SELCAT: Air lombong terawat selamat digunakan, pampasan kakitangan TSKI didedahkan

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) Hannah Yeoh berkata siasatan mendapati penggunaan air lombong terawat bagi menangani kesan musim panas yang lalu selamat digunakan, tetapi kontroversi boleh dielak sekiranya pentadbiran lalu menjalin komunikasi efektif dengan semua pihak berkepentingan.

SELCAT juga akan meneliti audit pampasan kepada kakitangan mantan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun laporan itu telah didedahkan untuk pantauan awam.

Tindakan ke atas laporan audit pampasan akan ditentukan Khamis

Laporan siasatan komprehensif ke atas pembayaran pampasan kepada kakitangan mantan Dato’ Menteri Besar akan dibentang di mesyuarat lembaga Menteri Besar Diperbadankan (MBI) pada Khamis nanti

MB turun padang, terjun longkang gempur Aedes

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali turun menyertai kempen gempur Aedes di Ampang Jaya baru-baru ini.
Penampilan segak berbaju batik jawa sama sekali tidak menghalang beliau untuk turun ke dalam longkang.

Mohamed Azmin menegur sikap masyarakat yang masih memandang ringan aspek penjagaan kebersihan kawasan persekitaran kediaman tempat tinggal.

Ucapan Dato’ Menteri Besar Perhimpunan Bulanan

Anggota perkhidmatan awam Selangor diiktiraf yang terbaik menjayakan dasar Kerajaan Negeri, namun diingatkan mereka masih bertanggungjawab untuk bertindak diatas teguran Ketua Audit Negara, dan menyamakan kualiti kerja dengan peruntukan yang disediakan.

Ucapan Dato’ Menteri Besar sempena acara persahabatan Permodalan Negeri Selangor Berhad

Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri dan pihak swasta digesa mengimbangi soal keuntungan dengan tanggungjawab kepada masyarakat melalui pembinaan kediaman rumah mampu milik, penyediaan kemudahan pendidikan awal kanak-kanak dan kanak-kanak kelainan upaya.

Ucapan Dato’ Menteri Besar di Istiadat Konvokesyen 2014 ke-9 Unisel

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tekad menjadikan Univesiti Selangor (UNISEL) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang mendukung tinggi prinsip kebebasan dan keadilan.

Katanya, dunia mahasiswa seharusnya digandingkan dengan realiti sekeliling, dan menyumbang kepada pembentukan masyarakat.

“Pensyarah dan mahasiswa seharusnya merancakkan wacana serta perbincangan demi mengungkapkan kebenaran kerana perkembangan komuniti intelektual hanya dapat dicapai apabila universiti mengamalkan kebebasan akademik,” katanya.

Rakyat Hakim Negara: “Jangan sentuh Anwar, dia tak bersalah”

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyampaikan mesej kepada pentadbiran Kerajaan Umno-BN supaya jangan sesekali menyentuh manusia bernama Anwar Ibrahim.

Ini berikutan, beliau yakin Ketua Umum PKR itu tidak melakukan kesalahan seperti yang difitnah, sebaliknya pendakwaan itu dikenakan kerana pendirian Anwar yang kuat menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

Kunjungan hormat KPKT kepada Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali

Kunjungan hormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Abdul Rahman Dahlan ke Shah Alam menemui Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membincangkan perlantikan anggota tribunal pembangunan strata di Selangor.

“Dewan Negeri Selangor perlu meluluskan satu resolusi untuk perlantikan pengerusi, timbalan pengerusi, pegawai, anggota dan kakitangan tribunal pembangunan strata yang perlu dilantik Menteri KPKT seperti yang termaktub bawah Akta 757,” kata Abdul Rahman.

MB: Permohonan penduduk Pulau Ketam peroleh Lesen Menduduki Sementara dipertimbang

Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan permohonan penduduk Pulau Ketam untuk memperoleh Lesen Menduduki Sementara (LMS) kerana mereka sudah mendiami pulau itu dalam tempoh lama.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan sewajarnya akan dibuat berhubung perkara itu demi kebaikan penduduk pulau berkenaan.