Categories
SELANGOR

Terharu bantuan Kerajaan Selangor luluskan pinjaman perumahan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SELAYANG, 27 DIS: Penduduk asal Bukit Botak terharu apabila impian memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai ekoran permohonan pinjaman untuk membeli rumah di Taman Mutiara Selayang yang diusahakan bertahun-tahun akhirnya mendapat kelulusan pihak Maybank Berhad Seksyen 14 dengan bantuan Kerajaan Negeri.

Sugan a/l Govindasamy, 27, yang mendiami kawasan itu sejak kecil berkata, pada awalnya bapanya menemui jalan buntu untuk mendapatkan pinjaman, namun dengan adanya bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri menyebabkan peluang memiliki rumah sendiri kembali terbuka.

“Semasa saya kecil rumah kami dirobohkan untuk dibangunkan projek perumahan tetapi bapa saya yang berkerja sebagai juruteknik tidak layak mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah.

“Apabila Kerajaan Negeri baru ambil alih, kami kembali mencuba dengan menggunakan nama saya tetapi masih sukar kerana saya masih belajar pada masa itu. Namun dengan pertolongan Kerajaan Negeri kami mendapat pinjaman untuk membeli rumah,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Taman Mutiara Selayang di sini, semalam.

Jelasnya, Kerajaan Negeri membantu keluarga beliau untuk memiliki rumah berharga RM99,000 dalam pelbagai aspek seperti membantu menyediakan dokumen dan berunding bagi pihak pembeli dengan pihak bank bagi memudahkan kelulusan peminjam.

Sementara itu, Mohd Zain Mohamad, 60, pula berkata beliau terpaksa menunggu selama kira-kira dua tahun sebelum permohonan pinjamannya diluluskan pihak bank.

“Tiada apa yang dapat saya katakan melainkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Mohd Zaidy kerana menjayakan kelulusan pinjaman. Dua tahun menunggu pinjaman diluluskan tetapi sekarang saya lega dapat rumah sendiri,” katanya.

Jelasnya, sebelum ini beliau juga pernah berhadapan pengalaman dihalau pemilik rumah disebabkan kegagalan membayar sewa rumah.

Sebelum itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Mohd Zaidy Abdul Talib sempat berkongsi pengalaman beliau melalui peringkat awal untuk mengesan penduduk asal Bukit Botak.

“Kami menghadapi timbunan dokumen lama di mana banyak antaranya tulisan yang sudah pudar sehingga sukar untuk dibaca tetapi Alhamdulillah mereka ini dapat dikesan dengan bantuan jiran-jiran lama mereka,” katanya.

=EZY=

Selangor bantu 139 penghuni Bukit Botak mohon pinjaman rumah

Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Maybank bekerjasama membantu 139 penghuni asal Taman Selayang Mutiara (Bukit Botak) memohon pinjaman untuk menyelesaikan urusan pembelian kediaman yang dijanjikan untuk mereka.

Categories
SELANGOR

Selangor bantu 139 penghuni Bukit Botak mohon pinjaman rumah

Oleh: AFEEQA AFEERA

SELAYANG, 25 FEB: Seramai 139 penghuni asal di Taman Selayang Mutiara (Bukit Botak), dekat sini, dibantu membuat permohonan pinjaman di institusi kewangan terpilih bagi menyelesaikan urusan pembelian rumah di kawasan itu yang tertangguh hampir lima tahun.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, bantuan itu dikhususkan kepada penghuni yang tidak berkemampuan untuk membuat pinjaman bank disebabkan faktor usia selain berpendapatan rendah.

Katanya, bantuan bersifat istimewa itu dipersetujui berdasarkan hasil perbincangan antara Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Maybank.

bukit botak rumah asri 01“Hasrat saya adalah supaya semua pihak yang ditawarkan rumah ini tidak mempunyai masalah mendapatkan pinjaman bank selepas kita adakan perbincangan bersama PKNS dan Maybank.

“Bantuan yang ditawarkan adalah istimewa kerana PKNS akan bertindak menjadi penjamin kepada pinjaman yang dibuat, cuma yang penting kita minta sangat supaya penduduk membayar ansuran seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

“Kalau tidak mampu bayar, PKNS akan ambil semula dan selesaikan hutang dengan pihak bank,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kesyukuran dan Penyerahan Dokumen Tawaran Pinjaman Perumahan Taman Selayang Mutiara, di sini malam tadi.

Zaidy yang juga Adun Taman Templer berkata, proses permohonan pinjaman itu akan dilaksanakan secara berperingkat di Maybank Seksyen 14, Shah Alam, pada 17 dan 18 Mac ini.

