MB : Selangor iktiraf usaha semarak pelancongan negeri

Sinopsis

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Selangor iktiraf usaha semarak pelancongan negeri

2. Selangor tubuh Skuad Pantas kendali kes kecemasan, bencana

3. Kesesakan bandar Klang, MB minta ahli majlis turun padang

4. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah lantik Ahli Dewan DiRaja Selangor

5. Graduan perubatan menganggur, Kerajaan Pusat perlu bertindak

6. Skim Tunas diterus dengan peruntukan RM3 juta

7. SJK Tamil Selangor capai keputusan terbaik UPSR 2013

8. MPSJ serbu 6 pusat siber judi

9. Tikus ‘sebesar’ kucing ditangkap dalam Ops Tikus

10. Denggi : 16,383 kes di Selangor, semua perlu bertindak

11. Salah pilih kerajaan pusat antara punca kadar jenayah naik

12. Selangor hasrat tubuh Akademi Bola Sepak

13. PR selar tindakan Bung Mokhtar hina rakyat

Categories
NASIONAL

PR selar tindakan Bung Mokhtar hina rakyat

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 18 NOV : Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang bertindak menghina rakyat selepas diserang bertali arus daripada penyokong pembangkang menerusi laman Twitternya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyifatkan Bung sebagai tidak beradab dan samseng apabila mengeluarkan kata kesat antaranya ‘bodoh’, ‘pelacur’ dan ‘beruk’.

Katanya, tindakan Bung itu menyerlahkan budaya pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sememangnya tidak ada hubung kait antara agama, politik, akhlak dan perbahasan.

khalid samad mugshot“Ini bukan kali pertama beliau (Bung) mengeluarkan kata kesat seperti itu dan BN juga tiada usaha untuk menasihatkan adab serta tingkah laku Bung itu,” katanya ketika di hubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Bung diserang menerusi komen di laman Twitternya kerana mengoyakkan usul PR apabila Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengemukakan usul berkenaan potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri, di persidangan Dewan Rakyat, pada 14 Oktober lalu.

Bung bertindak demikian kerana mahu ‘membalas dendam’ ekoran pemimpin PR bangun mengoyakkan usul penggantungan Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, pada sesi pagi hari yang sama.

Khalid berkata, tindakan Bung itu tidak boleh disamakan dengan PR kerana usul penggantungan Surendran adalah tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan Bung kerana pemimpin itu pernah bertindak demikian dengan mengeluarkan kata kesat dan menghina semua golongan.johari abdul parlimen 01

“Inilah contoh pemimpin BN yang terlalu angkuh hingga tidak ada batasan hormat kepada orang lain. Mereka lihat rakyat mudah diperbodohkan dalam pelbagai isu, contohnya kes penipuan dan rasuah,” katanya.

Johari berkata, tindakan angkuh itu adalah gambaran sebenar pemimpin BN yang menganggap mereka tidak akan jatuh kerana terlalu lama memerintah negara sehingga tidak ada satu kuasa merampas pentadbiran itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

“Letak Jawatan Tak Bererti Kes Selesai”- Mohd Sabu

SHAH ALAM, 12 MAC : Bukan jalan penyelesaiannya untuk rakyat melupakan dana awam yang diselewengang oleh pemimpin Umno walaupun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengumumkan akan berhenti dan mengundurkan diri dari jawatan menteri tidak lama lagi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Secara sinis beliau berkata rakyat mahukan isu ‘Menteri lembu’ tersebut disiasat secara telus dan integriti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana pelbagai bukti telah dibongkar oleh Pakatan Rakyat.

” Walaupun Menteri lembu telah mengumumkan akan berhenti tidak lama lagi tetapi bukan itu penyelesaiannya, kita mahu jika ada kes rasuah, SPRM mesti siasat dan dakwa siapa sahaja yang terlibat dalam kes rasuah itu,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam sempena Sambutan ke empat tahun pentadbiran PR.

Katanya, tindakan Shahrizat yang mengambil masa sebegitu lama untuk berundur dilihat sebagai tindakan terdesak setelah pelbagi bukti ditemui dan dibongkar oleh Pakatan Rakyat.

Semalam, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita Umno mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh perlantikannya sebagai senator tamat bulan depan.

Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April depan.

Beliau bagaimanapun hanya berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri selepas kontroversi panjang isu skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail.

Selain desakan banyak pihak termasuk pihak pembangkang, beberapa individu dalam Umno seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Bekas ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz , Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee dan Timbalan Kelab Penyokong BN, Bung Mokhtar Radin juga menggesa Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan menjadi bebanan parti.