Categories
AGENDA NASIONAL SELANGOR SELANGOR

Unisel gerakkan 300 sukarelawan bantu bersih rumah mangsa banjir

SHAH ALAM, 21 DIS: Universiti Selangor (Unisel) hari ini menggerakkan seramai 300 orang sukarelawan bagi misi bantuan pasca banjir ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Pengarah komunikasi korporat Hasril Abu Hassan berkata misi diketuai Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman membantu membersih rumah mangsa banjir selain menyerahkan bantuan kewangan.

Katanya, misi bantuan tersebut menumpukan beberapa kawasan terjejas antaranya di Bestari Jaya, Sungai Kandis dan Padang Jawa.

“Buat masa ini Unisel kampus Bestari Jaya masih selamat dan tidak terjejas. Meskipun begitu, kesemua pelajar yang berada di dalam kampus telah diberikan pelbagai bantuan melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut menyalurkan bantuan Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin, Penggerak Belia Selangor (PeBS), Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa banjir di Bestari Jaya pada 21 Disember 2021. Foto Facebook Unisel

 

Sukarelawan misi bantuan pasca banjir yang digerakkan oleh Universiti Selangor (Unisel) membantu membersihkan rumah penduduk di Bestari Jaya pada 21 Disember 2021. Foto Facebook Universiti Selangor
Categories
AGENSI SELANGOR

Mayat wanita ditemukan di tepi Sungai Rambai

SHAH ALAM, 4 MEI: Polis menemukan mayat seorang wanita dipercayai rakyat tempatan di tepi Sungai Rambai, Bestari Jaya, Kuala Selangor, dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam kira-kira 7.30 petang dan mendapati mangsa yang belum diketahui identitinya telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan lanjut telah dijalankan di mana butir-butir peribadi mangsa tidak dapat dikenal pasti. Mangsa telah dijumpai terapung di tepi tebing Sungai Rambai, dalam kebun kelapa sawit lebih kurang satu kilometer dari Jalan Rawang, Bestari Jaya dalam keadaan terlentang.

“Hasil semakan awal mendapati, mangsa yang berpakaian baju kemeja maroon dan berseluar jean tetapi bajunya dalam keadaan hampir tercabut serta berada dalam keadaan separuh bogel. Tiada sebarang identiti ditemukan pada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan hasilnya mendapati, terdapat kesan kecederaan pada fizikal tubuh serta dipercayai meninggal dunia lebih 48 jam.

“Mana-mana pihak atau keluarga yang kehilangan ahli keluarga, boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor ASP Mohd Sufian Amin di talian 012-6149580 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

– BERNAMA

 

Categories
AGENSI SELANGOR

Insiden tanah mendap di Kuala Selangor, kampus Unisel selamat

SHAH ALAM, 19 JAN: Kampus utama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya dalam keadaan selamat selepas kejadian tanah mendap berhampiran lombong di Kuala Selangor pada Sabtu lalu.

Pengarah komunikasi korporat universiti berkata jarak kawasan kejadian dengan kampus utama sejauh kira-kira sembilan kilometer serta mengambil masa 30 minit perjalanan.

“Ini kerana ada beberapa laporan media tempatan yang mengaitkan kawasan kejadian mendapan tanah di Kampung Bestari Jaya berdekatan kampus utama Unisel di Bestari Jaya.

“Justeru, penjelasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang jarak sebenar lokasi kejadian,” kata Hasril Abu Hassan dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau pihak universiti berharap proses pemantauan di tapak kejadian oleh pihak berkuasa berjalan lancar dan semua pihak mengambil dapat ikhtibar.

Sabtu lalu, dilaporkan berlaku insiden tanah menggelongsor masuk ke tapak operasi lombong di mukim Hulu Tinggi, Kuala Selangor.

Jabatan Perhubungan Korporat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berkata pasukan khas ditubuhkan dan kini sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi menyiasat punca kejadian.

