Categories
SELANGOR

Ambil langkah cegah kebakaran sebelum balik kampung

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 15 JUL: Orang ramai dinasihatkan sentiasa menitikberatkan langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk pulang beraya di kampung halaman bagi mencegah berlaku kebakaran.

Pegawai Penguatkuasa Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Sungai Buloh, Mohamed Sabri A.Shamsudeen berkata, antara langkah yang perlu diambil, semua palam barangan elektrik dan lampu perlu ditutup sebelum meninggalkan rumah.

bomba 1“Semua palam perlu dicabut dan suis perlu ditutup kecuali barangan elektrik yang perlu dibuka setiap masa seperti peti ais dan juga ada sesetengah rumah yang memilik lampu penetap masa untuk cegah kecurian.

“Bagi yang guna lampu penetap masa, beli yang diluluskan SIRIM walaupun mahal sedikit tetapi dalam isu keselamatan nyawa dan harta benda kita tidak boleh berkompromi kerana kalau berlebih-lebih nak berjimat sangat nanti boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar nanti.

“Membeli barangan tiruan walaupun murah tetapi tidak berkualiti sehingga boleh menyebabkan litar pintas sekaligus menyebabkan kebakaran,” kata Mohamed Sabri ketika ditemubual Selangor Kini di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Sungai Buloh di sini, hari ini.

Mohamed Sabri turut mengingatkan, penggunaan palam penyambung turut meningkatkan risiko berlaku litar pintas sekaligus menyebabkan kebakaran.

Kata beliau lagi, selain barangan elektrik, gas memasak juga hendaklah ditutup dan palamnya ditanggalkan bagi mengelakkan pengaliran keluar gas.

EZY

Categories
SELANGOR

Bomba: Elak pembakaran terbuka, pantau hutan berterusan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 23 FEB: Pasukan Bomba dan Penyelamat sentiasa dalam keadaan bersiap siaga berdepan dengan sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran hutan ekoran cuaca panas dan kering.

Penguasa Kanan Bomba II, Ketua Zon Selangor Selatan, Azmi Sadon berkata operasi pemantauan harian di Hutan Simpan Kuala Langat telah mula digerakkan.

bomba 1“Pemantauan berterusan dipertingkatkan bagi mengelakkan kebakaran hutan tanah gambut berulang pada musim panas ini

“Kita juga menghantar satu pasukan utiliti dengan ‘water tanker’ untuk membuat rondaan di kawasan panas bagi memastikan tiada tanda-tanda berlakunya kebakaran,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Fenomena Ekuinoks yang bakal melanda negara minggu depan yang menyebabkan perubahan cuaca lebih panas.

Fenomena cuaca panas ini menjurus kepada peningkatan suhu antara satu hingga dua darjah Celcius. Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.

gambar hiasan
gambar hiasan

Mengulas lanjut, Azmi berkata kawasan tanah gambut berpotensi besar terbakar dalam keadaan cuaca kering dan panas melampau dan sukar dikesan kerana ia bermula di bawah tanah.

Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai memikul tanggungjawab dan segera melaporkan sebarang kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

“Hindar aktiviti pembakaran terbuka di musim panas kerana ia memburukan lagi keadaan.

“Kerjasama semua pihak membantu menyelamatkan kawasan hutan sekaligus menghindar berlakunya pencemaran udara serius dan memburukan lagi cuaca di musim panas,” katanya.

Sepanjang 2014, sekurang-kurangnya tiga kali kes kebakaran dicatatkan berlaku di Hutan Simpan Kuala Langat iaitu sekitar Februari, Jun dan Ogos tahun itu.

Kebakaran yang berlaku Februari lalu direkodkan sebagai kebakaran terbesar pada tahun itu dengan keluasan meliputi 294 ekar yang menelan kos sejumlah RM210,547.53.

EZY

Categories
SELANGOR

Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat, bomba berkampung padam api

SHAH ALAM, 15 OKT: Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor lazimnya terpaksa berkampung berbulan-bulan lamanya bagi memadam kebakaran terbuka.

