan lama seperti pangsapuri diruntuhkan, yang baru belum bina lagi.

“Jadi jumlah kouta haji dari Malaysia dan juga negara-negara lain terpaksa dikurangkan, jelas bukan kesan BERSIH 3.0,” katanya lagi.

Mokhtar turut menghubungi beberapa rakan beliau yang terdiri dari pelajar dan individu warganegara Malaysia yang tinggal di sana.

“Pelajar kita di sana pun ada hubungi beberapa pihak di sana, tetapi kata pihak berkuasa di sana, mereka cuma abaikan, tak ada apa-apa bagi dia,” katanya lagi.

Mokhtar turut memberitahu TVS, akhbar-akhbar di sana melaporkan Kerajaan Arab Saudi akan mengurangkan kouta jemaah haji dari negara-negara luar disebabkan kediaman yang sedia ada agak terhad pada masa ini.

Selain itu, Mokhtar Senik turut memberitahu bahawa tiada mana-mana rakyat Malaysia yang menetap di sana menjadi buruan pihak polis Arab Saudi kerana menyertai perhimpunan yang diadakan di Madinah, Arab Saudi.

“Kita berharap kerajaan Malaysia bercakap benar, jangan cuba mengambi kesempatan dengan pengurangan kouta haji itu dengan menghempapkan semuanya di atas BERSIH 3.0.

“Kita mahu masyarakat umum mendapat maklumat yang benar,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini beberapa media arus perdana dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendakwa bahawa kouta jemaah haji Malaysia akan dikurangkan gara-gara tindakan sekumpulan pelajar dan pekerja dari Malaysia mengadakan perhimpunan aman BERSIH 3.0. di Mekah dan Madinah.

Categories
NASIONAL

Buli Ambiga Tindakan Pengecut

SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan sesetengah pihak yang terus-menerus melakukan huru-hara di hadapan rumah Datuk S Ambiga dilihat sebagai tindakan pengecut, kata Dr Yaakob Sapari.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan yang mendakwa penjaja/peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman bahawa mereka mengalami kerugian akibat himpunan ‘Duduk dan Bantah’ BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Bagi Dr Yaakob, beliau yang tuut hadir bersama-sama 250,000 orang berhimpun di Kuala Lumpur baru-baru ini, menganggap perhimpunan ini sebagai satu peluang yang besar kepada para peniaga bagi memperolehi pendapatan jauh lebih besar.

“Jika 250,000 orang ini membelanjakan RM10 seorang, bermakna peniaga bakal memperoleh RM 2.5 juta.

?Saya lihat bahawa orang ramai bersesak- sesak mahu masuk ke restoran-restoran yang dibuka pada hari itu. Malah, saya hendak membeli roti dan air kotak pun semuanya habis,? ujar Dr Yaakob yang juga Exco negeri yang bertanggungjawab terhadap usahawan di Selangor.

Beliau turut menyatakan bahawa di negara-negara maju, perhimpunan aman juga diadakan, tetapi kedai-kedai khususnya kedai makan di sana tidak tutup sebagaimana di Malaysia.

Justeru, para peniaga seharusnya bersikap positif bilamana pelanggan ramai. Dalam dunia ekonomi, ramai pelanggan bermakna banyak keuntungan.

Kumpulan anti-BERSIH yang dikepalai Datuk Jamal Md Yunus juga yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 hari ini tetapi membatalkan hasrat selepas tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.