Categories
AGENDA SUKANKINI

‘Rider Helmet Pink’ tubuh pasukan lumba, tarik wanita ceburi sukan motor

SHAH ALAM, 14 MAC: Minat mendalam terhadap sukan permotoran dua roda membuatkan Nur Atikah Azwar menyahut cabaran menubuhkan pasukan perlumbaan sendiri untuk bersaing dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021, Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) dan Lumba Drag.

Nur Atikah, 25, muncul wanita termuda pertama di Malaysia memiliki pasukan perlumbaan dikenali sebagai Tuneboss-Pink Racing Team yang akan menggunakan jentera Yamaha Lagenda dalam Kejuaraan Cub Prix.

Pemilik Pink Racing Team Nur Atikah Azwar pada sidang media selepas Pelancaran ‘Pink Racing Team’, di Tune Boss pada 14 Mac 2021. Foto: BERNAMA

Bermula sebagai “motovlogger” pada 2019 dengan membuat video berkaitan pengembaraan, cara memperbaiki motosikal dari perspektif wanita serta ulasan saingan Cub Prix sebelum ditawar untuk mempromosikan aktiviti sampingan kejohanan itu pada tahun sama.

Beliau kemudian menyahut cabaran sebagai pelumba sokongan pada perlumbaan sokongan kategori Pro-Am 2020 sehingga dikenali sebagai ‘Rider Helmet Pink’.

Cinta terhadap sukan itu yang didominasi lelaki terus meningkat sehingga Nur Atikah membuat keputusan menubuhkan pasukan sendiri pada hujung tahun lepas bagi memberi peluang kepada lebih ramai wanita sebagai pelumba dan kru pasukan.

“Saya tubuhkan pasukan ini untuk tarik ramai wanita ke dalam industri sukan permotoran Malaysia kerana di luar sana ramai wanita yang bercita-cita menjadi pelumba. Ada juga yang ingin menjadi mekanik tetapi mereka tiada platform untuk memulakan perjalanan itu.

Jadi, saya berharap mungkin suatu hari nanti kami boleh mengembangkan pasukan dengan ramai lagi wanita. Bagaimanapun, kami tidak mahu dibarisi wanita sepenuhnya, ada juga sokongan kuat daripada lelaki dalam pasukan,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran pasukannya di sini, hari ini.

Nur Atikah berkata pasukannya tidak meletakkan sasaran tinggi tetapi mahu menimba pengalaman dan meningkatkan kemampuan jentera.

Beliau turut memperkenalkan tiga pelumba Tuneboss-Pink Racing Team bagi cabaran Cub Prix terdiri daripada Alia Saarizan bagi kategori Wira sementara Fifi Muhammad dan pelumba tunggal lelaki Harith Baharin berlumba dalam kelas CP125.

Sementara itu, Fifi yang mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai kategori perlumbaan Siri Super Malaysia (MSS) dan Cub Prix menyasarkan meraih sebanyak mata yang boleh.

“Saya di tahun pertama untuk (kelas) CP125, sandaran saya tidak tinggi tetapi saya berharap boleh mengumpul mata di setiap pusingan,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA SUKANKINI

Cub Prix Malaysia Petronas mula 20 Mac di Litar Sepang Selatan

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas akan bermula seperti yang dijadualkan pada 20 Mac ini di Litar Sepang Selatan, menurut penganjur kejuaraan itu.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg, dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan pihak kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas serta Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) akan memastikan tatacara operasi piawai (SOP) gelembung sukan berjalan lancar demi memastikan industri sukan itu terus berkembang.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat beberapa perubahan kecil dalam jadual perlumbaan musim ini yang menyaksikan pusingan kedua kejohanan dianjurkan di Litar Sepang Utara pada 3 dan 4 April depan.

Berikut jadual Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021:

Pusingan 1: Sepang Selatan (20-21 Mac)

Pusingan 2: Sepang Utara (3-4 April)

Pusingan 3: Tangkak, Johor (22-23 Mei)

Pusingan 4: Litar Permotoran Terengganu (26-27 Jun)

Pusingan 5: Akan dimaklumkan (9-10 Julai)

Pusingan 6: Sepang Utara (7-8 Ogos)

Pusingan 7: Sepang Selatan (4-5 Sept)

Pusingan 8: Litar Permotoran Terengganu (9-10 Okt)

Pusingan 9 : Akan dimaklumkan (13-14 Nov)

Pusingan 10: Sepang Utara (18-19 Dis)

– BERNAMA

Categories
AGENDA SUKANKINI

Pelumba Cub Prix kelas CP150 bakal terima gaji bulanan

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Pemegang taruh utama Kejohanan Cub Prix Malaysia memutuskan merombak sistem pembayaran semasa kepada pelumba acara itu dengan menggantikannya dengan elaun perlumbaan yang menyaksikan sistem gaji minimum secara bulanan.

