Categories
NASIONAL

Tidak Perlu Akta Derhaka, Wujudkan Akta anti-Perkauman

pakatan rakyat putrajaya naeem

SHAH ALAM 8 JUN : Undang-undang bagi mempertahankan institusi Raja-raja sudah mencukupi dan pengubalan undang-undang baru bagi tujuan tersebut dikhuatiri akan digunakan untuk mengekang hak bersuara rakyat, kata pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.

Mereka juga mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan meneruskan usahanya untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan sebuah akta yang akan melindungi keharmonian antara kaum.

Pemimpin yang dihubungi berkata tidak perlu ada ?Akta Derhaka? seperti yang disyorkan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, kerana istilah derhaka boleh dimanupilasi.

MP Subang Sivarasa Rasiah mencadangkan supaya undang-undang spesifik bagi menghalang hasutan keganasan atau kebencian kaum dan agama diwujudkan bagi menganti Akta Hasutan 1948 yang sedia ada.

Sivarasa, yang juga seorang peguam, berkata sekiranya Akta Derhaka diwujudkan, ia akan disalah guna untuk menindas mana-mana individu seperti yang berlaku dalam kes lima aktivis yang didakwa kerana mengkritik keputusan pilihanraya umum ke-13 bulan lepas.

?Sebagai contoh baru-baru ini kita lihat Umno-BN menggunakan Akta (Hasutan) untuk mendakwa ramai orang.

“Kita juga minta Akta Hasutan dimansuhkan dan Perdana Menteri sedia memansuhkan kerana mengakui Akta itu tidak perlu. Mengapa perlu wujudkan Akta lain?,? kata Sivarasa.

Tambah Sivarasa, Kerajaan seharusnya mengingati bahawa keseimbangan antara hak bersuara dan keselamatan penting dalam sesuah negara.

Sementara itu, pengarah biro guaman PKR Latheefa Koya mempersoalkan tujuan dan konteks Akta Derhaka yang mahu diwujudkan.

“Siapa yang derhaka? Siapa yang buat keputusan derhaka itu? Apa makna derhaka sebenarnya?

“Klasifikasi derhaka dan hasutan ini terlalu besar dan ia merangkumi kesemua hak-hak asasi dan hak-hak individu dalam mempersoalkan apa-apa isu,” katanya apabila dihubungi.

Latheefa menambah akta yang mahu diwujudkan itu hanya untuk memberikan tekanan kepada pihak pembangkang dan individu yang lantang dalam menyuarakan pandangan.

“Setakat ini tiada asas untuk membuat cadangan-cadangan itu kerana ia tiada makna langsung,” katanya.

Selain itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan akta baru tidak perlu dibentuk bagi menghukum individu yang mengkritik raja.

Katanya, akta seperti akta hasutan akan memberi impak negatif dan mengakibatkan negara dicap sebagai ekstrem.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar : Api Perkauman Untuk Alih Perhatian Rakyat – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 15052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Barisan Nasional (BN) dilihat semakin terhimpit dan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat daripada realiti perit, bahawa sesungguhnya mereka adalah sebuah kerajaan yang menerajui negara ini tanpa memenangi undi popular, dengan berterusan mengapi-apikan sentimen perkauman.

2. Pakatan Rakyat bersedia berdepan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mengemukakan dakwaan salah laku Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.

3. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menyiasat kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

4. Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersedia untuk turut sama dalam Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat selain mengemukakan cadangan untuk mengadakan satu Konvensyen Perpaduan Nasional memandangkan polemik perkauman dibangkitkan semula selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

pic buletin 13 - 7Mei13 3ptg