Categories
NASIONAL

Daim: Jho Low pernah cuba hubungi saya

KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Tun Daim Zainuddin mendedahkan jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low pernah cuba untuk menghubunginya beberapa kali bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu berkata Jho Low pernah menelefonnya termasuk sebelum beliau ke China pada Julai lepas.

“Bila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nak hantar saya ke China, Jho Low ada berhubung, dia nak bercakap dengan saya tetapi saya tak mahu, dia ada telefon tetapi saya suruh beliau bercakap dengan wakil saya.

“Dia (Jho Low) kata dia boleh tolong (dalam hal berkaitan 1MDB), (tetapi) sebelum ini saya dah kata dalam sidang media pertama bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), jika dia tak salah baliklah, malam itu pun dia telefon saya,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3 malam tadi.

Rancangan yang bersiaran selama sejam itu dikendalikan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai moderator.

Daim berkata sejak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara, mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB sanggup menjadi saksi untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.

“Sekarang belum habis kita siasat ni, tiap-tiap hari kita dapat bukti baharu, yang mengejutkan. Jho Low terlibat (untuk) kait dengan Abu Dhabi, kait dengan (Arab) Saudi, Amerika , Australia, Hong Kong, Singapura, Switzerland.

“Satu dunia tahu, CNN, BBC, media China tahu, Afrika pun tahu. Tetapi sini dalam Parlimen pun tak boleh cakap, tiada ketelusan, apa guna nak tipu nanti tahu juga, nak tutup dengan harapan kalau depa (Barisan Nasional) menang (Pilihan Raya Umum ke-14) dapat tutup,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan sama ada beliau berkonspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa sesetengah pihak, Daim berkata: “Saya dah tua, tak ada parti pun… UMNO buang saya, kita tak terlibat dengan parti orang, orang tak tahu bahawa saya dengan Anwar dah berkawan lama.”

Daim melahirkan keyakinan bahawa Anwar akan mengambil alih tampuk pemerintahan seperti yang dirancang.

“Beliau (Anwar) ada kekuatan tersendiri… golongan yang tidak berpuas hati ini hanya mencari modal seperti mencipta cerita konon wujudnya konspirasi dan mencari pengaruh menggunakan isu tersebut (kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Anwar),” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI NASIONAL

Konsep perwakilan politik dalam GLC diubah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 MEI: Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya mengekalkan profesionalisme dan memelihara kepentingan pemisahan antara pengurusan profesional dengan sebarang gangguan tidak diingini daripada pihak luar atau ahli politik.

Menurut kenyataan media bersama enam syarikat berkaitan kerajaan berkata, mereka juga menyambut baik gesaan supaya kedudukan perwakilan politik di dalam GLC dikaji semula.

“Dalam dialog itu, Tun Daim menegaskan keperluan untuk tabung ini mengekalkan profesionalisme demi kepentingan waris, negara dan akhirnya rakyat.

“Untuk tabung yang mempunyai perwakilan politik dalam lembaga pengarah masing-masing, Tun Daim menegaskan, bahawa ini akan dikaji semula dan diubah seperti yang dikehendaki,” kata kenyataan media yang dikeluarkan.

Kenyataan media bersama itu dikeluarkan oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Datuk Abdul Rahman Ahmad; CEO Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan), Datuk Wan Kamarulzaman Wan Ahmah; Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah.

Kenyataan itu berkata, saranan berkenaan disampaikan pada program dialog antara Daim dan kumpulan itu, baru-baru ini.

Katanya, perubahan yang berlaku hari ini adalah peluang terbaik untuk memulihkan ekonomi negara dan memberi keyakinan kepada pasaran yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Daim turut memaklumkan, Majlis Penasihat akan memanfaatkan GLC yang sesuai untuk membantu daripada segi maklumat, sumber dan input dalam menangani pelbagai isu yang dibentangkan kerajaan.

Categories
NASIONAL

Kunjungan Tun Daim, sokongan moral PAKATAN tawan Putrajaya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 1 MEI: Kunjungan Tun Daim Zainuddin ke sebuah program ceramah Pakatan Harapan (PAKATAN) dianggap sebagai sokongan moral bekas Menteri Umno itu, kepada komponen Pembangkang.

Naib Presiden gabungn itu, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata ia menjadi batu loncatan terpenting kepada gabungan itu untuk terus melawan kepimpinan rasuah, di Putrajaya.

