Suri rumah bantah GST!

Suri rumah sekitar Permatang Pauh semakin garang, semakin marah dengan impak Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) keatas keluarga mereka.

Kempen #Batal GST menyengat

Kehadiran di pentas roadshow #Batal GST menyatakan mesej yang jelas bahawa orang-ramai mahu mendengar apa PR mahu katakan mengenai Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST).

Kak Wan dukacita dengan himpitan GST

Calon PR P044, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merasa dukacita dengan kesan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) ke atas warga Permatang Pauh.

Categories
SELANGOR

Pastikan gaji minimum dilaksana sepenuhnya sebelum GST

gajiKUALA LUMPUR 6 NOV : Kerajaan Pusat perlu memastikan pelaksanaan gaji minimum dilaksanakan sepenuhnya sebelum Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dikuatkuasakan bermula 1 April 2015.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, berkata Kerajaan Pusat juga perlu memikirkan cara dan bertindak mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan yang kini masih tinggi.

“Kerajaan juga perlu memastikan juga sekurang-kurangnya 50 peratus (rakyat) dapat membayar cukai pendapatan,” kata Steven ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan 2014 di Dewan Rakyat.

Steven berkata, Kerajaan Pusat harus memikirkan cara mengatasi ketirisan sebanyak RM 28 bilion setahun agar wang negara dibelanjakan secara berhemah.

Katanya, Kerajaan Pusat diingatkan untuk memastikan hasil GST dikongsi dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

“Perkara ini penting untuk dilaksanakan secara 50:50 untuk membolehkan pembangunan setempat,” kata Steven.

– EZY