Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Briged Wanita Paya Jaras sasar penglibatan 2,500 belia

SUNGAI BULOH, 1 APRIL: Briged Wanita Paya Jaras yang dilancarkan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi memfokuskan pembabitan golongan belia.

EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata pendekatan bersesuaian akan diperkenal bagi menarik golongan berkenaan menyertai pasukan itu.

“Briged ini berperanan mendekati masyarakat khususnya wanita untuk sama-sama terbabit dalam pelbagai aktiviti seperti ekonomi, gotong-royong dan sukan.

“Kita sasar 2,500 belia wanita di Paya Jaras menyertainya dan setakat ini walaupun baru dilancarkan ia sudah disertai lebih 200 orang,” katanya ketika ditemui di Kelab Rahman Putra di sini semalam.

Pada pelancaran itu turut berlangsung Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras.