Categories
SELANGOR

MB ucap takziah pemergian Almarhum Datuk Harun Taib

SHAH ALAM 25 JAN: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam tadi.

al-Fatihah“Takziah diucapkan kepada keluarga Almarhum Ustaz Harun Taib atas pemergian tokoh terkemuka ini. Moga rohnya tenang di sana. Alfatihah,” tulis Abdul Khalid dipetik daripada laman twitternya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemergian Harun Taib ke sebagai satu kehilangan besar.

“Semoga Allah SWT merahmati para ulama yang telah pergi dan menggantikan mereka dengan barisan ulama yang tidak kurang hebatnya untuk memikul amanah tanggunggjawab memimpin PAS, insya Allah,” tulis beliau di facebooknya.

Sementara itu PKR turut merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Harun Taib.

“Diharapkan keluarga Allahyarham bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ini.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) turut merasa sedih di atas pemergian seorang tokoh ulama, Datuk Harun Taib.

“Hilangnya seorang ulama yang banyak berjasa dalam perkembangan dan pembangunan Islam di tanah air.

“Beliau banyak memberi tarbiyah kepada generasi muda dan tegas dalam memberikan pandangan dalam sesuatu isu,” kata Setiausaha Agung PUM, Prof Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

downloadAlmarhum Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di Dun Manir.

Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ‘Muslimat Pembangun Ummah’, ‘Berbilang-bilang Jemaah’ serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.

Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami.

Isterinya, Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS dan jasanya apabila melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan.

Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco Kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerjasama dalam Pakatan untungkan PAS, Selangor jadi bukti

pakatanSHAH ALAM 16 SEPT – Kerjasama erat PKR-PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat menjadi formula ampuh yang membawa kepada pertambahan kerusi di Selangor, kata Khalid Samad.

“Di Selangor, jelas PAS mendapat keuntungan besar hasil wujudnya Pakatan Rakyat apabila jumlah kemenangan kita meningkat sehingga 15 kerusi,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Kemenangan kerusi PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertambah kepada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding sembilan pada PRU 12.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan PAS supaya mengkaji semula kerjasama politik (tahaluf siyasi) dalam Pakatan berikutan mendakwa pengaruh parti itu dilihat semakin lemah.

Namun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan supaya kajian itu hanya untuk menambah baik kerjasama, bukannya membawa tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan.

Bercakap kepada TV Selangor, Khalid berkata, pihak yang beranggapan sebaliknya mungkin berada dalam realiti lain, dan pastinya bukannya di Selangor.

“Pakatan tidak merugikan PAS dan kajian semula kalau ingin dilakukan adalah untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi Pakatan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

– FZL