“Saya tidak tahu pun kemunculan Tun Daim malam itu (semalam), dan hanya pada saat akhir baru saya bertemu beliau.

“Tentunya saya gembira kerana beliau merupakan tokoh besar dalam negara yang pernah duduk di jawatan terpenting dalam Kerajaan juga pernah dalam Umno sekian lama.

“Kini beliau sanggup terjun bersama PAKATAN dan memberikan sokongan moral walaupun tidak secara langsung dalam parti-parti pembangkang.

“Kehadiran beliau sangat memberi sokongan kuat kepada perjuangan kami dan saya amat gembira kerana ini akan memberikan dokongan kepada saya untuk bekerja dengan lebih kuat lagi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas hadir pada Program Kebajikan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Gombak, petang ini.

Tun Daim dilapor hadir ke ceramah umum Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) di Telok Gong Pelabuhan Klang, Kampung Bukit Kapar, Sementa, semalam.

Kehadiran Tun Daim turut dikongsikan Mohamed Azmin menerusi catatan di Twitternya, lewat malam tadi.

Ia turut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial, dan mencetuskan spekulasi dalam kalangan penganalisis politik kini.

Tun Daim pernah dilantik sebagai Menteri Kabinet Umno oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad pada 1984.

Pada 1991, beliau berundur daripada kabinet selepas merasakan ekonomi Malaysia benar-benar teguh ketika itu.

Tidak lama selepas itu, beliau dilantik semula sebagai Menteri Kewangan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998.

Beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 31 Mei 2001.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Bekas menteri kewangan kritik kecualikan GST untuk ECRL

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 APR: Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin mempertikaikan pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion itu.

Daim berkata, alasan dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah menyatakan pengecualian itu akan memastikan kos pembinaan tidak melebihi anggaran RM55 bilion tidak boleh diterima.

“Jika itu alasannya, rakyat turut menderita dengan kos yang tinggi disebabkan GST.

“Adalah ini bermakna jika kos projek itu tanpa GST ialah RM55 bilion, maka kerajaan memberi bayangan kos itu sebenarnya lebih tinggi,” katanya dilapor Free Malaysia Today.

Tambahnya lagi, penjelasan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy mempertahankan keputusannya memberi pengecualian cukai itu sebab ia dalah projek kerajaan turut dirasakan tidak wajar.

Terdahulu, Subromaniam mengeluar kenyataan antara faktor ECRL dikecualikan GST adalah projek antara Kerajaan-Kepada-Kerajaan yang mana ia dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

=EZY=

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

Isu Daim: Anwar konsisten dedah kepincangan

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad

Saya ingin memberikan sedikit maklum balas mengenai kenyataan Ariff Sabri Abdul Aziz, ahli parlimen Raub mewakili DAP yang mempersoal Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang juga Ketua Umum KEADILAN yang dikatakan meletakkan keutamaan salah dalam strategi, bersungguh menentang Daim Zainuddin dan bukan untuk menjatuhkan BN daripada kuasa, khususnya dengan mendedahkan kelemahan kepimpinan Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai ahli politik dan penganalisa isu semasa yang cekap, saya berpandangan bahawa Ariff Sabri seharusnya menyedari bahawa komitmen Anwar Ibrahim kepada usaha mereformasi politik negara, menjatuhkan BN dan mengeratkan hubungan antara parti-parti pembangkang tidak wajar dipersoalkan lagi.

daim27833e07bc50ed0a1f41624f47b8980dBeliau mungkin nampak bersungguh dalam menawarkan diri memberi maklumat berkenaan kes Daim, namun jangan dilupakan bahawa beliau juga tegas menyatakan pendirian dan sikap terhadap pentadbiran di bawah kepimpinan BN yang lain sejak zaman Dr. Mahathir lagi. Malah, sejak 1998 sehingga hari ini Anwar telah konsisten menyatakan pendiriannya terhadap dakwaan rasuah terhadap Daim.

Saya yakin, sebagai sahabat Daim, Ariff sendiri sedar perkara ini.

Apakah Daim boleh dilepaskan begitu saja hanya kerana beliau bukan ahli politik yang memegang jawatan utama dalam kerajaan kini? Saya yakin komitmen untuk mendedahkan banyak kepincangan yang disorok sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa akan menjelaskan hal ini dan inilah yang sangat ditakuti oleh sesetengah pencatur politik seperti Daim.