Zaidy Abd TalibKatanya, program itu juga terbuka kepada penghuni yang sudah mendapat tawaran perumahan di Taman Selayang Mutiara, namun berdepan masalah tamat tempoh sah laku pembelian.

“Tidak ramai yang dapat bantuan pinjaman bagi memiliki rumah berkenaan sehingga Kerajaan Negeri berbincang dengan Maybank supaya 139 penghuni ini mendapat pinjaman 100 peratus daripada pihak bank.

“Saya akan pastikan mereka ini dibantu cuma peminjam kena bayar balik kerana kita tidak mahu isu arahan pindah keluar berlaku kelak,” katanya.

Sehingga kini, 971 pemilik sudah menerima kunci kediaman masing-masing, sementara 179 lagi masih menunggu proses pinjaman selesai sepenuhnya.

Penduduk yang akan menerima bantuan pinjaman terbabit perlu melunaskan kira-kira RM500 sebulan kepada pihak bank.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB: Selangor pantau dana PKNS Holdings

1. DYMM Sultan Selangor titah pemain, pegawai dan penyokong bola sepak tunjuk budaya murni

2.MB: Selangor pantau dana PKNS Holdings

3. MB: Program pembangunan usahawan Selangor diperkasa

4. Gangguan bekalan air di Kuala Langat, Kerajaan Negeri pantau operasi

5. Exco : Elak pembakaran terbuka jejas kesihatan

6. Selangor terus ‘gempur’ wabak denggi

7. Kerajaan Selangor berusaha bantu penduduk asal Bukit Botak dapat kediaman

8. Tapak pelupusan sampah Sg Sedu ditutup sementara

9. Penganalisis: Tiada calon layak tandingi Anwar di Kajang

10.SPR digesa perinci kos RM1.6 juta kos PRK DUN Kajang

11.Facebook Denggi Selangor cetus kesedaran bahaya wabak

12.Khalid: Kenapa JKR hantar lima kali surat tunda lawatan projek Hospital Shah Alam?

13.Dr Hatta: Kempen BN di media perdana lebih ‘menjolok mata’

14.Kerajaan Kedah tidak patut jadikan rakyat mangsa pencemaran budaya hiburan liar

Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor berusaha bantu penduduk asal Bukit Botak dapat kediaman

SHAH ALAM 13 FEB : Kerajaan Selangor sedang berusaha untuk menyelesaikan penduduk asal Bukit Botak mendapatkan unit kediaman mereka secepat mungkin.

Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib, berkata biarpun penempatan Bukit Botak berjaya dibangunkan dan sudah mula diduduki, masih ada penduduk di situ gagal mendapatkan rumah ekoran halangan dari pihak bank.

BUkit botakKatanya, terdapat kira-kira 50 hingga 70 penduduk yang menghadapi masalah dengan pihak bank, iaitu kegagalan mendapatkan pinjaman atas faktor umur.

“Memang menjadi hasrat kerajaan negeri agar penduduk asal di Bukit Botak ini diberikan unit kediaman masing-masing seperti dijanjikan kerajaan negeri BN sebelum ini, yang kemudiannya terbengkalai.

“Bila Pakatan Rakyat memerintah, projek pembangunan semula itu diambil kerajaan negeri dan ia tidak akan dilakukan separuh jalan semata-mata,” kata Zaidy dipetik Harakah Daily.

ZaidyMenurut Zaidy, kebanyakan penduduk yang gagal memperoleh pinjaman bank adalah kerana faktor umur, selain anak-anak atau pewaris mempunyai komitmen bulanan yang tinggi hingga menyukarkan permohonan pinjaman.

Bagaimanapun, jelas beliau masalah itu sedang diperhalusi kerajaan negeri melalui beberapa rundingan dengan pihak bank, pejabat tanah dan pelbagai agensi lain bagi memastikan hasrat penduduk tercapai.

bukit botak rumah asri 01Isu Bukit Botak yang berlarutan sejak lebih 20 tahun lalu berjaya diatasi kerajaan negeri Selangor secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat apabila mengambilalih daripada BN.

Sebelum ini, BN tidak dapat menyelesaikan masalah penempatan semula bagi 2,300 buah ahli keluarga di Bukit Botak yang berkeluasan 201 hektar.

EZY

APA DAH JADI – Bukit Botak terus menjadi isu

Isu Bukit Botak bukan lagi isu asing di Selangor. Projek pembinaan perumahan yang diambil-alih oleh kerajaan negeri (Pakatan) kerana kegagalan pemerintah terdahulu (BN) ini telah siap sepenuhnya namun, kini isu pembeli pula yang gagal untuk mendapatkan pinjaman kewangan dari pihak bank tempatan.

