Categories
SELANGOR

Malam kebudayaan erat hubungan kaum

Oleh : Afix Redzuan

LEMBAH SUBANG, 15 DIS: Pasukan Tari D’Lembah dari Blok D PPR Lembah Subang berjaya merangkul kejuaraan persembahan terbaik pada Malam Kebudayaan Rakyat, Taman Putra Damai.

Dengan persembahan mantap ini, mereka menewaskan pesaing terdekat, Persatuan Seni Kebudayaan AK1 dari Blok A yang mempertaruhkan tarian Nazam Berkasih.

budayaBertempat di Lembah Subang, Tari D’Lembah berjaya mencuri perhatian juri dengan persembahan Tarian Ulek Mayang Terengganu.

Hadiah kemenangan diserahkan oleh Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong sambil diiringi Ahli Majlis, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti Sosial, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Nor Ain Adam.

Sementara itu, tempat ketiga dirangkul oleh pasukan Kelana Murni dari Blok G dengan persembahan Zapin Gambus Nahar.

Tempat keempat pula disandang kumpulan Tarian Tamil dari Blok E melalui persembahan Alarippu Nattai Rupakam.

budaya1Sebanyak sembilan pasukan menyertai pertandingan ini dengan persembahan tarian tradisional dipertontonkan kepada hadirin melalui penyertaan belia sekitar Lembah Subang.

Majlis perasmian disempurnakan sendiri oleh Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Acara ini diadakan sebagai usaha mencungkil bakat baru selain menerapkan budaya tradisional kepada anak muda supaya tidak terus dilupakan disebalik kepesatan pembangunan moden disamping mengeratkan hubungan antara kaum.

-EZY