Berkaitan keputusan mahkamah, saya fikir kita semua jelas bahawa ia adalah fitnah jahat yang sengaja dibuat utuk menyekat kemaraan beliau dalam politik. Ini bukan serangan terakhir dan satu-satunya dakwaan yang akan dihadapkan kepada beliau.

* NIK NAZMI NIK AHMAD adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan

Categories
NASIONAL

Tun Daim melabur di Tanzania meragukan, pelik

SHAH ALAM 25 APRIL: Tindakan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memilih Tanzania sebagai tempat lokasi pelaburannya menimbulkan keraguan.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, berkata ini kerana negara tersebut sukar mendedahkan sebarang maklumat kepada pihak luar.

daim27833e07bc50ed0a1f41624f47b8980d“Kita semua tahu kalau melabur di Tanzania, mereka sukar memberi kerjasama untuk dapatkan maklumat walaupun kita nak buat siasatan.

“Apa masalah melabur di Malaysia kalau tidak ada penyelewengan. Sebab itu Daim pilih Tanzania untuk dia melabur,” kata Azan dipetik Keadilan Daily.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah jelajah Reformasi 2.0 di Lembah Pantai 20 April lalu mendedahkan bahawa Daim mempunyai bank di Tanzania.

Beliau mengesyaki Daim menyalahguna kuasanya melalui penubuhan bank tersebut.

Anwar turut mendedahkan penahanan seorang individu, didakwa terlibat dengan bank tersebut, dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Azan turut mengingatkan bahawa Daim juga pernah memegang jawatan Bendahari Agung Umno serta Menteri Kewangan.

“Penyelewengan boleh berlaku. (Mungkin) pelaburan terpaksa dibuat di luar negara supaya rahsianya tidak terbongkar.

“Ketika itu dia Menteri Kewangan dan boleh guna kedudukannya melabur di Tanzania itu. Sebab itu saya kata tindakan dia sangat pelik,” kata Azan.

Categories
NASIONAL

Anwar ada bukti Tun Daim punyai akaun di Tanzania

SHAH ALAM 21 APRIL : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempunyai bukti penyelewangan besar bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Siapa Daim Zainuddin? Bekas Menteri Kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).

daim“Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tapi ada siasatan? kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai malam tadi dipetik Keadilan Daily.

Kata Anwar, selain merompak kekayaan negara dengan pencurian dana rakyat melalui pengambilan komisyen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.

Anwar mengesyaki salah guna kuasa Daim melalui apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Dam ada menyimpan wang di Tanzania.

“Saya diundang semasa saya Profesor di Georgetown University dan menjadi perunding di Bank Dunia.

“Saya pergi ke Tanzania dijemput jumpa Presiden, Menteri Kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.

anwar ibrahim kongres ke 9 PKR 02“Gabenor kata Tun Daim punya bank ada sini (Tanzania). (Gabenor) kata Daim simpan di International Bank of Malaysia.

“Saya tanya (Daim) buat apa. Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.

“Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank ‘istimewa’. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, kamu tahu tak ini tidak cara yang sepatutnya.

“Duit dari mana? Daim ambil dari Malaysia, simpan di sini,” kata Anwar menceritakan kandungan pertemuannya.

Kata Anwar, salahguna kuasa Daim terbukti apabila orang yang dipertanggungjawab menguruskan bank di negara tersebut ditahan di sebuah Lapangan Terbang Heathrow, London.

“Saya bawa perkara ini SPRM tidak tanya pun saya. Daim pun tidak ditanya.

“Kerana di Malaysia ini, kalau kamu pemimpin Umno kamu kebal. Kamu curi banyak mana pun, bagi bukti banyak mana pun,” kata Anwar.

JURNAL BERITA – MB: Selangor ambil alih konsesi air, umum 3 tanggungjawab utama

1. MB: Selangor ambil alih konsesi air, umum 3 tanggungjawab utama.

2. MoU pemeteraian industri air Selangor disambut baik.

3. MoU penstrukturan air kerjasama strategik Kerajaan Pusat dan Selangor.

4. Exco: Penstrukturan air bantu selesaikan masalah air di pangsapuri.

5. 1,000 munajat mohon hujan, akhiri musim panas kering.

6. SPR digesa berunding sebelum laksana persempadanan.

7. Anwar bakal lancar kempen selamatkan industri padi dalam bendang.

8. Daim disindir ekoran kenyataan dakwa Anwar lemah.

9. Exco: Isu denggi, Menteri jangan ‘bermulut celupar’.

10. Penduduk bimbang rumah makin retak akibat projek sambungan LRT.

11. 28 loji air di Pahang catat bacaan rendah.