Dalam misi memadam kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Penguasa Kanan Bomba II, Ketua Zon Selangor Selatan, Azmi Sadon, berkata komitmen tinggi perlu bagi mengawal dan memadam api.

“Tumpuan diberi sepenuhnya kerana lokasi kebakaran berhampiran dengan Lapanagan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya,” katanya.

jerebu pembakaran terbuka johan setia 02Kepada Selangor Kini, Azmi berkata, faktor cuaca kering dengan taburan hujan yang kurang antara punca kebakaran pada Februari dan Jun lalu.

“Siasatan awal mendapati ia berpunca akibat cuaca panas dan menyebabkan hutan jadi kering manakala tanah gambut pula memudahkan api merebak,” katanya.

Justeru, Azmi meminta orang awam tidak membuat pembakaran terbuka pada musim kemarau dan membuat aduan jika ada maklumat berkaitan pembakaran terbuka.

Pada 10 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, turut melawat lokasi kebakaran di Pulau Kempas berdekatan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).

azminMohamed Azmin berkata, tanah gambut berpotensi besar menjadi faktor berlaku kebakaran dan sukar dikesan kerana bermula di bawah tanah.

Katanya, pemantauan berterusan perlu dipertingkat bagi mengelakkan kebakaran tanah gambut di kawasan hutan berulang hingga menyebabkan pencemaran udara yang serius.

Sepanjang tahun ini, tiga kebakaran hutan dicatat di Hutan Simpan Kuala Langat iaitu sekitar Februari, Jun dan Ogos lalu.

Kebakaran Februari lalu direkod sebagai terbesar tahun ini dengan keluasan meliputi 294 ekar yang menelan kos RM210,547.53.

-NFN-

Categories
SELANGOR

DYMM Sultan Selangor kurnia pingat pekerti terpilih kepada anggota keselamatan

SHAH ALAM 30 SEPT: Dua anggota keselamatan, Sub Inspektor Hazizah binti Omar dan Sarjan Mejar Mohd Salleh bin Hussain, dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-68 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

DSC_0073

Hazizah dan Mohd Salleh menerima pingat mengiktiraf perbuatan yang terbilang dan pekerti terpilih dalam satu istiadat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, semalam.

Mewakili Baginda Tuanku, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang diiringi oleh Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

DSC_0014

Mendahului senarai 25 penerima P.P.T ini ialah Yang Mulia Raja Harun bin Raja Abdul Malek dan Yang Mulia Raja Azman bin Raja Tahir.

Di majlis yang sama, Penolong Kanan Penguasa Bomba Radzuan bin Mohd Nor dikurniakan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C) diatas khidmat yang cemerlang dan kelakuan terpuji sepanjang 7 tahun atau lebih berkhidmat dengan Kerajaan Negeri.

DSC_0078

Sementara itu, jasa dan ketaatan Pegawai Waran I, Mohamad Yaacob bin Wahab, Pegawai Waran JJM Zulkefli bin Mohamed, Pegawai Waran II Mohd Razali bin Mansor, Sarjan Sudiskumar A/L Chinnamuthu, Sarjan Mohd Fazil bin Ahmad, Sarjan Rostamizi bin Haji Raus, Sub Inspektor (sukarelawan) Zarina binti Osman, Inspektor (sukarelawan) M. Aziz bin Hamid, Lans Koperal (sukarelawan) Abdul Malek bin Abdul Hamid ketika menjalankan tugas demi negeri Selangor diiktiraf dengan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K).

Seramai 180 orang menerima kurnia daripada Tuanku di sambutan kali ini.

HM

Categories
SELANGOR

159 hektar hutan simpan Bukit Tagar masih terbakar

KUALA SELANGOR 2 MAC: Pasukan Bomba dan Penyelamat masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di hutan simpan Bukit Belata dan Hutan Rizab Raja Musa, semalam.

Penguasa Bomba Zon 6 Selangor, Penguasa Bomba Haikal Md Kasri berkata, kebakaran hutan berkenaan bermula sejak 24 Februari dan berpunca daripada kebakaran di kebun kelapa sawit sebelum merebak ke kawasan hutan berkenaan.

bomba 1Menurutnya, pada mulanya, kebakaran itu seluas 156 hektar sahaja namun meningkat sehingga kira-kira 159 hektar semalam.