Untuk liputan penuh layari http://www.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Iskandar : Pembeli rumah berkembar Bukit Botak diminta bertenang

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 JAN: Pembeli unit rumah berkembar di Bukit Botak yang masih gagal mendapatkan pinjaman bank dinasihatkan untuk bertenang dan tidak bimbang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan pemaju perumahan terbabit iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan berkenaan.

Katanya, adalah mustahil untuk membiarkan rakyat yang teraniaya lebih 20 tahun terlepas peluang memiliki kediaman mereka memandangkan projek terbabit adalah usaha keras kerajaan negeri.

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 02“Sebelum ini, walaupum tempoh surat tawaran sudah tamat tetapi PKNS masih bertolak ansur dengan memanjangkan lagi tempoh tawaran selepas mengambil kira keistimewaan projek Bukit Botak.

“Jadi, rakyat diminta untuk tidak cepat melatah kerana ini projek kerajaan negeri dan dibangunkan anak syarikat kita, maka tidak apa yang perlu dibimbangkan,” katanya pada sidang media, di Pusat Khidmat ADN Chempaka, semalam.

Pada masa sama, Iskandar turut kesal apabila pihak bank di Malaysia enggan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri bagi menguruskan pinjaman perumahan kepada rakyat Selangor.

“Kerajaan negeri berhasrat untuk meletakkan RM10 juta dalam bank, namun jumlah pinjaman yang diperlukan hanya RM6 juta. Jadi, apabila pembeli gagal membayar, mereka tidak akan rugi kerana ada wang jaminan sementara rumah itu akan jadi milik kerajaan negeri.

“Tetapi malangnya, walaupun skim ini diakui baik oleh Bank Negara, pihak bank yang ada masih tidak memberikan kerjasama. Ini antara kekangan kita,” katanya.

BUkit botakProjek rumah berkembar Bukit Botak diambil alih pembinaannya oleh kerajaan negeri selepas puluhan tahun gagal diselesaikan kerajaan Barisan Nasional (BN), pada September 2010.

Bertempat di tanah seluas 66.78 hektar, ia menempatkan 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat berharga RM99,000 seunit bagi kediaman standard.

Sehingga kini, kira-kira 100 pembeli berjaya membeli rumah dengan bayaran tunai, manakala lebih 100 pula sudah mendapat pinjaman bank sementara bakinya masih lagi tidak berjaya.

-NFN-

JURNAL BERITA : Kontrak hangus, Raja Ropiah terima ‘wang percuma’ RM13 juta

1- PKNS setuju lanjut tempoh permohonan pembelian rumah Bukit Botak

2- Ulama perlu jadi jurubicara rakyat bukan ‘simplistik’

3- Kontrak hangus, Raja Ropiah terima ‘wang percuma’ RM13 juta

4- Selangor warta tanah untuk ‘sekolah bawah pokok’

5- Trek basikal bakal dibuka dalam masa terdekat

6- Waris pelajar syiling RM64 terima sumbangan Iskandar

7- DBKL perlu pantau projek sekitar Hutan Bukit Gasing, elak kejadian banjir lumpur

8- BN penakut, hidap penyakit fobia politik kronik

9- Rakyat tertekan ekoran harga barang dan kos sara hidup meningkat

10-Pindaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor, DAP terima teguran pimpinan PR

Categories
SELANGOR

PKNS setuju lanjut tempoh permohonan pembelian rumah Bukit Botak

Oleh : LIZAWATI MADFA

SELAYANG 7 JAN: Pembeli rumah berkembar di Bukit Botak yang tidak lulus pinjaman bank sebelum ini masih berpeluang untuk memohon kembali pinjaman berkenaan.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong, berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh permohonan pembelian rumah berkenaan.

William berkata, langkah itu juga adalah salah satu inisiatif diambil kerajaan negeri bagi membantu pembeli memiliki rumah yang siap dibina, pada 2013.

William “Kita faham kebanyakan pembeli menunggu lebih 26 tahun untuk memiliki rumah, sehingga mereka menjadi warga emas dan tidak bekerja lagi.

“Hasil perbincangan juga mendapat kerjasama baik apabila pihak bank bersetuju untuk mempertimbangkan permohonan pembeli melalui anak atau waris mereka dengan beberapa syarat yang harus dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Dialog Bersama Penduduk berhubung masalah pembelian rumah PKNS Bukit Botak yang diadakan di Dewan Selayang Utama, di sini, pada 4 Januari lalu.

Pada sesi dialog yang turut dihadiri wakil Bank Islam itu, pembeli dicadangkan untuk melakukan permohonan bersama anak mereka yang bekerja dengan gaji tidak kurang daripada RM2,000 sebulan.

