Categories
NASIONAL

Anak muda nak tengok PAS menerajui isu rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 6 NOV: PAS perlu mengubah pendekatan dalam mendekati anak muda dengan memperbanyakkan wacana dialog terbuka.

Hal ini kerana anak muda kini lebih berminat kepada komunikasi dua hala untuk mereka turut serta melontarkan pandangan bukannya program seperti ceramah umum semata-mata.

bicaraKoordinator Lensa Anak Muda (Lensa), Safwan Anang, berkata PAS kini menuju kematangan dan pendekatan baru ini bakal mendekatkan anak muda kepada mereka.

Katanya, meskipun dasar utama PAS adalah politik namun mereka perlu mengetuai dan menjuarai isu rakyat.

“Anak muda nak tengok PAS menerajui isu rakyat.

“Anak muda tak suka ceramah umum tetapi suka dialog. Pimpinan pas mesti anjurkan lebih banyak dialog.

“Sebagai contoh PKR ada ‘Meet Anwar Ibrahim’, PAS perlu ambil contoh,” katanya dalam Wacana Harakah bertajuk ‘Matangkah PAS di usia 63 tahun’.

Menyentuh sama ada PAS sudah mencapai kematangan mahupun tidak beliau berpandangan ia tidak mempunyai titik akhir.

Menurutnya, kematangan PAS ini turut dinilai melalui pencapaian dalam Pilihan Raya terutama pasca PRU-13.

Katanya PAS tidak boleh selesa dengan pencapaian sedia ada dan perlu bertindak termasuk dalam soal memperkukuh Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Jelasnya lagi, anak muda kini lebih berminat duduk diluar dengan menubuhkan NGO berbanding turut bersama dengan parti politik sedia ada.

Selain itu katanya, PAS juga perlu mengorak langkah membetulkan persepsi bukan Melayu yang tercalar terhadap mereka terutama selepas krisis Menteri Besar Selangor.

“Pas boleh pergi jauh dan sederhana, suburkan budaya dialog PaS boleh jadi parti harapan rakyat,” kata beliau lagi.

EZY

Bicara Harakah: Bajet 2015 cabaran rakyat

http://tv.selangorku.com