Menurut kenyataan promoter perlumbaan Cub Prix iaitu Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd, keputusan itu dicapai semasa mesyuarat antara prinsipal pasukan CP150 pada awal minggu ini bagi membantu pelumba Cub Prix terutama dalam kelas CP150 yang paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Buat masa ini, pembaharuan ditumpukan hanya kepada kelas CP150 kerana ini adalah kelas profesional yang menyaksikan tugas pelumba sepenuh masa adalah berlumba,” kata jurucakap kumpulan itu, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.

“Idea gaji minimum bagi memastikan pelumba terus menerima bayaran sekiranya perlumbaan dibatalkan. Kami perlu saling membantu antara satu sama lain pada waktu-waktu yang sukar ini,” katanya.

Shahrol Yuzy, yang merupakan bekas pelumba kebangsaan MotoGP, bagaimanapun menegaskan bahawa gaji minimum itu tidak menggantikan bonus prestasi yang merupakan pendapatan utama pelumba.

Mesyuarat itu dihadiri wakil Pasukan Honda RCB Solaralert Cilik, Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Ipone Yamaha YY Pang, Idemitsu Honda Yuzy Racing, Hi-Rev SCK Honda Racing dan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing.

Kejohanan Cub Prix Malaysia 2020 dihentikan sejak pusingan pembukaan di litar Tangkak, Johor pada Mac selepas kerajaan memutuskan melarang sebarang perhimpunan massa bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.

-BERNAMA

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Afif atur strategi terbaik di Jempul

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 NOV: Ahmad Afif Amran bakal dinobatkan juara keseluruhan kategori CP150 jika menamatkan perlumbaan pada kelompok 10 pelumba terbaik, pada saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, pada Sabtu dan Ahad ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu kini berkelebihan 44 mata ke atas pencabar terdekat, Kasma Daniel Kasmayuddin yang menyekat Afif daripada memenangi gelaran lebih awal selepas menjuarai perlumbaan di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Walaupun hanya perlu menempatkan diri pada kedudukan ke-10, namun Afif perlu bijak mengatur strategi memandangkan gandingannya bersama Md Hafiz Nor Azman dan Md Aiman Tahiruddin turut bersaing memastikan gelaran juara keseluruhan berpasukan menjadi milik mereka.

Secara matematik, Afif berkata, enam mata sudah cukup membantunya mengekalkan kedudukan pendahulu keseluruhan tetapi pada masa sama beliau perlu mengumpul banyak mata untuk pasukan kerana kedudukan dengan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor belum selamat.

“Jika pelumba mereka menamatkan perlumbaan di podium, jurang mata kami akan semakin mengecil, maka saya dan Hafiz serta Aiman perlu menamatkan perlumbaan di podium atau tidak boleh ketinggalan jauh dengan mereka.

“Saya dan rakan sepasukan perlu merencana strategi terbaik untuk memastikan kedua gelaran menjadi milik pasukan kami, pada musim ini dan Hafiz juga sedang bersaing menamatkan musim ini dalam kelompok tiga pelumba terbaik.

“Maka, beliau perlu menamatkan saingan di atas podium, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar minggu ini,” katanya.

Selepas lapan pusingan, PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ Racing mendahului kedudukan keseluruhan berpasukan dengan 298 mata, manakala PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di kedudukan kedua (248 mata).

Manakala Motul Zeneos Yamaha YY Pang (ketiga) dengan 118 mata.

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Tengku Amirul mahu tambah koleksi juara

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 NOV: Walaupun telah mengesahkan status selaku juara keseluruhan kelas CP115, Tengku Amirul Haffirudin tidak memandang mudah saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, 17 dan 18 November ini.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu sebaliknya terus dahagakan kemenangan dan kini mengumpul 188 mata hasil dari tujuh kemenangan dan satu di tempat keempat sepanjang lapan pusingan dengan jauh mengatasi rakan sepasukan, Md Fareez Afeez (kedua) dengan 116 mata.

