Categories
NASIONAL

33 Peserta Black 505 Diikat Jamin RM2,000 Seorang

black 505 crowd padang nazli 03

SHAH ALAM, 29 JULAI : Seramai 33 individu yang menyertai perhimpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan perhimpunan haram dan cubaan merusuh.

Antara yang ditahan atas pertuduhan tersebut adalah Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan Muhammad Safwan Anang.

Chegubard ketika dihubungi TVSelangor berkata, mereka didakwa dengan satu pertuduhan iaitu terlibat dalam perhimpunan haram, manakala 17 peserta lagi berhadapan dua pertuduhan kerana cubaan merusuh.

“Kami dipanggil bersidang pada pukul 8.30 pagi, tetapi mahkamah hanya memulakan persidangan pada pukul 1.30 petang.

“Dua pertuduhan dikenakan ke atas 17 orang manakala 33 orang (yang didakwa hari ini) kena satu tuduhan,” katanya.

Hakim, Mat Ghani Abdullah membenarkan mereka diikat jamin dengan RM2,000 setiap seorang.

Beliau menetapkan perbicaraan bermula pada 19 Ogos.

Isnin lalu, tujuh orang termasuk Rafizi Ramli dan Anthony Loke selaku penganjur perhimpunan, didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

BLACK505 : Penganjur Mengalu-alukan Kerjasama Polis – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 21062013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Urusetia Black 505 mengalu-alukan kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang akan membantu penganjuran himpunan Black 505 esok.

2. Angkatan Muda Keadilan membidas PDRM yang bercadang meminta campurtangan tentera menangani himpunan Black 505 di ibu negara, esok.

Shamsul menyifatkan kenyataan itu sebagai melampau dan satu bentuk ugutan.

3. Seramai 56 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk 12 wakil daripada BN hari ini secara rasminya mengangkat sumpah sebelum bermulanya persidangan Dewan Negeri Selangor sesi ke-13, Jumaat depan.

4. Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh hari ini mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri wanita pertama di negara ini.

5. Dewan Undangan Negeri Selangor akan menawarkan Ketua Pembangkang daripada Barisan Nasional Datuk Mohd Shamsuddin Lias supaya mempengerusikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri.

Categories
NASIONAL SELANGOR

56 ADUN Selangor Secara Rasmi Angkat Sumpah Hari Ini – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 21062013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Seramai 56 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 12 wakil daripada BN hari ini secara rasminya mengangkat sumpah sebelum bermulanya persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) sesi ke-13, Jumaat depan.

2. Polis masih mengekalkan klasifikasi perhimpunan ‘Black 505’ yang dijangka diadakan di ibu negara Sabtu ini sebagai haram kerana tidak mendapat kelulusan pemilik kawasan berkenaan.

3. Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mengajak orang ramai berkampung di Padang Merbok selepas himpunan Black 505 Sabtu ini, sehingga hari angkat sumpah Parlimen Malaysia 24 Jun nanti.

4. Kebakaran hutan kecil tanah gambut di kawasan Kampung Johan Setia, Klang yang berlaku sejak dua minggu yang lalu berjaya dikawal oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Zon Klang.

5. Kos membaikpulih Pangsapuri Indah Ria di Seksyen 22 yang retak dan membahayakan nyawa 1,000 penghuninya bakal mencecah RM 20 juta kata Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Gani: Bunuh Tahanan, 4 Anggota Polis Bakal Didakwa – BULETIN 13

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 05062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Penganjur Perhimpunan Aman #Black 505 memilih Padang Merbok sebagai tapak perhimpunan Black 505 Kuala Lumpur yang
diadakan pada 15 Jun nanti.

2. Anggota polis yang didakwa terlibat dalam kematian tahanan polis, N Dharmendran akan didakwa Rabu ini atas kesalahan membunuh, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

3. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar digesa untuk tidak meminggirkan negeri pentadbiran Pakatan Rakyat dalam membangunkan belia dan sukan di negara ini.

Categories
NASIONAL

#Black 505 Diadakan Di Padang Merbok, Kuala Lumpur

himpunan suara rakyat kelana jaya 03

PETALING JAYA, 5 JUN: Penganjur Perhimpunan Aman #Black 505 memilih Padang Merbok sebagai tapak perhimpunan yang diadakan pada 15 Jun nanti.

Menurut Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira pandangan Polis Diraja Malaysia yang menggesa perhimpunan itu tidak melibatkan Dataran Merdeka.

Himpunan tersebut merupakan kesinambungan dari himpunan-himpunan yang diadakan di seluruh negara sebelum ini bagi membantah keputusan pilihanraya ke-13 yang didakwa terpesong kerana penipuan.
“Surat makluman kepada pihak pemilik Padang Merbok dan PDRM akan dihantar hari ini sebagai memenuhi keperluan Akta Perhimpunan Aman dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut oleh pihak PDRM,” kata Rafizi dalam sidang media bersama PKR, PAS dan DAP di ibu pejabat PKR di sini pagi tadi.

Menurut beliau surat yang ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti itu dihantar ke Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur dan DBKL selaku pemilik padang.