Categories
AGENSI SELANGOR

Tanah mendap di Bestari Jaya 67 pekerja dipindahkan

SHAH ALAM, 17 JAN: Seramai 67 pekerja daripada dua syarikat di Bestari Jaya dekat sini dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang selepas berlaku tanah mendap di sebuah kawasan lapang berhampiran premis berkenaan pada petang Jumaat lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.50 petang kelmarin itu, berlaku tanah mendap sedalam 10 meter (m) dengan berkeluasan 500m x 100m berhampiran Jalan PKPS di Kampung Bestari Jaya dekat sini.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 6.51 petang dan tujuh anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal, JBPM Selangor diberitahu bahawa terdapat seorang mangsa tertimbus akibat tanah mendap berkenaan, bagaimanapun selepas melakukan kiraan pekerja di dua premis berhampiran didapati tiada mangsa hilang atau tertimbus,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambah Hafisham pemeriksaan pihaknya mendapati masih berlaku runtuhan kecil dan mendapan dan turut dikesan satu rekahan sedalam 10 meter di kawasan tanah mendap berkenaan.

Kata Hafisham lagi oleh itu pihak JBPM Selangor dan pihak polis menasihati supaya operasi di dua premis itu diberhentikan sementara waktu dan para pekerja yang tinggal di asrama berhampiran lokasi tanah mendap dipindahkan ke PPS SK Rantau Panjang.

“JBPM Selangor menjalankan kerja sanitasi di sekolah berkenaan sebelum pekerja ladang ternak ayam itu dipindahkan,” katanya.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Hartalega sahkan 35 pekerja diuji positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Hartalega Holdings Bhd mengesahkan 35 pekerjanya positif Covid-19, 20 daripadanya ialah di kilang Bestari Jaya dan 15 di Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) di Sepang.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia menjelaskan pekerja yang terjejas sedang menerima rawatan perubatan di kemudahan kesihatan kerajaan, manakala semua kontak rapat dalam tempoh 14 hari terakhir dikenal pasti dan dikuarantin serta akan menjalani ujian selanjutnya sebelum dibenarkan kembali bekerja.

“Sehubungan dengan itu, beberapa talian pengeluaran dihentikan sementara, dengan kerugian kapasiti dianggarkan kurang 0.5 peratus daripada pengeluaran tahunan,” katanya.

Selain itu, menurut Hartalega pembasmian kuman secara menyeluruh di kawasan individu terlibat berada telah dilakukan oleh penyedia profesional pihak ketiga.

Kumpulan itu berkata ujian Covid-19 dilakukan ke atas seramai 8,772 kakitangan termasuk vendor luar seperti kakitangan keselamatan dan operator kantin pada 7 Disember dan selesai pada 10 Disember, selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara supaya semua pekerja asing menjalani ujian.

-BERNAMA

‘Saya tak suka nama Batang Berjuntai ditukar’ – Nazri Aziz

sinopsis: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan nama Bestari Jaya kurang sesuai, sebaliknya mengekal nama asal, Batang Berjuntai kerana ia warisan dan sejarah sesebuah kawasan.

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri tunai janji, 90 penduduk Bestari Jaya terima geran tanah

Oleh: NORHAYATI UMOR

BESTARI JAYA,5 MEI : Lebih 90 penduduk dari Kampung Pecah Batu, Kampung Permai dan Kampung Jaya menerima geran tanah yang disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis, di sini, semalam.

Penyerahan geran milikan tanah itu dilakukan selepas penduduk menerima Borang 5A, April tahun lalu dan berjaya membayar premium tanah yang hanya berharga RM1,000.

IMG_0495aPenerima, M Kupusamy, 80, dari Kampung Pecah Batu melahirkan rasa gembira selepas 40 tahun harapannya untuk memiliki tanah terbabit menjadi kenyataan.