Selain gelaran keseluruhan individu, pasukan diwakili Tengku Amirul juga muncul juara keseleluruhan berpasukan dengan mengumpul 304 mata ketika ini.

“Misi saya adalah untuk terus meraih kemenangan pada baki dua perlumbaan terakhir musim ini dan pada masa sama merancang strategi untuk membantu Fareez kekal di tangga kedua keseluruhan.

“Walaupun sudah bergelar juara keseluruhan, ini tidak bermakna saya memandang mudah saingan minggu ini sebaliknya mempunyai misi untuk menamatkan musim dengan sembilan kemenangan,” kata Tengku Amirul.

Sementara itu, pemilik pasukan, Pang Yoke You berkata, Tengku Amirul akan kekal beraksi dalam saingan CP115 pada baki dua perlumbaan terakhir musim ini.

“Kami mahu dia terus bersaing merebut kemenangan.

“Mengenai saingan kelas CP150, semuanya akan diputuskan kemudian, bukannya ketika ini,” katanya.

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Pelumba Terengganu ungguli pusingan 7

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 OKT: Pelumba tuan rumah beraksi cemerlang di halaman sendiri apabila menguasai dua kategori utama Perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini.

Pelumba kelahiran Dungun, Ahmad Afif Amran berjaya muncul juara kategori CP150 dan turut menamatkan penantian meraih gelaran juara di halaman sendiri sepanjang pembabitan di Kejuaraan Cub Prix bermula pada 2009.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu mempamer aksi bertenaga apabila mendahului keseluruhan 20 pusingan perlumbaan sebelum melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 13’40.445s walaupun ditentang sengit pada penghujung perlumbaan oleh Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju).

Akid menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua (13’40.542s) diikuti rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayuddin, ketiga (13’44.347s).

Afif berkata, perlumbaan itu sangat sukar walaupun beliau mendahului keseluruhan perlumbaan kerana Kasma memberi tentangan sengit dan sentiasa cuba memintas pada awal perlumbaan.

“Selepas berjaya menjarakkan diri dengan Kasma melakukan kesilapan, Akid pula mengejar sehingga berjaya merapatkan kedudukan pada penghujung perlumbaan.

“Saya terpaksa bekerja keras dan mengerah pengalaman yang ada untuk mempertahankan kedudukan,” katanya.

Dengan 25 mata dipungut hari ini meletakkan Afif terus selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 160 mata, 49 mata mengatasi Kasma di kedudukan kedua (111 mata) manakala rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman, ketiga (103 mata).

Dalam kategori CP115, seorang lagi pelumba kelahiran Terengganu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) beraksi cemerlang sekali gus terus melebarkan jurang pendahulu apabila meraih kemenangan keenam peribadi pada musim ini setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 10’47.978s.

Bermula dari petak pertama, Tengku Amirul bagaimanapun sedikit ketinggalan pada permulaan perlumbaan sebelum kembali memintas pada penghujungnya dan mmenangi perlumbaan mengatasi Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) di kedudukan kedua (10:48.925s) manakala ketiga, Md Syafiq Rosli dari ELF Koyoko Honda KC Racing (10:49.024s).

Seepas tujuh pusingan, Tengku AMirul kini selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 163 mata, 67 mata mengatasi rakan sepasukan Md Fareez Afeez, kedua (96 mata) manakala Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga (92 mata).

Hanya lapan mata diperlukan Tengku Amirul bagi dinobatkan selaku juara keseluruhan musim 2018.

Sementara itu, ketiadaan pendahulu keseluruhan, Md Danial Syahmi membuka laluan mudah buat Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam kategori WIRA KBS apabila selesa mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 8’46.717s.

Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha) muncul naib juara (8’52.974s) diikuti Md Harith Haziq Zamri (SIC Junior Team AFB Tech Racing), ketiga (8’53.275s).

Namun begitu, Danial masih kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan 113 mata namun diekori rapat Alif Ashraf dengan 112 mata diikuti Syarifuddin di tangga ketiga (108 mata).