“Kawasan kebakaran meningkat disebabkan faktor-faktor seperti angin, keadaan cuaca kering dan pelbagai faktor lain,” katanya dipetik Sinar Harian.

Haikal berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengelak kebakaran daripada merebak dengan menggunakan pelbagai teknik.

Di antara teknik yang digunakan ialah melakukan kaedah ‘fire break’ iaitu menghilangkan sebarang bahan yang boleh menyebabkan kemerebakan kebakaran ke kawasan baru dan ‘direct attack’ iaitu memadamkan kebakaran secara terus.

Menurutnya. seramai 120 anggota termasuk pegawai daripada balai bomba dan penyelamat Kuala Kubu Bharu, Ampang, Kajang, Selayang dan Zon Ulu Selangor terlibat dalam operasi pemadaman kali ini.

“Kami juga menerima banyak bantuan daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perhutanan Ulu Selangor, Pejabat Daerah Kuala Selangor dan Ulu Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) serta agensi lain.

“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang sudi membantu bomba untuk operasi pemadaman ini,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan kebakaran secara terbuka pada musim panas ini.

EZY

Categories
NASIONAL

RM50juta bazir beli peralatan Bomba, boleh bagi bonus RM3,800 seorang

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 25 JAN: Kerajaan Pusat patut memberikan penjelasan berkenaan perbelanjaan RM50 juta Kementerian Kewangan membeli peralatan tidak penting bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dibuat tanpa tender terbuka.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata Kerajaan Pusat mesti jujur dan telus sekiranya Jabatan Bomba dan Penyelamat dipergunakan sebagai satu saluran memperkayakan satu pihak dengan merugikan faedah anggota bomba serta keselamatan orang awam.

bomba 1Katanya, perbelanjaan RM50 juta itu boleh digunakan untuk membayar gaji 13,000 anggota bomba (bergaji rendah) – malah boleh dijadikan bonus sebanyak RM3,800 seorang anggota.

“Kami percaya bahawa Jabatan Bomba akan lebih mendapat manfaat sekiranya dana tersebut digunakan untuk membayar anggota bomba dalam bentuk bonus ataupun kenaikan gaji.

“Pada waktu ini, ramai anggota bomba menerima bayaran rendah – gaji pokok seorang anggota muda adalah kurang dari RM1000, malah Ketua Balai pun digaji sekadar RM3,800,” kata Bee Yin dalam satu kenyataan media.

Katanya, , anggota Bomba tidak berhak untuk tuntutan lebih masa. Dalam skim gaji sedemikian, yang lebih rendah berbanding PDRM, walaupun dengan beberapa elaun, ramai anggota bomba merasakan sukar sekali untuk menampung keluarga, terutamanya yang bekerja di kawasan Lembah Kelang.

“Ini pastinya akan dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung keluarga ahli bomba terutamanya dalam keadaan harga barang yang kian meningkat serta memberikan impak moral yang tinggi kepada jabatan tersebut,” katanya.

yeo bee  yinBeliau berkata, seperti yang didedahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (Public Accounts Committee, PAC), kerajaan Barisan Nasional telah sekali lagi memperlihatkan kekurangan akauntabiliti dalam membelanjankan wang rakat.

Ia dengan menghabiskan sebanyak RM50 juta membeli “CCS Cobra Cutting Extinguisher E300” melalui rundingan terus yang dibuat meskipun Jabatan Bomba tidak berkehendak untuk peralatan tersebut.

“Kenapa Putrajaya begitu bermurah hati membayar pembekal melalui rundingan terus tetapi memberi bayaran yang begitu ‘ciput’ kepada anggota barisan hadapan yang melindungi nyawa dan harta benda rakyat?,” katanya

Katanya lagi, seandainya RM50 juta itu digunakan untuk membeli jentera bomba yang begitu diperlukan oleh balai seluruh negara, ia pastinya menambah keberkesanan anggota bomba dalam menangani kecemasan akibat kebakaran serta menjaga keselematan mereka sendiri sewaktu melaksanakan tugas.

EZY