“Saya sangat terharu. Sudah lama tunggu, memang sebelum ini saya tidak pernah memohon sebab tahu untuk mendapatkan tanah membabitkan harga yang mahal.

“Namun, saya berterima kasih kepada Menteri Besar kerana mempertimbangkan penurunan harga premium tanah dengan lebih rendah,” katanya.

Penerima lain, Khairiah Mistar, 50, berkata dia sangat terharu dengan keprihatinan Menteri Besar terhadap rakyat di negeri itu yang belum memiliki penempatan.

IMG_0516a“Saya sudah menunggu untuk tanah ini sejak 19 tahun lalu dan tidak menyangka Menteri Besar begitu ikhlas terhadap rakyatnya,” katanya.

Bagi, A Sithradabi, 32, keluarganya sangat gembira apabila tanah tradisi mereka kini menjadi hak milik kekal.

“Saya mewakili ayah saya, beliau sudah meninggal dunia. Saya pasti jika ayah masih ada, dia tentu gembira kerana sudah menunggu terlalu lama untuk tanah itu menjadi hak milik keluarga kami.

“Apa yang lebih mengembirakan adalah apabila seluruh kampung saya juga menerima geran tanah ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, pihaknya masih memberi peluang dengan pelbagai alternatif kepada penduduk yang masih belum berupaya memilik tanah kerana tidak mampu membayar premium RM1,000.

IMG_0443aBeliau berkata, pemberian geran tanah kepada peneroka asal itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri iaitu negeri maju, rakyat mesti mempunyai harta.

“Saya mahu serahkan tanah supaya tidak dipindah milik dan menjadi harta keluarga untuk diwarisi kepada anak dan cucu,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pertandingan wau tarik minat golongan muda dekati warisan

Oleh : LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 23 JAN: Penganjuran pertandingan wau diharap mampu menarik minat golongan muda untuk mendekati dan mempelajari seni warisan budaya berkenaan yang begitu popular di negeri sebelah pantai timur tanah air.

Penyelaras DUN Permatang, Yahya Sahri, berkata golongan muda berpeluang mempelajari teknik penyediaan dan pengendalian wau yang mungkin asing bagi masyarakat setempat dengan adanya pertandingan berkenaan.

yahya-shari-01Beliau berkata, pihaknya sentiasa menyokong penuh penganjuran pertandingan wau oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Bestari Jaya yang diadakan, sejak 2010.

Pada tahun ini, penganjuran pertandingan turut mendapat tajaan daripada sebuah syarikat swasta iaitu Syarikat Hartalega Berhad.

“Usaha ini, secara tidak langsung dapat mempertahankan seni budaya kraf warisan yang semakin luput ditelan zaman, terutama bagi anak muda.

wau“Pertandingan ini juga ternyata berjaya memupuk semangat kerjasama di kalangan masyarakat setempat yang berbilang kaum,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Pada 12 Januari lalu, beliau berkesempatan menyaksikan Pertandingan Wau yang berlangsung di Padang Awam Taman Ilmu, di sini, yang disertai seramai 30 orang peserta.

Pengurus Sumber Manusia Hartalega Berhad, Mohamad Ridwan, diberikan penghormatan bagi menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang utama pertandingan iaitu Rosli Mohamad, Nor Azali Aziz dan Alias Yusoff.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Sungai Selangor Sumber Alternatif Ganti Langat 2

Khalid Ibrahim

MORIB 27 APRIL : Sebahagian Sungai Selangor di Bestari Jaya bakal dimajukan dengan kaedah takungan bagi menghasilkan satu sumber air mentah untuk Lembah Klang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Projek tersebut mampu menyalurkan 2,000 juta liter sehari (JLH) iaitu penambahan 20 peratus dari jumlah air yang diperlukan sehari di Lembah Klang.

Projek itu merupakan alternatif kepada projek mega Langat 2  yang akan menyalurkan air dari Pahang ke Selangor dan yang bakal menelan belanja RM4 bilion.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berusaha untuk mencari punca-punca air baru untuk ditakung supaya dapat dibekalkan kepada penduduk,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Hari Air Sedunia peringkat Selangor, di sini.