KEPUTUSAN PUSINGAN 7, KUALA TERENGGANU

CP150

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:40.445s
2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:40.542s
3 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:44.347s
4 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:44.967s
5 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:45.280s

Kedudukan Keseluruhan

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 160 mata
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 111 mata
3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 103 mata
4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 73 mata
5 Md Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team 51 mata

 

CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 10:47.978s
2 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:48.925s
3 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 10:49.024s
4 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 10:49.560s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:51.401s

 

Kedudukan Keseluruhan
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 163 mata
2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 96 mata
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 92 mata
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 91 mata
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 81 mata

WIRA KBS

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 8:46.717s
2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 8:52.974s
3 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:53.275s
4 Daniel El Fahim (PNG) SIC Junior Team AFB TECH Racings
5 Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:54.439s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 113 mata
2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 112 mata
3 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 108 mata
4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 70 mata
5 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 58 mata

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Akid terpantas sesi kelayakan pusingan 7

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 OKT: Md Akid Aziz sekali lagi membuktikan kehandalan apabila muncul pelumba terpantas sesi kelayakan buat kali keempat berturut-turut dalam kategori CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terbaik 40.440s di litar sepanjang 0.9 kilometer yang juga catatan terpantas sesi kelayakan buat kali kelima dalam tujuh pusingan perlumbaan setakat ini.

Juara CP115 musim lalu dan juga juara keseluruhan Underbone 150 Kejuaraan Motosikal Asia 2017 itu mendahului catatan 40.502s dilakukan Md Hafiz Nor Azman (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) manakala rakan sepasukan Akid, Kasma Daniel Kasmayuddin mencatatkan masa terbaik 40.526s.

Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing) muncul pelumba terbaik kem Honda setelah muncul pelumba keempat terpantas (40.552s).

Pendahulu keseluruhan, Ahmad Afif Amran yang menguasai kedua-dua sesi latihan bebas di sebelah pagi muncul pelumba kelima terpantas dengan catatan 40.650s.

Akid berkata, jenteranya berada dalam keadaan terbaik dan beliau hanya melakukan tugas seperti biasa untuk memberikan yang terbaik ketika di litar.

“Keputusan ini memberikan saya keyakinan untuk merebut petak pertama ketika sesi Superpole esok dan seterusnya memburu kemenangan pertama saya dalam kelas perdana musim ini,” katanya.

Sementara itu, sesi kelayakan CP115 menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin dari Motul Zeneos Yamaha YY Pang dengan catatan masa 42.407s diikuti Md Haziq Md Fairues kedua (42.572s) dan Md Shafiq Ezzariq ketiga (42.679s).

Dalam kategori WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas dalam sesi shootout dengan masa 42.933s diikuti Md Faiz Zekri Sabri (43.516s) manakala Md Harith Haziq Zamri di petak ketiga (43.548s).

KEPUTUSAN KELAYAKAN

CP150

1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40.440s
2 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 40.502s
3 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40.526s
4 Azroy Hakeem Anuar (KUL) Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing 40.552s
5 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 40.650s

CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 42.407s
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 42.572s
3 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 42.679s
4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 42.702s
5 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 42.775s

SHOOTOUT

WIRA KBS

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 42.933s
2 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 43.516s
3 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 43.548s
4 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 43.692s
5 Daniel El Fahim (PNG) SIC Junior Team AFB TECH Racing 43.751s

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Kasma kembali ke podium, tewaskan Afif

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 SEPT: Kasma Daniel Kasmayuddin menamatkan penantian podium apabila menjuarai perlumbaan akhir CP150 pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, semalam.

Ia sekali gus meletakkan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu kembali merapatkan jurang kepada pendahulu dalam usaha untuk mempertahankan gelaran keseluruhan musim ini.

Kasma yang gagal menaiki podium pada dua pusingan lalu mendapat rentak untuk menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’52.854s mengatasi pendahulu keseluruhan ketika ini, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing).

Afif pada satu ketika mendahului perlumbaan sebelum dipintas Kasma pada pertengahan, menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 13’53.055s diikuti rakan sepasukan, Md Hafiz Nor Azman (ketiga) (13’56.529s).

“Perlumbaan hari ini sangat sengit dan seperti biasa Afif terus memberikan tekanan di belakang.

“Bagaimanapun kali ini saya cuba untuk terus menjarakkan diri dengannya kerana sedar peluang untuk memintas di litar ini agak terhad,” kata Kasma.

Namun, Afif terus kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 135 mata manakala Kasma naik ke tangga kedua (95 mata) diikuti Hafiz (ketiga) dengan 90 mata.