12. AKTIVITI YB: Program penjagaan mata DUN Kota Alam Shah terap kesedaran ramai.

Categories
NASIONAL

Daim disindir ekoran kenyataan dakwa Anwar lemah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 26 FEB: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution hari ini melontarkan sindiran tajam kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin atas kenyataannya menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli politik yang lemah.

“Ya, saya setuju Datuk Seri Anwar memang ‘lemah’ kerana masa dia jadi Menteri Kewangan dia tidak mengangkat anak dia salah seorang dari 10 yang terkaya dan lemah sebab tidak kumpul kekayaan untuk diri sendiri seperti Tun Daim, masa jadi Menteri Kewangan.

Saifuddin-Nasution_small“Dia juga lemah kerana mengawal hutang negara dengan membayar hutang lebih awal dari jadual dan dia juga lemah sebab bentangkan belanjawan berimbang tidak seperti mana Perdana Menteri sekarang menyebabkan negara berhutang sehingga lebih RM600 bilion,” sindir Saifuddin dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika mengulas satu kenyataan Daim yang mendakwa Anwar merupakan ahli politik dan Menteri Kewangan yang lemah.

Kata beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya Menteri Kewangan yang mampu membentangkan belanjawan berimbang berbanding era Daim sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak menjawat jawatan Menteri Kewangan.

EZY

JURNAL BERITA – Daim: Kerajaan BN pimpinan Najib Razak tidak cekap

<center><iframe width=”560″ height=”315″ src=”//www.youtube.com/embed/BrgnaMN7Swg” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe></center>

 

 

1. Daim: Kerajaan BN pimpinan Najib Razak tidak cekap

2. Human Right Watch kritik kepimpinan Najib

3. Pakatan Rakyat ulangi kesedian bincang dengan BN isu kepentingan rakyat

4 Nik Nazmi kemuka rayuan APA langgar Perlembagaan

5 MB dedah dokumen isu ahli Perbadanan PKNS

6. Skim Mesra Usia Emas perkenal insentif tambahan rai hari lahir ahli

7. Program Community Chef DUN Permatang galak masyarakat sedia menu berkhasiat

8. Elak lori treler hempap rumah berulang, 9 keluarga diberi penempatan baru

9. MBPJ naik taraf kemudahan Pusat Komersil SS2 PJ, penuhi kehendak masyarakat

10.SPAD digesa turun padang pantau kenaikan tambang bas sekolah

11.PR anjur konvensyen pasca PRU-13 pada 8 Mac ini

12.Pertandingan wau tarik minat golongan muda dekati warisan

Categories
NASIONAL

Daim: Kerajaan BN pimpinan Najib Razak tidak cekap

SHAH ALAM 22 JAN: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan BN akan kalah sekiranya pilihanraya diadakan ketika ini kerana rakyat marah kepada BN berikutan isu kos sara hidup.

Menurut beliau, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam pilihanraya umum akan datang.

BN-umno-memerintah-grafik“Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang,” kata beliau dalam satu majlis anjuran Umno Bahagian Merbok di sini Sabtu lalu.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Merbok menambah tol tidak perlu dinaikkan sebaliknya mengkaji semula perjanjian konsesi untuk melanjutkan tempoh masa.

“Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara,” katanya lagi dipetik FMT.

Daim mendakwa terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patiut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara.

daimBeliau berpendapat kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi kenaikan harga barang.

Tambahan pula katanya, menteri gagal menjelaskan isu ini kepada rakyat yang menyebabkan rakyat lebih marah kepada kerajaan.

“Najib selaku Menteri Kewanagn tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara,” katanya lagi.

Beliau yang juga bekas Bendahari Umno mendakwa ketika negara di landa banjir, Najib dan lain-lain menteri bercuti di luar negara.

“BN masih kuat kerana sokongan orang Melayu di luar bandar. Sepatutnya orang Melayu yang perlu mendapat manfaat daripada kerajaan,” saran beliau.

Daim mendakwa perbelanjaan besar dalkam perkara-perkara mengambil hati kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan Najib kerana orang Cina tidak akan menyokong BN.

Sepatutnya, tambah beliau, Najib menjaga orang Melayu.

“Najib terlalu mengikut kehendak para penasihatnya dalam menentukan dasar yang merugikan orang Melayu sendiri,” katanya lagi.

EZY