Hadir sama, Pengarah Luas, Md Khairi Selamat.

LUAS sedang mengkaji kaedah untuk mengepung air hujan di sungai itu dan salah satu cara yang sedang dipertimbangkan adalah dengan membina kolam takungan.

“Kajian itu mendapati, air hujan akan masuk ke sungai seterusnya ke laut. Kita terus ke laut sebab jika terlalu banyak ia akan berlaku banjir.

“Kita juga akan kenal pasti punca-punca sumber air yang lain. Kajian kita menunjukkan ini cara yang terbaik.

“Bagi operasi loji rawatan dan takungan air akan disatukan bagi memudahkan perlaksanaan dan menjimat kos,” kata Abdul Khalid.

Beliau menambah pihaknya sedang menilai kos bagi projek tersebut.

Beliau berkata projek tersebut akan diumumkan dalam dua atau tiga bulan akan datang.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan sehingga minggu lepas, paras air di empangan Selangor berada di tahap 85 peratus.

Categories
SELANGOR

Warga Emas DUN Ijok Ceria Terima Kunjungan Menteri Besar

Warga Emas DUN Ijok 1

BESTARI JAYA 15 FEB : Bekas guru yang berkhidmat lebih 25 tahun,Sana’ah Binti Muhammad yang terlantar mengidap penyakit kencing manis dan dipotong kakinya sejak tiga tahun lalu tidak menyangka menerima kunjungan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Sana’ah yang kini tinggal bersama seorang anaknya di Taman Yang Ming, Bestari Jaya sungguh terharu kesudian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melawat ke rumahnya walaupun dalam kesibukan jadual Abdul Khalid memikul tugas sebagai Menteri Besar dan Adun Ijok.

Sebelum ini Sana’ah pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Badong dan Sekolah Kebangsaan Jaya Setia.

“Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tan Sri Khalid yang sudi melawat saya di sini dan terima kasih juga saya ucapkan di atas bantuan yang diberikan,” kata Sana’ah ketika ditemui TVSelangor.

Warga Emas DUN Ijok 2Dalam kesempatan ini juga Abdul Khalid dan wakil pejabat Datuk Menteri Besar di DUN Ijok bertanya khabar perkembangan terkini kesihatannya sambil menghulurkan bantuan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.

Abdul Khalid juga dalam lawatan di Bestari Jaya itu juga berkesempatan melawat rumah yang juga bekas guru, Salamah Ali yang mengidap penyakit buah pinggang dan memerlukan khidmat dialisis.

“Kunjungan Tan Sri Khalid dan bersama wakil pejabat Datuk Menteri Besar DUN Ijok amat bermakna bagi kami sekeluarga dan kami amat hargainya,” kata Salamah.

Abdul Khalid juga menyampaikan turut berkunjung ke rumah Jamaludin Tahir di Taman Seri Indah Ijok bagi menyampaikan sumbangan kerusi roda.

Sebelum itu, Abdul Khalid bersama-sama penduduk di sini Solat Jumaat di Masjid Jame’ India Pekan Bestari Jaya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Umno Salahguna Sekolah Untuk Kepentingan Politik

SHAH ALAM, 2 NOV: Beberapa pemimpin Umno yang dijangka akan dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 didakwa menggunakan sekolah untuk raih sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Kegiatan mereka dikesan apabila terdapat beberapa bakal calon tersebut hadir dalam majlis penyampaian anugerah kecemerlangan di beberapa sekolah di Selangor meskipun tidak mendapat jemputan oleh pihak sekolah.

Kehadiran mereka itu menyebabkan pihak sekolah ‘terpaksa’ memberikan layanan istimewa sebagaimana tetamu kehormat lain dan diberikan tempat duduk di barisan hadapan.