Menurut Rafizi lagi perhimpunan ini diteruskan bagi menolak penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dan menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Antara tuntutan reformasi sistem pilihan raya tersebut termasuklah menuntut semua ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan dan melantik ahli-ahli interim baru SPR dengan persetujuan bersama Pakatan Rakyat (PR), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan kumpulan rakyat lain.

PR turut menuntut pilihan raya semula diadakan di kawasan yang terbukti berlaku penipuan terutamanya di 30 kerusi parlimen yang mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Manakala tuntutan ketiga pula, menuntut pindaan undang-undang pilihan raya bagi menghentikan SPR melakukan persempadan semula seperti yang berlaku sekarang sehinggalah semua ahli-ahli interim baru SPR dilantik semula.

“Perlantikan ahli SPR perlu mendapat sokongan dua pertiga Dewan Rakyat dan memenuhi tuntutan BERSIH selama ini untuk memastikan pilihan raya benar-benar adil dan bersih,” kata Rafizi lagi.

Selain Rafizi, turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Parlimen Sg Petani, Datuk Johari Abdul dari PKR, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mewakili DAP dan Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dari PAS.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Petani Selangor Bantah Harga Padi BERNAS – BULETIN 13

BULETIN 13 Untuk 04062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Polis akan membenarkan perhimpunan Black 505 di Kuala Lumpur untuk diteruskan jika diadakan mengikut syarat-syarat dalam Akta Perhimpunan Aman, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

2. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya jam 9 pagi esok untuk didakwa di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

3. Saiful Asraf Idris pegawai kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disoal siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selama dua jam hari ini.

4. Sekurang-kurangnya 200 orang petani sekitar Sungai Burong dan Sekinchan menunjuk perasaan secara aman di hadapan Kilang Bernas Sekinchan hari ini bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap perubahan harga belian hasil padi.

Demonstrasi itu dilakukan sebagai reaksi terhadap tindakan Padiberas Nasional (Bernas) yang menurunkan harga pembelian padi di kawasan mereka.

Categories
NASIONAL SELANGOR

BERSIH Sokong Himpunan ‘Blackout 505’ 15 Jun – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 04062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pengerusi Bersama Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil, Ambiga Sreenevasan, menyokong hak Pakatan Rakyat menganjurkan himpunan aman Black 505 di ibu negara, 15 Jun ini.

2. Kemeterian Dalam Negeri dan Polis Di-Raja Malaysia tidak akan berkompromi dengan pegawai polis yang terlibat dengan kes kematian dalam tahanan.

3. Perlantikan empat wanita bagi portfolio penting dalam jemaah Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor atau exco, mendapat reaksi yang positif daripada khalayak umum.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PKR Seru JPM Jangan Ganggu Keluarga Dharmendran – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 29052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Henti mengganggu keluarga mendiang N Dharmendran, yang mati dengan kesan kecederaan pada tubuh selepas ditahan polis, seru Parti Keadilan Rakyat kepada Kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak

2. Suaram mengulangi gesaan supaya Suruhanjaya Aduan & Salahlaku Polis atau IPCMC ditubuhkan dengan segera, selaras dengan saranan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan & Pengurusan PDRM.

3. Parti Keadilan Rakyat membidas Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar sebagai tidak cekap menjalankan tugas.

4. Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan lagi bukti bahawa terdapat keraguan dalam proses pengundian awal dan undi pos yang boleh memesongkan keputusan pilihanraya ke-13.

5. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Saleh mendedahkan ‘Garis Panduan Tatacara Proses Pengundian’ yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran tempat mengundi didakwa tersirat dengan cubaan membolehkan pengundian berganda.

6.Sebutan kes melibatkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa berhubung penganjuran himpunan besar-besaran Black 505 di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu, ditetapkan pada 26 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Black505 ke Kedah, N. Sembilan, Terengganu dan Melaka

himpunan black 505 kelana jaya crowd 02

SHAH ALAM 16 SEPT : Gelombang Black 505 yang menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan PRU 13 yang kini telah memcecah kehadiran hampir setengah juta pengunjung akan diteruskan lagi di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataan medianya berkata mengikut anggaran seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti black505 setakat ini (120,000 ? Kelana Jaya, 120,000 ? Batu Kawan, 60,000 ? Ipoh, 60,000 ? Kuantan dan 60,000 ? Ulu Tiram).

Beliau yang juga MP Pandan berkata semua perhimpunan berjalan dengan aman dan mematuhi arahan PDRM walaupun lokasi perhimpunan berubah di saat akhir.

Katanya beberapa lokasi yang terpaksa di ubah di saat akhir berlaku di Pulau Pinang, Pahang dan Johor. Namun sambutan rakyat amat mengkagumkan.

Lokasi Perhimpunan selanjutnya diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban.Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelak kesesakan.

Lokasi seterusnya,Kedah – 21 Mei 2013 (Selasa) , Terengganu- 23 Mei 2013 (Khamis) dan Melaka- 24 Mei 2013 (Jumaat).

“Saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.” kata Rafizi

ends