Sementara itu, Tengku Amirul Haffirudin terus melebarkan penguasaan dalam kelas CP115 apabila meraih kemenangan kelima daripada enam pusingan perlumbaan yang berlangsung setakat ini.

Bermula dari petak ketiga, pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu berjaya menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 10’58.271s diikuti Nazirul Izzat Md Bahauddin PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing (kedua) (11’00.683s) dan Md Syafiq Rosli (ELF Koyoko Honda KC Racing) meraih podium pertamanya pada musim ini setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga (11’01.526s).

Dengan kemenangan di Kangar, Tengku Amirul kini jauh mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 138 mata diikuti rakan sepasukan, Md Fareez Afeez (kedua) (86 mata) dan Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) (ketiga) (79 mata).

Dalam kelas Wira KBS, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meraih kemenangan ketiga berturut-turut sekali gus melonjak naik ke tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 83 mata.

Md Syarifuddin bermula dari petak kedua menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 8’58.504s diikuti Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta YAMAHA) kedua, 9’02.582s dan Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH Racing) ketiga, 9’05.910s.

Penamat di tempat ketiga terus meletakkan Md Danial di tangga teratas keseluruhan dengan 113 mata sambil diekori Md Alif Ashraf di kedudukan kedua dengan 92 mata.

Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 akan bersambung di Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 dan 6 Oktober depan.

KEPUTUSAN PUSINGAN 6 – KANGAR, PERLIS

CP150

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:52.854s

2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:53.055s

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:56.529s

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:59.632s

5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 14:00.101s

Kedudukan Keseluruhan

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 135 mata

2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 95 mata

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 90 mata

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53 mata

5 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 45 mata

CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 10:58.271s

2 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:00.683s

3 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 11:01.526s

4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:06.336s

5 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:07.599s

Kedudukan Keseluruhan

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 138 mata

2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 86 mata

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 79 mata

4 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 70 mata

5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 67 mata

WIRA KBS

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 8:58.504s

2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 9:02.582s

3 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 9:05.910s

4 Md Afizad Supaat (SGR) Super KIP Honda Racing Academy 9:07.410s

5 Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Honda Racing Academy 9:11.737s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 113 mata

2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 92 mata

3 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 83 mata

4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 60 mata

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Pusingan kelayakan di Kangar dibatalkan ekoran tumpahan minyak

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 SEPT: Sesi kelayakan Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis dibatalkan selepas sesi kelayakan kategori WIRA KBS berikutan insiden tumpahan minyak di litar sepanjang 0.9 kilometer, semalam.

Insiden tumpahan minyak berlaku sewaktu sesi kelayakan kelas WIRA KBS B dan faktor cuaca hujan menjadikan keadaan lebih berisiko.

Walaupun langkah bagi menangani masalah itu dilakukan marshal perlumbaan namun Pentadbir Perlumbaan (Clerk of the Course) bersama pegawai perlumbaan dan pengurus pasukan memutuskan untuk tidak meneruskan sesi sebelah petang atas faktor keselamatan.

Terdahulu, Mohd Hafiz Nor Azman dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing muncul pelumba terpantas sesi latihan sebelah pagi kelas CP150 dengan catatan 40.709s manakala Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) mencatat masa terpantas kelas CP115 dengan masa 42.868s sementara Mohd Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB Tech Racing) dalam kelas WIRA KBS dengan masa 44.276s.

Semua sesi perlumbaan akan bersambung seperti dijadualkan, hari ini.

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Adib tekad tebus kecewa di Perlis

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 SEPT: Md Adib Rosley mahu melupakan kekecewaan di Teluk Intan dan bertekad menamatkan perlumbaan di kelompok depan dalam saingan Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, pada 22 dan 23 September ini.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu gagal menamatkan perlumbaan pusingan lalu selepas tuas gear jentera patah akibat insiden kemalangan dialami, di selekoh pertama.

Lebih malang, dua lagi rakan sepasukan, Md Izzat Zaidi Salehan dan Azhar Abd Jalil turut gagal menamatkan perlumbaan, sekali gus gagal membawa pulang sebarang mata individu dan juga berpasukan.

Adib berkata, selepas terjatuh pada perlumbaan itu, beliau masih dapat meneruskan perlumbaan, namun selepas satu pusingan gear jentera patah hingga menyebabkannya terkeluar.

