Categories
AGENDA SUKANKINI

MBSJ FC menang besar, kekal rekod tanpa kalah

SHAH ALAM, 14 DIS: MBSJ FC mengekalkan rekod kemenangan serta tanpa bolos apabila mudah menewaskan Rhym Rovers 15-0 dalam perlawanan kumpulan B.

Jaringan dilakukan seawal minit kedua menerusi Naziratul Amira diikuti Lee Xin Yi Andrea minit kelima. Farahiyah meneruskan rentak cemerlang MBSJ FC apabila menjaringkan hatrik pada minit kelapan, sembilan dan 10.

Gol MBSJ FC turut disumbang jaringan sendiri pihak lawan pada minit ke 25, Steffi Sarge (minit ke 28,52), Nur Afrina (minit ke 41), Farah Aina (minit ke 42), Nor Hanisa (minit ke 54), Nir Aina Suliana (minit ke 56) dan Abiinayaa (minit ke 60).

Dalam satu lagi aksi kumpulan sama Negeri Sembilan Women’s meraih kemenangan kedua menewaskan Leapord FC 3-0. Gol dijaringkan Malini pada minit kelima dan 68 serta minit ke 12 oleh Nabila.

Aksi kumpulan A pula menyaksikan FC Swat kekal kedudukan pendahulu menewaskan Radia Ladies 7-0.

Categories
AGENDA SUKANKINI

UiTM sasar ungguli Kejohanan Liga Wanita FAS

SHAH ALAM, 25 NOV: Pasukan bola sepak wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan gelaran juara untuk penampilan sulung mereka di Kejohanan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Women’s Super League 2021 yang dijadualkan bermula hujung bulan ini.

Naib Canselor UiTM Profesor Dr Roziah Mohd Janor berkata walaupun baru sahaja ditubuhkan namun pasukan tersebut diyakini mampu memberi saingan kepada sembilan lagi pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

“Mereka telah pun menjalani latihan dan beberapa perlawanan persahabatan sebagai persediaan untuk kejohanan ini. Saya cukup teruja dengan penubuhan pasukan ini dan berharap mereka berjaya merangkul johan,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain dan pegawai pasukan bola sepak wanita UiTM 2021 di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua pemain dibarisi oleh mahasiswi UiTM termasuk dua pemain skuad bola sepak wanita kebangsaan iaitu Nur Aliya Yasmin Md Nurul Alam dan Iv Alleyshiela Jemin.

Menurut beliau untuk tahun hadapan, diharapkan pasukan tersebut mampu melayakkan diri menyertai Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan dan Piala Tun Sharifah Rodziah yang merupakan liga tertinggi di Malaysia.

Kejohanan FAS Women Super League 2021 itu dijadualkan bermula 29 Nov ini hingga 19 Jan tahun depan di Radia Arena Bukit Jelutong.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Selangor mahu perkasa bola sepak wanita

SHAH ALAM, 8 MAC: Golongan wanita di Selangor terus diberi perhatian apabila Kerajaan Negeri bercadang menyediakan kemudahan khusus bagi mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan.

EXCO sukan berkata pihaknya kini berhasrat memperkasakan sukan bola sepak wanita negeri ini selepas melihat kejayaan atlet wanita dalam sukan lain seperti ragbi dan bola keranjang.

“Kita sudah mengadakan perbincangan dengan FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor). Kita mahu menggalakan lebih ramai menyertai sukan bola sepak,” kata Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi.

Beliau menambah kemudahan seperti pusat latihan akan disediakan bagi memastikan keselesaan pemain terjaga selain meningkatkan lebih ramai pemain berkualiti.

Categories
SELANGOR

SUSJ johan sulong Bola Sepak Wanita Piala Cardiff City

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 27 APR: Pasukan SUSJ melakar sejarah tersendiri dengan mengungguli kejohanan sulung bola sepak wanita di Malaysia, Piala Cardiff City 2015.

Dianggotai beberapa bekas pemain kebangsaan, SUSJ garang menewaskan pasukan Phoenix RC, 1-0 dalam pertembungan di Stadium Mini, Kompleks Sukan 3K di sini petang semalam.

StefiGol tunggal perlawanan disumbat kapten SUSJ, Steffi Sarge Kaur pada awal perlawanan di minit ke-10.

“Ternyata kejayaan ini begitu manis buat kami yang hadapi cabaran awal kejohanan untuk mendapatkan pemain.

“Sepatutnya 16 orang tetapi kami 12 orang sahaja termasuk seorang simpanan,” katanya yang turut menerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Selain itu, seorang lagi pemain SUSJ, Fatin Shahida Azmi menerima anugerah Pemain Paling Bernilai Sepanjang Kejohanan sementara pemain sayap Phoenix RC, Farahiya Muhammad Ridzuan dinobat Penjaring Terbanyak Kejohanan.

Hadiah disampaikan Pengarah Kelab Bolasepak Antarabangsa Cardiff City, Danni Rais.

SUSJ1

Disertai 12 pasukan, kejohanan edisi Lembah Klang ini dianjurkan Lantera Global Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Bolasepak Antarabangsa Cardiff City dan sokongan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut jurucakap Lantera Global Sports Event, Iskandar Mukhtar, kejohanan seterusnya dijangka berlangsung pada Mei nanti diikuti Julai.

“Hasrat kami untuk mengetengahkan dan mencungkil bakat pemain bola sepak wanita secara kompetetif,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Piala Cardiff City cungkil bakat bola sepak wanita

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 APR : Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Cardiff City 2015 menjadi platform buat wanita menonjolkan bakat kesukanan yang dimiliki untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Dianjurkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kejohanan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kelab Bola Sepak Cardiff City itu menampilkan 12 pasukan dari kalangan profesional dan amatur.

11034187_650584578396886_1808292029091952863_nPenolong Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Iskandar Mukhtar, berkata usaha itu dilihat positif untuk menggalak dan memberi peluang kepada wanita mempamerkan kebolehan serta kemahiran dalam sukan ini melalui pertandingan diadakan.

“Kejohanan ini adalah landasan tepat untuk membangunkan sukan bola sepak wanita di negara ini kerana bakat pemain muda boleh dicungkil dan diasah pada peringkat akar umbi.

“Selama ini wanita tiada platform untuk main bola dan selalunya mereka dikaitkan dengan futsal, jadi sekarang kita beri ruang untuk mereka tonjol kemahiran yang ada,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata MBPJ ingin mencipta fenomena baru dalam sukan bola sepak wanita setelah kali terakhir pertandingan seperti itu diadakan pada 2001.

Katanya edisi pertama kejohanan itu bermula pada 11 April lalu pada setiap hujung minggu, manakala kemuncak perlawanan berlangsung pada 26 April ini.

“Sambutan diterima menggalakkan kerana pada mulanya kita hanya buka lapan penyertaan tetapi kemudiannya ditambah kepada 12 pasukan.

bola“Kita ada terima permohonan lain tetapi kita terpaksa tapis sebab masa suntuk,” katanya lagi.

Iskandar berkata pasukan yang memenangi kejohanan itu akan diberi hadiah wang tunai berjumlah RM6,000 beserta piala pusingan, manakala pemain terbaik dan penjaring terbanyak menerima ganjaran RM500 bersama trofi.

EZY