Bukit BotakMereka juga perlu melampirkan bersama penyata akaun bank bagi tiga bulan terakhir, slip gaji tiga bulan terakhir, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan salinan surat tawaran.

Projek pembinaan rumah berkembar di Bukit Botak diambil alih kerajaan selepas puluhan tahun gagal diselesaikan kerajaan BN sebelum ini, pada September 2010.

Bertempat di tanah seluas kira-kira 42.5 hektar, ia menempatkan 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat berharga RM99,000 seunit bagi unit biasa.

Sehingga kini, kira-kira 100 pembeli berjaya membeli rumah dengan bayaran tunai, manakala lebih 100 pula berjaya mendapatkan pinjaman bank sementara baki lebih 1,100 pembeli masih lagi tidak berjaya mendapatkan pinjaman bank.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Penjualan rumah berkembar Bukit Botak dapat sambutan

bukit botak rumah asri 01

SHAH ALAM 19 OKT : Penjualan unit rumah berkembar satu tingkat di Bukit Botak, Selayang, yang dimajukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sejak mula dibuka untuk jualan.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata pihaknya menerima lebih 1,000 borang permohonan sejak diedarkan awal bulan ini iaitu 10 kali ganda berbanding 100 unit rumah yang ditawarkan.

Katanya, proses penapisan untuk menentukan kelayakan pemohon hanya akan diputuskan melalui persidangan Jawatankuasa Khas Pemilihan yang dianggotai Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), PKNS serta Pejabat Tanah dan Daerah Gombak yang dijadualkan tidak lama lagi.

“Kita belum buat panggilan temuduga kerana hanya akan dilakukan selepas proses penapisan selesai. Permohonan untuk memiliki kediaman itu sudah ditutup, pada minggu lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Ishak berkata, segala keputusan yang melayakkan seseorang untuk memiliki kediaman itu adalah bergantung kepada garis panduan yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri sebelum ini mengarahkan PKNS untuk membatalkan penjualan ‘siapa cepat dia dapat’ dengan serta-merta dan menggantikannya dengan saluran jawatankuasa khas.

Jawatankuasa itu akan menyenarai pendek permohonan dan membuat tawaran jualan kepada pemohon yang layak melalui proses temuduga membabitkan kriteria pemilihan tertentu. -NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Badan Hak Asasi Antarabangsa Gesa PM Henti Ganggu Peserta Himpunan Aman – BULETIN 13

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 05062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perlantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar dapat membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu.

2. Penduduk Bukit Botak yang berhasrat untuk menjual semula kediaman mereka kepada orang awam dinasihatkan supaya tidak melakukannya terlebih dahulu bagi mengelakkan dieksploitasi oleh agen perumahan.

3. Badan hak asasi antarabangsa, Human Rights Watch, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mematuhi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengugurkan pendakwaan jenayah terhadap penganjur himpunan aman membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

4. Kerajaan Negeri mahu perlombongan batu kuartza di Permatang Kuartza, Gombak dihentikan serta-merta berikutan lesen perlombongan di kawasan itu tidak pernah dikeluarkan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Penduduk Dinasihat Tidak Jual Rumah di Bukit Botak

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 01

SHAH ALAM, 5 JUN : Penduduk Bukit Botak yang berhasrat menjual semula kediaman mereka kepada orang awam dinasihat supaya tidak melakukannya terlebih dahulu bagi mengelakkan dieksploitasi oleh ejen perumahan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri menerima laporan bahawa terdapat ejen yang bertemu dengan pembeli supaya rumah tersebut dijual kembali kepada orang ramai.

Katanya, perkara tesebut tersebar luas di laman web di mana ejen-ejen ini didapati mengiklankan kembali rumah di Bukit Botak untuk dijual di pasaran yang terbuka.

“Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini kerana kita tidak mahu pembeli rumah dieksploitasi. Kami mendapat laporan bahawa rumah yang pada asalnya berharga RM99,000 kini diletakkan dalam pasaran sehingga RM290,000 sebuah,”katanya.

Tambahnya, selepas menyelesaikan dengan baik isu Bukit Botak, Kerajaan Negeri prihatin dan tidak mahu rakyat terus tertipu.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor serta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membantu penduduk yang benar-benar ingin menjual semula rumah tersebut.

Katanya, melalui cara itu penduduk tidak akan mudah ditipu oleh ejen perumahan tidak bertauliah dan penjualan rumah di kawasan itu dapat dikawal.

Projek rumah berkembar di Bukit Botak diambil alih pembinaannya pada September 2010 selepas Kerajaan Negeri mengambil alih projek terbengkalai ituselepas puluhan tahun gagal diselesaikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Bertempat di tanah seluas 165 ekar ia menempatkan sejumlah 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat berharga RM99,000 seunit bagi unit standard.