“Memang kecewa kerana gagal memungut sebarang mata dan semakin ketinggalan dalam senarai keseluruhan. Lebih malang, Izzat dan Azhar juga mengalami nasib serupa, di Teluk Intan.

“Pasukan juga rugi kerana gagal menambah mata, namun kami tekad bangkit menebus kehilangan mata, di Perlis, minggu ini.

“Berdasarkan rekod kali terakhir kami berlumba di Kangar pada 2016, saya berjaya menaiki podium dan mudah-mudahan dapat mengulanginya, kali ini,” katanya.

Selepas lima pusingan, Adib kini berada di tangga kesembilan keseluruhan dengan 31 mata, jauh ketinggalan kepada pendahulu, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) (115 mata).

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Baiki catatan masa, Akid curi tumpuan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 SEPT: Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd Akid Aziz mencuit tumpuan apabila sekali lagi muncul selaku pelumba terpantas sesi kelayakan CP150 pada pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS di Teluk Intan, Perak, hari ini.

Akid mencatat masa 50.385 saat di mana sejak kebelakangan ini, pelumba itu sering mendominasi sesi kelayakan namun juara bertahan Underbone 150cc Asia berkenaan masih mengejar kemenangan CP150 pertama musim ini.

Rekod tahun lalu dicatat Ahmad Afif Amran, 52.108 saat, juga dipecahkan 16 pelumba teratas musim ini.

Pendahulu kejuaraan, Ahmad Afif Amran mencatat masa kedua terpantas dengan 50.953s diikuti Hafiza Rofa, Hafiz Nor Azman serta Aiman Tahiruddin di dalam kelompok lima terbaik.

Selain itu, Mohd Izzat Zaidi, Azroy Hakeem Anuar, Rozaiman Said, Helmi Azman dan Muhaimin Roslan juga berjaya melangkah ke sesi Super Pole pada hari perlumbaan nanti.

Bagaimanapun, juara bertahan, Kasma Daniel Kasmayuddin gagal melayakkan diri ke sesi SuperPole dan akan memulakan perlumbaan dari petak ke-15.

Dalam perkembangan lain, Mohd Fareez Afeez dari Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing muncul pelumba terpantas CP115 dengan 54.440s sementara Mohd Danial Syahmi dari pasukan SIC Junior Team AFB TECH Racing mendominasi sesi kelayakan WIRA KBS.

KEPUTUSAN SESI KELAYAKAN

CP150

1. Mohd Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor; 50.835s
2. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ; 50.953s
3. Mohd Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team; 51.248s
4. Mohd Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 51.288s
5. Mohd Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 51.393s

CP115

1. Mohd Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing; 54.440s
2. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing; 54.452s
3. Mohd Haziq Mohd Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor; 54.696s
4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 54.761s
5. Nazirul Izzat Mohd Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 54.812s

WIRA KBS

1. Mohd Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing; 55.206s
2. Mohd Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha; 55.276s
3. Mohd Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing; 55.398s
4. Mohd Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing; 56.102s
5. Mohd Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing; 56.153s

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Izzat azam raih podium di Teluk Intan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 31 OGOS: Md Izzat Zaidi Salehan mengakui bukan tugas mudah mencuri kedudukan podium dalam saingan CP150 namun yakin kerja keras sepasukan mampu membawa kejayaan menjelang perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Sabtu dan Ahad ini.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu sentiasa mempamer aksi konsisten di kelompok hadapan namun masih gagal memecah monopoli barisan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dan PETRONAS Spritna Yamaha Maju Motor yang menguasai semua kedudukan podium kecuali tempat ketiga di Jasin sepanjang empat pusingan lalu.

Izzat kini menghuni tangga keenam keseluruhan dengan 34 mata, 56 mata di belakang pendahulu, Ahmad Afif Amran.

“Saya perlu mengkaji di mana kelemahan sewaktu di litar kerana jika diukur dari kepantasan jentera, kami tidak ketinggalan jauh berbanding pasukan lain dan kami bertiga sentiasa menempatkan diri dalam kelayakan Superpole.

“Walaupun pelumba kedua-dua pasukan itu begitu mendominasi saingan namun tidak ada yang mustahil dalam perlumbaan seperti ini,” kata Izzat.

Beliau berkata, perlumbaan juga sudah memasuki pertengahan musim dan yakin semua pasukan sudah mula mencapai tahap terbaik mereka.

“Pastinya perlumbaan di Teluk Intan minggu ini menjadi semakin sengit,” katanya.