Demikian menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam sidang media yang diadakan di pejabat beliau di sini hari ini.

“Saya juga dapat maklumat bakal calon Parlimen Shah Alam serta calon-calon Dun mereka hadir dalam majlis di sebuah sekolah di Shah Alam minggu lepas, tetapi bila pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pula tak dibenarkan,” ujar beliau.

Abdul Khalid juga berkata, walaupun Kerajaan Negeri memberi tanah kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan tapak sekolah, pemimpin Kerajaan Negeri dan pemimpin lain dari PR tetap tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke kawasan sekolah termasuk untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Julai lalu, Kerajaan Negeri membidas tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang menghalang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di SMK Sultan Sulaiman, Bestari Jaya.

Meskipun Abdul Khalid tidak dapat memasuki sekolah tersebut namun beliau tetap memberi sumbangan sebanyak RM 24,000 dari Kerajaan Negeri.

Categories
SELANGOR

MB Beri Duit Kepada Sekolah, Tetapi Dihalang Hadir Majlis Sumbangan

SHAH ALAM, 25 JULAI : Kerajaan Selangor membidas tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menghalang Menteri Besar, menghadiri majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di SMK Sultan Sulaiman, Bestari Jaya baru baru ini.

Tindakan ini membuktikan mereka tidak menghormati tugas dan tanggungjawab Tan Sri Abdul Khalid sebagai seorang wakil rakyat iaitu Adun Ijok.

Ia juga menunjukkan sikap tidak malu JPN yang menerima sumbangan RM 24,000 dari Kerajaan Negeri tetapi tidak sudi Abdul Khalid menghadiri majlis pemberian sumbangan itu.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin berkata, tindakan itu menindas wakil rakyat Pakatan Rakyat kerana jabatan itu tidak pernah menghalang mana-mana wakil rakyat Umno-BN menghadiri program sekolah.

?Jika benar mahu melaksanakan peraturan yang tidak membenarkan ahli politik menghadiri program di sekolah, kuatkuasa kepada semua wakil rakyat dan ahli politik.

?Namun ini tidak berlaku. Sekatan ini hanya dikenakan kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. Ini jelas membuktikan Jabatan Pendidikan telah lari dari tanggungjawab penubuhannya dan lebih berminat bermain politik,? katanya.

Minggu lepas Abdul Khalid, sebagai ADUN Ijok tidak dibenarkan untuk menyertai majlis sumbangan ke SMK Sultan Sulaiman di Bestari Jaya walaupun beliau dijemput oleh syarikat yang mahu memberi sumbangan tersebut.

Abdul Khalid juga menyumbang RM 24,000 dari Kerajaan Negeri.

Halangan tersebut dikeluarkan melalui satu pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada kakitangan pejabat DUN Ijok. Menurut SMS itu, Menteri Besar atau mana-mana wakilnya dihalang menghadiri majlis penyerahan sumbangan.

Faekah berkata, Abdul Khalid selaku wakil rakyat Ijok sewajarnya dijemput menghadiri program berkenaan kerana beliau turut memberi sumbangan.
Jelas beliau, program tersebut bukan bermotifkan politik sebaliknya program tanggungjawab sosial.

Beliau berkata, sekatan ini langsung tidak dikenakan terhadap ahli politik UMNO-BN yang secara terang-terangan menghadiri atau menganjurkan program berbaur politik di sekolah.

?Saya juga dimaklumkan pemimpin UMNO di Selangor bebas keluar masuk ke sekolah  untuk menghadiri program. Malah, (Ketua Umno Selangor) Datuk Seri Noh Omar juga mengadakan lawatan ke Jabatan Pendidikan Negeri baru-baru tanpa diketahui atas kapasiti apa.

?Adakah  UMNO-BN tidak lagi mempercayai KEMAS sehinggakan terpaksa mempergunakan Jabatan Pendidikan sebagai mata dan telinga?,?  katanya.