Acara malam ini dijangka lebih ramai ditambah pula dengan sambutan ambang Merdeka.
Acara malam ini dijangka lebih ramai ditambah pula dengan sambutan ambang Merdeka.
Dataran Merdeka kini didominasi dengan ucapan pemimpin masyarakat dan NGO yang bersilih ganti. Adakah ia akan mencapai kemuncaknya pada malam detik Kemerdekaan malam nanti ? Sama-sama kita saksikan | 30/8/2015
Peserta tidak putus putus datang dari segenap negara dari awal pagi lagi.
Seorang peserta himpunan aman Bersih 4 tersentap apabila kehadiran orang melayu dipersoalkan | 30/8/2015
Pelbagai gelagat yang kadang kala diselangi dengan ucapan pimpinan yang hadir. Keriuhan yang bermula sekitar 11 pagi tadi akhirnya reda untuk seketika setelah malam kian menjelma.
Tanggungjawab yang berat tidak menghalang Dato’ Menteri Besar untuk sama berdemo menuntut reformasi pilihanraya dan ekonomi.
Suasana semasa di Dataran Maybank dan Pasar Seni ketika petang. Keadaan makin meriah dan pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat mula tiba.
Suasana meriah dengan kehadiran ribuan orang di Pasar Seni.
Suasana Dataran Maybank, Pasar Seni dan Kota Raya. Dataran Maybank orang ramai mula berkumpul, polis sudah mula diposisi mereka, namun keadaan masih terkawal. Sementara itu, PROHAM turut memantau keadaan. Restoran sekitar terus dipenuhi orang ramai.
Himpunan Bersih 4
29 hingga 30 Ogos 2015
Gabungan Pilihanraya Adil & Bersih tidak akan memasuki kawasan Dataran Merdeka sebaliknya hanya akan berhimpun mengelilingi padang simbolik itu, dan akan meleraikan tunjuk perasaan mereka sebelum detik 12 malam Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.
Oleh: AFIX REDZUAN
SUBANG JAYA, 26 OGOS: Beberapa Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menggayakan baju berwarna kuning dengan tulisan ‘BERSIH 4’ ketika menghadiri mesyuarat penuh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, hari ini.
Mereka masih mengenakan pakaian separuh rasmi seperti yang diperuntukkan dalam etika menghadiri mesyuarat walaupun hadir dengan gaya berkenaan.
Mesyuarat yang dipengerusikan Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan bermula sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung lancar.
Sejurus selesai mesyuarat pada jam 1.oo petang, 18 Ahli Majlis berkenaan merakamkan gambar kenangan dengan penuh keceriaan.
-NFN-