Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

MetMalaysia: Amaran kategori kuning di Sabah & Sarawak

CUACA 16 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula esok sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan media menyatakan lokasi dijangka mengalami hujan lebat yang berisiko tinggi menyebabkan banjir adalah Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Sabah), Labuan dan Limbang, Sarawak.

Met Malaysia berkata amaran cuaca buruk kategori kuning dikeluarkan di kawasan berkenaan.

 

Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 12:32PM 16 Oktober 2017

Nama: Ribut Tropika Ganas (Khanun)
Masa pencerapan: 11:00 pagi, 16 Oktober 2017.

Kedudukan: Latitud 20.2 Utara dan Longitud 109.5 Timur, kira-kira 385 km ke Tenggara, Hanoi, Vietnam.

Pergerakan: Ke arah Barat-barat Daya dengan kelajuan 15 km/j.

Jarak dari bandar terdekat: Kira-kira 1,675 km ke Barat Laut Kudat, Sabah.

Kesan terhadap Malaysia: Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, P.Barat & Kudat) dan WP Labuan.

Ribut Tropika Ganas (Khanun) dikesan pada Latitud 20.5 U; Longitud 109.5 T, pada jam 08:00 pagi, 16 Oktober 2017, kira-kira 1,705 km ke Barat Laut Kudat, Sabah dengan pergerakan ke arah Barat dengan kelajuan 20 km/j. Sehubungan itu:

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, P.Barat & Kudat) dan WP Labuan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)- Kemaskini

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri) sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

 

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat pagi Isnin, 16 Oktober 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

 

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan Reef South sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga lewat pagi Isnin, 16 Oktober 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

 

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

MetMalaysia: Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Selasa

SHAH ALAM 13 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama sehingga Selasa ini, di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Reef South, Labuan dan Palawan.

Jangkaan angin kencang dan laut bergelora itu termasuk kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) , Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat).

AMARAN KATEGORI PERTAMA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Reef South, Labuan dan Palawan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri) , Sabah (Pedalaman, P.Barat & Kudat) dan WP Labuan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Cuaca Buruk: Ribut Petir, Hujan Lebat & Angin Kencang

Dikeluarkan pada: 10:50pm pada 25 September 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Selangor (Daerah Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang),

WP Kuala Lumpur, Johor (Daerah Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru, Kulai dan Pontian) dan

Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Daerah Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga awal petang, Isnin 25 September 2017.

 

Cuaca 25 SEPT

 

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran Cuaca Buruk: Amaran Peringkat Jingga dan Kuning

Dikeluarkan pada : 12:16pm pada 21 September 2017

SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA) –

Hujan sederhana kadangkala lebat yang berlaku di negeri Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak (Kerian, Larut Matang & Selama, Kuala Kangsar dan Hulu Perak dijangka berterusan sehingga Jumaat, 22 September 2017.

 

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 22 September 2017.

ALERT PERLIS
SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

Dikeluarkan pada : 05:12pm pada 03 September 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah, P. Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan (Daerah Jelebu, Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port Dickson),

Melaka, Johor (Daerah Tangkak , Muar dan Batu Pahat) dan

Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Penampang dan Papar) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga awal malam, Ahad 3 September 2017.

Cuaca buruk 3 SEPT

Amaran Cuaca Buruk:
Dikeluarkan pada : 02:45pm pada 03 September 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak dan Batang Padang) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Ahad 3 September 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Hujan lebat dan ribut petir di kebanyakan negeri

SHAH ALAM 2 SEPT: Hujan dan ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan negeri terutama pada waktu petang, hari ini menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jurucakapnya berkata ia dijangka berlaku termasuk di sekitar perairan Sabah dan Sarawak, lapor BERNAMA.

Hujan yang bermula sejak awal pagi ini melanda beberapa kawasan terutama pantai di Kedah dan Pulau Pinang manakala keadaan mendung di beberapa negeri lain.

“Pada sebelah petang pula, hujan diramalkan turun di kebanyakan negeri termasuk Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beberapa tempat di Pahang dan Perak dijangka hujan pada sebelah malam.

