Categories
ALAM SEKITAR & CUACA GLOBAL

Bumi berdepan suhu panas melampau, naik 2 darjah celsius

LONDON 8 OGOS: ‘Hothouse Earth’ bunyinya seperti tajuk sebuah filem sains fiksyen bajet rendah, tetapi saintis planet melihat fenomena bumi panas ini merupakan satu perkara serius berkaitan hidup dan mati.

Saintis percaya, manusia tidak lama lagi berdepan dengan suhu panas dan laut melampau dalam beberapa abad yang akan datang.

Walaupun negara-negara berjaya mencapai sasaran pengeluaran karbon dioksida yang ditetapkan tetapi penduduk dunia masih terdedah kepada bahaya bumi yang panas.

Kajian menunjukkan fenomena itu boleh berlaku jika suhu global meningkat sebanyak dua darjah (2C).

Sebuah pasukan penyelidik iklim antarabangsa ketika menulis dalam jurnal National Academy of Sciences berkata, suhu panas dalam tempoh beberapa dekad lagi dijangka boleh mengubah kuasa semula jadi bumi yang kini bertindak melindungi manusia menjadi musuh.

Pada setiap tahun, hutan, laut dan tanah menyerap kira-kira 4.5 bilion tan karbon dioksida yang tanpa berbuat demikian mengubah atmosfera bumi kepada peningkatan suhu.

Ketika dunia mengalami pemanasan, karbon dioksida yang diserap itu boleh menjadi sumber kepada masalah perubahan iklim menjadi semakin buruk.

Pada tahun 2015, kerajaan-kerajaan dunia memberikan komitmen mereka untuk mengekalkan suhu daripada naik melebihi dua darjah selain berusaha mengekalkannya di bawah 1.5 darjah.

Menurut saintis, pelan untuk mengurangkan karbon dioksida mungkin tidak mencukupi jika analisis dilakukan mereka betul.

“Apa yang kita katakan adalah apabila kita mencapai dua darjah pemanasan, kita mungkin berada di titik di mana kita menyerahkan mekanisme mengawal iklim kepada bumi sendiri.

“Kita (manusia) adalah orang yang mengawalnya sekarang, tetapi apabila kita melepasi 2 darjah, kita melihat bahawa sistem bumi lebih daripada menjadi musuh berbanding rakan.

“Kita benar-benar menyerahkan nasib kita kepada sistem bumi yang mula bergerak keluar dari keseimbangan,” kata pengarang kajian bersama, Profesor Johan Rockstrom, dari Stockholm Resilience Centre, kepada BBC.

Buat masa ini, suhu global telah meningkat kira-kira satu darjah di atas paras pra-industri dan ia meningkat sekitar 0.17C setiap dekad.

Pada masa ini, langkah itu membantu manusia untuk mengelakkan kesan buruk karbon dioksida dan peningkatan suhu termasuk hutan, ais laut Artik, dan hidrat metana di dasar laut.

Kebimbangannya adalah jika satu daripada sistem ini berubah dan mula mendorong sejumlah besar karbon dioksida ke atmosfera, ia boleh menjadi seperti kesan domino.

SUMBER: BBC NEWS

Categories
SELANGOR

Bomba terima panggilan kecemasan gempa bumi Sumatera

SHAH ALAM 2 MAC: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima beberapa panggilan kecemasan daripada orang ramai yang mendakwa beraku gegaran di Petaling Jaya, Shah Alam dan Kajang.

Laporan pertama diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya yang melaporkan berlakunya gegaran di Flat PKNS.

dw-sumatra-earthquake-160302cropBalai Bomba dan Penyelamat Shah Alam turut menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 malam membabitkan aduan gegaran di flat Blok A, Seksyen 26, Kampung Baru Hicom, lapor Astro Awani.

Selain itu, Balai Bomba dan Penyelamat Kajang turut menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 malam membabitkan aduan gegaran yang dirasai di Tiara Park Home, Taman Bukit Ria, Kajang.

Bagi semua laporan berkenaan, anggota bomba telah dihantar untuk membuat pemantuan di lokasi-lokasi berkenaan.

FB Bomba

Tindakan anggota bomba kini adalah membuat pemantauan ke atas lokasi-lokasi yang terlibat.

Perkembangan tersebut dipercayai susulan daripada kejadian gempa bumi dengan kekuatan 7.9 magnitud melanda kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia, pada jam 8.49 malam waktu Malaysia.

Agensi Pemantau Geological Amerika Syarikat (USGS) pada mulanya menyatakan gempa itu sekuat 8.2 magnitud sebelum menurunkannya kepada 8.1 dan kemudian 7.8.

Sementara itu, Pengarah Education Malaysia di Jakarta, Dr Juzhar Jusoh ketika dihubungi BERNAMA berkata, semua 314 pelajar Malaysia di Aceh dan 78 pelajar di Andalas, Padang diarah supaya berpindah ke tempat yang selamat.

Katanya, semua ketua-ketua pelajar dimaklumkan supaya mengikut arahan ditetapkan dan pihak Education Malaysia sedang menguruskan keperluan pelajar.

“Kita sedang memantau keadaan dan menghubungi ketua pelajar dan setakat ini kesemua pelajar  tahu apa yang harus mereka lakukan. Mengikut laporan yang diterima, pelajar memberitahu gempa kali ini terasa kuat di Padang dan masa yang berlaku agak lama,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa di Malaysia tidak perlu bimbang kerana Education Malaysia mempunyai sistem prosedur bagi menghadapi sebarang bencana alam dengan melantik seorang ketua bagi setiap 10 orang pelajar.

Juzhar berkata, menerusi sistem itu, semua ketua pelajar akan memastikan anggota kumpulannya dapat berhimpun dan tiada sesiapa yang akan ketinggalan.

EZY