 

Cuaca buruk 1 SEPT

=EZY=

Categories
NASIONAL

Cuaca diramal tidak menentu sepanjang Aidiladha

SHAH ALAM, 1 SEPT: Cuaca tidak menentu diramal di kebanyakan negeri sepanjang sambutan Aidiladha, hari ini dengan hujan serta ribut petir, pada sebelah petang dan malam.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, keadaan itu berlaku ekoran monsun barat yang biasanya dikaitkan dengan perubahan corak tiupan angin tidak menentu.

Pada sebelah petang pula dijangka hujan berserta ribut petir di kawasan pedalaman Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Selain itu, hujan dijangka turut melanda bahagian barat dan pedalaman Sarawak serta bahagian pantai barat juga pedalaman Sabah, pada sebelah petang.

Manakala beberapa tempat di Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda hujan, pada sebelah malam.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Angin kencang, laut bergelora dijangka berterusan hingga 17 Januari

KUALA LUMPUR 11 JAN : Angin kencang dan keadaan laut bergelora di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah dan Labuan ketika ini dijangka berterusan hingga Sabtu ini (17 Jan).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata keadaan angin timur laut, yang bertiup selaju 50-60 km/jam dengan ombak hingga setinggi 4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk perkhidmatan feri dan penangkapan ikan.

MET MALJabatan itu juga berkata paras laut di kawasan pesisir Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur berkemungkinan meningkat hingga 17 Jan.

Sementara itu, ribut petir di perairan Pahang, Johor Timur dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) dijangka berterusan hingga tengah hari ini, katanya.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran bahawa angin kencang dan keadaan laut yang bergelora di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan serta di perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Labuan dan Sulu akan berterusan hingga 17 Jan.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk pekerja di pelantar minyak, kegiatan penangkapan ikan dan perkhidmatan feri, kata kenyataan itu. BERNAMA

Categories
SELANGOR

Isu air: Cuaca diramal lembab minggu ini

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 OGOS: Selangor akan mengalami hujan di beberapa tempat serta ribut petir dalam tempoh seminggu ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan akan bermula 8 hingga 14 Ogos ini dengan kebanyakan hujan berserta ribut petir itu akan berlaku pada sebelah petang.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi memaklumkan catuan air tidak akan dilaksanakan ketika ini.

Katanya, Kerajaan Negeri turut merangka rancangan jangka panjang bagi keperluan air yang semakin meningkat.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Sementara itu, cuaca kering yang sedang melanda negara sehingga menyebabkan kekurangan air di beberapa empangan dijangka terkawal berikutan cuaca diramal lebih lembab penghujung minggu ini.

Timbalan Ketua Pengarah Iklim dan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari, berkata taburan hujan sudah mulai meningkat kerana hujan diramal kerap turun, namun cuaca kering masih berlaku ekoran perubahan cuaca hasil tiupan angin taufan.

“Ogos masih menunjukkan keadaan cuaca kering, namun menjelang September, cuaca mulai lembab kerana bermulanya musim tengkujuh,” katanya.

Beliau berkata, walaupun taburan hujan dijangka meningkat, namun kerja pembenihan awan tetap akan diteruskan bagi membantu meningkatkan peratusan bekalan air mentah di kawasan tadahan.

Katanya, data terkini menunjukkan petanda fenomena yang semakin lemah ketika mengulas fenomena El-Nino yang dijangka melanda Malaysia penghujung tahun ini.

“Petanda untuk dilanda El-Nino kini hanya pada tahap 50 peratus kerana taburan hujan semakin meningkat dan andai El-Nino melanda hanya pada tahap lemah,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Jerebu : Sembilan kawasan catat IPU tidak sihat

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 MAC: Sembilan kawasan dilaporkan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatat IPU melebihi 100 ialah Nilai (105), Seri Manjung (103), Banting (135), Kuala Selangor (159), Pelabuhan Kelang (167), Petaling jaya (123), Shah Alam (126), Batu Muda (107) dan Putrajaya (117).

Jerebu-Muar-3JAS melaporkan lewat tengah hari atau petang, bacaan IPU dijangka meningkat ekoran kepekatan ozon tinggi yang berpunca daripada pengaruh cuaca panas.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.

-NFN-